Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Panorama Sekolah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, February 10, 2010 2 comments
Print

Ucap ‘Sayang’ Setiap Hari

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 5 comments


Kehidupan rumah tangga kadangkala diuji pelbagai masalah. Pada awal perkahwinan, ada pasangan yang mengalami kegoyahan, namun kebijaksanaan menangani masalah adalah resipi kejayaan sesebuah mahligai supaya kembali menikmati musim indah yang diimpikan.


Berikut adalah petua yang mungkin dapat membantu pasangan menjadikan rumah tangga berseri.

Banyak membantu suami

Apabila suami mempunyai masalah, usah terlalu meminta-minta kerana ia boleh menyebabkan suami berdukacita. Walaupun bekerja, usah terlalu boros berbelanja dan merancang masa depan bersama suami.

Beritahu anda sayang kepada suami

Ia patut dilakukan setiap hari walaupun selepas usia tua. Usah menganggap diri terlalu tua untuk menyatakan rasa sayang.

Mandi bersama

Ia bukan bertujuan untuk seksual semata-mata tetapi lebih kepada merapatkan kasih sayang. Apabila mandi, jangan berkata suami busuk atau pengotor kerana suami akan tersentuh apabila isteri berkata sedemikian.

Etika di bilik tidur

Apabila tidur, sentiasa menghadap suami. Jika anda mahu membelakangkannya, minta izin atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cuba tidur berbantalkan bahu suami, pasti ada hikmah dan nikmatnya.

Sambut kepulangan suami

Sentiasa bergembira dan tersenyum apabila menanti suami pulang dan menghantar pemergiannya dengan hati yang sedih. Jangan lupa mencium tangan apabila menghantar dan menyambutnya pulang.

Sentuh suami

Apabila mempunyai kesempatan belai suami atau curi-curi menciumnya ketika tidak dilihat orang lain. Anda boleh memegang tangan atau bahunya apabila berjalan-jalan.

Tidurkan anak lebih awal

Selepas berbuat demikian, amalkan masuk tidur bersama suami kerana itu saat manis dalam kehidupan berumah tangga.

Sentiasa berterima kasih

Apabila meminta bantuan suami dan pertolongan diberikan tidak sempurna, jangan berleter atau marah kerana ia boleh menyebabkan si dia jauh hati atau merajuk.

Jaga anak

Elak memarahi anak sebaliknya gunakan strategi memujuk. Jika anda selalu memarahi anak di hadapan suami, ini mungkin menyebabkan suami kurang senang.

Simpan rahsia suami

Elakkan bercerita mengenai suami kepada orang lain terutama perkara yang bersifat peribadi. Jika perlu, ceritakan perkara yang baik kerana itulah tanda anda mengasihi suami.

Layan kehendak seksual suami

Jika suami berhajat untuk bersama anda, layan dia dengan baik walaupun anda mungkin sibuk atau letih. Banyak kes perceraian atau poligami disebabkan isteri tidak mahu faham keperluan suami dalam perkara seks.

Kurang layanan dan banyak alasan untuk mengelak bersama menyebabkan suami mudah bosan dan merajuk.

Tunjuk sifat prihatin

Jika suami sakit, tunjukkan kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya dengan harapan dia cepat sembuh.

Dia akan sentiasa ingatkan anda kerana suami tahu anda bukan saja sayangkannya ketika sihat tetapi sanggup bersama dalam sebarang keadaan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.


Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”


5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”


10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”


11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Bagaimana Mengatasi Kekecewaan?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Fahami punca masalah

Fahami betul-betul sebab-sebab yang menyebabkan anda menjadi kecewa. Selagi anda tidak benar-benar pasti punca yang menyebabkan anda kecewa, pastilah sukar untuk anda mencari jalan keluar dari kekecewaan tersebut. Adalah lebih mudah untuk mengatasi sesuatu perkara yang kita sendiri faham. Oleh itu setelah betul-betul memahami punca puncanya, maka mudahlah kita untuk cuba mencari jalan keluar daripada masalah itu.


Fahami perasaan anda

Perasaan kecewa yang kita alami adalah umpama mimpi. Kadangkala ianya kurang berasas dan tidak bertapak. Oleh itu kenali benar-benar perasaan kita yang sebenarnya itu. Cuba hayati tekanan yang kita hadapi itu. Apabila kita mengetahui sifat sebenar perasaan kecewa kita itu, maka barulah mudah untuk kita cuba melakukan sesuatu untuk mengatasinya.

Ikhlas dengan perasaan sendiri

Jangan cuba menipu perasaan sendiri. Ini kerana kadangkala kita berasa kecewa bukan pada tempatnya. Misalnya, seseorang itu mungkin berasa kecewa kerana rakannya lebih berjaya dalam peperiksaan. Tapi sebenarnya dia kecewa kerana rakannya itu juga adalah lebih cantik darinya. Malah kekecewaan kerana kurang cantik itu jauh lebih mengatasi kekecewaan kerana prestasi yang kurang baik dalam peperiksaan. Dalam hal ini, kita sengaja menokok-tambah beban-beban kekecewaan itu. Oleh itu cuba ikhlas dengan perasaan sendiri. Cuba fokuskan punca sebenar kekecewaan. Apabila kita teliti dengan hati yang tenang, mungkin kita akan berasa bahawa punca sebenar kekecewaan itu adalah tidak berasas.

Fahami punca-punca kekecewaan

Cuba cari punca asas kita berasa kecewa dan cuba fahami benar-benar keadaan sebenar punca-punca itu. Tanya persoalan berikut: adakah punca-punca itu tidak akan dapat diatasi? akan sentiasa berulang? akan berulang jika tidak melakukan sesuatu? salah diri sendiri? dianiaya? tidak akan berlaku lagi? Bolehkah berlaku lagi atau dielakkan terus?

Setelah memahami punca sebenar kekecewaan, dan sifat-sifat perkara yang menyebabkan kita kecewa itu, cuba fikirkan sama ada kekecewaan itu boleh disekat daripada berlaku lagi atau tidak? Sekiranya kita dapat membuat kesimpulan bahawa kekecewaan itu mungkin boleh dihindari pada masa-masa akan datang, maka ini bermakna kita sentiasa masih mempunyai harapan.

Apakah cara untuk mengatasi kekecewaan?

Ini adalah antara ubat kekecewaan. Apabila kita rasa kita sudah mahu bertindak untuk mengatasi kekecewaan, kita sebenarnya telah berjaya, iaitu berjaya dalam perjuangan untuk menguasai diri kita. Sebaliknya juga, apabila kita gagal memulakan langkah-langkah ke arah mengubati hati luka itu, selagi itulah kita dianggap masih gagal. Lantaran itu cuba atasi kekecewaan tersebut. Antaranya adalah:

* Menumpukan perhatian kepada aktiviti lain yang lebih berfaedah.

* Melupakan kekecewaan tersebut dan menanam tekad baruuntuk tidak kecewa lagi.

* Meluahkan perasaan kepada orang yang kita percayai

* Minta nasihat orang lain

* Cuba minta nasihat daripada orang lain yang kita hormati atau segani.

* Jangan minta nasihat dari orang yang kita benci atau orang yang selalu sakitkan hati kita. Dalamk kata lain, jangan tambah penyakit. Tidak kiranya apa nasihatnya, namun biasanya kesediaan orang lain itu memberi nasihat pun sudah cukup untuk melegakan perasaan kita.

* Jangan manjakan perasaan

* Jangan terlalu dibawa oleh perasaan. Perasaan kita kalau dilayan sangat memang semakin menjadi. Oleh itu janganlah dilayani perasaan kekecewaan itu sepanjang masa. Cuba keluar dari alam kekecewaan itu.

* Cuba lakukan aktiviti lain yang dapat mengalihkan pemikiran anda dari masalah yang menimbulkan rasa kecewa itu. Bercampurlah dengan rakan-rakan yang lain dalam aktiviti luaran. Secara beransur-ansur, kita akan dapat itu. Walaupun kita akan memikirkannya semula setelah balik ke rumah, namun melupakan perasaan kecewa tahap kekecewaan itu pasti akan berkurangan.

* Luahkan perasaan, jangan disimpan. Perasaan kecewa samalah seperti tekanan perasaan. Perasaan ini perlu tekanan yang disimpan dalam diri akan membentuk toksin. Oleh itu perasaan tersebut perlulah diluahkan. Lain orang menggunakan cara yang tersendiri untuk meluahkan perasaan. Ada yang menghempuk meja. Ada yang menangis. Ada yang menjerit kuat-kuat. Ada yang mencoretkan rasa hatinya dalam diari kesayangannya. Walau apa pun yang dilakukan, perasaan tekanan itu akan sedikit berkurangan setelah diluahkan. Namun cara yang terbaik untuk meluahkan perasaan adalah dengan menceritakannya kepada orang yang dapat memahaminya dan dapat pula memberi kita jalan keluar kepada masalah tersebut. Orang yang dimaksudkan ini termasuklah cikgu, kaunselor, emak. kakak atau rakan-rakan yang kita rasa cukup dewasa dan cukup memahami kita.

* Biar pemikiran beransur-ansur mengatasi perasaan. Cuba menenangkan perasaan sehingga perasaan yang diatasi oleh pemikiran. Apabila pemikiran (otak) mula mengatasi perasaan (hati) maka mudahlah untuk kita mula melihat jalan yang lebih lurus dan bertapak di bumi nyata. Malah kalau anda beruntung, anda tidak perlu mencari jalan untuk mengatasinya lagi kerana pemikiran rasional anda telah menguasai diri kita mula mengatasi rasa kecewa itu.


Tiada jalan pendek atasi kekecewaan. Ingatlah bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya. Malah kejayaan yang manis itu perlu mengharungi pelbagai ranjau. Oleh itu anda perlu faham bahawa jalan-jalan yang anda akan lalui untuk mengelakkan daripada berlaku lagi kekecewaan itu memerlukan masa yang cukup untuk dilaksanakan. Adakalanya langkah-langkah tersebut adalah berperingkat-peringkat dan hanya akan membuahkan hasil dalam jangka panjang juga. Misalnya, pokok yang ditanam tidak akan berbuah esok pagi! Sekiranya ini difahami, maka dapatlah kita menghindari kekecewaan berganda iaitu kecewa kerana langkah-langkah yang dijalankan kurang memberi hasil.

Banyak bersabar. Ingat pepatah Melayu Ikut rasa, binasa. Ikut hati, mati. Ikut nafsu, lesu. Ikut perasaan? Boleh pengsan! Oleh itu apabila kita telah tenang, ikutlah akal supaya kita jadi cekal. Bertawakal bermakna menyerahkan segala nasib kepada Allah setelah kita melakukan apa yang terdaya. Nabi Muhammad s’a.w memberi contoh supaya menambat unta dan selepas itu bertawakal. Ini bermakna jika unta itu tidak diikat, bertawakal pun tak guna. Dalam kes untuk menghindari kekecewaan ini, kita pasrah kepada nasib hanya setelah kita melakukan segala usaha yang kita rasa mencukupi. Apabila kita yakin dengan tawakal kita itu, maka kita tidak akan kecewa lagi apabila mengalami kegagalan. Ini kerana kita yakin bahawa semuanya itu adalah ketentuan Allah dan adalah hikmahnya.

Tanam keyakinan diri. Kekecewaan sering timbul dan berlarutan apabila kira kurang mempunyai keyakinan diri. Apabila kita kalah misalnya, kurang keyakinan diri menyebabkan kita rasa yang kita akan sentiasa kalah lagi. Ini menyebabkan kekecewaan kita sentiasa meningkat walaupun puncanya adalah satu sebab.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Wanita itu Rumput Semalu

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

5 Tips Dalam Berpasangan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


1. Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.


Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?

2. Saling Memahami
Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.

3. Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.

4. Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.

Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?

5. Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.

Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.

Diharapkan dengan tips-tips ini, anda dapat mewujudkan sebuah hubungan yang bahagia dan kekal selama-lamanya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter