Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Admin Di Sana Sini

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, January 20, 2010 0 comments


haaa..citer datang datang lagi..dari sekolah baru daa..lepas ajar PJ kat padang..dalam keadaan
peluh berjerut..terus pi kelas..ngajar la..padahal wak2 ngajar..hahhahaha..syoknya..budak tak ramai..bebas nak belajar kat mana2..bawah pokok..bawah wakaf..syoknya..
hahha..tu la kelas admin..admin kena jadi guru kelas daa..tp syok jugak..dpt buah duku..langsat..haa..baru2 ni dpt manggis..dan sekarang ni lak musim durian..entah2 dpt durian sebakul lak..hahhaha..ok..jupa lagi di masa akan datang..sekian..lapor hari ini..hhahhahaha




Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


RASULULLAH S.A.W bersabda: "Apabila si mati dikuburkan, datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama "MUNGKAR" dan yang satu lagi disebut dengan nama "NANGKIR".


Lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:
"Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: "Apa yang engkau pernah sembah?"

Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: "Aku menyembah Allah!" Kemudian ia ditanya lagi: "Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: "Siapa Tuhanmu?."

Ia menjawab: "Tuhanku ialah Allah!" Mereka bertanya lagi: "Apa agama mu?" Ia menjawab: "Agamaku ialah Islam!" Mereka bertanya lagi: "Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?" Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: "Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNYA!"

Mereka berkata kepadanya: "Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian"; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga". "Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: "Tidurlah!" Lalu ia berkata: "Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?" Dua Malaikat itu berkata kepadanya: "Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seorang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: "Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak". Lalu dua Malaikat itu berkata: "Memang kami tahu engkau berkata demikian"; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia pakaian dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka". Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Rahsia Cemerlang Dalam Pergaulan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Orang yang cemerlang ialah orang yang hebat dalam pergaulan dan ramai kawan. Tiada kejayaan sebenar tercetus secara bersendirian. Kita amat memerlukan bantuan, teguran dan penglibatan orang lain untuk mengorak langkah menuju kejayaan. Pakar motivasi tanah air, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah telah menyenaraikan faktor-faktor yang boleh meransang kehebatan dalam pergaulan.


Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengan kita ialah:

1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus dan umum yang lain.

2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Cuba mencari 1001 sebab sebelum kita memarahi seseorang.

6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu sama lain.

8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan membuatkan orang lain mual terhadap kita.

9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insya-Allah orang lain akan tertarik kepada kita.

10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan bila diri mengingati mati.

11. Sentiasa syukur dan redha di atas pemberian Tuhan.

12. Sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13. Pamerkan simpati kepada individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan keburukan dan kelemahan orang lain.

16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Bagi menarik perhatian orang lain untuk mendekati kita, maka kita sendiri perlu memperbaiki diri dan kelemahan kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj serta memudaratkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:

“Orang tidak kisah setakat mana anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka”.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Bantu Anak Membina Kreativiti Minda

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


SIFAT ingin tahu, spontan atau mempamerkan bakat semula jadi antara ciri yang ada pada anak-anak. Selain itu, anak-anak juga cepat tertarik pada perkara baru.Ibu bapa mungkin mengetahui atau menyedari ciri-ciri itu pada anak mereka dan tidak keterlaluan jika dikatakan si anak mempunyai kreativiti secara semula jadi. Jika menyedari anak memiliki sifat sedemikian, apa salahnya mencari kaedah mendidik di samping mempertahankan kebolehan mereka. Ada di kalangan ibu bapa menjerit-jerit apabila si anak menconteng dinding atau mencalar buku kakak dan abang semata-mata menunjukkan minat melukis.


Ibu bapa harus mengembangkan atau membawa hala tuju anak-anak ke arah yang lebih positif supaya mengenal pasti minatnya yang sebenar.

Panduan berikut mungkin dapat membantu ibu bapa menangani atau mengenal pasti sifat anak-anak sehingga dapat mengembangkan bakat mereka ke peringkat maksimum.- Adakah kita menerima segala kelebihan dan kekurangan anak? Adakah kita menghargai kelebihannya dan membantu anak mengatasi kelemahannya? – Adakah kita menyedari setiap individu unik, tidak sama dan tidak akan dapat disamakan dengan anak orang lain? – Tahukah anda kreativiti mempunyai banyak dimensi dan mungkin dimensi kreatif anak anda tidak sama dengan anda? – Sudahkah anda mengenal pasti minat dan bakat anak anda satu persatu?- Adakah anda memberi dorongan apa yang dilakukan si anak atau marah kepada mereka? – Adakah anda memberikan perhatian kepada apa yang mereka buat, contohnya cuba melakukan aktiviti bersama? – Adakah anda sering memperkenalkan perkara baru kepada mereka atau rela menyembunyikannya?

Adakah anda berinteraksi dengan anak-anak sama ada cara santai atau buat-buat marah? – Adakah anda memberi ruang waktu, tempat dan kemudahan termasuk bahan-bahan supaya anak menjadi lebih kreatif? – Pernahkah anda memberikan projek khusus berkaitan minat supaya daya kreatif mereka dapat dipraktikkan?- Adakah selama ini anda berminat dengan hasil projek mereka atau sekadar minat dengan proses mereka saja? – Adakah anda menilai hasil tangan mereka dari sudut pandangan anda tanpa menggunakan perspektif penilaian anak-anak?

Adakah anda membantu menguatkan lagi kebolehan mereka?Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mempertahankan kreativiti anak-anak. Antaranya ialah:- Membangunkan keperibadian anak dengan kasih sayangBersandarkan kasih sayang, ibu bapa akan menerima anak seadanya. Jangan memaksa mereka menjadi orang lain memandangkan setiap individu unik. Contohnya, Saidina Umar dan Abu Bakar meskipun berlatar belakang agama yang kuat, mereka tetap berbeza. Bagaikan bintang, semuanya akan bergemerlapan. Terang atau tidak sesuatu bintang itu tidak akan menggelapkan cahaya bintang yang lain.

Seperti yang diperhatikan di kalangan sahabat baginda Rasulullah saw, mereka semuanya kreatif tetapi dimensinya berbeza.Salman Al-Farisi misalnya mahir dalam perang parit dan Umar Al-Khattab mahir dalam tertib lalu lintas. Abu Bakar As-Shiddiq pula mahir dalam ekonomi Islam manakala Khalid Al-Walid mahir dalam perang moden.- Memberi motivasi dan semangatSama seperti berpuasa dan solat berjemaah bersama, mengapa tidak melakukan ibadat berkenaan bersama anak-anak untuk mengembangkan lagi bakat mereka?Ibu bapa boleh membantu anak melaksanakan sistem yang dapat mengembangkan bakat dalam dirinya.

Misalnya, memberi ruang waktu mencukupi, tempat atau bilik selesa dan menyediakan bahan diperlukan untuk menampung bakat mereka.Ibu bapa juga boleh membabitkan diri secara bergilir-gilir kerana ada masanya mungkin anak mahu bersendirian membuat kerja mereka dan ada masanya mereka memerlukan anda.Suasana harmoni juga harus dipelihara supaya tidak menyekat kebolehan anak-anak.Apabila segala keperluan sudah disediakan, ibu bapa harus bersikap rasional.

Pastikan tidak menilai anak mengikut perspektif sendiri. Jangan terlalu cerewet kerana ia boleh membantutkan perkembangan anak-anak. Contohnya, apabila anak boleh mengira daripada satu hingga 10, berikan pujian padanya dan ganjaran walaupun dia mungkin mengambil masa untuk mencapai kemajuan itu.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Solat Subuh

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Pertemuan dengan Cahaya

Ketika malam melabuhkan tirainya, kegelapan menjadi pekat dan manusia sedang tenggelam dibuai mimpi indah, tiba-tiba ketenangan pada waktu itu dibelah oleh pancaran rabbani dan seruan kudus daripada Tuhan sekalian alam yang melaungkan:

Sembahyang lebih baik daripada tidur!


Ketika itu, jiwa yang beriman bangkit menyahut panggilan tersebut. Ia mengalahkan syaitan dan menentang kemalasan, untuk dia pergi melakukan pertemuan yang paling baik. Ia adalah pertemuan dengan cahaya.

Kerana Allah swt mengasihi orang yang bersembahyang, terutamanya sembahyang subuh. Dia menjadikan mereka berada di dalam perlindunganNya, memakaikan mereka dengan cahayaNya dan menjaga mereka dengan penjagaanNya.

Sesiapa yang bersembahyang subuh, maka dia berada di dalam jagaan Allah. Allah akan memberikan cahaya kepada hatinya, melapangkan dadanya dan dia akan dapat menghirup bayu yang paling baik.

Neraca Sebenar

Sembahyang subuh adalah neraca sebenar bagi keimanan. Sesiapa yang mahu mengetahui kedudukannya di sisi tuhannya, hendaklah dia menggunakan neraca sembahyang subuhnya bagi mengetahui kedudukannya itu.

Jika dia seorang yang menunaikan sembahyang subuh terutamanya di masjid, maka dia berada di atas jalan yang lurus. Dia hendaklah berterusan berada dalam keadaan tersebut. Tetapi jika dia tidak pergi sembahyang subuh dan masih lagi tidur, maka dia hendaklah berwaspada daripada kemurkaan Allah. Dia hendaklah bangun daripada tidurnya sebelum terlambat.

Abdullah bin Umar r.a. berkata: “Apabila kami tidak melihat seseorang pada sembahyang subuh dan isyak, kami akan bersangka buruk terhadapnya.”

Sembahyang subuh menyelamatkan seseorang daripada sifat nifaq bagi sesiapa yang bimbang dirinya menjadi munafiq. Abdullah bin Mas‘ud berkata: “Kami sentiasa bersembahyang subuh bersama dengan Rasulullah saw secara berjamaah. Hanya orang munafiq yang terang nifaqnya sahaja yang tidak pergi menunaikannya.”

Tanyalah diri anda, kenapa anda tidak bersembahyang subuh?
Adakah kerana kelemahan keimanan, atau kerana malas?
Adakah kerana tidak mengetahui ketinggian kedudukan sembahyang subuh?
Adakah kerana anda tidak menghormati Allah, tuhan sekalian alam?
Atau apakah sebabnya?

Ketahuilah kedudukan dan nilai diri anda melalui sembahyang subuh ini.

Faedah-faedah Sembahyang Subuh

Sembahyang subuh mempunyai banyak faedah, antaranya:

1. Anda akan sentiasa berada di dalam perlindungan dan jagaan Allah swt.



Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang bersembahyang subuh secara berjamaah, maka dia berada di dalam jagaan Allah.” (Hadis sahih)

2. Ia menyelamatkan anda daripada neraka.



Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Tidak akan masuk neraka sesiapa yang bersembahyang sebelum terbit matahari dan sebelum ia tenggelam.” (Hadis sahih)

3. Sembahyang anda disaksikan oleh para malaikat.



Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Malaikat malam dan siang akan berkumpul pada waktu sembahyang subuh.”

4. Dijanjikan syurga.



Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang bersembahyang subuh dan asar akan masuk syurga.” (Hadis sahih)

Bagaimana Anda Boleh Bersembahyang Subuh

Peliharalah perkara-perkara berikut, insya Allah anda akan bangun untuk menunaikan sembahyang subuh:

1. Jangan melewatkan makan malam sehingga hampir waktu tidur dan janganlah anda memenuhkan perut anda dengan makanan.


2. Kuatkan azam dan tekad serta ikhlaskan niat dan berdoalah agar Allah membangkitkan anda untuk sembahyang subuh.


3. Adakan suatu cara yang boleh menyebabkan anda bangun, seperti meminta sahabat anda membuat panggilan telefon kepada anda pada waktu subuh, mengunci jam penggera atau meminta seseorang mengetuk pintu rumah anda sebelum dia ke masjid untuk sembahyang subuh.


4. Tidurlah dalam keadaan berwuduk di atas badan sebelah kanan. Jangan lupa membaca zikir sebelum tidur.


5. Sedapat mungkin jangan tidur bersendirian di dalam sebuah rumah.


6. Dari masa ke semasa, ulangi pembacaan anda tentang faedah-faedah sembahyang subuh dan hukuman orang yang meninggalkannya.


7. Berkawanlah dengan kawan-kawan yang baik terutamanya ‘kawan-kawan untuk sembahyang subuh’. Anda hendaklah sama-sama memastikan bahawa kesemuanya telah bersembahyang subuh pada setiap hari.



Halangan-halangan Sembahyang Subuh

Jika anda terdiri daripada orang-orang yang tidak mengerjakan sembahyang subuh apatah lagi di masjid, dan anda sedang mencari-cari jalan keselamatan, maka kami akan tunjukkan kepada anda pemusnah paling besar yang menghalang anda daripada menunaikan sembahyang subuh.

1. Maksiat:



Ia adalah halangan paling besar dan paling memusnahkan. Kerana Allah swt hanya memilih di kalangan para hambaNya yang sentiasa memelihara sembahyang subuhnya. Bagaimana mungkin Allah memilih orang yang berbuat maksiat terhadapNya sepanjang siang.

Abu Sulaiman al-Darani berkata: “Tidak terlepas seseorang daripada sesuatu sembahyang jamaah melainkan kerana satu dosa yang telah dilakukannya.”

2. Kawan yang tidak baik:



Kawan yang tidak baik merupakan perosak paling besar pada hari ini. Maka sesiapa yang mengetahui suatu kebaikan dilakukan oleh kawannya, dia hendaklah berpegang dengannya. Dan sesiapa yang mengetahui suatu keburukan pada kawannya, maka dia hendaklah meninggalkannya sebelum terlambat.

Firman Allah swt (surah al-Furqan ayat 27-28) yang bermaksud: “Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: “Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? “Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!”

3. Berjaga malam dan tidur lewat:



Sesiapa yang tidur awal, dia akan bangun awal. Inilah hakikat yang sama-sama kita ketahui. Rasulullah saw tidak suka berjaga malam selepas waktu isyak kecuali kerana keperluan penting seperti bermuzakarah tentang ilmu atau bersenda gurau dengan isteri atau berbincang tentang urusan umat Islam.

Kunci-kunci Kebaikan

Waktu akhir malam merupakan saat-saat yang paling afdal. Ia adalah waktu Rasulullah saw mentarbiah satu generasi beriman sehingga mereka mampu menanggung bebanan agama ini dan mampu memikul amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Firman Allah swt (surah al-Muzzammil ayat 5-6) yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.”

Oleh itu, sembahyang subuh dan qiyamullail adalah antara kunci kemenangan dan kelengkapan yang diperlukan untuk memperoleh kejayaan.

Umat yang tidak bersembahyang subuh, tidak berhak mendapat kemenangan.

Goldameir, bekas Perdana Menteri lace w:st="on"Israel lace pernah berkata: “Hanya apabila bilangan orang Islam yang menunaikan sembahyang subuh sama seperti bilangan mereka ketika menunaikan sembahyang Jumaat, maka hanya pada ketika itu mereka akan menang dan dapat mengalahkan kita.”

Oleh itu, kita dapati tentera-tentera Islam dahulu memulakan peperangan sebaik sahaja selepas sembahyang subuh sebagai langkah mengikut jejak langkah Rasulullah saw sebagaimana kemenangan yang baginda perolehi pada Perang Khaibar.

Qutuz yang memimpin angkatan tentera Islam pada Perang Ain Jalut juga keluar sebaik sahaja menunaikan sembahyang subuh dan berdoa kepada Allah dengan penuh ketundukan. Beliau menang dalam peperangan tersebut.

Begitu juga dengan Salahuddin al-Ayyubi, beliau menjadikan sembahyang subuh sebagai permulaan peperangan yang dilancarkannya. Alangkah hebatnya peperangan Hittin. Dengan keimanan para tenteranya beliau berjaya membebaskan al-Aqsa.
Maka sembahyang subuh adalah pra syarat kemenangan. Wahai saudaraku! Janganlah anda melewatkan kemenangan!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter