Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Bermuamalah Dengan Baik Antara Suami Isteri

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, May 31, 2010


Seorang suami tidak boleh membenci isterinya atau sampai menceraikannya hanya kerana satu kelakuan isterinya tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan perilaku lain yang menyenangkan dari isterinya.


Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya orang perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk. Ia tidak akan boleh lurus pada satu jalan. Jika kamu mencari kepuasan dengannya, nescaya kamu dapat kepuasan darinya, padahal ia tetap bengkok. Dan jika kamu hendak meluruskannya, bererti kamu cuba mematahkan sedangkan mematahkan (bererti) menceraikannya." (Riwayat Muslim)

Hadis itu menggambarkan tingkah laku perempuan yang sejak lahir memang telah dibekali dan dipengaruhi oleh sifat pembawaan asli. Betapa rumit dan sukarnya mendidik wanita. Jika ia dididik dengan kasar, maka ia akan patah. Kalau dibiarkan, maka semakin parah tingkah lakunya. Oleh sebab itu, bagi para suami dalam mempergauli isteri harus berlaku bijaksana, tahu situasi dan kondisinya. Jangan terlalu kasar dan jangan pula terlalu lembut.

Sabda Rasulullah: "Jika seorang perempuan telah sembahyang lima waktunya, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti ia masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya." (Riwayat Ibnu Hibban)

Tugas seorang isteri disamping harus taat kepada Allah, juga harus taat kepada suaminya. Jika kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya. Ia dipersilakan masuk syurga melalui mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.

Aisyah berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah, "Siapakah yang lebih besar haknya bagi seorang perempuan (isteri)?" Baginda pun bersabda: "Suaminya." Saya bertanya lagi: "Siapakah yang lebih besar haknya bagi orang lelaki?" Baginda pun bersabda: "Ibunya." (Riwayat Bazaar dan Hakim)

Orang perempuan mempunyai satu kewajipan yang besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suamilah harus didahulukan. Lelaki mempunyai kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh kemampuannya, ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: "Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam di muka suaminya, jesteru itu ia ada dalam kemurkaan Allah Ta'ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, jesteru itu malaikat melaknatnya hingga ia pulang." (Riwayat Al Bazzar)

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter