Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Urutan Manja

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, April 8, 2010


Pendahuluan
Sejak beribu tahun, pasangan suami isteri dapat mengecapi kebahagian rumahtangga dengan mengamalkan urutan sensual. Kepuasan yang dinikamti oleh kedua-dua pasangan daripada sentuhan lembut dan usapan telah banyak tercatat didalam sejarah peradapan dunia.


Dalam menghadapi dunia hari ini, seni urutan sensual adalah penting untuk memberi peluang kepada pasangan untuk menunjukkan cinta dan kasih sayang dengan cara yang lembut dan bermakna.

Kitab Kamasutra ada menyatakan tentang keseronokan dan keberkesanan urutan sensual. Kitab ini dikenali sebagai panduan kepada seks yang mencabar, tetapi dinyatakan juga tentang minyak dan pewangi yang boleh menggoda untuk meningkatkan keseronokkan sensual.

Dinegara Arab, urutan sensual adalah menjadi perkara biasa. Paderi mahir menghasilkan ramuan cinta dan wanita arap tahu dan arif macam mana penggunaan haruman sebagai penarik sensual.

Malah Josephine juga amat suka menggunakan minyak dan haruman untuk menggoda kekasihnya Napoleon.Pelbagai jenis ramuan aromatik telah digunakan disetiap malam mereka yang penuh menggairahkan.

Terdapat banyak kelebihan urutan sensual dan memang telah diketahui dan diperakui sejak lama dulu. Urutan ini bukan sahaja dapat meransang nafsu pasangan anda, tetapi ia juga dapat menguatkan system imunisasi dan ini akan meningkatkan kesehatan dan menghalang badan daripada jangkitan.


Urutan ini juga dapat mensimulasi system limfa yang membolehkan badan membuang toksin secara efektif. Ia juga membaiki pencernaan, mempercepatkan system pengaliran darah dan memperbaiki pernafasan. Otot akan menjadi lebih rileks,sakit leher dan belakang badan akan berkurangan. Saraf juga semakin lega, segala tekanan dan tegangan yang dialami setiap hari akan dapat dihilangkan.

Walaupun perlakuan seksual tidak dilakukan disini, kepuasan fizikal daripada sentuhan urutan sensual adalah amat menyeronokkan. Kepada yang diurut atau yang mengurut akan mendapat pengalaman sensual yang banyak dan menambah dimensi baru kehidupan seks anda.
Didalam buku ini, anda akn belajar tehnik baru dan menggairahkan dan dapat menambah keriangan pada hubungan dan pasangan.



Anda akan tahu macam mana hendak menarik pasangan anda dan mencipta ramuan cinta anda sendiri. Selain dapat menambah dan mengharmonikan hubungan sensual, ia juga dapat menolong menghasilkan dan mengekalkan tubuh badan yang sehat dan gembira. Nikmati kepuasan sensual yang telah ada didepan anda ini.

Seluruh dunia, kegunaan urutan bersama aroma yang sensual untuk menaikkan keinginan seksual telah lama wujud diseluruh dan akan disampaikan lebh meluas lagi. Buku adalah satu cara untuk memberitahu atau menyampaikan cara urutan sensual bersama aroma yang sensual.

Urutan
Urutan ialah seni yang memerlukan teknikal, fisiologikal penglibatan emosi.

Langkah permulaan
Langkah permulaan atau preliminary step biasanya mengambil masa selama 30 minit. Jikalau pasangan atau anda sendiri kekurangan masa bolehlah kurangkan manipulasi dan langkah. Pasangan harus berbaring di atas selimut atau tilam, selaraskan pernafasan anda dengan pasangan anda sebelum bermula dan setiap manipulasi harus dilakukan dikedua-dua belah yaitu kiri dan kanan.

Setiap urutan yang dilakukan mempunyai had masa tertentu. Didalam setiap bab didalam buku ini dinyatakan tentang setiap tempat yang harus diurut. Urutan yang dilakukan tidaklah diwajibkan melakukan kesemua sekali. Maksudnya, jika hari ini ingin mengurut bagian belakang sahaja, bolehlah diurut dibagian belakang sahaja dan tidak perlu dibagian lain. Tapi jika anda mempunyai banyak masa dan mampu melakukannya , ia tidaklah menjadi masalah jika mahu melakukan kesemua urutan kesemua sekali.

Apabila anda sudah menguasai kesemua teknik-teknik urutan ini, bolehlah anda mencipta dan mempelbagaikan teknik urutan yang untuk membahagiakan rumahtangga anda. Urutan ini juga amat baik dilakukan untuk menyegarkan kembali pasangsan anda yang keletihan setelah pulang kerja dan dapat menaikkan nafsu syahwat pasangan anda.

Selamat mencuba diucapkan dan gunakanlah segala teknik didalam buku ini sepenuhnya untuk kebahagiaan rrumahtangga anda. Insya Allah.

Kulit
Kelenjar sebaseous adalah kelenjar yang bersambung dengan tisu penyambung dan organ dalaman. Apabila urutan atau tekanan dikenakan pada kelenjar ini , saraf yang bersambung pada kelenjar ini akan menghantar utusan pada tisu penyambung dan organ dalaman.

Jika terdapat kesakitan atau ketidak selesaan di bagian belakang pasangan anda, urutan adalah pada bagian belakang dengan menggunakan teknik-teknik tertentu seperti mengusap dan menepuk akan memberi keselesaan pada pasangan anda.

Gambarajah menunjukkan keratan rentas kulit manusia (epidermis)

Sebanyak 25 titik yang menerima tekanan pada kulit atau epidermis. Jika sentuhan atau rangsangan dilakukan pada titik tekanan ini, saraf fiber pada titik tekanan ini akan menghantar utusan ke otak dan otak akan menghantar rangsangan pada organ-organ tertentu dalam badan dan memberi rangsangan yang menenangkan dan mengasyikkan.

Gambarajah menunjukkan kelenjar yang berada didalam hidung manusia yang boleh merangsang bau seterusnya membawa rangsangan keotak

Adalah penting untuk mengetahui titik-titik tekanan yang sesuai untuk mengurut pasangan anda. Contohnya, sakit belakang yang disebabkan oleh otot intercostals yang berada dekat tulang belakang yang kesepuluh, anda perlu mengurut bagian kulit yang berada dibawah tulang pinggul.

Peta yang spesifik atau pengetahuan mengenai setiap titk tekanan yang berada dibawah kulit adalah penting untuk urutan. Urutan yang dapat menyamankan dan menenangkan pula dapat dilakukan seperti leher, bagian dalam paha dan dada.

Tempat yang perlu dihindarkan semasa mengurut
Terdapat yang perlu diurut dan yang perlu dihindarkan semasa mengurut, ini perlu dihindarkan kerana terdapat banyak sangat saraf dipermukaan kulit ini. Jikalau bahagian ini diurut kemungkinan akn menyebabkan kerengsaan kulit. Diantaranya:


1. Bahagian bawah lengan [ketiak]
2. Bahagian belakang lutut [tempat bengkokan]
3. Bahagian depan siku
4. Bahagian dalam paha [pangkal paha]
5. Bahagian trigle[segitiga dibawah perut, goin]

Kesan daripada urutan
1. Melancarkan peredaran darah dan cecair limpa pada kawasan yang diurut
2. Memudahkan penanggalan sel mati dan lama

3. Menolong menyingkirkan titisan minyak dari kelenjar sebaceous, menjadikan kulit lebih anjal dan lembut
4. Mempercepatkan penggantian tisu yang dirawat
5. Dengan membuat putaran,nutrient akan cepat sampai kepada tempat yang diurut mempercepatkan pembuangan sisa metabolism
6. Membantu melarutkan enapan organic dan menambah keanjalan kepada otot yang tidak aktif
7. Memperbaiki keanjalan dan pengecutan otot yang dirawat
8. Membantu mengurangkan ketegangan otot dan ligament
9. Menjadikan tisu penyambungan lebih senang bergerak
10. Mempengaruhi fungsi vena menjadikan lebih baik

Cadangan sebelum urutan
Terima segala manipulasi yang menghasilkan sensasi yang menyeronokkan/menyamankan dan buang segala yang tak diingini. Anda boleh merasakan ini melalui bahasa yang tak terucap melalui pasangan anda. Ingat , yang penting ialah ketangkasan dan keanjalan tangan lebih baik dari tekanan yang kuat.

Pastikan posisi anda selesa untuki anda dan anda boleh mengekalkan keseimbangan badan untuk setiap gerakan yang anda perlu anda lakukan.




Pakai pakaian yang praktikal. Berbual dengan bijaksana dengan nada yang perlahan. Tanpa tokok tambah dan sulit. Pengurut mestilah mengambil langkah yang lebih formal.

Mulakan urutan dengan pergerakan yang ringan/lembut, sesuai dengan pendekatan pertama dengan personality orang baru. Mulakan setiap urutan dengan pergerakan mengusap dan untuk mengakhirinya juga gunakan cara yang sama.

Teruskan mengurut dengan tenang, menggunakan rentak yang boleh diramalkan dengan member tumpuan istemewa pada bagian yang sakit dan hindarkan kawasan lebam dan luka.
Akhiri urutan dengan pergerakan yang beransur-ansur perlahan, ringan dan lebih lembut, hindarkan berhenti secara tiba-tiba yang mana boleh mengganggu keseronokan/kenyamanan pasangan.

Kalau boleh, selimutkan pasangan anda selepas pengurutan dan biarkan dia berehat beberapa minit, ini akan memberikan badan masa utuk menyesuaikan dengan informasi fisiologi yang baru.

Persekitaran yang sesuai
Berangin yaitu ada pengaliran udara yang bersih dan segar, kawsan tempat mengurut yang luas dan lapang, persekitaran yang bersih dan mempunyai suasana yang mesra. Tempat ini juga haruslah memberi kasan kecekapan dan bersistem. Suhu yang di syorkan dan paling sesuai ialah 23C.



Sediakan kain kapas dan selimut untuk menutup bagian badan yang tidak diurut. Cahaya yang lembut dan bergenang [suffuse] adalah amat sesuai digunakan semasa pengurutan digunakan /semasa pengurutan dijalankan. Cahaya yang terang tidak harus cecara terus sampai dimuka pasangan, kerana ini akan mengganggu ketenangan pasangan.

Boleh menggunakan music kalau suka, bergantung kepada pasangan. Musik yang sesuai adalah musik yang lembut dan dapat menenangkan.

Haruman Aromaterapi
Minyak, gel atau krim harus digunakan dalam urutan untuk melicinkan pergerakan tangan dan mengurangkan kesakiktan pasangan. Minyak, gel atau krim yang paling sesuai untuk urutan sensual adalah minyak yang mengandungi haruman aromaterapi.
Haruman aromaterapi yang paling sesuai untuk digunakan semas urutan sensual ialah Ylang-ylang, Lavender dan Jasmin

Bunga Jasmin

1. Jasmin
Jasmin adalah minyak yang paling mahal. Ini kerana bunga jasmin hanya mengeluarkan bau pada waktu malam dan kos untuk pekerja mahal kerena terpaksa bekerja diwaktu malam. Ia amat berguna untuk menghilangkan kesakitan ketika haid dan amat berguna semasa dalam proses kelahiran bayi. Sapukan minyak jasmine ini pada perut dan belakang ibu semasa proses kelahiran bayi, ini akan mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan pembukaan otot faraj.

Minyak ini amat berguna untuk pembesaran kelenjar prostat dan menguatkan alat sulit lelaki. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengan seksual ini adalah minyak yang paling sesuai digunakan. Biasanya masalah seksual yang dihadapi oleh kebanyakan manusia kerana mengalami ketegangan, tekanan dan kesedihan.

Minyak ini akan merawat masalah yang berkaitan dengan emosi ini dan menjadikan anda lebih tenang dan bersemangat untuk seks. Jasmin sesuai untuk semua urutan, terutama sekali untuk urutan anti-ketegangan dan urutan sensual. Minyak ini hanya sesuai untuk kegunaan luar sahaja

Lavender

2. Lavender
Lavender adalah minyak aromaterapi yang paling versatil. Ia sesuai dicampur dengan semua jenis minyak aromaterapi yang lain dan sesuai untuk pelbagai masalah.Lavender berkebolehan untuk mengembalikan keadaan ketidakseimbangan pada bahan atau minda kepada kedaan seimbang dimana proses penyembuhan terjadi. Lavender amat menyamankan dan menenangkan, berguna untuk sistem pernafasan dan jika digunakan pada waktu malam anda boleh tidur dengan tenang. Gunakan sedikit minyak ini pada leher dan ini akan menghilangkan sakit kepala.

Salah satu kegunaan lavender yang paling penting ialah untuk mengurangkan sengal-sengal badan. Ia adalah minyak yang paling baik digunakan semasa urutan samada dicampur dengan minyak lain atau gunakan lavender sahaja. Sakitatau sengal-sengal pada bahagian belakang badan adalah antara sakit yang dapat dikurangkan atau dihilangkan melalui urutan menggunakan lavender.

Ylang-ylang / Bunga Kenanga

3. Ylang-ylang
Ylang-ylang atau lebih dikenali dengan bunga kenanga banyak terdapat dikawasan asia tenggara seperti Indonesia dan Malaysia. Minyak bunga kenanga ini terkenal dengan kebolehannya untuk menenangkan pernafasan yang tercungap-cungap dan degupan jantung yang pantas. Simptom ini terjadi bila seseorang itu terkejut, takut atau cemas dan bila seseorang dalam keadaan yang sangat marah.

Minyak ini dapat menaikkan nafsu syahwat, memberi kesan yang menenangkan dan bagus serta amat baik untuk seseorang yang mengalami maslah seksual yang biasanya disebabkan oleh masalah ketegangan dan kebimbangan.


Kesan tenang dan relaks dari minyak ini dapat menghilangkan semua kebimbangan tentang maslah seksual yang terdapat dalam diri seseorang.

Berjaga-jaga apabila menggunakan minyak ini kerana jika digunakan dengan kepekatan yang tinggi pada jangkamasa yang panjang akan menyebabkan sakit kepala dan mual




Bab 1 - Belakang badan

1a. Pasangan anda didalam keadaan meniarap diatas bantal (gambarajah) suruh pasangan menutup mata, tenangkan fikiran, tarik nafas panjang dan relaks.

1b. Letakkan tangan anda diatas belakang badan dan tangan kiri dikepala pasangan (gambarajah)




2. Kedua tapak tangan - selang seli
a. Letak tangan kanan dibahagian bawah belakang badan dan tangan kiri dibahagian atas manakala jari menghala kearah kepala.
b. Usap perlahan-lahan tangan kanan ketas manakala tangan kiri dibawah
c. Ulang usapan ini berselang seli sebanyak 8 kali




3. Kedua tapak tangan-usapan memanjang
a. Rapatkan kedua-dua tapak tangan dibahagian tepi belakang
b. Tangan kanan urut kebawah badan dan tangan kiri urut keatas bahagian badan
c. Lakukan gerakan ini serentak (dalam gambarajah)
d. Ulang langkah ini sebanyak 8 kali dan dikedua-kedua bahagian badan


4. Kedua lengan-usapan panjang
a. Letakkan kedua-dua lengan pada bahagian kanan badan
b. Usap lengan kiri sahaja dari bawah ketas dan atas kebawah sebanyak 8 kali
c. Ulang usapan ini dibahagian kiri badan

5. Kedua tapak tangan-mengiring
a. Letak kedua-dua tapak disebelah kanan badan (gambarajah)
b. Usap perlahan-lahan keatas dan kebawah sebanyak 8 kali
c. Tukar posisi kedua-dua tapak tangan disebelah kiri badan
d. Ulangi usapan sebanyak 8 kali



6. Kedua tapak tangan-ibu jari selari
a. Untuk memudahkan anda untuk urutan ini, sila duduk diatas pasangan anda (tanpa member beban)
b. Usapkan sederhana lembut dari bahagian lekuk pinggang hingga kebahu sebanyak 8 kali
c. Pastikan ibu jari anda selari antara satu sama lain

7. Kedua hujung jari-membulat
a. Letakkan hujung tangan kiri dibawah. Hujung tangan kanan diatas hujung tangan kiri
b. Usap secara membulat mengikut pusingan jam bermula dari hujung lekuk punggung pasangan keseluruh punggung kanan sebanyak 16 kali dan diikuti 16 kali dipunggung kiri
c. Pergerakan ini akan membangkitkan naluri seksual pasangan anda

8. Kedua penumbuk-membulat
a. Letak kedua-dua penumbuk diatas punggung pasangan
b. Tekan penumbuk dengan lembut secara membulat (pusingan jam) sebanyak 16 kali dikuti disebelah kiri punggung pasangan

9. Sebelah jari-memicit
a. Tangan kanan diletakkan diatas punggung kanan
b. Jari kiri memicit sedrhana lembut atas punggung kiri (gambarajah) sebanyak 16kali)
c. Tukar posisi dan ulang cara diatas punggung kanan
d. Gerakan ini amat berkesan melahirkan daya sensual

10. Kedua tapak-membulat
a. Letakkan kedua-dua tapak tangan pada bahagian bahu(gambarajah)
b. Usapkan kedua-dua tapak tangan secara membulat kearah kanan sebanyak 8 kali (pusingan jam) diikuti kekiri sebanyak 8 kali (lawan pusingan jam)
c. Gerakan ini akan meredakan ketegangan bahu dan leher


11. Kedua tapak tangan dan lengan-selari
a. Letak kedua tapak tangan dari leher (ibu jari selari)
b. Usap perlahan-lahan sehingga kebahagian punggung menggunakan tapak tangan dan lengan diakhiri dengan urutan huruf ‘V’ (gambarajah) sebanyak 16 kali

Bab 2 - Belakang Kaki


1. Kedua tangan dan lengan-usapan panjang
a. Letakkan kedua-dua tapak tangan dikedua-dua belah kaki pasangan anda
b. Usap kaki pasangan anda bermula dari buku lali hinggalah ke punggung dan pastikan lengan anda juga turut sama seperti gambar diatas
c. Ulang langkah tadi dengan urutan kebawah dan keatas balik 8 kali



2. Kedua belah tangan-picit betis dan paha
a. Letak kedua tapak tangan pada otot betis
b. Dengan menggunakan tangan kiri picit otot dan diikuti dengan tangan kanan
c. Ulang langkah ini pada bahagian paha sebanyak 8 kali


3. Kedua penumbuk-membulat
a. Tekan genggaman pada paha dengan gerakan membulat
b. Ulang pada kedua-dua belah paha sebanyak 8 kali


4. Tumit tapak tangan-usap panjang
a. Usap belakang paha pasangan anda dari atas dan kebawah
b. Gunakan tumit tapak tangan anda
c. Ulang langkah ini pada kedua-dua belah paha sebanyak 16 kali

5. Kedua-dua ibu jari-cubitan
a. Gunakan ibu jari kiri dan kanan, cubit sedikit daging paha pasangan anda
b. Biarkan seketika dan lepaskan
c. Ulang langkah ini pada bahagian lain pada kedua-dua belah paha sebanyak 8 kali

Bab 3 - Kaki dan Bahagian Hadapan kaki

Letakkan bantal lembut dibawah kepala dan satu lagi dibawah lutut untuk keselasaan maksimum. Kaki ialah tempat yang paling sesual. Mengikut refleksologist, kaki adalah cermin kepada badan.

Semua bahagian dan organ pada badan bersambung pada kaki. Setiap urutan pada kakiakan memberikan kesan pada seluruh badan. Gunakan sedikit sahaja minyak kerena minyak berlebian akan menyusahkan urutan dan susah untuk memegang kaki.

1. Kedua belah tangan-usapan
a. Tangan kiri diletakkan pada bahagian atas kaki dan tangan kanan di bawah tapak kaki
b. Usap kaki dan tapak kaki dari hujung jari kaki hinggalah ke buku lali
c. Ulang langkah ini sebanyak 8 kali

2. Kedua-dua tangan-penumbuk membulat
a. Satu lagi buat seperti penumbuk dan letakkan ditapak kaki yang berisi
b. Tekankan secara membulat dari atas tapak kaki hingglah ketumitc. Ulang langkah ini sebanyak 8 kali pada kedua-dua tapak kaki

3. Kedua-dua ibu jari-tekanan bersilang
a. Kedua-dua ibu jari diletakkan ditapak kaki secara bersilang
b. Tekan ibu jari secara berselang seli hinggalah ketumit

c. Gerakan ibu jari ini seperti zig zag
d. Ulang langkah ini pada kedua-dua tapak kaki sebanyak 8 kali

4. Kedua-dua tangan-menguli
a. Tangan kanan menarik otot paha keatas dan tangan kiri menolak otot paha kebawah
b. Ulang langkah ini pada kedua-dua paha sebanyak 8 kali

Bab 4 - Tangan

Dalam rutin seharia, kita banyak menggunakan lengan dan tangan kita. urutan pada bahagian ini dalam meneluarkan perasaan yang terpendam selama ini. Ahli refleksologi ada mengatakan, dengan mengurut bahagian tangan kita dapat membaiki kesihatan seluruh badan


1. Ibu jari-membulat
a. Gunakan ibu jari untuk mengurut secara membulat pada tapak tangan
b. Ilangi urutan pada bahagian satu lagi sebanyak 8 kali

2. Kedua-dua tangan-picit
a. Tarik dan picit dan ibu jari
b. Buatkan putaran ikut jam dan lawan arah jam
c. Ulang langkah ini pada kedua-dua tangan sebanyak 8 kali


Bab 5 - Dada dan Leher

Masalah emosi biasanya selalu tersimpan didalam dada. Urutan pada bahagian ini dapat mengeluarkan emosi yang terpendam, menjadikan dada lebih rileks dan terbuka. Ketegangan pada leher akan menyebabkan sakit kepala, urutan akan dapat mengurangkan simpton ini.


1. Kedua-dua tangan-usapan membulat
a. Letak kedua ibu jari pada bahagian tengah dada
b. Buat gerakan membulat kecil secara lembut
c. Ulang langkah sebanyak 8 kali


2. Kedua-dua tangan-penumbuk
a. Gunakan tangan kanan dan kiri
b. Tekankan penumbuk pada bahu dengan lembut
c. Urut dengan gerakan membulat pada keseluruhan dada pasangan anda
d. Ulang langkah ini sebanyak 16 kali



3. Kedua-dua tangan-usapan belakang tangan
a. Cara sentuhan ialah antara menyentuh atau tidak (barely touch)
b. Usap hujung jari pada dada dengan usapan dari atas kebawah
c. Ulang langkah ini sebanyak 8 kali

Bab 6 - Muka

Urutan pada muka adalah amat mesra dan sensual. Urutan ini juga akan memberi kesan awet muda dan memberikan kesegaran. Jika ia diamalkan selalu dengan teknik yang betul, tidak mustahil anda dan pasangan anda kelihatan beberapa tahun lebih muda dari usia anda. Garis-garis ketegangan dan tekanan akan berkurangan dan muka anda akan lebih berseri-seri




1. Kedua tangan-usap guna hujung jari
a. Letak jari bersilang pada dahi pasangan anda
b. Usap keluar kebahagian tepi dahi dengan lembut dan usap kedalam semula
c. Ulang langkah ini sebanyak 8 kali
d. Urutan ini dapat menghilangkan sakit kepala dan mengurangkan tekanan


2. Jari dan tapak tangan-usap
a. Usap keluar pada bahagian pipi
b. Usap masuk semula
c. Ulang langkah ini sebanyak 8 kali


3. Kedua ibu jari-usap
a. Guna kedua ibu jari usap keluar pada dagu
b. Teruskan usapan pada leher dan bahu
c. Ulang sebanyak 8 kali

4. Kedua ibu jari-usap membulat
a. Usap secara membulat dengan lembut dengan menggunakan ibu jari
b. Teruskan usapan disepanjang dahi
c. Teruskan langkah tadi sehingga ke kening
d. Ulang sebanyak 8 kali

5. Ibu jari dan hujung jari-membulat dan tarik secara lembut
a. Gunakan ibu jari dan hujung jari buat sedikit tekanan membulat pada cuping telinga
b. Selepas itu, regangkan dan lepaskan telinga secara lembut
c. Ulang langkah ini sebanyak 8 kali

Bab 7 - Abdomen
Urutan abdomen atau perut baik untuk menghilangkan ketegangan dan menyamankan. Maslah percernaan dan senggugut dapat dikurangkan dengan urutan ini. Terdapat banyak titik sensual di bahagian ini

1. Kedua tangan-membulat
a. Gunakan tekanan yang lembut dan usap secara membulat bermula dari pusatb.
Besarkan bulatan hinggalah ke semua bahagian abdomen
c. Gunakan kedua tapak tangan anda
d. Ulang langkah ini sebanyak 8 kali

2. Hujung jari-membulat
a. Letakkan hujung jari diatas pusat dan satu lagi dibawah pusat
b. Usap dengan gerakan ikut arah jam
c. Mulakan dengan tangan kanan diikuti tangan kiri
d. Buat gerakan bulatan berterusan sebanyak 8 kali

3. Kedua tangan-tarikan
a. Letak tangan kanan dipinggang pasangan dan tangan kiri diperut
b. Tangan kanan menarik keatas dan diselangselikan dengan tangan kiri
c. Lakukan gerakan ini dikedua-dua bahagian pinggang sebanyak 8 kali

Kesimpulan

Sekarang anda dan pasangan anda seharusnya sudah dapat merasai kepuasan urutan sensual ini dan diharapkan pengalaman ini akan membawa kepada keharmonian, keseronokan dan keghairahan pada hubungan anda dan isteri. Anda mungkin sudah dapat mevariasikan urutan ini dan ramuan cinta anda sendiri dan sudah tentu ia amat istimewa untuk anda berdua sahaja.

Seks yang tetap dan teratur penting dalam hubungan jangjapanjang. Menurut pakar psikologi, pasangan yang mengadakan seks sekurang-kurangnya tiga kali seminggu akan nampak sepuluh tahun lebih muda. Walaupun begitu, jika anda mempraktikkan urutan sensual secara tetap dan teratur, anda bukan sahaja mendapat kepuasan yang tinggi tapi ia juga amat baik untuk kesihatan dan membuatkan anda nampak lebih muda

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter