Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Jangan Tolak Ajakkan Seks

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, April 25, 2010


Ramai kaum wanita yang culas melakukan aktiviti seks terutama sekali bagi
wanita yang bekerja. Kepenatan menjadi alasan buat wanita ini agar
malam-malam mereka tidak diganggu. Kalau mahu mengadakan seks sekalipun
biarlah dilakukan seminggu sekali ataupun dua minggu sekali. Rutin sebegini
dianggap tidaklah memenatkan.


Tapi selepas ini mereka yang termasuk dalam kategori malas berhubungan seks
berfikir sekali lagi tentang sikap tersebut. Sikap itu menyebabkan anda
kerugian sesuatu yang cukup berharga dalam hidup iaitu tubuh yang sihat,
awet muda dan badan yang langsing.

Sebenarnya inilah manfaat yang akan diperoleh sekiranya anda melakukan seks
secara teratur setiap minggu. Kebaikan seks teratur bukan setakat tiga
perkara ini saja, ada banyak lagi. MW menyenaraikannya untuk anda agar
selepas ini anda lebih rajin melakukan seks. Jadi selepas ini jangan lagi
menolak ajakan seks.

Katakan ya kepada seks!


10 manfaat seks teratur

1. Awet muda
Menurut kajian, orang yang melakukan hubungan seksual tiga kali dalam
seminggu akan dilihat empat sampai tujuh tahun lebih muda dari usia
sebenar. Sebabnya seks merupakan bentuk olahraga yang memberikan keremajaan
kulit. Hubungan seks dilakukan dengan penuh semangat bererti lebih banyak
oksigen yang dihantar ke tubuh melalui darah selain membawa nutrisi ke
permukaan kulit.

2. Tubuh jadi cergas
Meskipun seks bukan cara paling efektif untuk menurunkan berat badan, tapi
anda tetap dapat membakar banyak aktiviti melalui rutin ini. Anda dapat
membakar antara 100 dan 250 kalori per jam dan anda juga olahraga otot-otot
secara menyeluruh.

3. Kekal langsing
Hubungan seksual meningkatkan tahap insulin seperti faktor penggalak (IGF)
yakni hormon yang dapat mengawal aktiviti enzim dalam sel-sel yang
bertanggung jawab pada metabolisme lemak. Tahap IGF lebih tinggi akan
membantu menghancurkan lapisan lemak.

4. Meningkatkan kekebalan
Kajian telah menunjukkan bahawa orgasma dapat membantu merangsang sistem
kekebalan. Ia meningkatkan tahap T3 dan T4 sel lymphocyte iaitu sejenis sel
darah putih yang dapat menghasilkan antibodi dan menyerang jangkitan
sebanyak 20 peratus.

5. Meningkatkan mood
Ketika seorang wanita mencapai orgasma, mereka mengeluarkan hormon seks
yang disebut oksitoksin. Ia dihasilkan oleh bahagian dasar otak. Hormon ini
dapat membangkitkan perasaan emosional seperti kemesraan dan saling
mendorong yang membantu meningkatkan pertalian di antara dua insan.

6. Mengurangkan tekanan
Ada bukti ilmiah yang kuat bahawa orgasma dapat menyumbang kepada
pengeluaran endorfin iaitu bahan kimia yang dikeluarkan otak serta
bertindak sebagai penahan sakit yang efektif.

7. Membantu mencegah penyakit jantung
Seks memiliki kebaikan khusus bagi lelaki, terutama jika mereka berumur 40
tahun ke atas. Rutin seks yang teratur dapat membantu meningkatkan hormon
testosteron sekali gus melindungi jantung.

8. Membantu kelancaran perjalanan darah
Seks adalah olahraga yang dapat meningkatkan perjalanan darah. Ia akan
membantu oksigen dan nutrisi mengalir dalam aliran darah dengan lebih
mudah.

9. Memanjangkan umur
Sekiranya seks teratur mampu memberikan tubuh dan kehidupan lebih sihat
sudah tentunya risiko penyakit akan semakin kurang. Umur juga jika
diizinkan Tuhan akan lebih panjang.

10. Menurunkan risiko kehamilan
Satu kajian yang dilakukan pada tahun 1994 mendapati bahawa wanita yang
melakukan seks dalam hubungan jangka panjang memiliki risiko komplikasi
lebih kecil dalam masa kehamilan.

hidup kite cume tige ari.....
kemarin.......
arie nie....
sok.....
jadi jagalah kesihatan anda seperti yang di tuntut oleh AGAMA

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter