Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Tips Menghadapi Kritikan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, March 25, 2010


Tidak ada seorangpun yang senang menerima kritikan. Bagaimanapun hebatnya seseorang, dia pasti tidak terlepas dari berasa hati apabila dikritik.

Pertama, kerana tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Justeru itu, kita semua tidak terlepas daripada membuat kesilapan.


Kedua, banyak orang yang senang mengkritik meskipun mereka tahu bahawa menerima kritikan bukanlah mudah. Memang tidak semua kritikan itu benar. Namun, cara bagaimana anda mendepani kritikan sebenarnya yang dapat mendorong ke arah peningkatan peribadi anda. Semak perkara berikut:


TIPS HADAPI KRITIKAN

1. Tahan Diri daripada Amarah - Marah adalah tanda semulajadi yang mengatakan bahawa anda sedang dikritik. Yakinlah setiap orang memang berhak mengutarakan pendapatnya. Biarpun wajah anda merah padam, usahakan agar tidak marah. Apabila anda tidak lulus di langkah ini, maka langkah-langkah berikutnya hampir mustahil berguna bagi anda.

2. Terimalah Kritikan dengan Sikap Terbuka - Mungkin kritikan itu salah, namun pengkritik menganggapnya berbeza. Bersikap terbuka, apabila perlu ubahlah pandangan si pengkritik. Fahami maksud kritikannya sehingga anda dapat menanganinya secara tepat.

3. Jangan Masukkan Kritikan ke dalam Hati - Meski anda bersikap terbuka, bukan bererti anda perlu mengambil hati atas kritikan itu. Mungkin kritikan itu hanya ditujukan pada usaha, produk, kakitangan anda bukan peribadi anda. Ingatlah anda perlu menjaga hubungan jangka panjang. Apabila kritikan ditujukan secara tidak profesional, amati saja ketidakmampuan pengkritik menyampaikan kritikannya.

4. Mintalah Keterangan Lebih Spesifik - Fahami bahawa mungkin kritikan itu benar. Jadi cubalah untuk memahami dan meminta keterangan yang lebih spesifik mengenai apa yang dikritik. Ini bermanfaat bagi anda dan pengkritik agar dapat melihat situasi yang sebenarnya.

5. Jangan Balas Kritikan dengan Kritikan - Tugas anda adalah mendepani kritikan agar anda dapat meraih lebih banyak kebaikan dan keuntungan dari kritikan itu. Membalas kritikan dengan kritikan sama dengan menyuakan perdebatan yang tidak perlu. Anda takkan boleh memadamkan api dengan api kerana akhirnya mungkin anda yang terbakar.

6. Tanya Diri Sendiri Apa yang Boleh Anda Lakukan - Dengan demikian anda mampu melihat kritikan sebagai kebaikan bagi diri sendiri, sekaligus mendapatkan keuntungan darinya. Sebagai contoh, sebuah produk yang baik tentunya lebih banyak menerima kritikan daripada pujian.

7. Mintalah Pendapat Orang Lain - Apabila anda tidak yakin dengan sesuatu kritikan, mintalah pendapat orang lain yang benar-benar tulus. Pendapat mereka dapat membantu anda menemukan bahagian mana dari kritikan itu yang benar atau keliru.

8. Biasakan Diri Anda dengan Kritikan - Membiasakan diri bererti mendepani kritikan dengan tenang dan positif. Jangan ragu untuk mengucapkan terima kasih atas kritikannya, meski tidak selalunya benar. Bagaimanapun, perhatiannya untuk mengkritik anda patut dihargai.

Wallahu'alam.

Print

2 comments

  1. Anonymous Says:
  2. salam...mmg pyh nak menerima kritikan,apatah lg kritikan itu dtgnya drpd org yg lebih rendah pangkatnya drpd kita..cthnya pekerja mkritik bos,anak mkritik ibubapa,murid mkritik guru, isteri mkritik suami dan lain2 lg..cukup bagus tips yg dikemukakan di ruangan ini,harap2nya org yg menerima kritikan akan dpt mmbacanya dgn hati yg lebih tbuka..jika kita tdk memanfaatkan ilmu ini,maka tak ada maknanya lah artikel ini dikeluarkan..org kata "cakap tak serupa bikin"..

     
  3. yap..betul tu..admin sokong sgt2..tp biasanya kesalahan itu tidak berpunca dr 1 pihak aje..renung2kan

     

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter