Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Untuk Dirimu Dan Diriku

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, February 21, 2010


“Sesiapa yg jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yg syahid” (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain)

Hati manusia sangat suka akan kebaikan. Tidak betah jiwa ini melihat keadaan umat hari ini. Tidak juga hati ini redha dengan keadaan sekeliling. Sudah hilang rasa malu pada umat Nabi Muhammad sehinggakan semuanya tampak manis dan redho pada pandangan mereka.


Andai Rasulullah masih hidup hari ini, pastinya beliau tersangat sedih melihat kita semua. Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Adakah bersms & bergayut phone dengan ‘kekasih hati’ adalah bukti kita mencintai Allah dan rasulNya melebihi cinta kita kepada dunia dan seisinya? Tenteramkah jiwa kita, jika cinta manusia mengisi hati malah mungkin kita tidak menyedari cinta kita pada manusia sudah melebihi cinta pada Allah & Rasulullah. Sedangkan Rasulullah memberi amaran yang tegas tetapi penuh kelembutan kepada kita bahawa kita tidak dikatakan beriman andai mencintai dunia dan seisinya melebihi cinta kepada Allah dan Rasulullah. Naudzubillah, jika kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman, lalu dimanakah kita pada pandangan Allah?

”..Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya…”(At Taubah:24)

Rasulullah bersabda ‘Dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau & engkau benci bahawa di lihat oleh manusia kepadanya’. Cuba renungkan kembali pernahkah sahabat2 merasa gelisah, resah& tidak aman? Terfikirkah kita bahawa kita semakin jauh dari DIA. Mabuk di telan rindu pada si dia yang belum pasti ditakdirkan untuk kita.

Allah amat menyayangimu tetapi perbuatanmu terlalu melampau. Dia jadikan hatimu satu, tetapi kita mengisinya dengan pelbagai kecintaan. Kita lebih cinta pada seruan nafsu dan syaitan, bahkan kita berpaling dari seruanNYA melalui petunjuk RasulNya. Jika begitu, bagaimana kita mahu mencapai kebahagiaan? Kita tidak akan menemui syurga dalam kehidupan di dunia, apatah lagi di akhirat kelak.

Jika kita memeluk apa yg ada di sekeliling kita, kita akan jauh dari cahaya kasih sayangNya. Cinta yang datang di lubuk hati itu fitrah. Namun, apabila disusuli tindak-tanduk yang tidak Allah redhai, ia akan bertukar menjadi fitnah. Allah memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan. Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya tiada yang berani, katanya masih lambat lagi, atau tak bersedia. Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Zina banyak cabangnya sahabat-sahabat. Zina mata, mulut, telinga, kaki dan lain-lain. Untuk apa menikmati cinta sebelum perkahwinan? Bimbang selepas perkahwinan cinta yang disuburkan sebelum berkahwin itu menjadi tawar dan hambar, telah banyak bukti-buktinya. Hilang barakah, hilanglah kemanisan. Mahukah sahabat-sahabat, rumah tangga yang bakal di bina tiada serinya, tiada kebahagiaan kerana rasa bahagia itu sudah diamati lama dahulu semasa sibuk bercinta.

Bukan redha ibu bapa atau seisi manusia yang kita cari, tapi hanya redha Ilahi. Keindahan cinta manusia hanya merampas rasa cinta pada DIA YANG LEBIH SEMPURNA. Berfikirlah dengan mata hati, bukan dengan emosi juga nafsu. DIA telah memberikan kita pelbagai nikmat, tetapi kita membalas dengan memberikan cinta kita pada insan yg tidak halal buat kita. Jika merasakan sudah tidak mampu menahan gelora di jiwa, sebaiknya berkahwinlah. Pilihlah jalan yang diredhai Allah bukan jalan yang mengundang murkaNYA. Cinta itu terlalu suci kerana ia merupakan ikatan antara dua hati tapi ia bukan untuk dicemari oleh insan-insan yang hanya didorong oleh syaitan semata-mata. Bercinta untuk berkahwin bukanlah kunci untuk menghalalkan berkapel kerana tiada lansung dalil yang membenarkan cinta sebelum berkahwin.

Wahai para pemuda! Sesiapa yang berkemampuan hendaklah dia berkahwin, kerana ia akan menutup pandangan dan menjaga kehormatan. Sesiapa yang tidak berkemampuan hendaklah dia berpuasa, kerana berpuasa adalah pendindingnya.

(Riwayat Bukhari Dalam Bab Nikah)

Usah gusar sahabat-sahabat andai kau tidak mempunyai pasangan sekarang kerana tiada jaminan andai kita berkapel dengan seseorang kita akan berkahwin dengan orang itu. Jodoh itu semuanya perancangan Ilahi, tiba masanya Allah akan menemukan kita dengan insan itu. Gunakanlah masa yang kita ada untuk memperbaikkan diri agar kita lebih dekat dengan DIA.

Sahabat-sahabat, marilah kita sama-sama menunggu jodoh dari Allah. Jodoh dari Allah: tika Adam dan Hawa berpandangan mata, terus menusuk ke kalbu , Adam terus meminang Hawa dan Hawa menerimanya. Keduanya bernikah, insyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat dan itulah dikatakan ’syurga cinta’. Biarlah perasaan cinta yang lahir hanya kerana Allah. Jagalah cinta itu untuk insan yang lebih berhak. Wallahualam……..

Print

3 comments

  1. Anonymous Says:
  2. Ustaz,
    Terima kasih untuk info ini.. (cikgu ana)

     
  3. Anonymous Says:
  4. salam..info ni sgt bmanfaat...timekasih admin..~gadis tak cun~

     
  5. salam to cikgu ana : semoga kita sama2 mengambil pengajaran dr pedoman ini

     

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter