Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Taubat Ibarat Menangis Selepas Ketawa

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Saturday, February 6, 2010


Riwayat dari Saidina Ali.r.a ,bahawa seorang lelaki setelah selesai dari menunaikan solat,lantas berdoa kepada ALLAH denagn berkata: “Ya ALLAH Ya Tuhanku,aku bertaubat kepada-MU sekarang juga.”.Apabila Saidina Ali mendengar do’a orang itu lantas Saidina Ali pun berkata:


“Wahai anda yang sedang berdoa,sesungguhnya taubat yang engkau lakukan secara semberono adalah taubat yang dusta,dan taubatmu out memerlukan satu taubat yang lain.”

Maka berkata pula lelaki itu : ” Wahai Amirul mukminin Saidina Ali,sekiranya engkau menyuruh aku bertaubat yang lain pula,maka apakah sebenarnya taubat itu?..tolong terangkan kepada saya.”

Kata Saidina Ali kepada lelaki itu: ‘ Bahawa yang di katakana taubat iitu ada enam pengertian:

Yang pertama,sekiranya kamu telah melakukan dosa yang lalu,maka taubatnya hendaklah kamu menyesali segala kesalahan kesalahann dan dosamu itu.

Yang kedua,jika kamu melakukan kesalahan dan dosa kepada ALLAH kerana meninggalkan perintah yang wajib,maka hendaklah kamu mengerjakan semula kewajipan yang telah ditinggalkan itu.

Yang ketiga,sekiranya kamu melakukan kezaliman kepada orang lain,maka taubatnya ialah bahawa wajib bagi kamu memulangkan apa-apa juga yang berlaku kepada orang itu,sehingga tiada lagi perkara yang bersangkutan dengan orang yang kamu zalimi itu dan dia memaafkan segala penganiayaan yang kamu lakukan terhadapnya itu.

Yang keempat,maka sekiranya kamu melakukan maksiat sehingga diri dan dan jiwamu sebati dengan maksiat itu,maka demikian jugalah kamu wajib melakukan taat kepada ALLAH sehingga jiwamu sebati dengan ketaatan itu.

Yang Kelima,sebagaimana lazat dan manisnya maksiat itu,maka demikian jugalah kamu wajib melakukan taat kepada ALLAH sehingga jiwamu sebati dengan ketaatan itu.

Yang keenam,sekiranya kamu melakukan maksiat kepada ALLAH dalam keadaan kamu gembira dengan gelak ketawa,maka sampailah giliran kamu menangis menyesali dosa yang kamu lakukan itu berserta mengerjakan segala ketaatan kepada ALLAH swt.

Demikianlah pengertian taubat menurut Saidina Ali.r.a. bahawa urusan taubat itu bukan satu tugas sampingan yang dilakukan secara sambil lewa dan tergopoh-gapah.Walaupun lidah menyebut perkataaan taubat,namun ia tidak semestinya menjadi suatu permohonan taubat yang sebenar.

Taubat sekdarnya pada lidah tanpa menzahirkan tanda-tanda penyesalan yang lampau,dapat dibuktikan sebagai suatu permainan lidah semata-mata sekiranya dia masih lagi mengekallkan perbuatan yang membawa kepada dosa,maka bagi Saidina Ali r.a perbuatan tersebut hanyalah suatu pendustaan terhadap ALLAH s wt.

Saidina Ali menyifatkan taubat seperti itu adalah dusta,maka taubatnya itu bukan sahaja tidak menggugurkan dosa,malah ia menambahkan lagi dosa kepada dirinya,kerana ia telah berdusta kepada ALLAH dengan permainan lidah sekadar menyebut kalimah taubat sedangkan pada hakikatnya dia masih lagi mengekalkan perbuatan dosa.

Dosa yang disebabkan meninggalkan perintah wajib dari ALLAH,sama ada solat ,puasa ,zakat dan lain-lain lagi,maka meninggalkan kewajipan tersebut ibarat seseorang telah berhutang kepada ALLAH swt.Tanggungjawab orang yang berhutang mestilah membayar balik segala hutangnya itu.

Justeru itu tiiada jalan lain melainkan dia mesti membayar semula segala hutangnya iaitu hutang kewajipan yang tertinggal itu,jika dia meninggalkan solat,maka dia mesti mengiranya semula berapa tahun dia meninggalkan solat dari jumlah tahun itu dapatlah dia menganggarkan jumlah waktu solatnya yang tertinggal,maka sebanyak itu dia mengqada solatnyasehhingga selesai.

Begitulah juga sekiranya dia meninggalkan kewajipan yang lain,kerana jika dia tidak mengantinya semula,maka taubatnya tidak tergolong sebagai taubat yang tidak memenuhi syarat.

Saidina Ali menjelaskan sekiranya seseorang itu hendak bertaubat dari kejahatannya kerana menzalimi orang lain,maka tidak boleh tidak dia mesti memohon maaf,di atas apa jua kezaliman yang dilakukannya.Sekiranya ia melibatkan wang ringgit dan harta benda yang diambil secara bathil,sama ada mencuri,menipu dan rasuah,maka semua itu mesti diselesaikan dengan menjelaskan secara terperinci,pulangkan segala harta yang diambil secara zalim sehingga orang yang dizalimi berpuas hati dengan penyelesaian yang dilakukan.

Apabila segalanya sudah selesai maka barulah dia mendapatkan kemaafan dari orang yang berkaitan itu,setelah dimaafkan barulah dia boleh memohon taubat dari Akkah s wt.

Penglibatan seseorang dalam kegiatan maksiat lazimnya perbuatan itu menjerumuskan dirinya dan juga jiwanya sehingga benar-benar bebati dengan maksiat itu,oleh k erana itulah dia merassa seonok dan lazat dengan maksiat itu.Jika hati berbelah bahagi antara hendak melakukan maksiat dan takut kepada ALLAH ,nescaya dia dia berada di persimpangan jalan,akhirnya mungkin dia tidak akan melakukan maksiat itu.

Apabila seseorang itu sudah sebati dengan kejahaatan,maka cara bertaubatnya juga memerlukan kesebatian diri dan jiwa dalam menyesali kesalahan yang dilakukan,serta menyatukan jiwa dengan ketaatan,sehingga tidak lagi berbelag bagi antara ketaatan dan kejahatan.

Sebagaimana kita memasak timah sehingga lebur,selepa itu di tuang ke dalam acuan,maka demikian juga acuan ketaatan itu yang menjadikan seseorang itu sebati dalam jiwanya,dengan demikian dia tidak mungkin menoloeh lagi kepada kemaksiatan.

Selain itu,segala maksiat itu lazimnya adalah perkara yang disenangi oleh nafsu,sehingga terasa manis dan lazatnya maksiat itu.Orang sanggup mengorbankan harta benda dan maruah untuk melakukan berbagai-bagai maksiat yang sangat manis untuk dikecapi nafsu.Maka tidak dapat tidak apabila hendak bertaubat,dia terpaksa menerima hakikat bahawa ketaatan itu sgt pahit,dia terpaksa menghabiskan kesenangan hidup semata-mata kerana hendak menebus kesalahan yang lalu,dan semuanya adalah pahit.

Tetapi yang pahit itu merupakan ubat,maka sekali-kali dia tidak akan memuntahkannya,sebaliknya dia mesti menelannya kerana dia sedar bahawa ibarat orang sakit..berharap bahawaa kepahitan itu akan dapat menyembuhkan dirinya dari segala dosa

Kata-kata hukama’”Jalan menuju ke neraka itu dikelilingi dengan kemanisan dan kelazatan,kerana semuanya adalah sesuai dengan runtutan nafsu.Sebaliknya jalan ke syurga itu dikelilingi oleh onak duri kepahitan”..Sifat taat itu amat sulit untuk dicapai untuk dicapai,dia terpaksa menempuh segala pahit getir,namun terpaksa ditelan kerana dia sudah berazam untuk sembuh dari dosanya.

Dan akhirnya manusia terpaksa menangisi segala keterlanjuran yang laluu,setiap ketika dia terpaksa menitiskan air mata sebagai balasan kepada gelak ketawa mereka ketika mereka melakukan maksiat dan dosa dahulu.Memang begitulah adatnya,apabila sudah terlalu byk ketawa,akhirnya dia terpaksa menangis kerana penyesalan.

Sesungguhnya manusia seharusnya tidak ada masa untuk ketawa,kerana ketawa iu adalah bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang masalah,sebab itu mereka sentiasa gembira.Manusia sebenarnya mempunyai permasalahan yang sukar umtuk diselesaikan,lantaran itu mereka tidak ada waktu untuk ketawa.

Justeru itu,meskipun Rasulullah s a w pernah ketawa apabila gembira,tetapi sekadar kelihatan gigi hadapannya sahaja,jauh sekali dari ketawa berdekah-dekah.Nabi pernah menyatakan kehairanan apabila melhat orang yang gelak ketawa,sehingga dia bertanya kepada orang itu,adakah dia sudah tahu bahawa dia pasti menjadi ahli syurga?Jika tidak,mengapa dia harus ketawa,sepatutnya seseorang itu menangis kerana dia belum tahu bagaimana nasibnya di akhirat kelak..

Orang yang boleh ketawa berdekah-dekah sedangkan dia tidak tahu nasib dirinya di akhirat kelak,tidak ubah seperti haiwan ternakan yang terus menguyah rumput walaupn tukang sembelih sudah menunggu di sisinya bersama-sama pisau yang tajam.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter