Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Suami Yang Setia

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, February 2, 2010


Seorang suami baru kematian isteri yang amat dikasihinya. Ketika suasana kesedihan di tanah perkuburan, sesudah imam membaca taklin, si suami terus menyiram air mawar, bukan satu cerek atau satu jar seperti kebiasaan orang, malah terus satu baldi.


Para hadirin merasakan tindak tanduk itu membayangkan betapa kasihnya suami ini kepada isterinya. Ramai yang bercucuran airmata melihat senario ini romantik ini. Tak kurang juga ramai daripada kalangan para hadirin yang berbisik di hati masing-masing betapa bernasib baik arwah mendapat suami yang bergitu setia dengan kasih sayang yang sedemikian solid.

Namum bagi kenalan rapat, tindak tanduk si suami ini mula minimbulkan tanda tanya apabila setiap pagi, tengahari dan malam si suami itu masih menyiram air di pusara arwah isterinya, bukannya secerek malah masih sebaldi serta ditaburkan baja. Kadang-kadang mereka mendapati beliau membawa kanta sambil meninjau dengan penuh teliti seolah-olah membuat kajian di atas tanah tersebut. Malah beberapa hari kemudian mereka telah melihat beliau memasang sprinkler di atas tanah perkuburan tersebut.

Apabila sudah masuk dua minggu amalan aneh ini berterusan, maka ada yang membuka mulut bertanya dan sekali gus ingin menasihati kerana bimbang takut-takut si suami ini semakin hilang akal lantaran kerinduan yang teramat sangat.

Apabila ditanya, si suami menjawab :
"Arwah isteri ku telah berpesan, jika beliau meninggal, janganlah kahwin lain sehingga rumput atas kuburnya tumbuh. Itulah sebabnya aku terpaksa siram sedemikian rupa untuk memastikan rumput agar cepat tumbuh!"

Print

10 comments

  1. qismina Says:
  2. sabor jer laa dapat laki cam nie.. huhu

     
  3. NJ Says:
  4. Suami yg kematian isteri sukar dicari yg tidak mencari pengganti tapi isteri kematian suami ramai yg masih tidak berkahwin lagi walau berpuluh tahun hidup sendiri...semua tu berbeza antara lelaki dan wanita..wanita lebih fikirkan anak2..dan lelaki..wallahua'lam...

    Tapi bagi saya..jika saya sudah tiada didunia ini...redha lah suami mencari pengganti demi menjaga anak2 saya setelah ketiadaan saya...tapi bukan semasa hayat saya masih ada..ermm..

     
  5. Anonymous Says:
  6. human value story nie..bagus la suami dia buat begitu..rasanyer if isteri dia masih adaa..n suami dia yang pergi dulu..dia pom tak akan teragak2 akan buat bnd yang sama...hahhahaha...plus++humour story... ( gadis tak cun )

     
  7. Arwah isteri saya meninggal 2 thn lalu..dlm tempoh ni blm terfikir nak kawin lagi.anak2 masih kecil.Cinta saya pada arwah masih mendlm kerana dia seorg yg amat baik

     
  8. Anonymous Says:
  9. ustaz,
    hehe...

    (cikgu ana)

     
  10. salam to qismina : ok pe kalu suami gitu..hahhahaha..rela tunggu maaaa..hahhaha

     
  11. salam to NJ : yap..fikiran NJ sam ala dgn admin..kalu suami kematian isteri..kalu mampu tempuhi dan sanggup jd ayah dan mak sekaligus..terusnya..takutnya..tak mampu..lagi pun kalu anak2 masih kecil..sudah semestinya mereka nak kasih sayang dr seorang wanita yg bergelar ibu..renung2kan..demi anak2..tp semua pihak kena suci fikiran dan bersih hati..walupun anak tu bukan anak nya..kena jaga mcm anak sendiri..tp sebaliknya..kalu isteri kematian suami..mmg tabah dan cekal la isteri tu..kalu tak kawin..admin tabik daaa...mmg kasihkan anak2nya la tu..kecuali kalu anak2 dah besar..lain la kot..naluri ibu mmg berbeza dgn ayah..maklumlah..mengandung 9 bulan..dan tak salah la klau Tuhan katakan syurga anak terletak dibawah tapak kaki ibu..sesuai sangat la tu..pengorbanan seorang ibu pd anaknya..renung2kan leee

     
  12. salam to gadis tak cun : walupun humor..ada jgk hikmahnya..cuba renung dan lihat dr sudut positifnya..mmg setiap benda ada positif dan negatifnya..kenapa la dilihat dr sudut negatif..kan elok kalu lihat dan terjah dr sudut positif..admin suka warna merah pada bateri kereta..positif la tu..power rangers...hahhha

     
  13. salam to husairi alattas : admin ucapkan takziah..apa2 pun..buat la terbaik pd keluarga beb..ana doakan agar semuanya baik dan tayyib daa iman abadan...amin

     
  14. salam to cikgu ana..semacam aje bunyi sengeh tu..hahhahha

     

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter