Allah mengurniakan semua manusia dengan dua mata. Mata adalah antara nikmat jasadiah yang terbesar, juga merupakan lubang dugaan yang paling hebat bagi insan. Dengan mata manusia mampu melihat, sekaligus menjana akalnya untuk berfikir pelbagai perkara. Namun dengan mata juga manusia mudah bermaksiat, dan akhirnya dari apa yang dilihat, akalnya berfikir pelbagai perkara yang merosakkan.
Di samping dua mata yang Allah SWT berikan kepada manusia, saya terfikir akan ‘dua mata’ lagi yang manusia hakikatnya perlu wujudkan dalam diri mereka.
Satu mata yang melihat masa belakang. Satu mata lagi melihat masa hadapan.
Mata melihat masa belakang: Muhasabah
Kelemahan manusia antaranya adalah membuat kesilapan yang sama berulang-ulang. Dengan mengulangi kesilapan yang sama, peningkatan manusia dalam hidupnya akan terganggu. Manusia yang baik, adalah manusia yang tidak mengulangi kesilapannya.
Sebab itu Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya bermaksud:
“Seorang mu’min itu tidak akan disengat kala pada lubang yang sama sebanyak dua kali”
Di sini perlunya kita, sebagai seorang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah SWT, dan menjalani kehidupan dengan baik, hidup dalam ketaatan, sekaligus menggapai redha-Nya, perlu mempunyai Mata Melihat Masa Belakang.
Dengan mata ini, kita bermuhasabah dan merenung salah silap kita. Ramai manusia mengingati kelebihannya, kebaikannya, kegemilangannya. Namun amat sedikit yang mengingati kekurangannya, kejahatannya, kerendahannya.
Saya ada mendengar orang berkata: “Benda-benda tak baik usah diingat” atau “Waktu yang telah berlalu usah dilihat kembali”
Pada saya, pandangan ini silap. Benda-benda tak baik yang dilakukan orang, betul kita tak perlu ingat. Tetapi benda-benda tak baik yang kita lakukan, perlu sentiasa kita ingati dan jadikannya sebagai bahan muhasabah, agar ia tidak berulang lagi. Bukan sekadar tidak berulang pada diri kita, tetapi juga tidak berulang pada diri anak-anak dan manusia sekeliling kita.
Namun siapakah yang melihat masa belakangnya, dan mengoreksi kesilapannya?
Mata melihat masa hadapan: Merancang
Satu lagi kelemahan manusia adalah – tidak mempunyai perancangan. Hidupnya tidak dirancang, pengurusan dirinya tidak dirancang, keluarganya tidak dirancang, pekerjaannya tidak dirancang, tarbiyah anak-anaknya tidak dirancang, studinya tidak dirancang dan begitulah dalam kebanyakan sisi kehidupannya.
Saya paling panas bila ada orang cakap begini:
“Ala, rancang-rancang pun, kalau tak dapat yang dirancang buat apa”
Pada saya, manusia yang berkata begini adalah manusia yang menghancurkan diri mereka dan menghancurkan pula orang lain.
Apakah perbezaan manusia yang merancang dengan yang tidak merancang? Manusia yang merancang akan bersedia. Persediaan adalah pakej perancangan. Jangan samakan merancang dengan harapan, atau sembang kemas, atau cakap omong kosong. Merancang bermakna punya plan, punya strategi.
Apabila kita telah bersedia, dan tidak mendapat apa yang kita rancang, sekurang-kurangnya persediaan kita tadi punya makna pada medan lain. Contoh mudah saya berikan adalah: Kita rancang hendak berkahwin dengan si fulanah binti fulan, maka kita mula mengumpul wang. Sampai pada masanya, si fulanah tidak mahu berkahwin dengan kita. Apa yang kita rancang tidak berjaya. Tetapi duit tadi masih ada. Dan duit itu boleh jadi bermakna di medan lain pula. Kegagalan satu perancangan, bukan penamat pada kehidupan.
Begitulah juga dalam menjadi hamba Allah SWT. Apakah perancangan kita? Di mana strategi kita hendak menggapai redha-Nya? Apakah jalan yang kita hendak ambil? Pernahkah anda merancang?
Allah SWT juga menggalakkan perancangan:
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah setiap kalian memerhatikan apa yang telah dia sediakan untuk hari esok…” Surah Al-Hasyr ayat 18.
Ya, apakah yang telah kalian sediakan untuk hari esok?
Penutup: Kalau kamu tidak sedar, maka kamu adalah orang yang merugi
Muhasabah dan perancangan adalah amat penting. Saya mulakan dengan muhasabah, kerana saya melihat tidak guna merancang sesuatu yang akan mengulangi kesilapan yang sama pada masa yang lalu.
Bersama manusia ada masa. Masa ini tidak akan dapat dikembalikan. Maka bagi yang tidak bermuhasabah dan asyik mengulangi kesilapannya yang sama, maka dia telah kehilangan masa-masanya yang berharga. Bagi yang tidak merancang dan kehidupannya terabur, tunggang langgang, dia juga telah kehilangan masa-masanya yang berharga.
Inilah dia kerugian. Sebab itu Allah SWT berfirman:
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian” Surah Al-‘Asr ayat 1-2.
Dan lebih merugikan, apabila kita tidak bermuhasabah, kita mengulangi kesilapan kkita yang sama, dan mewariskan pula kesilapan itu pada anak-anak kita, pada keturunan kita, pada sahabat-sahabat kita dan manusia di sekeliling kita. Lebih merugikan, kerana kita tidak merancang, keluarga kita rosak, studi kita terbengkalai, dan diri kita terhumban ke dalam kerosakan.
Inilah kerugian yang nyata.
“Katakanlah: Sesungguhnya orang yang rugi itu adalah mereka yang merugikan diri mereka dan keluarga mereka di akhirat” Surah Az-Zumar ayat 15.
Bukankah dunia ini ladang akhirat? Di sini kita menanam, di sana kita menuai?
Maka rugi di sini, maka di akhirat sana juga menanti hasilan kerugiannya.
Bagaimana?
Hendak mewujudkan dua mata ini dalam kehidupan?
Atau memilih untuk tidak melakukan apa-apa peningkatan?
Semuanya di tangan anda.
Tiada paksaan.
Namun telah jelas mana yang akan mencapaai kegemilangan, atau yang mana akan mengucup kehancuran.

0 comments