Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Cinta - Mencintai

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, January 27, 2010


“Cinta itu cahaya sanubari,kurniaan Tuhan fitrah insani.Dan di mana terciptanya cinta,di situ rindu bermula.Cinta itu tidak pernah meminta,tetapi member sepenuh rela.Rasa bahgia walaupun sengsara .Berkorban segala-gala..”



Sedikit rangkap kedua dari Mestica,Kerana Cinta.Mungkin ramai yang akan tersenyum,mungkin ada juga segelintir yang akan excited dengan tajuk yang ana utarakan ini.Manusia tiak akan pernah lari jauh dari memperkatakan perkara ini.Dan yang akan paling seronok membicarakan hal sebegini adalah para belia remaja seusia ana yang baru mengenal dunia dewasa ini.Ada ramai kenalan sekolah lama(Tingkatan1-3)lama seusia ana akan melangsungkan pertunangan dan perkahwinan.Subhanallah Tidak sangka begitu cepat masa berlalu,dan kini semunya membawa haluan masing-masing dan memilih cinta yang mereke temui dan berharap agar bahagia ke anak cucu.

Ana juga baru bertemu dengan cinta,cinta yang tidak mahu di lepaskan dari gengaman.Indahnya cinta ini sehinggakan walaupun sentisa mendapat ujian tetapi cinta itu kian utuh di dalam hati dan makin mengenali si DIA,hembusan sayang si DIA,sentuhan kasih si DIA,sentiasa mendapat perhatian si DIA.Diri ini tidak pernah di lupakan oleh si DIA,walaupun kadang-kadang terlupa si DIA..tetapi si DIA tetap memberikan kasih sayang NYA.Tidak mahu kasih sayang dan cinta ini hilang di telan zaman.Bertuahnya diri ini di kurniakan cinta si DIA yang sangat AGUNG tersebut.

“CINTA ITU TIDAK PERNAH MEMINTA,TETAPI MEMBERI SEPENUH RELA”..

Diri ini meletakkan seluruh kehidupan di dalam gengaman si DIA.Biarlah si DIA yang menentukan segala-galanya kerana apa yang terbaik dari si DIA adalah yang terbaik juga bari diri yg daif ini.

Ramai di kalangan masyarakat yang sedikit kehairanan apabila mengatakan cinta itu.Mereka sedikit bingung akan cinta yang kita peroleh dari si DIA.Mereka berasa penat mencari cinta si DIA kerana bertemu dengan si dia.

“Cintailah ALLAH dahulu sebelum mencintai manusia.Kita tidak layak memperoleh cinta makhluk yang agung jika tidak mampu memperoleh cinta DIA”.pesan ana pada seorang kenalan.

“Itu betul.Tapi saya dah penat menahan diri.Letih.Mencari cinta si DIA,tetapi datang pula cinta si dia ketika saya mencari cinta si DIA.Saya dah tak tahan menyimpan di dalam hati.”luahan seorang kenalan

“Itulah ujian sebelum bertemu cinta si DIA.Tinggalkan cinta manusia kerana cinta ALLAH ,insya-ALLAH,ALLAH akan berikan cinta manusia yg lebih baik dari itu”

Benarkan kita inginkan cinta si DIA??Jika benar,hadapilah ujian sebelum meraih cinta si DIA.Ibarat cinta manusia,seorang lelaki yang menyukai seorang wanita.Lalu datang ujian seperti halangan ibu-bapa,dan cinta ke tiga.Lalu si lelaki akan berusaha sedaya upaya untuk mengharungi segala ujian tersebut supaya dapat memperoleh cinta si dia dan membuktikan cintanya kepada si dia.Tetapi hampa.Cinta yang di harapkan sehingga ke anak cucu,akhirnya musnah di pertengahan jalan.Diri sudah memberikan segala-galanya,tetapi jalan pengakhirannya di khiniati oleh cinta itu.

“ Mengapa anda menyukai si dia?Boleh berikan sepuluh alasan..”Ana mula menerbitkan persoalan

“Dia baik hati.Hatinya sangat lembut.Pernah saya Nampak dia menangis kerana simpati pada anak-anak yatim.Dia pemurah dan mungkin juga seorang yang soleh.Dia baik la,mengambil berat terhadap orang lain dan macam-macam lagi lah.Dan juga kacak/cantik”

"Antara si dia dengan DIA,siapa yang lebih pemurah?"

“DIA lah yang pemurah”

“Benar.DIA YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH.DIA tidak memilih kasih untuk memberikan rezeki sehinggakan orang kafir yang tidak pernah mengingati DIA juga mendapat rezeki dan kesihatan tubuh badan.DIA juga tidak pernah lupa memberikan oksigen untuk pernafasan setiap makhluk.Andai satu minit sahaja bekalan oksigen ter berhenti seketika,mungkin kita akan mati.

“dia simpati dan lembut hatinya penuh kasih sayang.Antara si dia dengan DIA,siapakah yang lebih lemah lembut agakanya?”

“DIA la ..”

“Tepat.DIA Yang Maha Lemah lembut.Dari ayat al-quran juga telah menerangkan sikap lemah lembut-NYA.

“Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya(Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut.Mudah-mudahan dia sedar dan takut (Surah Taha:44)

Itulah ayat ALLAH yang mengingatkan nabi musa dan Harun a.s supaya menyeru firaun dengan lemah lembut walaupun firaun itu mengaku dirinya tuhan.

Dan DIA juga memaafkan kesalahan dosa manusia walaupun melanggit tinggi jika dia bertaubat.DIA juga mengampuni segala bentuk lintasan buruk(yg bertentangan dengan iman danlintasan hati yang tidak di sengajakan)dari hati hamba-NYA selagi mana ia belum di amalkan atau di ucapkan.

“Dari Abu Hurairah R.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

ALLAH telah mengampuni segala bentuk lintasan-lintasan buruk(yang bertentangan dengan iman dan yakin atau lintasan hati yang tidak di sengajakan)dari hati umatku selagi mana ia belum di amalkan atau di ucapkan(H.R Bukhari).”

“Antara si dia dan DIA,mana yang lebih mengambil berat kepada kita?”ana menjelmakan persoalan lagi supaya kenalan tersebut boleh berfikir.Sesungguhnya ALLAH membuat perumpamaan di dalam Al-Quran supaya manusia berfikir.

“of course la DIA”

“Aha..lagi sekali jawapan itu tepat.10 markah.Lihatlah,DIA tidak membiarkan kita lalai dan alpha di dunia.Lantas,DIA memberikan ujian supaya kita sentiasa mengingatinya.Saya ada satu cerita pendek.

Pada suatu hari Saidina umar berasa susah hati kerana sudah lama dia tidak mendapat kesakitan.Beliau amat risau kerana mungkin ALLAH tidak mengingatinya kerana tidak memberikan kesakitan padanya.

Oleh itu,usahlah bergundah-gulana andai ujian melanda,kerana di sini akan terasa akan kasih sayang ALLAH.Jika DIA tidak mengambil berat akan umatnya,maka DIA akan biarkan umatnya lalai dengan segala nikmat dunia ini sehinggalah tiba hari pembalasan.Saya juga yakin.dengan segala nikmat dunia ini kita akan lalai dari mengingati DIA bukan?

“Ya..betul tu.Kalau kita hidup mewah,bahagia,tiada masalah.Rasanya kita akan lupa padanya.Seperti Firaun yang mengaku dirinya tuhan.Firaun tidak pernah mendapat kesakitan dan tidak pernah mendapat ujian ALLAH.Lalu dia merasakan dia hebat lantas mengaku sebagai tuhan.”Jawab kenalan ana

Sifat pemurah itu akan menarik sesiapa sahaja untuk mendampinginya.Seperti seorang miskin yang amat memerlukan wang,lantas ada seorang yang dermawan menginfakkan sedikit hartanya kepasa si miskin.Si miskin itu amat gembira dan sentiasa mengucapkan terima kasih atas bantuan dermawan tersebut dan menyebarkan cerita tentang kebaikan si dermawan itu serta mendoakan si dermawan.

Adakah sikap dermawan itu lahir dari hatinya begitu sahaja?Mustahil bukan.Allah jualah yang memiliki hati-hati insan itu.ALLAH memberikan sikap dermawan itu kepada si penderma supaya dia menjadi seorang yang pemurah.

Begitu juga dengan seseorang yang sangat ikhlas dan lembut hatinya sehinggakan menitiskan air mata apabila melihat penderitaan anak-anak yatim dan juga orang susah.Adakah ia lahir begitu sahaja?

Tidak,ia lahir daripada ALLAH.Jika ALLAH tidak melembutkan hatinya,maka tidak akan setitis pun air mata yang akan tumpah kerana simpati kepada kesusahan anak-anak yatim dan orang susah.

Kita tertarik dengan si dia kerana keindahan rupanya yang mulus.Siapakah yang memberikan kecantikan itu?Adakah kerana hasil dia menjaga wajahnya,pergi ke salun,memakai berbagai-bagai jenama cuci muka menyebabkan dia kelihatan cantik?

Maka,jawapannya sama seperti di atas.ALLAH jua yang memberikan kecantikan itu.Walaupun si dia memakai berbagai jenama yang mahal untuk menjaga wajah,tetapi jika tidak dengan izin-NYA,maka tidak akan Berjaya juga untuk memperoleh kecantikan tersebut.Dan ALLAH jualah YANG MAHA INDAH.

Setelah banyak persoalan yang ana timbulkan,adakah masih ada keraguan untuk saling mencintai DIA?

Cinta-Mencintai,ALLAH itu mencintai kita.Selangkah kita kepada-NYA,seribu langkah DIA pada kita.Jika kita pergi dengan-NYA dengan berjalan,maka ALLAH akan datang dalam keadaan berlari.

Itulah jawapan kepada cinta-mencintai.Kita sanggup korbankan segalanya hatta nyawa sekalipun kerana memberikan cinta kita kepada-NYA.Maka ALLAH telah sediakan syurga Firdausi bersama ainul mardiah(syahid) di sana.

Seringkali rungutan kerana pengkhianatan cinta itu di luahkan.Tetapi,CINTA ini tiada pengkhianatan.Malah sudah tersedia balasan bagi cinta ini.

Kepada yang mencari-cari cinta manusia untuk melengkapkan separuh lagi diri,teruskan mencari.Tetapi usah berlandaskan nafsu.Tetapi berlunaskan iman,al-Quran dan sunnah.

Janganlah kalian mencari dan hanya melihat seseorang dengan mata nafsu,tetapi pandanglah dari mata iman.Kerana jika tersalah langkah,maka impaknya amat besar.Bukan kepada anda sahaja,tetapi juga kepada anak-anak kelak.

Adakah seorang lelaki yang tidak mampu untuk menjadi imam solat boleh menjadi imam pada keluarga yang akan anda bina kelak?

Adakah seorang wanita yang tidak mampu menjaga maruah dirinya sendiri mampu menjaga maruah anak-anak dan suaminya kelak?

Seorang anak yang kehilangan kasih keluarganya kerana penceraian kedua ibu bapanya akan menerima nasib malang akibat nafsu ibu-bapanya yang tidak menilai cinta berlandaskan iman.

Kasihan anak itu.Anak yang masih belum mengerti permainan dunia ini akan merasai tempias dari nafsu tersebut.

Nafsu yang tidak di jaga oleh ibu-bapanya ketika menjadi pasangan belangkas sebelum berkahwin,nafsu berpengangan tangan ketika belum ada ikatan yang sah.Nafsu ayat-ayat jiwang yang di luahkan sebelum ada apa-apa ikatan perkahwinan.

Sebuah bangunan yang di bina dengan asas yang rapuh akan mudah runtuh ketika di landai badai angin yang kecil,ribut yang belum menjadi taufan juga sudah mampu meranapkan bangunan tersebut.

Tertawanlah dengan imannya,jadikan iman sebagai hantaran yang paling mahal di antara segala hantaran dunia.Bukannya hantaran al-Quran yang indah,cantik,sedap mata memandang,tetapi akhirnya hanya menjadi perhiasan di almari .

Semaikan cinta ALLAH di dalam hati,kelak akan ada cinta manusia yang mencintai ALLAH di dalam secebis hatimu.

Dan cintaku hanya pada Pemilik Alam ini .Hatiku adalah kepunyaan-NYA.DIA lah yang menetapkan segala-galanya bagi diriku.Ya ALLAH,tetapkanlah rasa cinta ini mekar di dalam hatiku dan di dalam insan-insan yang aku kasihi dan sayangi kerana –MU.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter