Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Seruan, Panggilan Dan Jeritan Kepada Mayat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, October 20, 2009 0 comments

Dalam suatu riwayat disebutkan takala roh berpisah dari tubuh, maka ia dipanggil dari langgit dengan tiga kali jeritan :-


WAHAI ANAK ADAM ;
1) Apakah kamu meninggalkan dunia, atau dunia meninggalkan kamu ?
2) Apakah kamu mengumpul dunia, atau dunia mengumpulkamu ?
3) Apakah kamu mematikan dunia, atau dunia mematikan kamu ?

Jika mayat diletakkan di tempat untuk dimandikan, maka ia dipanggil tiga kali teriakah :
WAHAI ANAK ADAM ;
1) Dimanakah tubuh yang kuat, bukankah sekarang kamu menjadi lemah ?
2) Dimanakah mulutmu yang bercakap, bukankah sekarang kamu menjadi diam ?
3) Dimanakah semua kekasihmu, bukankah mereka sekarang mengasingkan kamu ?

Dikala mayat diletakkan ditempat kafan, ia dipanggil tiga kali jeritan :
WAHAI ANAK ADAM ;
1) Pergilah kamu ke tempat yang jauh tanpa membawa bekal !
2) Keluarlah kamu dari rumahmu dan tidak usah kembali !
3) Ingatlah kamu akan mendiami di dalam rumah yang penuh kesedihan !

Sewaktu mayat diletakkan untuk di solatkan maka ia dipanggil tiga kali teriakan :
WAHAI ANAK ADAM ;
1) Segala amal yang telah kamu lakukan akan kamu lihat !
2) Jika amal perbuatanmu baik maka kamu akan melihat kebaikan !
3) Jika amal perbuatanmu buruk kamu akan melihat keburukan !

Sewaktu mayat dipikul di atas usungan, ia dipanggil tiga kali jeritan :
WAHAI ANAK ADAM;
1) Sangat bhagiakah kamu jika kamu termasuk orang yang bertubat.
2) Sangat berbahagiakah kamu jika amalanmu baik.
3) Sangat berbahagiakah kamu jika sahabatmu dalam keredaan Allah dan alangkah celakanya kamu jika para sahabatmu orang yang dimurkai Allah.

Apabila mayat sudah berada ditepi kubur maka ia dipanggil lagi tiga kali teriakan:
WAHAI ANAK ADAM;
1) Bukankah kamu menambah damai pada tempat yang sempit ini ?
2) Bukankah kamu membawa kekayaan di tempat kefakiran ini ?
3) Bukankah kamu membaw cahaya penerang ditempat yang gelap ini ?

Dan jika mayat diletakkan pada liang kubur maka iapun dipanggil dengan tiga kali lagi:
WAHAI ANAK ADAM !
1) Kamu di atas punggungku bersebda gurau tapi kamu dalam perutku menjadi sedik.
2) Kamu berada di atas punggungku bergembira ria tapi kamu dalam perutku menjadi cemas dan duka.
3) Kamu di atas punggungku dapat berbicara tapi kamu dalam perutku menjadi bisu.

Setelah para manusia pulang meninggalkan kubur lalu Allah berfirman :

WAHAI HAMBAKU KAMU TETAP TERPENCIL DAN SENDIRIAN, MANUSIA SUDAH PERGI DAN PULANG MENINGGALKAN KAMU DALAM KEGELAPAN. PADAHAL KAMU TELAH BERBUAT MAKSIAT KEPADA KU.. KERANA MANUSIA, KERANA ISTERI DAN KERANA ANAKMU. NAMUN AKU SANGAT KASIHAN KEPADAMU PADA HARI INI DENGAN LIMPAH RAHMAT YANG SANGAT MANUSIA KAGUMI. AKU LEBIH KASIHAN KEPADAMU DARIPADA KASIH IBU KEPADA ANAKNYA."

Demikianlah keterangan dalam satu riwayat mengenai beberapa ucapan dan jeritan serta teriakan yang ditujukan kepada MAYAT sejak rohnya dicabut keluar sehinggalah mayat diusung ke tanah perkuburan.

Mudah mudahan mendapat kebaikan dan keinsfaan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Print
Print
Print
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter