Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Usah Putus Asa Dalam Berdoa

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, October 19, 2009 0 comments

Setiap orang dianjurkan untuk berdoa, akan tetapi tidak semua doa itu akan langsung dikabulkan Tuhan. Ada yang cepat dikabulkan dan ada pula yang lambat. Jika lambatnya doa itu dikabulkan oleh Allah, janganlah hendaknya berputus asa. Sebab Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk hamba-Nya. Sehingga tidak mungkin Allah tidak mengabulkan doa hamba-Nya. Hanya saja diterima-Nya doa itu adalah menurut kehendak Allah, bukan menurut kehendak hamba-Nya. Firman Allah SWT : "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan permohonanmu itu". (Al-Mukmin:60)

Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah pasti mengabulkan semua permintaan hamba-Nya. Hanya saja cara mengabulkannya itu sesuai dengan pilihan Allah tidak menurut selera orang yang berdoa. Kerana manusia tidak dapat mengetahui manfaat atau mudarat sesuatu yang diminta.

Oleh kerana itu, kadangkala ada orang yang meminta agar dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak. Permintaannya itu didasarkan atas perkiraan, bahawa jika rezekinya murah, serta mempunyai anak, tentu akan bermanfaat dalam kehidupannya. Akan tetapi Allah tidak mengabulkan apa yang dimintanya itu. Sebab Allah lebih tahu, apa yang dimintanya itu kalau dikabulkan akan memberi mudarat bagi dirinya. Sebagaimana firman Allah SWT: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap sesuatu yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah:216)

Jadi kalau Allah kadangkala tidak mengabulkan permohonan salah seorang hamba-Nya itu bukanlah bererti ia menolak, akan tetapi berkemungkinan ada kemudaratan yang terkandung di dalamnya yang mencelakakan hamba-Nya, justeru itu penolakkan juga bererti pemberian.
Sebagai contoh pasangan suami isteri yang menginginkan anak, sudah lama ia berdoa, memohon kepada Allah agar dikurniakan anak. Akan tetapi sudah sekian lama pula Allah tidak mengabulkan doanya. Maka bagi pasangan ini janganlah berputus asa dan berburuk sangka bahawa Allah tidak akan mengabulkan doanya. Berkemungkinan juga Allah tidak mengabulkan doanya itu kerana Dia Maha Mengetahui, jika doa itu dikabulkan, akan menimbulkan kemaksiatan dan kemudaratan bagi orang tersebut. Dengan demkian penolakkan Allah yang demikian itu pada hakikatnya sudah bererti memberi.

Dalam suatu riwayat dikatakan, bahawa pada suatu hari ada orang yang melihat Abu Abbas Al Mursi yang sedang dalam keadaan sakit, orang tersebut mendoakan supaya Abu Abbas Al-Mursi deberi kesejahteraan oleh Allah SWT. Akan tetapi Abu Abbas berkata: "Adakah kamu mengira bahawa aku tidak memohon kepada Allah untuk kesejahteraanku? Sesungguhnya saya telah meminta kesejahteraan kepada-Nya. Sebagai pengetahuanmu, penderitaanku inipun termasuk kesejahteraan pula."

Abu Abbas Al-Mursi kembali berkata: "Untuk kamu ketahui, Khalifah Abu Bakar Siddiq juga memohon kesejahteraan kepada Allah, akan tetapi beliau mati terkena racun. Umar bin Kattab juga memohon kesejahteraan kepada Allah, akan tetapi beliau mati terbunuh. Usman bin Affan juga memohon kesejahteraan kepada Allah, ternyata beliau mati terbunuh. Begitu juga dengan Ali bin Abi Talib, ia juga memohon kesejahteraan kepada Allah, beliau juga mati terbunuh."
Justeru, bila sesorang itu memohon kesejahteraan kepada Allah, maka mohonlah kesejahteraan menurut yang dikehendaki Allah, kerana yang demikian itulah yang paling baik bagi diri seseorang, walaupun keadaanya tidak sesuai dengan kehendak hawa nafsunya.
Dalam sebuah hadith Qudsi Allah berfirman yang maksudnya: "Aku tidak akan memperhatikan hak hamba-Ku, sebelum ia menunaikan hak-Ku" (HR. Tabrani)

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Cara Menjernihkan Hati

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Taubat adalah penawar baginya, Apabila kita hendak bertaubat kita perlulah melakukan perkara seperti berikut :-

Empat perkara dengan HATI.
1) Bertaubat dengan bersungguh - sungguh.
2) Benar benar ingin meninggalkan perkara - perkara dosa dan tidak mengulanginya lagi.
3) Sentiasa takut dengan seksaan Allah ke atas dirinya.
4) Bersungguh - sungguh mengharapkan agar dosanya diampun oleh Allah.

Empat perkara dengan PERBUATAN.
1) Sembahyang Sunat (2) Rakaat.(Sembahyang Sunat Taubat)
2) Beristighfar sebanyak 70 kali dan bertasbih sebanyak 100 kali selepas sembahyang sunat.
3) Memberi sedekah.
4) Berpuasa sehari.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Banyak Tertawa Di Dunia, Menangis Di Akhirat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Dalam satu hadis, Nabi saw bersabda 'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.


Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri.Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampaui batas.Menurut hadis,banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.Barangsiapa ketawa tergelak-gelak,akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan,hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak.Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media.Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti,sama ada berbahagia atau menderita.Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had.Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw.Kita sedia maklum,kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang.Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga.Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka.Betapa dalam kegelapan di sana,kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu,akal turun menjadi kurang.Kepekaan terhadap akhirat juga menurun.Nabi saw pernah bersabda:

"Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar).Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '... .jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ... .' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau,namun merasakan masih kurang lagi amalannya.Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadis lain,Nabi saw bersabda

"Barangsiapa banyak tertawa-tawa,nescaya meringankan oleh api neraka."
Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu.Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan.Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum,tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

Wallahu A'lam..

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter