Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Ketinggian Darjat Rasul Terakhir

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, August 23, 2009 0 comments

NABI Muhammad SAW adalah penutup nabi dan rasul. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: "Bukanlah Nabi Muhammad SAW itu menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang daripada orang lelaki kamu, tetapi dia adalah rasul Allah dan kesudahan segala nabi. Dan Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Surah al-Ahzab, ayat 40)

Sekiranya ada pengakuan daripada individu tertentu bahawa dia adalah rasul dan nabi, maka pengakuan itu adalah palsu yang boleh membawa kepada kesesatan. Setiap orang beriman hendaklah menjauhkan daripada membuat pengakuan itu.

Kedudukan Rasulullah SAW sebagai rasul terakhir dijelaskan dalam hadis bermaksud: "Perumpamaanku dan perumpamaan nabi adalah seperti seorang lelaki yang ingin mendirikan sebuah bangunan, lalu dia ingin menyempurnakan dan memperindahkannya kecuali dengan satu bahagian batanya lagi. Setiap orang yang memasukinya akan memandang dan berkata: Alangkah indahnya kecuali satu tempat bahagian bata ini dipenuhkan. Akulah satu bata itu. Nabi ditutup olehku." (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi).

Berdasarkan hadis di atas, dapat difahami bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang rasul yang terakhir atau penutup bagi segala nabi dan rasul. Hadis di atas dikuatkan lagi dengan hadis lain bermaksud: "Aku diberi kelebihan ke atas nabi yang lain dalam enam hal: Aku diberi kalimah yang lengkap, aku ditolong dengan memberikan rasa gentar (kepada musuh), dihalalkan bagiku harta rampasan perang, dijadikan bagiku bumi sebagai masjid dan alat bersuci, aku diutus kepada seluruh makhluk dan nabi ditutup olehku." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah).

Hadis itu turut menjelaskan lima lagi kelebihan Rasulullah SAW yang menunjukkan ketinggian Baginda di sisi Allah. Di atas kelebihan dan ketinggian ini, Allah dan malaikat berselawat ke atas Baginda. Allah memerintahkan supaya kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW. Firman-Nya bermaksud : "Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi; wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta mohonkanlah kesejahteraan dengan sepenuh penghormatan." (Surah al-Ahzab, ayat 56)

Ibn Abbas menjelaskan, selawat Allah adalah rahmat-Nya kepada Rasulullah SAW di sisi malaikat, manakala selawat malaikat pula adalah istighfar. Ada pun selawat orang Islam kepada Rasulullah SAW adalah pujian ke atas Baginda. Basyir b Sa'ad bertanya kepada Rasulullah SAW, bagaimanakah berselawat kepadamu.

Baginda bersabda bermaksud: "Ya Allah, berselawatlah untuk Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau berselawat kepada keluarga Ibrahim. Dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberikan keberkatan kepada keluarga Ibrahim di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Pemurah." (Hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, al-Nasai dan Ibn Jarir)

Kepentingan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dapat dilihat apabila sebutan di atas perlu diucapkan di dalam tasyahhud dalam setiap solat. Ini bererti bahawa bagi seseorang Muslim yang mendirikan solat, mereka tidak akan meninggalkan selawat ke atas Rasulullah SAW. Bukan saja di dalam solat, malah di dalam berdoa pun, umat Islam disaran berselawat ke atas Baginda selepas memuji Allah pada permulaan doa.

Sesiapa yang tidak memuji Allah dan berselawat ke atas Baginda di dalam doa dianggap orang yang tergesa-gesa dalam doanya. Hal ini diceritakan oleh Fudhalah b Ubaid bahawa Rasulullah SAW mendengar seseorang berdoa selepas solatnya. Dia tidak memuji Allah dan tidak berselawat kepada Baginda.

Maka, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Lelaki ini terlalu tergesa-gesa. Kemudian Baginda memanggilnya dan berkata kepadanya dan juga kepada yang lainnya: Jika salah seorang daripada kalian berdoa, maka mulakanlah dengan memuji Allah. Kemudian berselawatlah ke atas Nabi, kemudian berdoalah selepas itu apa yang engkau mahu." (Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi).

Mereka yang paling banyak selawatnya ke atas Rasulullah adalah orang yang paling utama di sisinya di akhirat kelak. Ini dijelaskan oleh Abdullah b Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Manusia yang paling utama bagiku pada hari kiamat kelak adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Sebaliknya, bagi mereka yang tidak berselawat kepadanya pula akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Bagi kerugian di dunia ini dijelaskan oleh Ibn Abbas dengan berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang sesiapa yang lupa berselawat kepadaku, nescaya dia keliru menuju jalan ke syurga." (Hadis riwayat Ibn Majah).

Kerugian di akhirat pula dijelaskan oleh Abu Hurairah, di mana Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Tidak ada satu kaum yang duduk di dalam satu majlis, di mana mereka tidak berzikir kepada Allah dan tidak berselawat kepada Nabi mereka di dalamnya, melainkan mereka akan mendapat kerugian pada hari akhirat kelak." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

10 Sifat Individu Muslim

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Al-Quran Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:

“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.”
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:

“Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.”

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai’e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da’ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da’ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da’ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.
wallahu’alam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Cara Cepat Menghafal Al-Qur’an

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Segala puji Bagi Allah Rabb semesta alam, shalawat dan salam semoga terlimpahkan kepada Nabi kita Muhammad SAW. Dalam tulisan ini akan kami kemukakan cara termudah untuk menghafalkan al quran. Keistimewaan teori ini adalah kuatnya hafalan yang akan diperoleh seseorang disertai cepatnya waktu yang ditempuh untuk mengkhatamkan al-Quran. Teori ini sangat mudah untukdi praktekan dan insya Allah akan sangat membantu bagi siapa saja yang ingin menghafal Al Qur’an.


Disini akan kami bawakan contoh praktis dalam mempraktekannya. Misalnya saja jika anda ingin menghafalkan surat an-nisa, maka anda bisa mengikuti teori berikut ini:

Pertama, Bacalah ayat pertama 20 kali

Kedua, Bacalah ayat kedua20 kali

Ketiga, Bacalah ayat ketiga 20 kali

Keempat, Bacalah ayat keempat 20 kali

Kelima, Kemudian membaca 4ayat diatas dari awal hingga akhir menggabungkannya sebanyak 20 kali.

Keenam, Bacalah ayat kelima 20 kali

Ketujuh, Bacalah ayat keenam 20 kali

Kedelapan, Bacalah ayat ketujuh 20 kali

Kesembilan, Bacalah ayat kedelapan 20 kali

Kesebelas, Kemudian membaca ayat ke 5 hingga ayat ke 8 untuk menggabungkannya sebanyak 20 kali.

Keduabelas, Bacalahayat ke 1 hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.

Demikian seterusnya hingga selesai seluruh al Quran, dan jangan sampai menghafal dalam sehari lebih dari seperdelapan juz, agar tidak berat bagi anda untuk mengulang dan menjaganya.

Dikutip dari buku Cara Cepat Menghafal Al Qur’an karya: Dr. Abdul Muhsin Al Qasim (Imam dan Khatib Masjid Nabawi)

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Doa Dan Sabar Perisai Kemanisan Hadapi Kesukaran

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Al-Quran terkandung pelbagai hikmah supaya manusia mudah terima hidayah

TAUFIK dan hidayah adalah anugerah Allah ke atas hamba-Nya. Muslim wajib meyakini pintu hidayah sentiasa terbuka di sisi Allah untuk sekalian makhluk-Nya. Hidayah Allah apabila ‘mengetuk pintu hati’ seseorang, nescaya pasti menjadi lembut dan senang menerima nasihat, teguran serta bimbingan atas dasar agama.

Kisah Saidina Umar yang terkenal dengan sifat bengis sebelum memeluk Islam, bertukar watak sebagai pembela Islam yang agung selepas mendengar bacaan ayat suci al-Quran. Itulah anugerah besar yang tidak dapat dihitung nilainya selepas mendapat hidayah daripada Allah.

Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi SAW untuk panduan seluruh umatnya supaya mereka lembut hati tatkala membacanya, mendengar dan memahaminya. Semua itu terkandung hikmah supaya manusia mudah mendapat hidayah Allah.

Firman Allah bermaksud:

"Allah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (mengenai benarnya dan indahnya) yang berulang (keterangannya dengan pelbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.

"Kitab suci itu hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya." (Surah az-Zumar, ayat 23)

Imam al-Mawardy dalam tafsirnya menyatakan orang mendengar bacaan al-Quran atau membacanya, tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah dalam tiga keadaan :

* Apabila mereka membacanya atau mendengarkan bacaan ayat suci al-Quran serta memahami maksud ayat itu yang memberi gambaran janji neraka bagi mereka yang ingkar pada perintah Allah dan khabar gembira dengan janji syurga bagi mereka yang patuh pada perintah-Nya (Imam As-Suddy)
* Terpahat dalam hati perasaan khauf (takut) dan raja’ (pengharapan) yang tinggi kepada Allah.
* Tersemat dalam lubuk hati mereka keagungan al-Quran dan lembut hati mereka ketika membacanya.

Hari ini, umat Islam dipaparkan dengan kezaliman yang berlaku terhadap saudara mereka. Penindasan dan keganasan boleh diungkapkan dengan pepatah, ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’. Doa umat Islam di seluruh dunia dengan iringan tangisan adalah pengorbanan kecil berbanding kesusahan yang dihadapi umat Islam di Palestin. Menangis adalah cara yang boleh melembutkan jiwa dan hati.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Janganlah kamu masuk (melihat) suatu kaum yang ditimpa azab, melainkan engkau menangis (melihat keadaan mereka), apabila engkau tidak mampu menangis, maka hendaklah engkau berpura-pura menangis sebagai kebimbangan (pengajaran) di atas kamu nanti akan ditimpakan musibah (azab yang sama) yang menimpa mereka." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Runtunan emosi perlu diiringi doa supaya Allah sentiasa mencampakkan kemanisan iman dan kesabaran yang terus segar dan harum menghadapi bencana dicipta musuh. Nabi SAW mengajar umatnya meletakkan kesabaran menghadapi kesulitan dan kepayahan angkara musuh.

Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam apabila mendapat bala dan seksaan daripada orang lain supaya berdoa. Sabda Baginda yang bermaksud:

"Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah Bin Mas’ud katanya, aku masih terbayang Rasulullah SAW menceritakan mengenai seorang nabi daripada nabi sebelum Rasulullah yang diseksa (dipukul) oleh kaumnya sehingga berlumuran darah. Dia mengesat darah di mukanya sambil membaca doa yang bermaksud: Ya Allah, ampunilah kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Umat Islam juga diberi peringatan oleh Rasulullah SAW bahawa setiap manusia tidak terlepas daripada malapetaka dan kesusahan dalam kehidupan seharian. Allah akan menghapuskan dosa seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Daripada Abu Said dan Abu Hurairah katanya: Tiada seorang Muslim pun yang tidak mengalami penderitaan, keseksaan, kebimbangan, dukacita, kemelaratan dan kesedihan sehingga cucukan duri yang mengenai dirinya melainkan dihapuskan oleh Allah daripada kesalahannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Mukjizat Bismillah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Mukjizat di sebalik BISMILLAH BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ‘ BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ‘ yang bermaksud ‘ Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ‘ KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH :

Ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

‘BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ‘ (Hadith Qudsi).

Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (AL Muddatsir : 30). Ibnu Mas’ud berkata: ‘ Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.

Tiap-tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ‘ Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.

Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter