Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Bismillah 7

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Saturday, August 22, 2009 0 comments


Terjemahan Doa Bismillah Tujuh

1.Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
2.Dengan nama Allah yang maha mendengar lagi maha melihat, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui setiap sesuatu.
3.Dengan nama Allah yang maha pencipta lagi maha mengetahui, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha menguasai lagi maha mengetahui.
4.Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha bijaksana.
5.Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha berkuasa.
6.Dengan nama Allah yang maha perkasa lagi maha mulia, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha perkasa lagi maha mulia.
7.Dengan nama Allah yang maha pengampun lagi maha mengasihani, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha pengampun lagi maha mengasihani.

Allah adalah sebaik-baik Pemelihara, dan dia maha mengasihani dari segala-galanya. Dan telah berselawatlah Allah ke atas penghulu kami nabi Muhammad juga ke atas kaum keluarga dan sahabatnya dan telah selamatlah.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Jodoh & Takdir Ditangan Allah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

“TAKDIR” bagi setiap perkara yg berlaku.ada yg menjadikan ini sebagai sebab atau alasan untuk sesuatu tujuan.
contohnye: 1. aku bercerai dgn dia sebab dah takde JODOH
2. JODOH kami tak panjang nak buat macam, dah TAKDIR
3. memang TAKDIR dia berkahwin dgn suami orang. JODOH dia mana boleh tolak

memang JODOH dan TAKDIR ditentukan ALLAH, tapi bolehkah kite sering guna sebab ni untuk setiap perkara dan alasan? bolehkah kita berusaha dulu untuk menghindari perkara-perkara yg perlu dijauhi tanpa menggunakan dua perkara ni sebagai alasan muktamad.


Jodoh n takdir sudah jadi adat dalam berkata
tapi perlu juga faham.

Pertama sekali kita tau cara Allah ciptakan
sesuatu itu ada hukum adatnya dan sunah
ditetapkan serta fitrah.

Maka dengan itu sebagai manusia yg.sedar
dan berakal perlulah berusaha untuk sesuatu
hajat.
Rasulallah saw.juga berusaha mencapai tugas
beratnya dan tidak semata-mata berserah.,
sedangkan baginda sangat mengenali Allah.

Tujuan berusaha adalah memberi pilihan yg.
manusia itu sendiri sukai,jalan apa jua pun
tapi keputusan hasilnya samada baik atau
buruk belum diketahui.

Ada nampak baik disisi manusia tapi tak baik
disisi Allah dan sebaliknya.

Maka disini ketentuan adalah hak Allah
samada izinkan atau tidak,apakah hikmahnya
kalau dikabulkan atau digagalkan bergantung
beberapa sebab.

Sebabnya Allah ingin menguji,pembalasan,
kurnia atas amalan,kerana murkanya dan
macam2 sebab lah.

Maka sebagai manusia berakal dan mau berfikir
adalah disarankan beranggap baik sangka
terhadap takdir Allah yg.maha melihat dan
mengetahui apa2 zahir dan batin.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments



Pertamanya, perlu kita faham bahawa, Ramadhan ini bolehlah dikatakan bulan paling istimewa dan paling mulia antara bulan-bulan Islam yang lain. Mukjizat terbesar Nabi SAW iaitu Al-Quran pun, telah diturunkan dalam bulan Ramadhan. Di dalam bulan Ramadhan terdapat pelbagai fadhilat dan kelebihan yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan.

Berikut ini adalah beberapa panduan dan peringatan bagaimana cara kita menyambut Ramadhan mengikut apa yang diajarkan oleh Nabi SAW.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa.” (al-Baqarah 2:183)

1. Jadikan Ramadhan sebagai bulan latihan kerohanian.
Di dalam bulan puasa seorang Islam dilatih mengawal diri daripada berlebih-lebihan, seperti mengawal diri daripada keinginan memuaskan syahwat (di siang hari). Mengawal diri juga memiliki banyak faedah baik dari aspek kesihatan maupun ke arah kerohanian. Di antara faedahnya adalah seorang Muslim akan merasai kelaparan yang dilalui oleh seorang Muslim lain yang tidak memiliki makan atau minum yang mencukupi sebagaimana yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Afrika.

Jadi, mari kita azam dalam diri masing-masing, untuk menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin, mengawal nafsu syahwat dan melakukan banyak kebaikan. Latihlah diri untuk mengawal hawa nafsu dan perangai buruk kita sepanjang bulan ini.

2. Rebutlah Lailatul-Qadar, malam seribu bulan yang dijanjikan.
Di dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu malam sebagaimana firman-Nya:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. ” (al-Qadr 97:1-3)

Allah dah berikan peluang merebut malam seribu bulan ini kepada kita hanya dalam bulan Ramadhan, jadi jangan kita sia-sia kan peluang ini. Marilah kita memperbanyakkan ibadah dan bermunajat kepada Allah SWT dengan sungguh-sungguh pada bulan Ramadhan ini.

3. Berpuasa dengan bersungguh-sungguh dan penuh keimanan, mohonlah keampunan daripada Allah terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan.
Allah berjanji akan mengampunkan dosa-dosa yang lepas bagi mereka yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keazaman.

Abu Hurairah radhiallahu ‘anh berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh Allah mengampun dosa-dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa yang bersolat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”

4. Kawal diri daripada perbuatan mengumpat (ghibah), mengadu, berbohong dan mendengar perkara-perkara hiburan.

Jauhi perkara yang sia-sia (laghoo). Sebaliknya perbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, bersedekah dan bersungguh-sungguh di dalam melakukan amal ibadat khusus pada 10 terakhir bulan Ramadhan.

5. Sabar ke atas kecaman, umpatan atau musibah yang menimpa.
Rasulullah SAW mengajar kita bahawa pada hari Ramadhan, jika seseorang menyakitkan hati atau mencela kita maka katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa… sesungguhnya aku sedang berpuasa.”

6. Jangan bergosip atau sibuk memperkatakan hal-hal orang lain yang sia-sia.
Jagalah diri daripada mengumpat dan mengadu domba (gossip) kerana ia adalah perbuatan yang diharamkan secara mutlak sama ada di dalam bulan Ramadhan atau selain Ramadhan. Lebih-lebih lagilah dalam bulan Ramadhan, memang hukumnya adalah lebih berat dan diberi penekanan.

7. Sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan dan membantu sesama Muslim, terutamanya dalam hal melakukan kebaikan kepada keluarga sendiri.
Kita sangat-sangat disarankan untuk sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan dan menjaga kebajikan serta saling membantu sesama Islam dalam menyelesaikan masalah.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Sesiapa yang tidak memikirkan urusan umat Islam maka tidaklah dia termasuk golongan mereka.

Dalam bulan Ramadhan ini, kita sangat-sangat dianjurkan mengambil tahu hal ehwal keluarga kerana mereka itu adalah amanah dan bebanan (tanggung-jawab) kita.

8. Lipatgandakanlah amal ibadah kepada ALLAH sepanjang bulan Ramadhan.
Antara amalan-amalan yang perlu kita utamakan ialah ;

* Menjaga solat berjemaah bagi lelaki di masjid, dan bagi wanita pula banyakkan menghadiri majlis ilmu.
* Menghadiri solat tarawih khasnya bagi lelaki dan tiada larangan bagi kehadiran wanita (di masjid) jika mereka ingin melakukan solat dan kepada mereka terdapat ganjaran.
* Memelihara solat malam (qiamullail) dan tahajjud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yang berkemampuan di dalam rumah.
* Beriktikaf untuk beberapa malam di bulan Ramadhan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan di dalam kewajipan seharian khususnya bagi mereka yang mencari rezeki.
* Memelihara pembacaan Al-Quran dan menggunakannya sebagai zikir harian. Pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya hendaklah setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya.
* Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yang memerlukan, mereka yang berjihad di jalan Allah dan sumbangan kepada projek yang baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.
* Merapatkan silaturahim dan memperbanyakkan ziarah di dalam bulan Ramadhan.
* Dilarang melakukan kejahatan dan keburukan terhadap orang Islam secara umum dan jiran-jiran secara khusus. Pesan Rasulullah SAW:

“Seorang muslim ialah orang yang selamat lidah dan tangannya terhadap muslim yang lain.”

Selamat Berpuasa!!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Cara Mengikat Tali Leher

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

Kebaikan Duduk Iftirash

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Nak kongsi bersama kebaikan duduk iftirash ni… kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarrajah reflexology , bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi ‘tekanan reflexology’ yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat ‘tekanan reflexology’ utk sebahagiantubuh sahaja (tidak meliputi bahagian – Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!!

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui ‘indirect reflexology excersize’ utk bahagian kritikal – brain, neck, throat, etc…

Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:

Aku melihat Nabi Muhammad saw..Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)..

Hadith shohih riwayat Bukhri.

Pengajaran hadith:
1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.

Selamat beramal dan menyampaikannya.Wallahualam..

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter