KEHIDUPAN suami isteri ibarat gigi dan lidah. Justeru, tidak hairanlah, sesekali gigi tergigit lidah.
Kehidupan berumah tangga juga ibarat nahkoda dan anak kapal membawa bahtera di samudera luas dan pasti sesekali dilambung ombak dan bergantung kepada pasangan itu untuk bertahan bagi mengelak daripada karam.
Dalam perkahwinan, pertengkaran dan perbalahan memang tidak dapat dielakkan walaupun ada antara kita malu untuk mengakuinya.
Bukan semua pertengkaran itu tidak baik kerana ia juga boleh mendatangkan kebaikan kepada pasangan suami isteri malah boleh mematangkan kehidupan berumah tangga.
Pertengkaran membolehkan anda meluahkan apa yang terbuku di hati daripada memendam rasa yang akhirnya memudaratkan diri sendiri. Jangan bertengkar sekadar membalas dendam atau menegakkan benang basah.
Pertengkaran adalah petanda awal dalam perkahwinan, iaitu suami isteri cuba menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka.
Bayangkan sebelum ini anda hidup secara berasingan, dalam rumah yang berbeza dan keadaan yang tidak sama. Selepas berkahwin, anda terpaksa berkongsi bersama pasangan anda.
Dalam kehidupan berkongsi itu termasuk minat, selera, cara hidup dan perasaan, tentu ada perbezaan dan perselisihan. Pertengkaran tentunya dapat menyatukan semula semua yang tidak sama itu.
Kesimpulannya, pertengkaran boleh dielakkan jika tidak dibincang lebih awal dan mengelakkan timbul masalah lebih besar pada masa hadapan.
Tetapi, jika mereka dapat mengatasi perselisihan, mungkin akan lebih mengeratkan hubungan suami isteri.
Petua berdepan pertengkaran
- Jika berlaku pertengkaran, anda jangan terlalu mencari kelemahan pasangan anda. Tidak wajar jika pertengkaran hanya ingin mencari kemenangan. Sebaliknya berusaha untuk mencari jalan penyelesaian.
- Jika pertengkaran itu berkaitan sesuatu topik, janganlah membabitkan masalah lain kerana ia mungkin boleh membesarkan masalah itu.
- Jangan bertindak menggunakan fizikal atau melemparkan barang. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya menjadikan keadaan lebih tegang. Jangan menggunakan kata-kata kasar dan menyakitkan hati. Gunalah perkataan yang lembut seperti, abang sedih dengan perbuatan itu atau kamu tahu tak betapa hancurnya hati saya ini.
- Jangan membiasakan diri menyendiri atau menjauhkan diri daripada pasangan selepas bertengkar. Ini akan merugikan hubungan suami isteri.
- Jangan menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana ia akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.
- Jangan biarkan pihak ketiga seperti mentua, ipar atau adik-beradik terbabit dalam pertengkaran kerana ia menambahkan kecurigaan dan api pertengkaran. Selesaikan secara baik antara suami isteri.
- Jangan bertengkar di depan anak-anak kerana ini menjadikan anak-anak bingung, tertekan dan mewujudkan masalah lain.

0 comments