Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Membuat Sambungan Komputer Secara Jarah Jauh Dgn Remote Desktop

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, December 17, 2009




Tahukah anda bahawa anda boleh membuat sambungan komputer di rumah anda (host) daripada mana-mana komputer yang secara jarak jauh menggunakan ciri Remote Desktop yang ada pada Windows Xp/Vista. Menggunakan ciri Remote Desktop ini, anda boleh menghubungkan komputer di rumah (host) dari komputer remote lain (client@pelanggan) dan boleh mengakses semua sumber komputer tersebut seperti program dipasang, data dan juga sumber rangkaian yang bersambung dengannya.


Anda juga dapat menjalankan aplikasi komputer pada komputer berkenaan seolah-olah anda sedang berada di depan komputer anda sendiri biarpun pada hakikatnya anda berada di pejabat (sebagai contoh)
Ikuti langkah-langkah yang diberikan berikut untuk mengkonfigurasikan komputer anda untuk menyambung ke komputer remote:

• Untuk menggunakan ciri ini, anda perlu log masuk ke komputer anda dengan hak pentadbiran(administrative rights).
• Untuk melakukan tugas ini, pertama pastikan kedua komputer yang disambungkan ke internet.
• Terlebih dahulu, anda perlu mengkonfigurasi hos komputer yang memungkinkan pengguna untuk menghubungkannya secara jarak jauh. Pada hos komputer (komputer di rumah), klik kanan pada “My Computer” dan klik pilihan Properties.
















• KLIK pada tab Remote, pilih opsyen “Allow users to connect remotely to this computer” (terjemahannya- pilihan “Benarkan pengguna untuk melakukan Sambungan secara jarak jauh pada komputer ini“) dan KLIK butang .

























• Sekarang dapatkan alamat IP dari hos komputer (taip “ipconfig / all” pada Command Prompt dari hos komputer untuk mendapatkan alamat IP- Command Prompt boleh didapati pada butang Start>All Programs>Accessories>Command Prompt).

• Sekarang buat sambungan pada remote atau komputer klien, klik butang Start, masuk ke >All Programs>Accessories>Pilih Remote Desktop Connection.Sebuah kotak dialog Remote Desktop Connection akan muncul.














Klik pada butang Options untuk dapatkan tatarajah terpeinci, dan di bawah tab General, taip alamat IP dari host komputer di ruang Computer dan juga taipkan Username dan Password hos komputer anda, kemudian klik pada butang untuk membuat sambungan ke komputer remote.

























Jika username dan password anda sudah betul, maka remote desktop windows akan muncul. Anda akan dapat mengkontrol komputer di rumah anda (hos)(sbg contoh: sekarang anda sedang berada di pejabat (komputer pejabat-klien) seolah-olah anda berada di depan komputer anda di rumah…Saya harap artikel dapat membantu anda mengakses komputer di rumah untuk tujuan tertentu..tak perlu lagi anda bergegas ke rumah untuk mendapatkan fail atau sbgnya. Anda juga boleh melakukan sebaliknya..dengan menjadikan komputer di pejabat sebagai hos komputer dan anda mengakses komputer pejabat (hos) anda dari komputer di rumah anda (klien). SELAMAT MENCUBA!!

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter