Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

7 Jenis Jus Buah Berkhasiat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Saturday, December 19, 2009


Dalam sebuah artikel kesihatan, saya sempat membaca tulisan tentang 7 jenis jus buah yang kaya khasiat bagi kesihatan kita. Dimana diterangkan bahwa, para ilmuwan telah menemukan khasiat dari berbagai buah tsb, seperti jus delima yang kaya antioksidan baik untuk jantung.


Mereka juga mengatakan bahwa, hanya dengan minum 1 gelas / hari dapat memperbaiki aliran darah sebesar 1/3.

Selain itu juga dimuat tentang Jenis jus buah yang kaya khasiat, yang memiliki manfaat bagi kesihatan, iaitu :

1. Jus Delima

Manfaat :
Membantu jantung, dimana jus delima ini kaya antioksidan yang membantu mencegah penyumbatan pada pembuluh darah arteri oleh kolesterol. Jus delima ini juga dihubungkan dengan pencegahan terjadinya kanser prostat.

Jus ini dilengkapi dengan vitamin A, C dan E serta asid folate yang penting pada tahap awal kehamilan.

2. Jus Oren

Manfaat :

Untuk sistem kekebalan, proteksi terhadap anemia. Sumber yang paling baik dari vitamin C dan juga sumber asid folate, sehingga wanita hamil sebaiknya meminumnya dalam jumlah yang cukup banyak.

Minum jus oren dengan makanan meningkatkan ambilan besi untuk perlindungan terhadap anemia. Penelitian baru menyarankan minum segelas jus oren/hari, ternyata juga membantu mencegah terjadinya radang sendi (arthritis).

3. Jus Grapefruit

Manfaat :

Untuk sistem kekebalan. Kaya akan vitamin C, buah grapefruit merupakan sejenis oren dan oleh kerana itu kaya akan beta-karoten. Ini membantu melindungi kulit dari kerusakan oleh radikal bebas.

Tetapi penggunaannya tidak digalakkan jika anda sedang mengambil ubat tertentu. Ini kerana us grapefruit mengandung suatu substansi yang dapat memperlambat pemecahan beberapa jenis ubat.

Hal ini menyebabkan peningkatan jumlah ubat dalam aliran darah, sehingga meningkatkan kesannya.

4. Jus Epal

Manfaat :

Untuk energi; perlindungan kepada jantung. Kaya akan flavonoid yang membantu melindungi jantung. Memiliki 1/3 kadar vitamin C jus oren. Mengandung banyak gula fruktosa.

Tetapi penggunaannya dihindari pada anak-anak, kerana dapat menyebabkan keluhan gangguan gastrik. Tapi dalam batas-batas tertentu masih dapat diterima, yang penting tidak berlebihan.

5. Jus Nanas

Manfaat : untuk pencernaan. Buah ini mengandung enzim bromelain, yang membantu mencerna protein dan buah ini juga mengandung gula alamiah untuk meningkatkan energi. Mengandung 11 mg vitamin C/100 ml.

6. Jus Tomato

Manfaat :
Untuk menguruskan badan; kesihatan jejaka. Jus untuk menguruskan ini hanya mengandung 50 kalori/250 ml. Jus tersebut juga mengandung bioflavonoid yang membantu memperkuat pembuluh darah kapileri, jadi tidak menimbulkan kebocoran pada pembuluh darah dan pembentukan ruang yang mengandung air pada kulit yang menyebabkan selulit. Dan kandungan likopen dalam tomato telah dikaitkan dengan penurunan risiko terjadinya kanser prostat.

Tetapi penggunaannya sebaiknya dielakkan pada individu yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, kerana jus tomato mengandung kadar garam yang tinggi.

7. Jus Cranberry

Manfaat :

Mencegah terjadinya baru karang. Proanthocyanidin dalam jus cranberry menghentikan perlekatan bakteria yang berbahaya pada dinding buli-buli, dengan demikian menurunkan risiko terjadinya infeksi saluran kencing.

Jus ini mengandung vitamin C dalam kadar yang sangat tinggi, dan jus ini dijual dengan penambahan gula, kerana rasanya pahit tanpa penambahan gula tersebut.

Penggunaannya dihindari pada pesakit-pesakit yang menggunakan ubat anti pembekuan darah iaitu warfarin. Hal ini dikemukakan oleh The Committee on Safety of Medicines, kerana dapat meningkatkan risiko terjadinya perdarahan.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua!!!

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter