Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Panas Baran

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, September 15, 2009

Panas baran. Suatu sikap mazmumah yang ada pada orang yang tinggi egonya.Cepat marah, merasa orang di sekelingnya semua salah. Ada saja yang tidak kena. Adminsangat takut pada orang yang panas baran. Mereka ibarat bom masa yang akan meletup tanpa dijangka. Dan admin tidak mahu menjadi mangsa letupan itu.

Guru yang panas baran akan ditakuti dan digeruni anak muridnya. Malah mereka akan takut untuk menegur guru itu walaupun membuat kesalahan ejaan pada papan hitam (anak admin asyik mengadu pasal gurunya yang suka memarahi anak murid..astaghfirullah..camni ke murabbi??).

Peniaga yang panas baran akan kehilangan pelanggan.

Suami yang panas baran akan menyebabkan penceraian sebab isteri dah tak tahan, sikit-sikit kena marah,kena pukul..sikit-sikit naik angin (banyak dah kes kat TV tu..apabila masalah di tempat kerja dibawa ke rumah,dengan perangai panas barannya lagi,memang parah laa..tu yang ramai perempuan takut nak kawin tu..)

Isteri yang panas baran pun akan memecahkan rumahtangga jugak..(asyik nak menuntut hak wanita,menuntut persamaan taraf antara lelaki dan wanita..Terimalah hakikat wahai perempuan,syurga di bawah tapak kaki suami)

Mak ayah yang panas baran akan ditakuti anak-anak,tiada kemanisan dalam berkeluarga, anak-anak takut nak meluahkan masalah dan tension(teringat kisah kawan yang takut nak balik rumah sebab result teruk..nanti kena belasah dengan mak)

Kawan yang panas baran sukar memiliki kawan sejati,sebab orang sebenarnya takut kat dia.(teringat kawan masa sekolah rendah dulu...ish3..suka betul menengking orang..)

Panas baran datang dari syaitan yang ingin memecah belahkan manusia. Orang yang panas baran dan cepat marah perlu banyak beristighfar dan berselawat kerana Rasulullah sendiri pernah berpesan kepada para sahabat, agar menghindari sikap ini kerana ia merupakan pintu masuk syaitan ke dalam hati manusia dan baginda sendiri berpesan kepada sahabat, apabila merasa marah,banyak-banyaklah berselawat dan berkatalah kepada diri sendiri, jangan marah,jangan marah,dan jangan marah..

Admin nak ingatkan diri sendiri jaa sebenarnya sebab kadang-kadang apabila dada terasa sesak dengan masalah misalnya tension keje ke, tak pasal-pasal kena marah dengan bos ke, barang hilang ke, akan menjadikan admin agak cepat naik angin..tapi admin tak suka dengan sikap admin tu..sangat-sangat tidak suka...admin tahu admin kena belajar redha...jadi admin belajar. Dulu admin cepat marah sampai bila admin buat salah, kawan takut nak tegur. Tapi admin paling sayang adalah orang yang berani tegur admin walaupun dia tahu admin akan marah. sekarang, keadaan dah berubah.

Ustaz admin selalu pesan, kita kena kawal diri kita daripada merasa marah kerana perasaan marah itu akan merosakkan diri kita sendiri. Kalau asyik nak marah,tak sabar,macam mana nk jadi daie dan murabbi. Jangan pentingkan diri sendiri. Orang panas baran ni asyik nak orang lain jaga perasaan dia,tapi dia tak jaga perasaan orang lain. Admin akuinya sebab dulu admin selalu kata orang tak faham admin, tak jaga hati admin,tetapi adakah admin menjaga hati orang-orang disekeliling admin? Jadi..janganlah jadi orang panas baran, nanti lagi orang benci. Jadilah macam Saidina Umar. Pada zaman jahiliyah dia digeruni kerana sifatnya yang garang dan panas baran, tetapi cahaya keIslaman telah merubah sekeping hati .Beliau menjadi bukan lagi garang dan ditakuti, tetapi tegas dan dihormati. Tidak salah untuk merasa marah tetapi biarlah kena pada tempatnya, bukan kerana perkara kecil dan remeh. selagi boleh bersabar, kita sabar. Lebih besar ganjarannya apabila kita bersabar.

Teringat kisah Saidina Ali. Ketika suatu peperangan, seorang musuh telah mngatakan sesuatu yang menaikkan kemarahan beliau. Lalu beliau mengangkat pedang ingin menamatkan riwayat musuh tersebut. Tetapi dia telah meletakkan kembali pedang tersebut. Lalu musuh bertanya, kenapa kamu tidak bunuh saja aku?Lalu beliau menjawab,aku tidak ingin membunuhmu kerana perasaan marah ku. satu misalan yang cukup jelas.Admin mengajak diri sendiri untuk menilai kekurangan diri bukan atas tujuan melemahkan,tetapi untuk menguatkan diri supaya admin tidak memandang keburukan orang lain sedangkan diri sendiri masih belum diperbaiki.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter