Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Cara Atasi Kemurungan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, September 3, 2009

PRINSIP untuk membantu memecahkan kitaran kemurungan:

Terima kenyataan — kemurungan adalah penyakit serius dan ubat anti kemurungan adalah komponen penting dalam rawatan

Berbincang dengan doktor — mengenai perasaan dan kemajuan rawatan. Jangan takut untuk bertanya

Fahami simptom kemurungan melalui rawatan — berfikiran positif dan meminta bantuan bila perlu adalah konsep penting dalam proses mengatasi kemurungan

Maklumat mengenai kemurungan dan ubat anti kemurungan:

Kemurungan disebabkan ketidakseimbangan bahan kimia otak (serotonin dan norepinefrin) yang bertugas mengawal emosi

Setiap orang mempunyai gerak balas rawatan yang berbeza. Sesetengah individu melihat keberkesanan rawatan selepas beberapa minggu dan ada yang akan alami kesan sampingan

Kemurungan akan kembali jika rawatan tidak betul — Anda hanya boleh pasti kemurungan tidak kembali jika objektif menghapuskan simptom kemurungan berjaya dicapai

Berkomunikasi adalah kunci kejayaan rawatan. Berkomunikasi secara terbuka dengan doktor boleh memaksimumkan kejayaan rawatan, manakala berbicara dengan ahli keluarga dan kawan mampu menghapuskan bayangan kemurungan dan menguatkan sistem sokongan anda

Mengambil ubat tanpa nasihat doktor sebenarnya memperdaya diri sendiri

Ubat anti kemurungan terbukti berkesan dan tidak menyebabkan ketagihan

Kemurungan adalah penyakit serius tetapi boleh dirawat. Anda perlu memainkan fungsi aktif untuk mengatasinya

Kesan sampingan ubat anti kemurungan berbeza antara individu dan biasanya ia berlaku pada awal rawatan

Usah berhenti mengambil ubat, kecuali selepas mendapat nasihat doktor. Ubat anti kemurungan perlu diambil dalam tempoh tertentu kerana keberkesanannya hanya dapat dilihat selepas beberapa minggu dan anda akan merasai kesan positif pada perangai dan emosi. Kesan ubat berbeza antara individu dan cara terbaik untuk mendapat manfaatnya ialah mengambil ubat seperti diarah doktor

Jangan biarkan kesan sampingan menghalang kejayaan


Apa yang keluarga dan kawan perlu tahu:

Akui bahawa individu berkenaan menghidap penyakit serius dan memerlukan rawatan
Ketahui bahawa gejala kemurungan boleh mengubah kelakuan seseorang
Pesakit kemurungan selalu berfikiran negatif dan cepat berputus asa
Mudahkan kerja harian pesakit (bantu kerja rumah)
Fahami keluarga akan mengalami masa tegang. Jangan lupa luangkan masa untuk diri sendiri


Langkah berguna:

Luangkan lebih masa dengan orang tersayang melakukan aktiviti berguna
Bersentuhan dengan orang yang tersayang
Beri perhatian untuk memperbaiki teknik mendengar (kumpulkan isi penting yang diperkatakan dan pastikan kedua-dua pihak faham)
Cuba sebaik mungkin untuk selesaikan masalah bersama-sama
Bina tabiat untuk menyatakan anda ambil berat dan berterima kasih terhadap keluarga. Bersedia untuk memuji keluarga dan beri perhatian kepada kelebihan mereka


Perkara yang perlu diingat:

Jangan sisih pesakit daripada menyertai perbincangan atau hal keluarga
Jangan salahkan pesakit atas perubahan kelakuan mereka
Jangan berulang kali menyuruh pesakit menjadi ceria
Jangan lakukan segala-galanya untuk pesakit kerana membantu mereka melakukan semua pekerjaan seolah-olah menafikan kebolehan mereka
Jangan takut untuk bertanya dan minta bantuan
Jangan biarkan pesakit membuat keputusan penting mengenai kehidupan mereka (perkahwinan, perceraian, menukar kerjaya atau berpindah rumah sehingga mereka sihat kembali)
Jangan biarkan pesakit meneruskan tabiat buruk ketika tempoh pemulihan

Cara mudah melepaskan tekanan:

1. Rehat dan riadah
Keluar berjalan-jalan di luar rumah
Penuhi masa dengan hobi dan aktiviti cergas
Membela haiwan peliharaan
Luahkan perasaan dengan aktiviti kreatif seperti menulis atau melukis
Jauhkan diri dari pusat beli belah
Bersenam
Berehat dan mendengar muzik
Meluahkan perasaan kepada kawan atau ahli keluarga
Mandi air suam untuk merehatkan minda dan melancarkan aliran darah

2. Diet

Jangan hadapi tekanan dengan makan berlebihan
Makanan seimbang dan vitamin B kompleks boleh bantu kawal kemurungan
Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan
Teh suam boleh menenangkan perasaan

3. Kerohanian

Tukar tanggapan anda pada setiap perkara
Minta penjelasan secara terus untuk elak keraguan
Lupakan kekecewaan dulu dan ingat kenangan indah
Jangan buat keputusan penting ketika murung untuk elak anda melakukan kesilapan yang boleh memburukkan keadaan
Menangislah untuk meluahkan kesedihan dan ketawa bagi menceriakan hari anda
Buat segera perkara yang boleh melegakan perasaan
Perlahankan rentak hidup dan cuba berehat.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter