Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Lelaki Lebih Berahsia

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, September 2, 2001 0 comments


Wanita dan lelaki memiliki sifat-sifat asas yang berbeza. Biarpun lelaki menyatakan yang mereka mudah, hakikatnya kebanyakan wanita sukar memahaminya.

Berbeza dengan sifat wanita yang mudah menyatakan sesuatu yang dirasai atau apa disukai, sifat lelaki semakin sukar difahami jika orang yang paling hampir dengannya tidak cuba memahami biologi dan sikap sebenar mereka.

Bagi memahami golongan Adam ini dengan lebih mendalam, cuba baca petua berikut untuk lebih memahami dan mengenali mereka.

# Sifat lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita.

Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham tetapi mereka lebih suka jika ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah serta berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

# Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Daripada kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkannya.

Ini bukan bererti dia berbohong namun lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki daripada apa yang dilakukannya berbanding daripada apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

# Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikannya serta membisu.

# Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jimak secara kerap dengannya, wanita harus percaya itulah yang lelaki mahukan.

Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

# Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah bercakap dengan wanita lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia serta peribadi, sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

# Lelaki pentingkan kejujuran

Jika lelaki tahu isterinya suka bercerita pada wanita lain mengenai dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia rumah tangga.

# Lelaki tidak suka dikritik

Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan.

Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrontasi serta-merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara itu disampaikan kepadanya.

Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan mereka jarang melakukannya.

Apabila lelaki mahu mengkritik, mereka memilih masa dan keadaan dengan teliti. Ketika menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

# Lelaki juga mahukan sokongan

Ketika berdepan masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata “Saya cintakan abang…” dan “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang … .”

# Sahabat yang paling baik

Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

# Lelaki mesra tanpa emosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi serta mengasihi sebagai balasan. Kemesraan emosi dan bersatunya jiwa bukan hanya jasad tetapi cara lahirnya kasih sayang. Ia bukan satu proses saja tetapi membabitkan hal yang tidak terungkai dan agak magis.

Setiap manusia bergantung kepada kemesraan emosi untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Lelaki berbeza daripada wanita dari segi kebolehan lelaki untuk bermesra secara seksual tanpa kemesraan emosi.

Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki.

Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita.

Lelaki lazimnya lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri.

Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan intim tetapi tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan oleh lelaki sehingga boleh menyebabkan punca konflik semula jadi antara lelaki dan wanita.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Love

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


HAYATILAH...BERMULA DARI KAWANLAH KITA MENGENALERTI KEHIDUPAN...BERMULA DARI KAWANLAH KITA MENGENAL ERTI PERSAHABATAN...DARI KAWANLAH LAHIRNYA SEBUAH CINTA TERHADAP DIRI SENDIRI...CINTA TERHADAP ORANG LAIN...MAKA...KAWANLAH SEGALA-GALANYA...


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Mengapakah Haid Dikenali Sebagai ‘Darah Kotor’?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, August 3, 2001 0 comments

Haid sebenarnya bukan penyakit. Ia adalah satu proses normal yang menunjukkan wanita itu mempunyai kesihatan yang baik dan yang lebih penting lagi ia subur serta boleh hamil. Memang kita menganggap haid sebagai ‘darah kotor’.

Apabila darah haid ini mengalir keluar dari rahim ia membawa bersama sel dan tisu dari selaput “endometrium”. Ketika ia melalui saluran faraj ia membawa bersama kuman yang terdapat dalam saluran faraj. Darah kotor adalah campuran darah, tisu endometrium yang telah berkecai dan kuman-kuman.

Bagi wanita yang tidak datang haid, mungkinkah ia akan bertimbun dalam rahim dan menyebabkan keracunan?

Perkara ini tidak benar kerana keluaran haid dikawal oleh system hormon yang rumit. Jika ia tidak keluar ia mungkin disebabkan oleh perimbangan hormon yang mungkin terganggu akibat dari proses kehamilan, penyusuan bayi, pengambilan pil hormon, tekanan mental dan emosi atau penyakit pada kilang pituitary, rahim atau ovary.

Tetapi keadaan tersebut tidak menyebabkan timbunan darah kotor dalam badan. Darah hanya menjadi kotor apabila ia keluar sebagai darah haid. Apabila suatu penyakit atau keadaan luar biasa berlaku, aliran darah seolah-olah memintasi kawasan endometrium. Oleh itu tiada darah kotor dibentuk.

Berapa lamakah haid seseorang wanita itu keluar?

Pada kebiasaannya haid keluar selama tiga hingga tujuh hari. Ada juga setengah wanita haidnya hanya sehari sehaja, manakala ada setengah wanita yang mengalami keluaran haid berpanjangan dan berterusan selama 15 hari.

Setengah wanita mengalami keluaran lendir bercampur sedikit darah untuk beberapa hari sebelum keluar haid (Premenstrual staining) manakala ada setengah pula yang mengalami darah haid ‘berekor-ekor’ (Post-menstrual staining). Kedua keadaan tersebut munkin menandakan suatu keadaan hormon yang tidak seimbang atau mungkin terdapat penyakit dalam rahim.

Perkara yang penting diketahui oleh setiap wanita ialah untuk menentukan apakah yang menjadi kebiasaannya. Jika jangka waktu haid menjadi lebih pendek atau lebih panjang dari kebiasaannya, ini adalah dianggap sebagai satu keadaan luar biasa atau penyakit. Katakan seseorang wanita itu keluar haid selama tujuh hari, tetapi secara tiba-tiba haidnya keluar selama 10 hari. Maka tiga hari yang terakhir ini bukanlah darah haid, tetapi darah penyakit.

Ada yang berpendapat keluaran darah haid selama 15 hari masih dianggap normal. Ini penting diketahui kerana seseorang wanita yang keluar darah, selain daripada haid, wajib bersembahyang dan menunaikan ibadat.

Bagi wanita yang menggunakan kaedah pencegah hamil, mungkin terdapat sedikit perubahan dalam pusingan haidnya. Wanita yang menggunakan pil jangka waktu haidnya menjadi pendek dan aliran darah haid sangat berkurangan. Bagi mereka yang menggunakan alat dalam rahim IUD pula, haidnya menjadi lebih panjang dan aliran haidnya lebih banyak daripada biasa.

Berapa banyak darah pula yang keluar yang dikatakan normal?

Ini berbeza antara seseorang wanita dengan yang lain. Pada kebiasaannya pada hari pertama haid tidak keluar begitu banyak, haid bertambah pada hari kedua dan ketiga. Pada hari keempat mula berkurangan dan pada hari kelima hampir kering, pada hari keenam darah kering langsung.

Keluaran lendir bercampur sedikit darah berwarna coklat mungkin berlarutan selama beberapa hari. Haid dianggap berhenti jika tidak ada lagi kesan darah merah yang keluar dari rahim. Purata darah yang keluar dalam jangka masa ini ialah dua hingga tiga auns (100mls). Penggunaan tuala yang tidak melebihi satu kotak boleh dianggap sebagai normal.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Renungan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, August 1, 2001 0 comments

Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya…..

“ Imam Shafie”


Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca, waktu, kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa, kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir, kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu ialah ibu daripada segala ketenangan jiwa.


Jika kelmarin tersungkur,
Tapi hari ini….
Bangunlah dari lena kealpaan,
Tegak di atas tugu perjuangan,
Melangkah di atas landasan pertimbangan,
Mara di atas dasar kesedaran,
Berlari di atas sinar keyakinan.


Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur.
“Umar Al-Khatab”

Orang yang berilmu itu menyedari bahawa:
1) Timbulnya keinsafan dari kemahuan
2) Timbulnya kemahuan dari keinginan
3) Timbulnya keinginan dari kepercayaan
4) Timbulnya kemajuan dari perubahan
5) Timbulnya kepandaian dari kerajinan
6) Timbulnya kesihatan dari kebersihan
7) Timbulnya cinta dari mata
8) Timbulnya dengki dari iri hati
9) Timbulnya kekuatan dari persatuan


Mengata diri anda lemah sebelum benar-benar terbukti anda lemah adalah kelemahan anda yang paling lemah.


Tiap sesuatu itu ada penyakitnya:-
Penyakit bicara adalah bohong
Penyakit ilmu adalah lupa
Penyakit ibadah adalah riak
Penyakit budi pekerti adalah memuji diri
Penyakit berani adalah takut
Penyakit pemurah adalah menyebut pemberian
Penyakit cantik adalah sombong
Penyakit bangsawan adalah membangga diri
Penyakit malu adalah lemah
Penyakit mulia adalah kedekut
Penyakit agama adalah hawa nafsu

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Tanya Admin

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, July 1, 2001 2 comments


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Golongan Lelaki Ditarik Oleh Perempuan Ke Neraka

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, June 1, 2001 2 comments

Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama sepertimengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anakperempuannya tidak menutup aurat... ..tidak cukup kalau dengan hanya
memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaulbebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untukpandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri... ... walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidaktinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuhkepula abang-abangnya... ..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahajadan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ... .tunggulahtarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yangharam dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diAkhirat kelak.... ... nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silapfirman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANABAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU... .."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda sertaanak-anak lelaki anda... kesiankanlah mereka dan diri kamusendiri... ... jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguhdandengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarikdan tertarik... .oleh mana-mana pihak ??

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikanseseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga... .. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janjiALLAHS.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPAHISAB.

Note:... Amatlah penting bagi kita untuk menjalankan peranan masing2.. supaya kita tak tercampak ke dalam neraka dek kerana disebabkan kesalahan orang lain...

Dan.. saya sendiri tak menafikan .. amatlah sukar bagi kita (n bg empunya diri ini... )... untuk menyempurnakan amanah tu.. especially nak disampaikan pada orang terdekat kita (family e.g : kakak.. adik.. walhal ibu atau ayah kita kita sendiri) yang amat2 lah kita hormati...

Terutama bila mengingatkan.. kita sendiri masih belum sempurna... kita sendiri masih lakukan byk kesalahan.. (ish.. saya lagi BANYAK salah n silap ngankorang sume... maap2... )dan kita sendiri masih tak cukup ilmu... tapi.. kalau semua fikir camtu.. last2... ktia takkan dapat buat ape2... dunia takkan berubah kalau semua fikir camtu...

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Jangan Bersedih Wahai Sahabatku

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, May 3, 2001 0 comments




“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..”
(Surah At-taubah, ayat 40)

Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tak berdaya. Mengapa berlaku sedemikian? Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghidari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal hingga kita harus menyerah kepadanya. Kesedihan juga sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati, bahkan ia merupakan sesuatu yang amat disenangi syaitan. Oleh itu, syaitan selalu berusaha agar seseorang hamba itu bersedih utk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya.

Bukan dicari-cari

Kesedihan itu bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang kita semua harapkan, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa seperti berikut : “Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”; maksudnya: “ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”

Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yg membolehkan mengakibatkan kelesuan, keluhan, dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yg menggelapkan hati dan akan membuat keseluruhan keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan sifat pesimis dan penyesalan. Namun begitu, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ia pasti akan dilalui oleh seseorang. Oleh itu, disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata ; “..alhamdulillahhillazi azhab annal hazan..” ( Surah Fathir, ayat 34 ) “segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita kami..” Ini menunjukkan bahawa mereka semua pernah mengalami kesedihan ketika hidup di dunia dulu.

Kesedihan Mendatangkan Pahala

Berbagai musibah lain juga turut menimpa mereka tanpa ada pilihan bagi mereka untuk menlak atau menerimanya. Apabila kesedihan itu datang, tidak ada kemampuan bagi jiwa untuk menghindarnya, maka kesedihan itu justeru akan mendatangkan pahala. Ini kerana kesedihan merupakan sebahagian daripada musibah atau cubaan. Oleh itu, ketika seorang hamba ditimpa kesedihan hendaklah ia sentiasa cuba melawannnya dengan doa dan cara-cara lain yang dapat mengusir kesedihan tersebut.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Usah Gopoh Ucap Cinta

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, May 2, 2001 0 comments


Jatuh cinta sudah tentulah amat indah dan mengasyikkan terutama apabila si pujaan hati turut memiliki perasaan dan keinginan sama.

Tetapi, bagaimana pula apabila si dia tidak memiliki perasaan yang sama, bahkan hanya menganggap jalinan hubungan yang terbina itu atas nama persahabatan saja?

Ketika itu barangkali ada rasa malu bermukim di hati namun, anda harus meneruskan juga kelangsungan sebuah perhubungan tanpa perasaan.

Saat cinta bertepuk sebelah tangan, tentu terasa pahitnya Tuhan saja yang tahu. Sedih, kecewa, malu dan pelbagai perasaan merona di jiwa sehingga anda berasakan tidak sanggup lagi berdepan dengannya.

Bagaimana agaknya hendak melunakkan diri sendiri untuk menerima hakikat bahawa semua itu hanyalah permainan perasaan? Bahkan banyak perkara boleh dilakukan demi mencari formula supaya mampu melenyapkan rasa itu.

Pada masa sama anda sendiri perlu bermuhasabah diri kerana mungkin ada sesuatu perkara yang harus dipelajari.

Mungkin bersikap terlalu terburu-buru dan tidak rasional membuatkan anda tersilap langkah.

Anda seharusnya mengkaji diri mungkin si dia juga agak ‘terkejut’ dengan cara anda meluahkan bibit perasaan dan mungkin si dia juga memiliki perasaan yang sama, tetapi menyimpan saja. Atau mungkin dia juga ada ‘getar’ yang sama, tetapi tidak kuat untuk meluahkannya.

Dalam membina sebuah perhubungan yang intim, mungkin cara anda meluahkan itu tidak kena masa dan tempatnya. Atau mungkin si dia sedang dihimpit satu masalah sehingga mengganggu situasi diri sendiri.

Untuk itu, beberapa langkah berikut mungkin dapat dilakukan anda dan mungkin anda tersilap langkah, tetapi harus mencari langkah seterusnya untuk bertindak. Antaranya:

# Kenali si dia dengan lebih mendalam

Langkah pertama yang harus anda lakukan adalah mengenal sang pujaan hati lebih dalam lagi. Untuk itu, anda perlu mencari maklumat sebanyak mungkin mengenai si dia sama ada melalui lingkungan yang berada di sekitarnya atau pembicaraan langsung. Daripada maklumat yang diperoleh dapat membantu anda melangkah ke tahap selanjutnya.

# Jangan terlalu yakin

Apabila diteliti lebih jauh, ternyata si dia memiliki perhatian khusus terhadap anda, tetapi bukan bererti dia menyukai anda. Kadangkala lelaki sering salah mengertikan perhatian yang diberikan kaum hawa dan mereka harus menelan pil pahit ketika mengetahui anda hanya menganggapnya sebagai teman.

Anda pun perlu menerima takdir cinta yang ditolaknya.

# Jangan terburu-buru menyatakan perasaan

Ada baiknya anda menentukan waktu yang tepat untuk menyatakan perasaan.

Namun, bukan bererti semakin cepat anda menyatakannya semakin besar kesempatan yang dimiliki untuk merajuk cinta dengan si dia. Justeru yang harus dijadikan kayu ukur adalah soal ‘kedekatan’ anda dan si pujaan hati. Jika dia belum juga memberikan tanda-tanda tertentu, ada baiknya anda menyimpan saja niat untuk menyatakan rasa tulus anda kepadanya.

# Minta pendapat daripada teman

Jangan terburu-buru menyatakan perasaan anda kepadanya, tetapi tiada salahnya anda mendengarkan pendapat sahabat baik anda mengenai waktu yang tepat untuk mengungkapkan isi hati.

Sejujurnya anda perlu menunggu tanda-tanda tertentu yang diberikannya supaya tidak terjadi salah faham atau silap tafsiran.

# Sedikit terbuka

Meskipun anda menyukainya, usahakan tidak menyatakan perasaan cinta melalui bahasa tubuh. Anda perlu berani berbicara secara terbuka kalau saatnya dia benar-benar sudah bersedia untuk mengetahui perasaan anda yang sebenarnya.

Tidak kira sama ada dia lelaki atau perempuan, sekalipun dia adalah wanita yang ‘super aktif’, tetapi umumnya wanita lebih menghargai lelaki yang berani berbicara terbuka soal cinta daripada diam seribu bahasa.

# Jangan memujinya berlebihan

Ingin memujinya, bukan tidak boleh asal anda jangan terlalu berlebihan. Pujian yang terlalu berlebihan membuat pasangan meragukan kesungguhan cinta anda. Boleh jadi dia mengganggap anda sebagai lelaki ‘buaya darat’ yang penuh pembohongan. Lakukan pula pendekatan secara bersahaja supaya hasil yang diperoleh kemudian hari lebih berkesan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Perkosaan oleh Suami

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, April 2, 2001 0 comments



Ada suatu perkosaan yang mungkin jumlahnya jauh lebih banyak daripada perkosaan yang diberitakan oleh banyak media massa di negara kita. Itulah perkosaan yang dilakukan oleh para suami terhadap istrinya.

Sebuah peristiwa menyedihkan yang dialami oleh banyak istri, tetapi tidak terungkap seperti peristiwa perkosaan yang dilakukan oleh pria bukan suami. Perkosaan yang dilakukan oleh suami pada umumnya ditutup oleh korban yang istri sendiri, karena hanya dianggap sebagai urusan keluarga.

Mungkin banyak orang tidak dapat menerima kalau seorang suami dianggap memperkosa istrinya. Dalam anggapan mereka istri tidak selayaknya menolak suaminya yang menginginkan hubungan seksual. Dengan kata lain mereka menganggap seorang istri harus selalu siap pakai memenuhi keinginan seksual sang suami. Seperti sebuah mesin saja. Mereka lupa atau pura-pura lupa bahwa istri yang juga manusia dapat merasa tidak bergairah atau payah atau tidak ingin diganggu pada suatu saat. Bahkan ada pula yang menggunakan alasan agama, bahwa istri harus tunduk kepada suami. Maka mereka beranggapan setiap kali suaminya menginginkan hubungan seksual, sang istri tidak boleh menolak. Agaknya ini merupakan anggapan yang salah dalam menafsirkan suatu ajaran agama.

Benarkah ada perkosaan yang dilakukan oleh suami terhadap istri?

Bertolak dari pengertian perkosaan, yaitu setiap hubungan seksual yang berlangsung tanpa persetujuan bersama, maka hubungan seksual yang hanya dikehendaki oleh suami sementara sang istri tidak menghendaki, sebenarnya termasuk perkosaan. Apalagi kalau disertai ancaman, misalnya akan dicerai, akan mencari wanita lain, bahkan sampai dipukul atau diperlakukan dengan kekerasan sampai menimbulkan penderitaan bagi sang istri.

Banyak istri mengeluh mengalami rasa sakit di vaginanya akibat hubungan seksual yang dipaksakan oleh suaminya, atau dengan kata lain diperkosa oleh suaminya. Pada dasarnya pengalaman mereka sama, yaitu mereka sedang tidak ingin melakukan hubungan seksual karena sebab tertentu. Tetapi sang suami tetap memaksa sambil marah. Maka hubungan seksual berlangsung seperti dengan sebuah benda. Sang suami segera puas, tetapi sang istri kesakitan sampai berhari-hari.

Sebagian mereka sedang tidur nyenyak ketika dibangunkan oleh suaminya yang meminta melakukan hubungan seksual. Pada saat itu sang suami sudah siap ingin melakukannya, sementara sang istri masih dalam keadaan setengah sadar dan tidur yang lelap. Maka berlangsunglah hubungan seksual yang sangat menyiksa sang istri. Mudah dimengerti kalau sebagian sampai mengalami infeksi pada kelaminnya.

Sebagian lain memang tidak sedang tidur, tetapi sedang tidak ingin melakukan hubungan seksual setelah payah bekerja seharian. Tetapi dengan terpaksa mereka melayani keinginan seksual suaminya kalau tidak ingin menjadi tumpahan kemarahan, bahkan tamparan. Sebagian istri yang lain memang telah kehilangan gairah seksualnya sehingga merasa lebih senang bila tidak disentuh oleh suaminya. Tetapi sang suami tidak pernah mau mengerti, sehingga tetap saja menuntut melakukan hubungan seksual. Kalau menolak, maka kemarahan yang didapat, bahkan kekerasan.

Memang agak aneh mendengar ada perkosaan dilakukan oleh suami terhadap istri. Tetapi setelah mengetahui contoh di klinik tersebut, masihkah merasa aneh? Jelas itu suatu tindakan perkosaan yang dilakukan oleh suami. Tetapi tentu saja sang istri yang menjadi korban, tidak mungkin melaporkan dan menuntut secara hukum. Bagaimana pun juga sang pemerkosa adalah suami sendiri. Kecuali kalau benar-benar sudah tidak tahan menghadapi derita yang dialami.

Mengapa sampai terjadi perkosaan oleh suami?

Jawaban yang pasti, karena sang istri tidak mau atau tidak bersedia memenuhi keinginan suami untuk melakukan hubungan seksual. Karena istri menolak atau tidak bersedia, maka suami melakukan berbagai bentuk kekerasan agar dapat melakukan hubungan seksual.

Tetapi pemaksaan oleh suami terhadap istri tidak dapat dilepaskan dari faktor lingkungan sosial, budaya, dan ekonomi. Lingkungan tersebut tampak berpengaruh besar terhadap kekerasan terhadap wanita, khususnya kekerasan seksual oleh suami. Lingkungan sosial ekonomi di mana status sosial ekonomi wanita lebih rendah daripada pria menyebabkan wanita berada di bawah “kekuasaan” pria, termasuk dalam kehidupan seksual.

Lingkungan budaya dengan perbedaan gender yang kuat telah menempatkan status budaya wanita lebih rendah daripada pria. ini menyebabkan pria selalu menganggap wanita harus tunduk kepada pria. Bahkan istri tidak ditempatkan menjadi mitra yang sejajar dengan suami, melainkan sebagai “pembantu” atau paling tinggi sebagai “pendamping”.

Maka ketika mengetahui istri menolak atau tidak bersedia melakukan hubungan seksual, suami begitu saja memaksanya, bahkan dengan kekerasan. Suami tidak pernah ingin tahu atau bertanya mengapa sang istri menolak atau tidak bersedia melakukan hubungan seksual.

Mengapa sang istri tidak bersedia melakukan hubungan seksual?

Pertanyaan inilah yang seharusnya dipikirkan atau ditanyakan oleh suami menghadapi istri yang menolak atau tidak bersedia melakukan hubungan seksual. Ada beberapa alasan yang disampaikan oleh istri, mengapa mereka menolak melakukan hubungan seksual, yang menyebabkan sang suami kemudian memperkosanya.

Sebagian istri sering menolak melakukan hubungan seksual karena selama menikah tidak pernah merasakan kenikmatan hubungan seksual. Hanya suami saja yang menikmati. Akibatnya dorongan seksualnya lenyap sama sekali. Padahal penyebabnya sangat mungkin karena ketidaktahuan suami tentang seksualitas, atau mungkin karena gangguan fungsi seksual pada suami.

Sebagian yang lain menolak melakukan hubungan seksual karena memang sedang tidak bergairah karena payah atau sedang tidur. Kalau saja sang suami mau mengerti keadaan tersebut, maka mereka tidak akan langsung melakukan hubungan seksual sementara sang istri tidak siap. Kalau saja mereka mengerti, maka mereka akan menunggu sampai sang istri juga siap sehingga tidak terjadi peristiwa perkosaan dengan akibat yang merugikan istri. Atau kalau mereka mengerti bahwa sang istri bukan hanya merupakan obyek seksual suami, maka mereka seharusnya dapat memaklumi kalau sang istri sedang tidak bersedia melakukan hubungan seksual. Para suami Seharusnya menyadari bahwa istri bukanlah sebuah benda yang selalu siap pakai untuk melakukan hubungan seksual, sama halnya dengan pria yang tidak selalu siap pakai.

Menyedihkan bila mendengar salah satu alasan suami yang menikah lagi, yaitu karena sang istri tidak mampu sepenuhnya melayani kebutuhan seksual suami. Jadi karena sang istri hanya mampu memenuhi sebagian saja, maka sang suami menikah lagi. Sungguh menyedihkan, karena sang suami tidak mau berupaya mencari apa sebabnya sang istri tidak mampu melayani kebutuhan sek sualnya. Padahal kalau dicari penyebabnya, sangat mungkin karena sang istri tidak dapat menikmati hubungan seksual yang dilakukan akibat ketidakmengertian suami atau akibat gangguan fungsi seksual suami.

Apa akibatnya bagi istri?

Ada beberapa akibat buruk yang mungkin terjadi dalam kehidupan seksual wanita yang mengalami perkosaan oleh suami. Pertama, dorongan seksualnya lenyap. Kedua, dorongan seksual tetap ada tetapi reaksi seksual terhambat sehingga merasa sakit setiap kali melakukan hubungan seksual. Ketiga, hambatan mencapai orgasme. Keempat, mengalami vaginismus, yaitu kekejangan abnormal pada otot sekitar vagina sepertiga bagian luar sehingga hubungan seksual tidak mungkin dilakukan.

Sejauh mana istri mengalami akibat perkosaan oleh suami sangat tergantung pada sikap atau kekerasan yang dilakukan oleh suami dan jangka waktu perkosaan berlangsung. Semakin buruk sikap atau kekerasan yang dialami dan semakin lama perkosaan dialami, semakin buruk akibat yang dialami oleh istri. Vaginismus merupakan akibat akhir pada fungsi seksual istri yang mengalami perkosaan oleh suami.

Bagaimana istri harus bersikap bila mengalami perkosaan oleh suami?

Istri yang mengalami perkosaan oleh suami seharusnya tidak boleh berdiam diri dan membiarkan kekerasan itu berlangsung. Mereka harus menentukan sikap dan berbuat sesuatu agar tragedi itu tidak berlanjut.

Beberapa langkah berikut ini boleh dilakukan oleh istri yang mengalami perkosaan oleh suami.

Pertama, menjelaskan dan menyadarkan suami bahwa tindakannya tidak benar dan tergolong perkosaan.

Kedua, menjelaskan kepada suami bahwa penolakannya untuk melakukan hubungan seksual bukan karena tidak senang kepada suami, melainkan karena ada alasan tertentu. Alasan tersebut harus dijelaskan juga kepada suami.

Ketiga, menyadarkan suami bahwa tindakannya justru dapat menimbulkan akibat lebih buruk bagi kehidupan seksual istri. Keempat, bicarakan dengan suami bagaimana mengatasi masalah seksual yang mereka alami sebagai satu pasangan. Ajaklah suami untuk berkonsultasi dengan tenaga ahli agar hubungan seksual dapat berlangsung harmonis.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

6 Sikap Lelaki Buat Wanita Bosan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments


Kiranya lelaki bangga yg mreka seolah-olah punya byk pilihan, wanita jugak mampu punya cita rasa mereka sendiri. Cuba semak kot2 la anda(kaum lelaki) bukan dalam kategori lelaki yg diidamkan wanita.

1) LELAKI YANG PERASAN

Perasan! sinonim bg lelaki yang menganggap diri mereka kacak n bergaya. lebih2 lg kalau derang kaya n byk duit. Tapi ada ja wanita yg sanggup tahan sbb duit! TP dalam hati menjengkelkan.

2) LELAKI EGO

Ego dan keras kepala. Ramai la laki ada sikap mcm nih. Pantang skali perempuan tegur kesalahan derang. Mungkin anda trdengar crita suami or teman lelaki yg bertindak tampar isteri sbb hanya menegur atau mencabar mereka. Di sinilah ego lelaki sbb depa anggap ada kuasa ke ats wanita. Jika anda slalu mcm nih mmg la kna tinggal. Tak ke dayus?

3) SERING BERBAHASA KASAR

Cket2 melenting. Ditegur je cket tapi melenting mcm psangan mntak gadaikan nyawa dia je. Mmg ada la laki yang guna bahsa kasaq tp bg perempuan derang nih sensitif cket. Tentun la wanita nih asyik mkn hati dgn sikap laki yang cenggini. JAdi sama2 lah kita bermuhasabah diri sbbnyer jgn menyakiti hati org lain.

4) MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Pernah x tgk laki n perempuan atau suami isteri yg bergaduh sbb hal remeh temeh? Contohnya wanita merasaakan lelaki tidak mempedulikan dirinya lagi. MEmang benar ada laki yg pentingkan diri sendiri sbb drang rasa berhak dlm buat kptusan dlm sesebuah prhubungan. Wanita akn cpt tertekan dan akan menidakkan prhubungan korang. Fikirlah baik2 sbb bila ego menguasai diri kta xkkan cuba pecahkan belenggu yg brsarang di dada. Tapi klu belenggu tu sdah dibuang insya allah hbungan yg dijalinkan berjalan dgn suasana berkasih sayang.

5) TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Tanggungjawab ini mencerminkan sesebuah peribadi seorang lelaki kerana tanggungjawab ini adalah diamanahkan oleh ALLAH swt. Tak kira la dalam keluarga, perhubungan, pekerjaan, rumah tangga, dan pelajaran bagi yang stadi lg lah.Pada lelaki jika belum pasti hubungan itu sampai ke arah mana jangan diminta apa-apa yang bernilai dr diri wanita tersebut. Hormatilah dirinya dan jagailah maruahnya. Jangan mengambil kesempatan ke atas dirinya. Di sini akan berlakunya kezaliman bagi kaum wanita atau kedua2nya sekali. DaN Jika dah tak da rasa tanggungjwb maksudnya kita tak tahu bagaimana utk menilai sbuah perhubungan itu. Adakah kita mencintainya kerna tubuh badan, paras rupa, kekayaan, keturunan?? Bagi wanita, jika dapat lelaki yg bertangunggjwb mereka akan rasa selamat bila hidup berumah tangga kelak. Bagi yang dah berkahwin sikap ini penting sangat sebab ianya akan dinilai oleh ALLAH s.w.t kelak. Tepuk dada tanyalah iman.

6)TIDAK BERAGAMA

Cinta ini sangat luas. Bukan sekadar cinta dengan umat sahaja tapi kecintaan yang sgt penting kepada ALLAH s.w.t. Sebab itulah, kalau anda rasa bertanggungjawab untuk menjaga pasangan, tingkatkanlah amalan dan jangan jadi org yg jahil pada agamanya, melanggar hukum yg dtetapkan dalam al-quran dan sunnah. Insya Allah jika kita punya agama yang kukuh pasangan akan rasa senang hati. Tidaklah nanti sama-sama hidup dlm kejahilan.

Akhir kata, lelkai adalah sebgai pemimpin. Oleh itu, jagalah amanah anda dengan sebaik-baiknya bukankah wanita itu dijadikan dari rusuk lelaki? Fikir-fikirkanlah…Sama2lah kita merenung diri. Jika kita mahu yang terbaik, kita sendiri yang harus dulu jadi terbaik. Jika kita mahu yang soleh bukan mencari yang solehah tapi jadi soleh atau solehah dahulu! Allahualam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Petua Menghadapi Pertengkaran

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, March 2, 2001 0 comments


Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya.

Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak hidup bersama kera hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian.

Hakikat Pertengkaran

1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan.

2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya.

3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akandatang.

4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.

5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.

6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.

Petua-petua menghadapi pertengkaran :

1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesai kan masalah secara bersama.

2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama kerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana,

3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti: "Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", " Engkau selalu melakukan kesalahan... !" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu...", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain- lain.

5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.

6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yanglebih hebat.

7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.

8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena ini akan menjadikan anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak lagi masalah lain.F. Petua memilih wanita idaman atau perempuan.

Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Tiada Kekuatan Selain Allah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

'LAHAULA WALA QUWATA ILLA BILLAH HIL ALIYIL A’ZIM'


'Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia'

Berzikirlah selalu kerana ia adalah salah satu cara untuk kita menghubungkan diri kita dengan Allah, disamping itu, cara ini jugalah yang akan menjadikan hati manusia lembut. Sedangkan Saidina Umar R.A memeluk islam dengan mendengar adiknya sendiri berzikir (membaca surah Taha), padahal sebelum ini, beliaulah seorang yang paling kuat menentang ajaran agama islam yang dibawa oleh rasulullah.

Walaupun hanya sebaris ayat, tetapi jika dihayati sedalam-dalamnya, ia akan memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupan. Sesungguhnya manusia ini semuanya lemah. Tidak berkuasa. Dan yang berkuasa pun, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kekuasaan Allah.

Malahan kuasa tersebut dkurniakan oleh Allah, bukan untuk kita kufur kepadaNya, tetapi untuk kita lebih mendekatkan diri kepadaNya. Selemah-lemah manusia, tidak berdaya untuk berbuat apa-apa, kecuali dengan kehendak Allah semata-mata. jika Allah tidak mahu ia berlaku, ia mustahil akan berlaku. Tetapi apabila Allah menyebut ‘Kun’, maka ‘Yakun’ lah apa yang dikehendakiNya.

Oleh itu, apa-apa pun perbuatan yang kita lakukan ataupun hendak kita lakukan, mestilah bersandarkan konsep zikir ini. Malahan, ayat ini juga boleh menjadikan motivasi untuk kita mencapai kejayaan. Tetapi mestilah disertakan dengan usaha yang bersungguh. insyaAllah, walaupun kita rasa mustahil akan berlaku, ia akan berlaku.

Jadikanlah zikir ini sebagai nyanyian mulut kita setiap hari, terutamanya dikala waktu kesusahan menimpa diri. Kerana apabila manusia terus-menerus mengingati Allah sewaktu dalam kesusahan, maka mereka tidak akan sekali-kali berputus asa kerana yakin atas apa yang Allah taqdirkan.
Sama-samalah kita menggunakan zikir-zikir dan ayat-ayat al-Quran sebagai motivasi kita dalam kehidupan.



sumber : I LUV Islam

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Tentang Cinta Dan Suka

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, February 26, 2001 0 comments

1. Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira

2. Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3. Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum

4. Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata . Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja

5. Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar

6. Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka

7. Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis . Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira

8. Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita . Tapi jika kita cuba menutup mata Cinta berbuah menjadi airmata . Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Di zaman permulaan Islam, amalan memakai tangkal untuk berlindung adalah amalan umum bagi rata-rata masyarakat jahiliyah.

Rasulullah s.a.w mengharamkan penggunaan tangkal dan menggantikannya dengan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa khusus untuk memohon daripada Allah, menghindari dari apa yg tidak diingini.

Dalam musnad Imam Ahmad, juzuk ke empat, halaman 156 disebut mahfum hadis, “Seiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya, dia telah melakukan perkara syirik.

Hadis ini hadis umum. Pernah sahabat yang menerima ayat-ayat al-Quran untuk amalan meghindari daripada gangguan, khasnya makhluk halus, telah menulis ayat-ayat itu dikertas untuk digantungkan kepada anak-anak mereka yang belum pandai membaca al-Quran.

Apabila perkara ini sampai kepada Rasulullah s.a.w, baginda tidak melarang. Oleh demikian maka ada sebahagian pendapat yang mengatakan bahawa, kalau tangkal diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, maka ia diharuskan.

Ulama-ulama muktabar berpendapat seperti dalam sebut Kitab al-Fatawa az-Zahabiyyah (Fatwa-fatwa yang amat berharga) halaman 253, bahawa adapun penulisan ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah S.W.T untuk dijadikan tangkal, maka ulama berselisih pendapat, di kalangan ulama salaf ada yang mengharamkannya secara mutlak ada sedikit yang mengharuskannya dengan syarat-syarat khusus.

Yang paling sahih, bahawasanya penggunaan tangkal sama ada al-Quran atau tidak, dilarang dalam hadis-hadis terdahulu, sedang keharusan yang Rasulullah sebutkan pada para sahabat, itu adalah pada permulaan Islam, apabila iman sudah tertanam dalam diri dan untuk mengelak daripada keburukan-keburukan yang boleh menjejaskan iman, maka dilarang sama sekali pengunaan tangkal, walaupun menggunakan ayat Quran kerana 1. Mencegah daripada keburukan yang lebih besar. 2. Mengaja kesucian al-Quran dari terbawa hingga ke dalam tandas 3. Membulatkan keyakinan bahawa Allah S.W.T yang melindungi manusia daripada segala-galanya. Wallauhu a’lam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Hukum Rawatan Menggunakan Jampi Mantera Dan Serapah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, January 26, 2001 0 comments

Mengubati penyakit atau menolong seseorang yang memerlukan pertolongan sehingga ter tunai hajatnya, lebih-lebih lagi boleh membantu meng ikhtiarkan kesembuhan pesakit yang bermasalah adalah pekerjaan mulia. Ia menjadi lebih mulia jika dilakukannya semata-mata kerana Allah SWT, meng harapkan pahala pada hari akhirat dan tidak membe bankan pesakit.

Amalan perubatan de ngan menggunakan doa ataupun bacaan ayat memang salah satu daripada cabang rawatan yang dia kui syarak sebagai amalan mulia. Pergi ke hospital atau menemui perawat pakar juga digalakkan Islam, kerana itu juga salah satu daripada cabang rawatan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang banyak.

Merujuk khusus kepada persoalan saudara iaitu soal jampi. Menjampi pesakit disebut dalam bahasa Arab se bagai ruqyah. Ruqyah adalah dibenarkan. Malah kadang- kadang amat digalakkan.

Rasulullah s.a.w. pernah sakit, suatu ketika Jibril diturunkan untuk memberi tawaran menjampikan baginda, lalu Jibril menjampi Nabi. Ianya disebut sebagai Ruqyatu Jibril.

Adapun menjampi seseo rang itu dengan menggu nakan bahasa khusus seperti Jawa, atau bahasa Mendiling, Inggeris dan Sepanyol diha­ruskan syarak dengan syarat, bacaan itu diketahui makna nya dan ia tidak ada sebarang petanda kesyirikan terhadap Allah SWT. Jangan ada sebarang taf siran yang boleh membawa syirik.

Oleh yang demikian jika lirik, seni kata atau bacaan yang disebut oleh dukun itu tidak diketahui maknanya, jika seperti saudara seorang berketurunan Jawa tidak memahami jampi yang dibaca dalam bahasa Jawa. Tetapi mungkin seperti disebut orang bahawa Jawa ada dua bahasa, iaitu bahasa kasar dan bahasa halus. Biasanya bahasa Jawa halus jarang diketahui orang.

Saya sendiri sememang nya tidak memahami bahasa Jawa sama ada kasar ataupun halus. Sekiranya anda tidak faham bahasa tersebut, tetapi orang yang membacanya faham dan makna bacaan itu tidak ada sebarang petanda menuju kepada syirik, maka dia boleh berbuat demikian.
Tetapi jika dukun itu sendiri tidak faham dan tidak tahu apa yang diminta, maka tidak boleh digunakan perubatan dengan bahasa tersebut.

Daripada ayat al-Quran, Allah berfirman (mafhum nya) : “Dan Kani turunkan
dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al -Quran tidak menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua.” (Surah al-Isra’ , ayat 82)

Ada enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan dalam al-Quran. Ada begitu banyak hadis yang menyebutkan tentang kesembuhan penyakit melalui rawatan pembacaan ayat-ayat al-Quran dan doa.

Oleh itu maka ulama ber sependapat (ijmak), bahawa mengikhtiarkan kesembuhan penyakit dengan menggu nakan kaedah bacaan dan doa serta air adalah diharus kan, kadang-kadang digalak kan, sekiranya memenuhi tiga syarat yang utama iaitu:

Pertama, menggunakan pembacaan ayat-ayat al-Qur an dan as-Sunnah atau ruq yah dalam bahasa Arab yang diketahui maknanya tidak bertentangan dengan syarak.

Kedua, boleh mengguna kan bacaan selain daripada yang pertama, dengan apa jua bahasa, tetapi mestilah difahami maknanya dan tidak ada sebarang percang gahan dengan syarak.

Ketiga, hendaklah yang merawat mengiktikadkan bahawa penyembuh sebe narnya adalah Allah SWT sahaja. Pengubat hanyalah berikhtiar.

Oleh itu saya suka menje laskan, jika sudah ternyata al- Quranlah bacaan utama sebagai penawar terbaik, as-Sunnah (al-Hadis) adalah yang terbaik selain al-Quran, maka mengapakah kita tidak menggunakan bacaan ini sebagai rawatan?

Kita harus membebaskan diri daripada yang kurang baik, lebih-lebih lagi jika ia boleh membawa kepada kesyirikan kepada Allah SWT.

WalLah hu a’lam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Berpacaran Sebelum Kahwin, Kahwin Sebelum Nikah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, January 1, 2001 0 comments

Hujah yang sering ditimbulkan oleh mereka yang ber"couple" sebelum kahwin..

Kami tidak berzina! Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya barbual-bual, berbincang,. Bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina? Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu. Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah: Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Tabrani). Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun! Betul. Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke? Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!* (bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)* Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.*(bagi kes berdua- duaan SAHAJA) Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana- manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.* Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa- apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group*, saling memberi semangat dan motivasi. Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu. Tentu ada cinta secara Islam. Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah: Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al- Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.... Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta* hilang maruah? Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta* juga? Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati..... Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab. Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? *(tidak mengikut syariat) Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini? Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

Bagaimana kami? Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya.

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:

i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hamba-Mu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.
Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu ini berdosa

Amin , Ya Rabbal 'alamin.

Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh, tidak ke mana!

Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter