Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Berdua Lebih Baik

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Saturday, October 7, 2000 2 comments

LAZIMNYA bila sepasang suami isteri bergaduh, salah faham timbul dan kebanyakan pasangan mengambil jalan singkat dan berkata pada diri mereka bahawa perhubungan ini tidak akan berhasil. Antara luahan yang kerap keluar dari mulut sama ada isteri mahupun suami ialah, ‘kita tidak lagi serasi bersama’.

Tetapi satu artikel dari majalah berbahasa Inggeris tulisan Judith dan Jim menyatakan perkara yang berbeza. Mereka melihat daripada perspektif bahawa cinta sejati itu sebenarnya wujud dan hanya menunggu masa untuk dibajai.
Bila berhadapan dengan ketidaktentuan rapatkan diri dengan pasangan dan harunginya bersama-sama.

Bila berhadapan dengan ketidaktentuan rapatkan diri dengan pasangan dan harunginya bersama-sama.

Yang pasti salah seorang daripada anda perlu mempunyai komitmen, keberanian dan kesediaan untuk mengubah perangai keras kepala anda supaya menjadi seorang yang lebih fleksibel dan terbuka.

Salah satu teknik yang dipraktikkan oleh Judith dan Jim ialah dengan teori Conscious Creativity.

Ia merangkumi sembilan proses untuk memulihkan hubungan yang berkonflik dan melupakan untuk ‘lari saja’ daripada masalah.

Apa yang penting, ingat matlamat utama anda untuk membina semula dan mencari jalan untuk bersatu kembali. Pastikan anda berdua membuat satu resolusi yang boleh memuaskan hati kedua belah pihak.

Justeru, perbincangan terbuka adalah amat penting dan pastikan setiap daripada anda mendengar dan menghormati permintaan serta pandangan yang masing-masing kemukakan.

Kenal pasti isu

Luahkan apa yang mengganggu anda dalam cara yang paling baik. Pastikan setiap perkara yang anda tidak puas hati disampaikan dengan tenang dan teratur.

Rasai perasaan anda

Cuba berkomunikasi dengan perasaan dan diri anda secara jujur.

Mengambil berat

Beritahu kepada diri anda bahawa anda mengambil berat dengan perkara yang melibatkan hubungan anda berdua

Ketahuilah bahawa kehidupan berpasangan ada pelbagai onak duri dan ranjau yang harus ditempuhi. Beri keutamaan kepada hubungan dan pasangan anda sebelum perkara-perkara lain.

Jangan sabotaj diri sendiri

Buang sifat negatif yang menguasai diri anda semasa hubungan keruh anda dan si dia. Jangan biarkan perangai buruk lama anda mengeruhkan suasana perbincangan anda berdua.

Ubah cara berfikir

Cakap kepada diri anda bahawa anda mampu untuk memahami pelbagai isu dan boleh menginterpretasinya dengan banyak cara. Jika tidak, anda akan semakin dibebani dengan masalah tersebut dan mungkin ia akan menjadi lebih teruk.

Pikul tanggung jawab

Tanya diri anda apa yang telah anda lakukan dalam masa anda betul-betul berasa tertekan. Biasanya perselisihan antara pasangan timbul kerana sikap salah seorang dari pasangan tersebut.

Ingatlah bahawa pasangan anda bukan sama seperti anda

Belajar untuk memahami diri pasangan dan ingatlah bahawa pemikiran dia berbeza daripada anda. Janji anda berdua untuk hidup dengan lebih baik hanya akan berjaya sekiranya masing-masing mengemukakan pandangan dan menghormati pandangan tersebut.

Jadilah lebih peka

Cuba dengar setiap masalah yang diluahkan pasangan dan menghormati pengalaman yang mereka lalui. Ingatlah pengalaman yang mereka lalui tidak semesti sama dengan anda walaupun anda merasakan anda pernah berhadapan dengan situasi yang sama.

Biar dia rasa andalah orang yang paling sesuai untuk meluahkan perasaan dan percaya bahawa anda bukanlah pasangan yang akan menjatuhkan pasangan anda.

Cari penyelesaian untuk diri atau pasangan

Sementara anda mencari penyelesaian terhadap masalah anda berdua, ingatlah anda berdua adalah insan yang berbeza. Ikrar untuk menjadi yang terbaik untuk sama satu lain bukanlah bermakna anda ingin ‘memenangi ‘pertandingan’ tersebut.

Buang jauh-jauh perasaan negatif bahawa anda tidak boleh teruskan hubungan tersebut, sebaliknya cakap pada diri anda bahawa hubungan anda memang sentiasa mempunyai harapan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Beberapa Tips Untuk Hamil

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual:-

Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.


2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual:-


Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah "berapa kerap" anda melakukan hubungan pada" waktu subur". Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.


3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-


Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme - klimaks semasa hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik - rahim - lebih tinggi.


4. Posisi Hubungan Seksual:-


Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.


Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung dengan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.


Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.


5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-


Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Kerana sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik - rahim - sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.


6. Buat Para Suami:-


Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.


7. Relaks:-


Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.


8. Jaga Kesihatan Anda:-


Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.


Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.


Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.


Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya. Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak.


Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.


Rancang hubungan seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut pesanan dan nasihat Dr. Insya Allah anda berjaya. Beritahu kami tentang berita gembira ini!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter