Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Fadilah Fatihah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, August 11, 2000 0 comments


Baca dan ketahuilah ‘Rahsia Fadhilat Surah Fatihah‘ ini. Serta amalkanlah ilmu yang kita dapat. InsyaAllah.

1. Untuk membuatkan seseorang (suami anda, isteri anda, anak2 anda) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :

* Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.

2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal:

* Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
* Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.

3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:

* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
* Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal.

4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:

* Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
* Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.

5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (samaada menangis ditengah malam atau pada bila2 masa sekalipun):

* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.

6. Untuk merawat luka2 kecil: Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya…)

* Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
* Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian “langit-langit” dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.

Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:

1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)
2. Baca dengan penuh “khusyuk” dan “Tawadhu”
3. Tawakal sepenuhnya pada Allah
4. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja

Mintak lah yang baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan
oleh Allah.

Wallahualam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Cara Mandi Dengan Betul

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Kebiasaannya, ramai diantara kita mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala dulu. Sebenarnya cara ini akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Ia boleh menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Ini adalah disebabkan, seluruh sistem hormon dan aliran bendalir dalam badan adalah diatur dan disetkan di dalam kepala. Jadi, cara mandi bermula dari kepala akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

Cara yang bagus dan lebih dianjurkan ialah, mandi songsang iaitu dengan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala.

Berikut ini dicatatkan beberapa kebaikan dan kelebihan mandi songsang atau mandi yang bermula dari bahagian bawah.

1. Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
2. Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
3. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
4. Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
5. Melancarkan perjalanan darah.
6. Menjadikan pengamal semakin pintar.
7. Meninggikan daya ingatan.
8. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
9. Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
11. Memiliki daya ketahanan mental.
12. Menambahkan semangat berani.
13. Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

5 Syarat Melakukan Maksiat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki i tu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. " Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Tip Menjaga Solat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri
Pada saya, perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan solat. Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari pembalasan. Jika diterima maka amalan lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah amalan kita yang lain.

Bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga solat, saya sarankan anda untuk beli Kitab Fadhilatl Amal (Harga RM35 sebuah). Dalam kitab tersebut ada 1 bab khusus yang menerangkan tentang fadhilat-fadhilat solat. Antara yang diterangkan dalam Bab Fadhilat Solat ialah mengenai ;

* Kepentingan solat
* Kelebihan solat
* Amaran dan celaan ke atas mereka yang meninggalkan solat
* Kepentingan dan kelebihan solat berjemaah
* Amaran kerana meninggalkan solat jemaah
* Penerangan tentang khusyuk dan khudu’ dalam solat
* Menyenaraikan hadith-hadith tentang khusyuk solat
* Menceritakan mengenai solat yang dilakukan para sahabat

Kitab Fadhail AmalKitab Fadhail Amal

Belilah Kitab Fadhilat Amal tu dan bacalah setiap hari. Tetapkan 1 masa yang tetap contohnya sebelum tidur, dan bacalah sekurang-kurangnya 1 hadith yang terdapat dapat kitab tersebut. Bacalah dengan istiqamah setiap hari.

Moga-moga dengan keberkatan dan nur-nur hadith/quran yang anda baca tu, ditambah dengan keinginan serta usaha untuk berubah, Allah akan berikan kekuatan pada anda untuk menjaga solat, insyaAllah.

2. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat
Anda kena cari kawan-kawan yang menjaga solat mereka. Kawan-kawan sebegini boleh saling ingat mengingati dalam melakukan perkara ibadah. Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya boleh memberikan kita motivasi untuk melaksanakan perintah Allah. Jadi, carilah dan dampingilah rakan-rakan yang baik dan menjaga solat mereka.

3. Cuba lawan nafsu sedaya mungkin
Kadang-kadang nafsu malas solat memang datang juga kepada kita. Jangan sesekali tewas dan mengikut rasa hati untuk tidak mendirikan solat. Lawan perasaan tersebut, jangan biarkan anda tewas. Setiap kali anda menang, ia akan berikan kekuatan tambahan bagi mendirikan solat pada waktu seteusnya.

4. Ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat
Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang yang bersusah payah menjaga solat. Pahala yang melimpah ruah yang boleh berganda sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika dilakukan pula secara berjemaah.

Ini belum dikira penghapusan dosa bagi mereka yang melakukan solat secara konsisten. Ingatlah dari satu solat ke satu solat yang lain dapat menghapuskan dosa-dosa yang dibuat di antara kedua solat tersebut.


5. Jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang mencukupi
Ini terutamanya memberikan kesan pada solat subuh. Kalau anda tidur lewat dan tidur tak cukup, bagaimana untuk solat subuh? Memang liat laa jawabnya.

Jadi, pastikan anda dapat tidur yang mencukupi. Ini akan dapat membantu anda lebih mudah untuk bangkit bagi mendirikan solat.

6. ‘Set’ kan minda bawah sedar dan niat dalam hati
Peranan minda bawah sedar sebenarnya sangat penting. Sebenarnya minda bawah sedar ni adalah sangat berkait rapat dengan niat di dalam hati. Saya sarankan sebelum anda masuk tidur, cuba cakap pada diri anda, samaada cakap dalam hati atau cakap bisik pada diri sendiri, contohnya ‘Esok, aku mesti bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh’.

Ia mungkin nampak kecil saja perkara ini, tetapi sebenarnya ia memberikan pengaruh yang besar pada minda dan tubuh badan kita.

Pernahkah kita ada pengalaman seperti ini. Contohnya bila kita kena jumpa seseorang (awek ker, pakwe ker) atau ada meeting penting pada esok pagi pukul 7 pagi. Jadi kita kena bangun awal untuk mandi dan bersiap-siap. Apa kita buat sebelum kita tidur? Bukankah kita akan set kan minda kita, atau niat dalam hati bahawa, ‘Besok pagi, aku kena bangun awal sebab nak jumpa awek/pakwe atau nak kena hadiri meeting penting’.

Kalau anda memang dah set kan minda dan niat dalam hati macam tu, anda mesti boleh bangun punya walaupun tidur baru 2-3 jam!

7. Ingat mati
Bayangkan jika anda mati sebentar lagi atau esok. Di mana anda akan ditempatkan? Apa nasib di kubur nanti? Bagaimana pula pada hari akhirat kelak?

8. Doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan
Sentiasalah pinta pertolongan dari Allah. Perbanyakkanlah doa.
Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Mengurangkan Masalah Angin Dalam Badan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah. Saidina Ali berkata ;

“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap.”

Epal berkhasiat membuang angin dalam badan

Haaa, mudah saja petua Saidini Ali ni kan. Apa yang perlu anda buat ialah,

1. Cium atau hidu lah bau epal.
2. Kemudian, makanlah epal tersebut.

* Pastikan anda hidu atau cium dulu bau epal sebelum makan. Itulah petua yang diajarkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhah.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kematian Adalah Ketentuan Allah SWT

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

DAN Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berpaling tadah menjadi kafir?) dan ingatlah, sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan sebaliknya Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu.) (Surah Ali-Imran: 144)

HURAIAN

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Begitulah juga yang juga yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w., di mana baginda juga adalah seorang rasul yang sama seperti rasul yang sebelumnya telah mati atau terbunuh seperti Nabi Musa yang telah wafat dan Nabi Zakaria dan Isa yang telah dibunuh. Namun kita pasti berpegang teguh dengan agama walaupun rasul yang telah membawa risalah telah mati atau di bunuh kerana rasul juga manusia seperti nabi-nabi yang lain. Mereka ada tugas yang akan selesai sebelum meninggal dunia. Namun orang-orang yang berpaling dengan kembali kepada kekufuran kerana kelemahan iman mereka, ia sedikit pun tidak memberi kesan atau mudarat kepada Allah s.w.t. dari tindakan itu. Bahkan ia akan memudaratkan dirinya sendiri kerana mereka akan dibalas dengan seksaan api neraka akibat perbuatan mereka itu. Seterusnya Allah s.w.t. akan memberi balasan pahala kepada mereka yang syukur di atas nikmatnya. Iaitu mereka yang taat perintahnya, berjuang untuk agamanya dan pengikutnya samaada ketika baginda masih hidup atau telah wafat. Mereka ini di beri rahmat dan fadhilat-Nya di dunia dan di akhirat di atas kesyukuran dan amalan mereka.

KESIMPULAN

Nabi Muhammad merupakan seorang manusia yang juga wafat seperti mana semua makhluk yang bernyawa yang lain. Namun orang Islam ditentukan agar berpegang teguh dengan risalah Nabi Muhammad s.a.w. walaupun Baginda sudah tiada lagi. Dengan itu Allah akan memberi balasan sebaiknya kepada mereka yang sentiasa syukur di atas semua nikmat-Nya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Semua Nabi Adalah Pilihan Allah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

DARI bahagian kisah Ibrahim a.s. setakat ini, ayat yang berikut mengambil makna dan saranannya untuk dikemukakan kepada orang-orang yang menentang hak kepimpinan umat Islam, menentang hak kenabian dan kerasulan Rasulullah s.a.w. serta mempertikaikan hakikat agama Allah yang tulen serta benar.

Firman Allah: Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).

(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepada-Ku wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." (Al-Baqarah: 130 dan 131)

Firman Allah s.w.t., Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim. Ibn al-Jauzi berkata, sebab nuzul ayat ini bahawa Abdullah bin Sallam memanggil dan mengajak dua anak saudaranya yang bernama Muhajir dan Salamah supaya memeluk Islam. Kemudian Salamah memeluk Islam sedangkan Muhajir menentangnya. Lantas turunnya ayat ini.

Al-Imam al-Suyuti dalam Asbab al-Nuzul juga menyebut kisah ini berdasarkan nukilan daripada Ibn Uyainah.

Al-Tabari berkata, Allah maksudkan demikian itu kepada golongan yahudi dan nasrani. ini kerana pilihan mereka sebagaimana yang dipilih oleh golongan yahudi dan nasrani atas Islam. Pendapat dan dakwaan bahawa memilih yahudi dan nasrani adalah bidaah bukan sekali-kali daripada Allah.

Selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri. Siapa yang benci agama Ibrahim dan ajarannya yang terang lagi baik kecuali ia sebagai orang yang menghina dirinya sendiri dan bodoh. Empat pendapat dalam kalangan ulama:

1. Maknanya kecuali siapa yang memperbodohkan dirinya. Inilah pendapat Akhfasyh dan Yunus.

2. Maknanya kecuali siapa yang membinasakan dirinya. Inilah pendapat Abu Ubaidah.

3. Maknanya kecuali siapa yang dibodohkan dirinya atau nafsunya. Inilah mazhab al-Farra' dan Ibn Qutaibah.

4. Maknanya kecuali siapa yang menjahilkan dirinya dan tidak fikir padanya. Inilah pilihan al-Zajjaj.

5. Al-Baghawi menaqalkan pendapat Ibn Abbas iaitu siapa yang merugikan diri sendiri.

6. Al-Nasafi berkata, iaitu orang yang tidak memikirkan diri sendiri sehingga meletakkan kejahilan pada dirinya.

Kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; ini kerana Kami memilihnya antara sekalian makhluk dengan kerasulan, kenabian dan imamah. Al-Samarqandi berkata: Kami memilihnya di dunia dengan kenabian, kerasulan, Islam dan khullah (sebagai kekasih Allah). Dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya). Sedangkan ia dari kalangan yang hampir dengan Allah dan mendapat kedudukan yang tinggi. Ibn al-Anbari berkata: Daripada kalangan orang soleh keadaannya di sisi Allah sedangkan al-Zajjaj berkata: orang yang soleh di akhirat ialah orang yang berjaya.

(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: Serahkanlah diri (kepada-Ku wahai Ibrahim)! Serah dirilah kepada urusan Tuhanmu dan ikhlaslah terhadapnya. Beliau tidak teragak-agak, tidak diam, tidak menyeleweng, malah terus menyambut sebaik sahaja menerima perintah itu. Al-Baghawi berkata: Hendaklah kamu istiqamah atas Islam dan thabitlah padanya kerana ia adalah orang Islam. Ibn Abbas berkata, beliau berkata demikian ketika keluar dari al-Sarb. Al-Kalbi berkata: maksudnya ialah hendaklah kamu ikhlas pada agamamu dan ibadatmu semata-mata kerana Allah. Athar pula berkata, Islamlah dirimu kepada Allah s.w.t. dan serahkanlah segala urusan dirimu kepadanya.

Al-Maraghi berkata, Ibrahim mula kehidupannya dalam suasana kaum penyembah berhala dan bintang kemudian menerangi mata hatinya dan mengilhamkannya kebenaran, sehingga ia mendapati bahawa bagi alam buana ini hanya satu tuhan yang mentadbir dan mengatur segala urusan dan kepada-Nya akan dikembalikan, justeru nabi Ibrahim tanpa ragu-ragu menyahut seruan tuhan supaya beliau menjadi orang Islam benarlah.

Nabi Ibrahim menjawab, "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." Sesungguhnya aku telah serah diri segala arahan dan urusan Allah serta patuh dan tunduk dengan hukum-Nya. Inilah agama Ibrahim, iaitu agama Islam yang tulen dan terang. Ibn Abbas berkata, sesungguhnya dia telah mentahqiqkan kebenaran itu dengan tidak meminta pertolongan dengan mana-mana makhluk termasuk malaikat ketika peristiwa dia dicampak ke dalam api.

Nabi Ibrahim tidak cukup dengan dirinya sendiri sahaja, malah beliau meninggalkan agama ini kepada zuriat keturunannya. Beliau mewasiatkan agama ini kepada anak cucunya. Mula-mula beliau mewasiatkan kepada anak-anaknya, kemudian Ya'qub (cucunya) mewasiatkan agama ini kepada anak-anaknya pula. Ya'qub ialah Israel yang menjadi asal-usul keturunan Bani Israel tetapi Bani Israel tidak menyambut wasiat Ya'qub, wasiat datuknya (Ishak) dan wasiat moyang mereka (Ibrahim).

Al-Alusi berkata: Maksud sekalian alam di sini untuk pemberitahuan betapa sempurnanya kekuatan Islamnya sehingga beliau yakin ketika memerhati dan melihat kesyumulan rububiah-Nya kepada sekalian alam bukan kepada dirinya sahaja, sebagaimana yang diperintahkan dengannya secara zahir.

Iktibar dan Pengajaran ayat

Antaranya:

• Semua ajaran nabi termasuk nabi akhir zaman Rasulullah s.a.w. adalah sama dari segi akidahnya iaitu menyeru pengabdian kepada Allah dan menjauhi taghut seperti dinaskan di dalam al-Quran, tetapi yang membezakan antara mereka ialah syariat yang mengikut kesesuaian umat ketika itu.

• Semua nabi adalah pilihan Tuhan dan Nabi Ibrahim antara golongan yang tinggi martabatnya di sisi Allah selain daripada Nabi Muhammad s.a.w.

• Sifat menyerah diri kepada Allah dalam erti kata lain mengislamkan semua kehidupannya kepada Allah merupakan tuntutan sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini.

• Sewajarnya kita menanamkan sifat ikhlas dalam segala tindakan kita apatah lagi yang membabitkan masalah ibadat kerana ia menatijahkan penerimaan ibadat tersebut atau sebaliknya dan membawa kepada mendapat pahala atau tidak. Ini juga termasuk kerja-kerja yang kita lakukan dalam menjalani kehidupan di dunia.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter