Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Membuat Text Bergerak

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, September 29, 2000 0 comments
Print

Mempercepatkan Blog Disenaraikan Di Ranking Google

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

Membuat Text Bergerak Di Tool Bar

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments
Print

Buat Semua Lelaki Yang Bernama Suami

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, September 27, 2000 0 comments

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri s eda ng makan disuruh cebok kencing nak berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan b eda l semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak s eda ngkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan
perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya
dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.



sumber : jie's mutiara hati

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Adab-Adab Berhadapan Dengan Suami

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.


4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.



sumber : I LUV Islam

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Lelaki Sejati

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, September 25, 2000 0 comments

Aku bertanya pada Ibuku, bagaimanakah lelaki sejati ? Ibuku menjawab, Nak…

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan…

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…



sumber : jie's mutiara hati

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak??

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

pelbagai gambar menarik. KLIK SINI

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!



sumber : ILUV Islam

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kahwin Kerana Apa?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Saturday, September 23, 2000 0 comments

ALAM perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia, menjadi impian semua orang. Melaluinya akan terbentuk institusi keluarga dan melahirkan zuriat yang dapat meneruskan keturunan manusia. Dalam Islam perkahwinan satu tuntutan yang perlu dipenuhi. Sebelum ke gerbang perkahwinan, aspek pemilihan jodoh perlu diberi perhatian kerana kesilapan membuat pilihan mengakibatkan masalah kemudian hari. Senario masa kini mendapati kebanyakan anak muda lebih gemar memilih faktor keluarga, harta benda, kecantikan dan pangkat untuk mengikat tali percintaan dan membina gerbang perkahwinan. Secara fizikal, kriteria pemilihan jodoh tiada cacat celanya, tetapi apabila ia dijadikan keutamaan sehingga agama diketepikan, maka ia satu kesilapan besar kerana boleh menyebabkan kemanisan alam perkahwinan menjadi pudar dan akhirnya berlaku perpisahan.

Pakar motivasi, Ahmad Shukri Yusof, berkata kesilapan besar bagi pasangan yang ingin berkahwin tidak meletakkan agama sebagai keutamaan dalam membuat pilihan jodoh mereka. Menurutnya, kesilapan itu juga mengakibatkan hubungan suami isteri tidak bertahan lama, malah berlaku pelbagai kejadian tidak diingini.

Kriteria

Nabi Muhammad s.a.w sebut walaupun sudah lama, ia masih relevan. Agama perlu menjadi asas memilih jodoh supaya perkahwinan dan kebahgiaan yang dibina bertahan hingga ke penghujung nyawa.

"Jika betul-betul berasaskan kriteria yang disebut nabi, tiada timbul pelbagai perasaan dalam alam rumah tangga, seperti ragu-ragu atau takut tidak berasas," katanya.

Islam menggariskan beberapa panduan kepada umatnya memilih jodoh, seperti mengutamakan lelaki atau wanita beragama dan berakhlak, sebagaimana sabda nabi bermaksud:

"Apabila datang kepada kamu seorang yang kamu puas hati dari sudut agama dan akhlaknya, maka kamu kahwinkan anak kamu dengannya segera. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya timbul fitnah di muka bumi ini dan kerosakan yang akan ditempuhnya nanti."(Riwayat Abu Hurairah)


Umat Islam juga perlu mengelak memilih jodoh dari kalangan lelaki atau wanita fasik. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Sesiapa yang mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturahim dengan anaknya."

Selain itu, kita dianjurkan memilih jodoh dari kalangan yang sihat, bebas dari penyakit yang dibimbangi mengganggu tugas sebagai suami atau isteri. Pasangan itu pula biarlah sepadan bagi mengelak keaiban pada beberapa perkara tertentu dan untuk mencapai persamaan dalam bidang sosial, sekali gus menjamin kesejahteraan hidup suami isteri, tanpa ada yang berkecil hati atau rendah diri. Walaupun aspek itu bukannya syarat sah perkahwinan dan tidak dipersoalkan ketika majlis ijab dan kabul, namun ia mempunyai pengaruh besar terhadap hubungan suami isteri.

Ahmad Shukri turut mengingatkan anak muda supaya tidak mudah terpedaya dengan istilah cinta, seperti cinta pandang pertama kerana ia tidak boleh dijadikan asas dalam memilih jodoh. "Cinta hanya sementara, malah cinta itu buta. Jika cinta tidak berteraskan anjuran agama, ia boleh pudar sedangkan mahligai yang mahu dibina seboleh-bolehnya berpanjangan," katanya. Beliau berkata, golongan muda perlu menilai dan memahami perkara ini supaya cinta yang selalunya bersemi sebelum perkahwinan tidak menjerat diri pada kemudian hari. Tidak sukar memilih pasangan mengikut garis panduan terbabit.

"Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menentukan calon pasangan anda beragama dan berakhlak seperti bertanya orang lain termasuk saudara, kawan, malah melihat tindak tanduknya." Ini bukan bermakna Islam menolak calon berharta, berkedudukan dan cantik malah ciri ini juga penting kerana sudah menjadi sifat semulajadi manusia suka kepada kecantikan.

"Cuma, apa yang penting dahulukan agama. Jika sudah beragama, cantik dan kaya raya, itu tentu pilihan yang baik," katanya.



sumber : metro

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kenapa Wanita Gagal Menjadi Surirumah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Agak pelik dan hairan jika sekali-sekala kita mengunjungi rumah seseorang yang si isterinya tidak bekerja tetapi keadaan rumahnya tidak terurus. Persoalannya, apakah yang dibuat oleh si isteri ini sepanjang hari sehingga rumah tidak sempat hendak dikemaskan. Namun, itulah realitinya.

Terdapat banyak faktor mengapa suri rumah gagal mengurus rumah dengan sempurna dan kemas. Antara sebabnya termasuk:

1. Sikap sambil lewa dan suka bertangguh. Mungkin kerana mereka sepanjang hari berada di rumah dan tidak perlu buat kerja dengan segera. Sepatutnya suri rumah sepenuh masa dapat mengurus rumah dengan lebih baik dan kemas. Tidak melakukan kerja secara tergesa- gesa hanya apabila ada orang nak datang.

2. Tidak menjadikan kerja mengemas rumah sebagai satu budaya hidup. Sesungguhnya apabila mengemas menjadi budaya harian, mereka tidak memerlukan masa yang panjang untuk mengemas rumah.

3. Tidak mendidik anak-anak supaya sentiasa bersih dan kemas. Sepatutnya anak-anak sejak kecil lagi dididik agar menghargai kebersihan. Jika sejak kecil sentiasa hidup dalam suasana bersih, sudah tentu ia akan menjadi budaya anak-anak kita pula.

4. Tidak berminat mengemas rumah. Hal ini berkemungkinan kerana mereka sudah biasa hidup dalam suasana yang tidak kemas dan tak terurus. Akibatnya bila sudah berkahwin, budaya itu turut terbawa- bawa.

5. Merasakan bahawa mengemas rumah bukan perkara penting malah merugikan masa kerana mesti dilakukan berterusan.

6. Suka mengunjungi rumah jiran tanpa mengira waktu sehingga tidak sempat hendak mengemas rumah. Malah ada yang berpendapat `tak apa tak kemas rumah asalkan ada makanan sudah cukup'. Seolah-olah telah hilang nilai kemanusiaan. Manusia yang sempurna tentu inginkan suasana yang kemas, bukan sekadar dapat makan. Kalau berfikiran begitu, maka samalah taraf manusia dengan haiwan.

7. Lupa bahawa itulah imej yang mempamerkan peribadi sebenar seseorang wanita. Tentu tidak wajar wanita Islam mengabaikan kebersihan dan kekemasan rumahtangga, sedangkan Islam amat menyuruh umatnya sentiasa bersih.

Faktor-faktor di atas telah dikenal pasti sebagai punca kegagalan mereka menguruskan rumah dengan sempurna. Tetapi mengapa hal ini terjadi? Di sini, para suami perlu meluangkan sedikit masa dengan membawa keluar anak dan isteri bersiar-siar atau berehat untuk menghilangkan kebosanannya. Di kesempatan itu, didiklah mereka akan budaya dan disiplin yang baik itu.

Sebenarnya, sebahagian suri rumah yang bermasalah ini tidak tahu hala tuju hidupnya. Kerana itu, para suri rumah perlu dibiar bergerak aktif untuk melihat keadaan sekeliling. Mungkin di sana mereka boleh belajar untuk mengurus masa dan mengemas rumah.



sumber : jie's mutiara hati

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Peringatan Kepada Follower @ Yang Nak Jadi Follower

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, September 21, 2000 2 comments



-------> Satu peringatan kepada follower2 atau yang ingin jadi follower..satu kesilapan besar sudah kalian lakukan!!!(yg mane lom wat lah)

Bukannya apa..memang la bagus jadi follower tu..tapi jangan la lupa nak setttingkan link kita tu..kenapa taknya..kalu tak ada link..macam mana orang yang nak tekan kat muka kita masuk ke blog kita..susah le..sebab tak ada link blog kita..rugi la kan..sia-sia aje jadi follower..

So..mulai sekarang sape2 yg lom wat tuh gie lah settingkan k..

caranya..
- pergi jer kat mane2 blog yg kalian dah follow..
- gmbr comel korang mesti terletak diatas sekali dari follower yg lain..
-kat sebelah pic tuh ader perkataan [OPTION]or [SETTING]
-so tekanlah ..dah pilih site setting k....dan ADD lah LINK Korang tau2

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kelu Ucap Terima Kasih

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


HANYA dua perkataan untuk mengungkapkan 'Terima Kasih' namun masih sukar mahu mengucapkannya.

Ia nampak remeh tetapi kepentingannya tidak mampu disangkal. Malangnya, masyarakat semakin susah membuka mulut untuk berterima kasih sekali gus menggambarkan nilai kesopanan kian terhakis.

Walaupun ada yang berkata, besar sangatkah nilai ucapan itu, saya tetap pertahankan, ia memang penting kerana menggambarkan nilai budi seseorang.

Bayangkan situasi ini. Sesudah pertolongan diberikan, kemudian ucapkan terima kasih, bagaimanakah rasanya. Bagaimana pula jika tiada ucapan. Sudah tentu ada perbezaan, bukan?

Sayangnya, perbuatan semudah itu semakin dilupakan gara-gara aliran perubahan dunia yang mementingkan kemodenan. Mungkin ada anggapan, perbuatan itu tampak kuno.

Justeru, tidak hairanlah kebanyakan golongan generasi muda kini tidak mengambil berat kepentingan mengucapkan terima kasih.

Persoalannya, adakah perlu sentiasa mengucapkan terima kasih sedangkan ada kalanya tidak perlu berbuat demikian kerana orang memahaminya.

Tiada sebab menolak nilai perbuatan yang baik. Contohnya, jika diguna pakai di sekolah, ia boleh membentuk sahsiah murni di kalangan generasi muda. Bukankah ini satu nilai tambah yang bermanfaat?

Kita tidak boleh menolak kenyataan ramai golongan muda hari ini sudah rendah nilai akhlaknya, sentiasa bersikap kurang ajar dan sebagainya.

Namun, menyalahkan mereka sepenuhnya juga tidak wajar kerana pendedahan terhadap pelbagai informasi dan perlakuan menerusi medium seperti Internet, televisyen dan sebagainya sudah tidak mampu dikawal.

Bagaimanapun, menerusi nilai murni yang diterapkan, ia mampu mengekang budaya melampau dan ia boleh dibentuk serta dimulakan di peringkat awal menerusi institusi sekolah atau rumah.

Justeru, apabila pelbagai pihak memperkenal dan menekankan pembelajaran nilai murni, ia sangat dialu-alukan kerana pengaruhnya besar dalam membentuk generasi berkualiti masa depan.

Diakui, antara institusi terpenting yang memainkan peranan ini ialah sekolah namun tanggungjawab itu juga seharusnya dimulakan di rumah atas bimbingan ibu bapa.

Ia lebih berkesan kerana ibu bapa adalah insan paling dekat di hati anak. Jika ibu bapa mencorakkannya, tentu pembentukan asas itu akan kukuh kerana pada masa sama boleh berperanan sebagai model ikutan yang baik.

Apabila kedua-dua pihak saling membantu, penerapan apa saja nilai murni akan berjaya kerana masing-masing mengetahui peranan yang perlu dilaksanakan.

Semua pihak berhasrat melahirkan golongan pemimpin berkaliber dan berani. Bagaimanapun adakah hasrat ini mudah dicapai jika asas pembentukan diri yang mudah gagal dilaksanakan?

Justeru, supaya tidak akan berputih mata, mulakan langkah dari sekarang. Sama ada ibu bapa atau guru, mereka perlu menerangkan kepentingan mendukung nilai murni biarpun ada kalanya nampak mudah atau remeh.

Jadikan institusi sekolah atau rumah sebagai platform awal membuat latihan. Saya percaya, jika selalu dipraktikkan, tiada sebab hasrat melahirkan golongan berbudi pekerti akan gagal.

Yang penting, mulakan langkah awal dan usaha. Kita tidak dapat mengetahui kejayaan mahupun kegagalan jika tidak berubah dan bergerak.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Jadikan Anak Anda Pandai

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, September 19, 2000 0 comments


BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak. Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :


1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .

3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.

4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .

6) Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.

Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya – “ Tolong senyap Along ” berbanding “ Along Jangan bising ” .


sumber : ILUV Islam

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Tips Membina Rumahtangga Bahagia

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

1- Ikhlaskan niat berkahwin semata-mata kerana Allah, RasulNya, hari Akhirat dan berjuang di JalanNya. Walau berlalu masa berdekad, mengingati Niat yang tulus dari masa ke semasa ini memberi kekuatan dan ketenteraman dalam mengurus keluarga dan menentu hala tuju hidup anak-anak.

2- Sentiasa ingat bahawa cinta datangnya dari hati manusia, sedang hati pula adalah milik Allah swt. Kita tidak dapat mencintai seseorang melainkan jika ALlah kehendakki. Oleh itu sentiasa kita berdoa semoga Allah mengurniakan kita cinta kasih kepadaNya dan RasulNya, kemudian kepada isteri dan anak-anak.

3- Sentiasa meletakkan diri ingin belajar tentang kehidupan. Ini termasuk ingin mengenali labih lagi tabiat diri kita sebagai seorang suami, tabiat isteri kita sebagai seorang wanita yang sudah tentunya banyak perbezaan dengan diri kita, dunia kehidupan berumahtangga yang hampir merupakan satu organisasi yang diikat dengan kasih sayang dan hormat menghormati, bukan syarikat yang diikat oleh harta dan wang gaji dan lain-lain lagi.

4- Hendaklah pasangan berkongsi visi dan misi, apa yang hendak dicapai atau dituju dalam melayari kehidupan bersama dan bagaimana nak mencapainya. Berapa banyak organisasi dan perjuangan yang ahlinya pecah berantakan lantaran masing-masing di luarnya nampak bertaut, tetapi di dalam diri masing-masing mempunyai kefahaman, keyakinan dan halatuju yang berbeza. Dalam hal ini, theqah dan taat dari isteri terhadap suami, halatuju dan perjuangannya selaku pemimpin keluarga amat penting. Dalam masa yang sama sikap tanggungjawab suami dan kasihnya kepada isteri dan anak-anak mesti mewarnai setiap sudut dan ruang rumah, hati dan jiwa mereka yang dibawah pimpinannya. Kata Hasan Al-Banna, “Hendaklah suami memastikan isterinya menghormati Fikrahnya”. Fikrah maknanya kefahaman, halatuju dan perjuangan.

5- Menghormati mertua dan saudara mara yang berkait darah dengan mereka. Berusaha merapatkan silaturrahim melalui sumbangan wang bulanan walau sedikit atau simbolik, ziarah menziarahi, berhubung dan bertanya khabar, mengaturkan majlis yang mengumpulkan saudara mara yang dekat atau jauh dan sebagainya. Perkahwinan bukan sahaja diantara dua mempelai, bahkan diantara dua keluarga dan sanak saudara.

6- Suami dan isteri bersepakat dalam menentukan masadepan anak-anak, pakaian, persekolahan, bidang pengajian dan jodoh, sepertimana mereka berdua bersepakat dalam budget mingguan, pembelian hartanah, pembahagian keutamaan dan sebagainya.

7- Meletakkan Tarbiyah Anak-anak sebagai keutamaan yang paling teratas di dalam program keluarga dan budget kewangan. Moga Allah merahmati sepasang suami isteri yang berpada hidup sederhana rumah dan kereta demi membayar yuran anak-anak yang mahal di sekolah-sekolah Islam swasta yang mempunyai sistem dan pendidik yang berkualiti.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Didik Anak Dengan Naluri Kasih Sayang

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, September 17, 2000 0 comments



Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah. Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Memang ia sukar dan meletihkan. Kalau tidak kerana limpahan naluri kasih sayang yang Allah semai di hati si ibu dan si ayah, mungkin tiada ibu dan bapa yang sedia menjaga dan mendidik anak.

Naluri kasih sayang tentunya menjadi bekal pendorong dalam mendidik anak. Bayangkan jika manusia, terutamanya ibu dan ayah tidak ada rasa cinta pada anak-anak. Mereka akan melihat anak-anak seperti mereka melihat kayu dan batu. Bahkan mereka mungkin akan menganggap si anak sebagai beban yang menyusahkan. Tentunya berat untuk mereka mendidik, bahkan menjaga mereka. Bersyukurlah kepada Allah yang mengurniakan rasa sayang kepada anak dan sekelian kanak-kanak. Inilah bekal motivasi semulajadi dalam kita mendidik anak-anak.

Di mana letaknya kasih sayang?

Tentunya ia soalan yang sukar untuk ditanggapi. Payah untuk kita mengesan di mana letakkan rasa sayang.

Umum mempercayai ia terletak di hati. Hati di sini bukannya hati fizikal. Bukan juga jantung. Hakikatnya ia adalah satu perasaan halus yang ada di sanubari manusia. Rasa semulajadi yang menyuntik bayu damai dan bahagia. Inilah nikmat Allah yang indah. Allah jadikannya bukan sia-sia. Tujuannya, agar rasa kasih sayang itu digarap sebagai pendorong ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak.

Kasih sayang mengubah persepsi seorang ibu dan bapa terhadap anak. Daripada satu beban yang menyulitkan, menjadi satu cahaya mata yang membahagiakan. Umpamanya, seorang bapa yang mempunyai ramai anak, kadang-kadang rasa terbeban dengan tanggungjawab yang semakin bertambah dan perbelanjaan yang besar. Ibu pula kadang-kadang terlintas betapa sakitnya mengandung dan melahirkan anak-anak seorang demi seorang. Betapa letihnya menjaga dan melayan kerenah di anak. Tetapi setelah mendengar tangisan pertama anak yang lahir maka susutlah beban yang terasa. Setelah diamati wajah barisan anak-anak yang sedang nyeyak, maka hilanglah keletihannya. Apabila menyaksikan anak-anak bermain riang di taman, maka luputlah kesakitan lampau. Apa lagi jika si anak menjadi seorang yang soleh dan berjaya. Semua senario ini adalah nikmat kasih sayang semulajadi kurniaan Allah kepada kita.


Naluri kasih sayang dan peranannya dalam pendidikan anak-anak

Dalam konteks pendidikan, naluri kasih sayang ini dapat berperanan dalam tiga keadaan iaitu:
Pertama, Allah menjadikan naluri kasih sayang ini agar manusia menjadikan usaha mendidik anak itu satu yang menyeronokkan. Sambil girang menimang anak si bapa boleh menyelitkan acah-acahnya dengan unsur tarbiyah. Sambil leka mendodoinya, si ibu boleh mengalunkan lagu-lagu yang membangkitkan jiwa, iman dan semangat juang. Sambil seronok bergurau senda, bertempuk tampar, si ibu dan ayah boleh melatih mereka erti kerjasama dan mementing diri, erti timbang rasa dan keegoan, erti ketaatan dan keengkaran, erti sopan dan biadap, serta erti dosa dan pahala. Sambil bahagia bersiar-siar dan berkelah, anak-anak boleh diajar soal-soal ketuhanan, tatacara ibadah, keluhuran akhlak dan teknik bermasyarakat. Ringkasnya, segenap aktiviti yang menyeronokkan itu boleh berubah wajahnya menjadi medan tarbiyyah insaniyah.

Kedua, naluri kasih sayang mencipta ketabahan dan kegigihan mendidik buat ibu dan bapa. Kadang-kadang ibu dan bapa terasa letih mendidik anak. Nasihat demi nasihat. Pesanan demi pesanan. Terugan demi teguran. Tapi anak tetap tidak endahkan. Di sinilah perlunya ibu bapa mengubah naluri kasih sayang tadi kepada kesabaran dan kegigihan yang tidak kunjung henti. Pandanglah air muka anak-anak. Belai mereka tika berkomunikasi. Luahkan rasa sayang dan harapan. Teruskan usaha tarbiyah itu secara berterusan dengan penuh kesabaran.

Ketiga, fitrah kasih sayang dalam jiwa manusia juga mendorong pengorbanan luar biasa si ibu dan bapa terhadap anak-anak. Pengorbanan yang lahir dari kasih yang ini dapat membina momentum semangat dalam mendidik anak. Bagi si ibu dan bapa, biarlah masa, kudrat empat kerat, wang mencurah-curah, bahkan nyawa dikorbankan, asalkan anak-anak menjadi manusia yang berjaya. Bahkan sejuta keperitan dan penderitaan mampu diharungi dengan tabah semata-mata untuk membesarkan dan mendidik anak. Allah s.w.t. tentunya tidak akan membiarkan hambanya begitu sahaja. Allah menjamin rahmatnya kepada ibu dan bapa yang mengasihi dan merahmati anak-anaknya.

Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Seorang wanita telah datang kepada Sayyidatina Aisyah r.a. Maka Aisyah memberikan kepadanya tiga biji kurma. Kemudian, wanita itu memberikan dua biji kurma kepada dua orang anaknya. Sebiji lagi dipegang untuk dirinya. Setelah kedua-dua anak itu selesai makan kurma masing-masing, mereka pun meminta kurma yang masih ada di tangan ibunya. Lalu si ibu membahagikan kurma itu kepada dua, lantas memberikan kepada setiap seorang anaknya sebelah kurma. Apabila datang Rasulullah s.a.w. maka Aisyah menceritakan hal itu kepada Baginda. Lalu Baginda pun bersabda kepada Aisyah: “Kenapa pula adinda hairan dengan apa yang berlaku itu? Sebenarnya Allah telah merahmati si ibu itu sebagaimana dia merahmati anak-anaknya.”

Dalam kasih ada ujian

Walau bagaimana pun, kasih sayang kepada Allah tidak dapat mengatasi kasih sayang kepada anak-anak. Dalam kasih ada ujian. Kadang-kadang ibu bapa diuji dengan dua persimpangan. Antara perintah Allah dan rasa sayang pada anak. Tentunya yang patut dipilah ialah perintah dan redha Allah taala. Pada zahirnya, memilih perintah Allah bermakna ‘mengorbankan’ anak. Tetapi hakikatnya, itulah kemanisan dan keindahan dalam perasaan kasih kepada si anak. Sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim terpahat kukuh sebagai bukti bahawa kadang-kadang naluri kasih sayang itu terpaksa dilupakan demi perintah Allah.

Mungkin kisah Syaikh Hasan Al-Banna, seorang tokoh gerakan Islam abad ini boleh dijadikan contoh. Beliau adalah pemimpin dakwah yang mengorbankan seluruh tenaga, masa dan kudratnya untuk perjuangan Islam. Beliau sentiasa menjadikan sambutan Hari-hari Raya atau hari kebesaran sebagai peluang untuk mendekati golongan muda. Pada suatu Hari Raya, anaknya Saiful Islam telah ditimpa sakit yang berat sehingga hampir-hampir mati. Isterinya berkata: Kalau boleh, kanda bersama-samalah keluarga pada hari raya ini. Tambahan pula anak kita sedang sakit” Beliau menjawab: ’Sekiranya Allah bermurah untuk menyembuhkan anakku daripada penyakit, maka bagiNya segala pujian dan kesyukuran. Namun, jika Allah mentakdirkan dia meninggalkan kita, maka datuknya telah tahu mana jalan untuk ke kubur. Lalu dia membaca firman Allah dari ayat 24 Surah Al-Taubah yang bermaksud:

“Katakanlah, jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarha kamu, harta kekayaan yang kamu perolehi, barang perniagaan yang kamu bimbang kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sangat sukainya lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasulnya serta jihad pada jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah memberikan perintahnya sedang Allah tiada memberi petunjuk kepada orang-orang yang jahat”

Kasih sayang itu rahmat

Tegasnya, naluri kasih sayang itu adalah satu rahmat Allah yang amat berharga. Setitis nikmat kasih sayang ini, memberikan kita selaut manfaat dan kebaikan khususnya dalam usaha mendidik anak. Namun dalam keindahan asyik maksyuk kasih sayang kepada anak tersirat ujian kepada ibu dan bapa. Ujian yang perlu dilepasi bagi membuktikan bahawa kasih kepada Allah adalah mengatasi kasih sayang yang lain. Bahkan hakikatnya, kasih kepada anak itu berakar umbi daripada kasih, sayang serta rahmah Allah Azzawajalla.



sumber : ILUV Islam

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Didiklah Anakmu Berpolitik

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


“Okay, kita nak pergi bercuti ke Pulau Pangkor, siapa yang nak jadi ketua?” saya bertanya kepada anak-anak.

“Abi!!!” mereka sebulat suara memilih saya.

“Baik, kalau Abi jadi ketua, semua orang kena dengar cakap Abi. Kalau Abi suruh tidur, semua kena tidur. Kalau Abi ajak balik bilik dan berhenti main air, semua kena ikut balik bilik, boleh?” saya menjelaskan makna ketua kepada pengikut.

“Boleh!” jawab Saiful Islam dan Naurah.

Sentiasa boleh. Tetapi bila sampai masanya, macam-macam pula ragam mereka.

“Kalau Abi tak ada, nak dengar cakap siapa?” saya bertanya lagi.

“Umi!” kata Naurah.

“Bagus. Dengar cakap Umi macam dengar cakap Abi, okay?” saya menambah.

“Okay,” mereka menjawab.


SUNNAH

Teringat saya kepada hadith Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Apabila tiga orang bermusafir bersama, hendaklah dilantik salah seorang daripada mereka menjadi ketua” [riwayat Abu Dawud, daripada Abu Said al-Khudri radhiyallaahu 'anhu]

Begitulah cara Islam mengajar dan mendidik penganutnya hidup bertertib lagi sistematik. Soal keluar bermusafir itu mungkin sekadar rutin biasa yang diulang-ulang dari semasa ke semasa. Tetapi di dalam rutin itulah diselitkan unsur ketertiban hidup lantas salah seorang harus mengambil tanggungjawab menjadi ketua.

Ketua dalam erti kita mengambil tanggungjawab terhadap kebajikan dua rakannya.

Ketua yang membantu membuat keputusan-keputusan biar sekecil mana pun persoalannya.

Ketertiban ini diterapkan bermula daripada solat berjemaah hinggalah kepada bermusafir secara berjemaah. Kehidupan di dalam solat dan di luar solat, Muslim diajar agar duduk di dalam tatacara kehidupan yang terpimpin. Ada yang memimpin, ada yang dipimpin.

Latar belakang kehidupan yang sebegini, menjadi penjelasan yang paling terang lagi rasional mengapa para sahabat radhiyallaahu ‘anhum tidak bertangguh berkumpul di Tsaqifah Bani Sa’idah untuk mencari pemimpin menggantikan kekosongan posisi itu yang berlaku akibat kewafatan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, biar pun jasab baginda masih belum lagi dikebumikan.

Tidak harus Muslim hidup tanpa pemimpin dan kepimpinan.

Semua ini adalah asas kepada apa yang kemudiannya dinamakan sebagai POLITIK.

Politik yang didefinisikan dengan sebagai Hiraasah al-Deen wa Siyaasah al-Dunya bihi (memelihara agama dan mengurus tadbirkan dunia dengan agama itu) di dalam kitab al-Ahkaam al-Sulthaniyyah adalah peraturan Allah kepada tamadun manusia. Kehidupan berperaturan, terpelihara di antara peranan dan hak masing-masing, adalah kehidupan yang mengangkat darjat manusia sebagai makhluk penghulu yang tinggi.

Inilah asas politik.

Mendidik manusia hidup berperaturan.

Mencegah manusia daripada kehidupan anarki.


KEGANJILAN ISLAM AKHIR ZAMAN

Namun, sama seperti dakwah, kalimah politik itu juga terjebak ke dalam pelbagai persepsi yang membingungkan. Dalam suasana kucar kacirnya isu semasa yang tidak pernah berhenti itu, sering sahaja kita terkeliru di antara politik, kepartian dan sentimen kepuakan. Perubahan kecenderungan pengundi yang beralih daripada Parti A ke Parti B bukanlah isu utama, biar pun ia menjadi sasaran terbesar massa. Apa yang lebih penting ialah sejauh mana masyarakat memahami politik dan seterusnya terus berstamina menyertai tanggungjawab Hiraasah al-Deen wa Siyaasah al-Dunya bihi dan bukannya bertindak memencilkan diri daripada politik.

Apatah lagi di kalangan Muslim.

Muslim yang urusan pengebumian jasad Nabi mereka jatuh nombor dua selepas keutamaan diberikan kepada soal kepimpinan dan ketertiban hidup yang menjadi Sunnah itu.

Akan tetapi, tatkala disebut tentang solat, semua orang mendengarnya tanpa rasa terganggu.

Apabila dibicarakan tentang zakat, aman sahaja manusia berfikir mengenainya.

Tetapi jika politik disebut, semua menjadi panik.

Ibu bapa boleh tenang sahaja melihat anaknya mendungukan diri di hadapan PSP dengan koleksi A keputusan peperiksaan di keliling pinggangnya, tetapi dengan segera tersampuk dengan igauan besar jika anaknya tiba-tiba berbicara soal politik. Lembab dengan ideologi AKU TIDAK PEDULISMA dianggap cerdik, berbicara dalam bahasa kepedulian tentang persoalan Hiraasah al-Deen wa Siyaasah al-Dunya bihi dianggap sebagai kebodohan yang mengundang padah.


POLITIK SEBAHAGIAN DIRI

Politik itu seni.

Ia memerlukan kualiti pemikiran dan kebijaksanaan kepimpinan untuk menggarapnya.

Soal mahu menjadi AHLI POLITIK atau tidak adalah soal kedua. Tetapi manusia tidak boleh memencilkan diri daripada politik. Benar sekali kata Michael B. Coleman, ahli politik daripada Parti Demokrat Amerika Syarikat, “You may not be interested in politics, but politics are interested in you“.

Muslim tidak mampu untuk tidak peduli kepada politik. Politik itu adalah seni mengatur kehidupan manusia, dan ia adalah salah satu juzuk terpenting dalam agamanya, Islam. Memencilkan diri daripada politik bermaksud meninggalkan cabang besar amar makruf dan nahi mungkar. Tidak mungkin tanggungjawab ini terbiar, melainkan pasti ada dosa dan fitnah yang mengiringinya.

Muslim boleh mengambil sikap non partisan sebagai satu bentuk pendirian politiknya. Mereka melaksanakan urus tadbir kehidupan manusia melalui badan-badan NGO atau pertubuhan kebajikan, mengikut kebolehan dan peluang masing-masing. Tetapi Muslim tidak boleh mengambil sikap tidak mengambil peduli kepada politik hanya kerana tidak mahu peduli kepada parti.

Justeru, membiaknya spesis Muslim yang alergik dengan politik adalah wabak yang mengundang kehancuran.

Dalam sopan mereka menjadi oportunis, dalam diam mereka menjadi kaum yang manipulatif. Semuanya gara-gara mahu aman tetapi tidak mahu menyumbang kepada keamanan. Mahu keselamatan tetapi tidak mahu melakukan apa-apa untuk memperbaiki keadaan. Lantang mengkritik polisi-polisi yang menjadi beban, tetapi terlalu malas untuk bertindak lebih daripada sekadar mengkritik. Mereka menikmati keamanan hasil penat lelah orang lain, mereka menikmati keselamatan hasil jerih payah orang lain.


SEKADAR DI PINGGIRAN

Iman manusia seperti ini adalah iman di pinggiran.

“Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan Dunia dan Akhirat. Itulah kerugian yang terang nyata” [al-Hajj 22: 11]

Politik dan dakwah bergerak seiringan.

Keperluan kedua cabang kehidupan ini menyebabkan Nuh ‘alayhi al-Salaam dan sekalian Nabi dan Rasul mengambil jalan yang sama. Dalam dakwah mereka kepada keluarga dan komuniti terdekat, mereka juga tidak pernah meninggalkan urusan menasihati, menegur malah berkonfrontasi dengan golongan al-Mala’.

Tiada makna dakwah disempitkan pada sekadar menjaga urusan keluarga yang duduk di bawah circle of influence kita, jika urusan golongan penguasa (al-Mala’) yang duduk di bawah circle of the influencing people itu dibiarkan sewenang-wenangnya.

Justeru, usaha melahirkan generasi yang peka dan celik politik itu penting.

Semasa anak-anak di bangku pengajian universiti, mereka harus belajar untuk faham tentang politik. Keterlibatan mereka di dalam persatuan-persatuan, bercakap dan bertindak terhadap kebajikan masyarakat kampus, kepedulian mereka terhadap apa yang berlaku di sekeliling diri, semua itu mesti didedah, dilatih dan seterusnya ditempa masuk ke dalam jiwa mereka.

Mereka perlu kepada kemahiran berpolitik untuk mentadbir syarikat mereka bekerja nanti.

Mereka perlu kepada kemahiran berpolitik untuk menguruskan jabatan tempat mereka berkerjaya nanti.

Mereka perlu kepada kemahiran berpolitik untuk mentadbir keluarga tempat mereka berkehidupan nanti.

Politik diperlukan di semua peringkat hidup. Dan oleh kerana manfaat politik akhirnya sampai kepada sebuah keluarga, maka keluarga jugalah seharusnya menjadi tempat anak-anak diperkenalkan dengan politik, iaitu hidup berperaturan, mengenal tanggungjawab juga peranan, berlatih membuat keputusan dan hidup berpegang kepada nilai keprihatinan.


SEKUNDER KEPARTIAN

Soal kepartian, itu tidak lagi menjadi kekeliruan atau kebingungan dalam membuat pilihan, andai politik sudah dikenali dari akar, menjalar ke batang dan pucuknya di julang.

Idea politik sebagai ibadah, politik sebagai amanah, politik sebagai tanggungjawab, politik sebagai amar makruf dan nahi mungkar, pasti sahaja wadah politik yang dipilih adalah wadah politik yang beribadah, amanah, bertanggungjawab dan jauh dari koruspi dan orientasi kepentingan peribadi.

Didik sahaja anak-anak cintakan keadilan.

Didik sahaja anak-anak bencikan kezaliman.

Didik sahaja anak-anak berlumba-lumba memelihara amanah.

Didik sahaja anak-anak bekerjasama menentang kianat.

Didik sahaja anak-anak dengan kebebasan memberikan pandangan dan bersuara.

Didik sahaja anak-anak dengan keberanian menyuarakan pendapat tanpa tergadai budi pekerti semasa setuju atau sebaliknya.

Itu teras berpolitik di gelanggang massa suatu hari nanti.

“Abi cakap Abi nak buat cucur pisang,” kata Naurah marahkan saya.

“Pisang dah busuk sangatlah Naurah. Tak sesuai nak dibuat makan!” saya cuba memberikan penjelasan.

“Kalau pisang dah busuk, kenapa Abi janji nak buat cucur pisang? Tak payahlah janji-janji. Tak tepati janji berdosa,” Naurah ‘menegur’ amir al-mu’minin di rumahnya.

Saya hanya mampu mengangguk. Akur bahawa semasa saya memberitahunya yang pisang buruk di atas para itu tidak boleh dimakan mentah, ia sebenarnya juga sudah tidak boleh dibuat cucur. Tetapi saya menyebutnya dengan harapan anak-anak berhenti mendesak.

“Abi minta maaf,” saya menghulurkan tangan meminta kemaafan.

“Lain kali jangan buat lagi ya!” kata Naurah.

“Baik puan,” saya mengangguk.

Di dalam rumah kami semua orang bebas menegur dan semua orang harus belajar menerima teguran. Ibu bapa menegur anak-anak, mereka juga berhak menegur ibu bapa. Itulah etika politik dan kepimpinan rumah Abu Saif, dalam subjek ‘mendidik anak berpolitik’.

Apa yang penting ialah kesedaran tentang politik itu juga memberi ibrah, andaikata pisang sudah busuk, janganlah berjanji untuk menghidangkan apa-apa yang manis dan baik untuk disantap. Moga politik Malaysia tidak terus dilamun impian menjamah cucur manis dari pisang yang sudah buruk setandan itu.



sumber : ILUV Islam

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Peranan Menantu Mentua

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, September 15, 2000 0 comments

MEWUJUDKAN sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni memang impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, harus diingat bahawa keharmonian turut membabitkan hubungan mesra dengan keluarga isteri atau suami, khususnya ibu dan bapa mentua.

Keserasian dan menjaga hubungan baik dengan mentua bukan saja penting untuk kebahagiaan, tetapi turut menjadi tanggungjawab besar kepada seseorang yang sudah bergelar suami atau isteri dalam mengekalkan ikatan kasih sayang keluarga.

Mungkin bagi sesetengah orang, mentua sering kali dianggap menjadi penyebab timbulnya konflik dalam rumah tangga. Bagaimanapun, fikiran negatif seumpama itu harus dikikis kerana tidak semua sebegitu, sebaliknya ada mentua boleh menjadi sahabat paling akrab dan benar-benar membantu dalam rumah tangga.

Tidak semua mentua bersikap negatif yang boleh mencetuskan kegoyahan rumah tangga, sebaliknya ada yang bersikap positif seperti bertolak ansur dan memahami. Dengan adanya pengalaman, mentua ada kala mampu menjernihkan rumah tangga anak menantu yang sedang berkocak.

Malah, ada mentua bukan saja bertindak sebagai penasihat, tetapi tidak pernah membezakan kasih sayang antara anak menantu yang lain.

Memang ada mentua yang cuba campur tangan rumah tangga menantu seperti menghasut, memandang kecil kepada menantu dan sebagainya. Sehinggakan, ada mentua yang hanya sayangkan cucu saja sedangkan menantu langsung tidak pandang. Tetapi kadang-kadang menantu juga ada buat salah.

Konflik atau hubungan yang tidak baik antara mentua dan menantu dikatakan semakin memuncak apabila mereka tinggal serumah. Meskipun hari ini jarang anak menantu dan mentua memilih tidak tinggal serumah, konflik rumah tangga akibat campur tangan mentua masih tetap berlaku.

Konflik hubungan antara menantu dan mentua bukan saja berlaku pada zaman dulu, tetapi juga sekarang. Bagaimanapun, jika menantu atau mentua memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing, sebarang konflik rumah tangga yang boleh membawa kepada perceraian tidak akan timbul. Paling penting, apabila berlaku konflik perlulah bertenang dulu dan jangan mendengar sebelah pihak saja kerana masing-masing ada kelemahan.

Lazimnya apabila bakal menantu tidak mampu menjalin hubungan yang baik dengan bakal mentua sebelum berkahwin, keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan hubungan dingin antara mereka berterusan.

Sedangkan, hakikat yang perlu diterima seseorang sebaik saja diijab kabul, tanggungjawab dan peranan semakin bertambah. Justeru, sebagai menantu, ada baiknya jika hubungan baik dengan bakal mentua dibina sejak awal iaitu sebelum berumah tangga lagi.

Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai suami atau isteri yang sah. Pasangan sebenarnya bukan hanya berkahwin dengan lelaki atau wanita yang dicintai, bahkan seluruh anggota keluarganya.

Untuk memastikan adanya ikatan mesra sejak awal, ada baiknya pasangan berkenaan mencari sebanyak mungkin maklumat mengenai keluarga suami, ibu bapa atau adik beradiknya. Apabila berkahwin kelak, menantu turut digalakkan untuk bertanya khabar dengan mentua dari perkara kecil seperti apa yang dilakukan hari ini dan sebagainya.

Sebagai menantu juga kita perlu pandai mengambil hati. Anggaplah mentua seperti ibu bapa kandung sendiri. Mentua juga perlu mendapat layanan dan kasih sayang sama rata seperti mereka. Contoh paling mudah jika kita membeli barang kepada ibu kandung kita sendiri, mengapa tidak kita membeli barang yang sama kepada mentua.

Bagi anak pula, dinasihatkan supaya tidak lupakan tanggungjawab kepada orang tua walaupun selepas berkahwin. Selain itu, anak juga tidak boleh terlalu berkira dengan ibu bapa misalnya, jika duduk serumah janganlah asyik merungut kerana sikap seperti itu boleh menyebabkan orang tua tersinggung.

Kesimpulannya, tiada perselisihan yang tiada jalan penyelesaian. Setiap orang ada melakukan kesilapan, tetapi penyelesaian kepada masalah itu bergantung kepada setiap individu termasuklah konflik antara mentua dan menantu.

Peranan menantu yang positif dan mampu menjalinkan hubungan baik dengan mentua:

1. Hormat dan selalu bertanyakan khabar.

2. Jangan dengar hasutan.

3. Jangan berat sebelah.

4. Pandai ambil hati dan bukan menyakitkan hati.

5. Jangan lekas mengadu.

Peranan negatif mentua terhadap menantu yang boleh menimbulkan konflik:

1. Suka adu dombakan keluarga termasuk ipar duai.

2. Menghasut suami/isteri sehingga menerbitkan perasaan serba salah kepada pasangan.

3. Berpura-pura baik dan tidak ikhlas menyayangi serta menghormati mentua.

4. Sentiasa mendahulukan orang lain daripada mengutamakan menantu.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

DahagakanKasihAyah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Amin terjaga daripada tidurnya apabila menyedari tombol pintu rumah diputar. Jelas kelihatan wajah ayahnya yang lesu dan letih kerana bekerja seharian. Sudah hampir 3 jam dia terlena di atas sofa ruang tamu kerana menunggu kepulangan insan yang amat dirinduinya itu. Setelah meletakkan kasut di dalam rak, Encik Rashid menyedari dirinya diperhatikan. Dia agak terkejut kerana mendapati Amin masih belum tidur. Dia menghampiri tubuh kecil anaknya yang baru berusia 7 tahun itu dan melabuhkan punggungnya di sebelah Amin sambil mengusap lembut rambut anaknya.
"Kenapa anak ayah tak tidur lagi ni? Esokkan nak sekolah."

Pertanyaan Encik Rashid memecah kesunyian malam itu. Amin menatap wajah ayahnya. Raut sayu wajahnya sedikit menyentuh hati si ayah.
"Kenapa anak ayah ni? Ada masalah ke?"

Amin hanya diam membatu dan hanya mencebik.
"Dah la. Pergi masuk tidur. Esok nak bangun awal."

Amin bangun dan berjalan perlahan menuju ke arah biliknya. Walaupun Encik Rashid menyedari anaknya seperti mempunyai masalah, dia tidak terus bertanya kerana dia sendiri pun letih. Langkah Amin terhenti tiba-tiba dan dia terus menoleh ke arah ayahnya.
"Ayah,Amin tanya sikit boleh?"

Encik Rashid tersenyum dengan tingkah anaknya.
"Ada apa sayang ayah?" tanya Encik Rashid dengan lembut.



"Berapa pendapatan ayah sejam?"



Tiba-tiba dahi Encik Rashid berkerut. Dia agak terkejut dengan pertanyaan anaknya itu.
"Kenapa nak tahu? Dah, pergi masuk tidur."

Suara si ayah sedikit menengking.
"Ala ayah, bagitahu la Amin berapa gaji ayah sejam bekerja di pejabat."

Amin masih merayu ingin mendapatkan jawapan.
"RM 20 sejam, kenapa nak tahu?"

Amin hanya terdiam memandang lantai. Dia kembali menatap wajah ayahnya dan bertanya.
"Ayah, boleh Amin pinjam RM 10?"

Pertanyaan Amin membuatkan Encik Rashid mengeluh.
"Oh, itu yang sebenarnya nak dari ayah. Nak buat apa dengan RM 10? Nak beli barang mainan lagi? Jangan membazir. Ayah cari duit penat-penat. Bukan nak membazir sebarangan. Dah, sekarang pergi tidur."

Kanak-kanak berusia 7 tahun itu terdiam dan perlahan melangkah menuju ke bilik tidurnya semula. Si ayah pula memikirkan mengapa si anak sekecil itu meminta wang sebanyak itu daripadanya. Dengan perasaan serba salah, Encik Rashid melangkah menuju ke bilik anaknya. Pintu bilik dibuka dan dia mendapati yang anaknya masih belum tidur. Dia menghampiri anaknya yang sedang menarik selimut menutup badan.
"Kalau kamu betul-betul memerlukan wang, nah ambil ni!"

Encik Rashid menyerahkan wang RM 10 kepada Amin. Amin tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Sebelum sempat Encik Rashid melangkah keluar, Amin memanggilnya kembali. Dia menoleh dan memandang wajah anaknya dengan perasaan sedikit geram.
"Nak apa lagi?" tengking Encik Rashid.

Amin terkejut dengan suara ayahnya. Kemudian si anak tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not RM 10 yang sudah renyuk. Si ayah kembali berang dengan sikap anaknya.
"Dah ada kenapa minta lagi? Dan dari mana kamu dapat duit tu?"
lenting Encik Amir kepada anaknya yang sedang menuju ke arahnya.



Amir memandang ayahnya.
"Duit ni Amir kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi setiap hari. Amir minta lagi sebab duit ni masih tak cukup."

Si anak menerangkan kepada ayahnya. Encik Rashid masih tidak berpuas hati.
"Tak cukup nak beli apa? Amir jangan beli benda yang bukan-bukan."

Suara Encik Rashid lebih tinggi kali ini. Amir hanya tunduk kerana tidak berani memandang wajah ayahnya.
"Sekarang Amir ada RM 20. Ayah ambillah duit ni. Amir nak beli sejam daripada masa ayah. Amir nak ayah balik awal esok. Amir rindu nak makan malam dengan ayah."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Tidaj Jatuh Maruah Akui Kesalahan Sendiri

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

ASAS kebahagiaan rumah tangga bermula ketika proses memilih pasangan. Islam menganjurkan agar memilih pasangan salih dan mempunyai peribadi yang mulia agar pembentukan rumah tangga bahagia dapat dinikmati sehingga ke akhir hayat.

Sikap memilih pasangan berdasarkan kepada kecantikan, harta, keturunan dan pangkat, tanpa melihat kepada agama dan akhlaknya adalah punca kegagalan hidup berkeluarga.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan apabila engkau melihatnya, mematuhi perintah engkau, mematuhi janji dan menjaga maruah dan harta ketika ketiadaan engkau.” (Hadis riwayat Nasai).

Malang sekali, muda mudi sekarang lebih menurut kata hati dan nafsu dalam soal memilih pasangan hidup. Mereka hanya menyedari pasangan yang dipilih itu tidak serasi dan banyak menimbulkan masalah selepas hidup bersama sebagai pasangan suami isteri.

Sesudah mendirikan rumah tangga, tiada pilihan lagi bagi suami atau isteri, melainkan meneruskan kehidupan berkeluarga, biarpun disedari tersalah membuat pilihan pasangan.

Kesilapan dan kekurangan boleh diperbaiki jika suami bijak mengendalikan masalah yang timbul. Suami perlu meletakkan perjalanan hidup berumah tangga pada landasan yang ditetapkan agama. Justeru, dalam hal ini amat penting suami mempunyai pengetahuan agama yang mendalam.

Sikap suami sengaja menyalahkan isteri jika kehidupan keluarga tidak bahagia perlu diperbetulkan. Serentak dengan itu suami mulalah pula hendak berpoligami sebagai jalan mencari kebahagiaan dengan isteri lain.

Suami mempunyai tanggungjawab yang lebih berat dalam memastikan kerukunan rumah tangga berterusan. Pengorbanan dan sikap tolak ansur suami tidak seharusnya ke tahap dipandang dayus sehingga sanggup mengikut telunjuk isteri. Apa yang salah perlu diperbetulkan dengan berhemah.

Dalam banyak situasi, keegoan suami sering menyebabkan isteri memendam rasa tidak merasakan dirinya juga berhak bersuara. Teguran dan suara isteri tidak diendahkan oleh suami yang beranggapan sebagai ketua keluarga berhak melakukan apa saja yang diingini.

Sikap terlalu banyak bersabar dan memendam akhirnya menimbulkan konflik dalam jiwa isteri. Keadaan ini boleh menyebabkan isteri memberontak dan membawa kepada keadaan tidak boleh dikawal lagi.

Sebab itu ada isteri yang menduakan suami. Mereka menjalin hubungan dengan lelaki lain yang dapat mendengar rintihan hati atau sesuatu yang tidak dipeduli suami. Lebih parah, hubungan itu melarat kepada zina.

Isteri sebenarnya mempunyai hak untuk bersuara memberikan pendapat atau meminta apa-apa yang layak baginya sebagai seorang isteri seperti ditetapkan syarak. Suami tidak boleh bersifat autokratik atau ingin menggunakan kuasa sepenuhnya.

Memandangkan sekarang ini banyak isteri mempunyai kerjaya yang baik, bahkan lebih baik berbanding suami, suami yang tidak bertanggungjawab menyerahkan tugas menyara keluarga ke bahu isteri.

Malah, ada suami bertindak memeras wang isteri untuk kegunaan mendatangkan mudarat seperti berjudi, menagih dadah dan melanggan pelacur. Jika isteri enggan menyerahkan wang, padah buruk akan menimpa diri. Suami seperti ini lebih layak dipanggil perompak.

Tidak jatuh maruah suami jika mengaku kesalahan yang dilakukan. Itulah jalan sebaik-baiknya untuk mengekalkan kebahagiaan hidup berkeluarga. Mengaku kesalahan bertujuan untuk diambil tindakan memperbetulkan.

Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya jika dilakukan dengan niat ingin mencari kebahagiaan. Allah sentiasa bersama-sama dengan hamba-Nya yang sabar dan mengharapkan kebahagiaan hidup.

Langkah pertama ialah menasihati isteri agar mengubah sikap yang mendatangkan masalah itu. Nasihat itu harus diberi dengan tutur kata yang lembut dan berkesan.

Ini penting bagi menjamin isteri tidak berasakan seperti dihukum terhadap apa yang dilakukan. Hati perempuan mudah tersentuh dan tidak dapat menerima teguran yang dilakukan dengan suara kuat.

Elok ketika memberi nasihat tidak menyebut berulang-ulang kesalahan yang dilakukan. Sebaliknya, berilah peluang untuk berfikir dan menyedari kesalahan yang dilakukan.

Sebaliknya, jika sudah diberi nasihat, isteri masih tidak berubah, bahkan mungkin semakin buruk tindakannya, maka wajarlah tindakan lebih tegas dilakukan.

Antara perkara dilakukan secara berperingkat-peringkat ialah meninggalkan tempat tidur, kemudian jika masih tidak berhasil, maka pukul dengan pukulan yang tidak mencederakan.

Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Dan isteri-isteri yang kamu curiga atau bimbing berlaku nusyuznya (derhaka), maka hendaklah kamu (suami) menasihati mereka, dan jika mereka berdegil, tinggalkan mereka di tempat tidur, dan jika masih berdegil juga pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak mencederakan) kemudian jika mereka taat kepada kamu maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Surah an-Nisa, ayat 34).

Kebenaran memukul isteri bukan bermakna Islam membenarkan kekerasan dilakukan dalam rumah tangga. Sebaliknya, kebenaran itu berdasarkan kepada niat untuk memberi satu pengajaran atau menakutkan isteri supaya tidak lagi berani melakukan kesalahan yang sebelum ini dinasihati oleh suami agar tidak dilakukan.

Untuk mencapai matlamat ini, maka ketika suami ingin memukul isteri, mestilah suami dalam keadaan tenang dan waras. Ini bagi mengelak daripada niat baik ingin mencari pengajaran bertukar menjadi satu bencana apabila pukulan itu dilakukan berlebih-lebihan sehingga menyebabkan kecederaan serius kepada isteri.

Sesungguhnya Islam amat mementingkan matlamat mengekalkan hubungan suami isteri, maka itu perceraian bukan boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Suami dinasihatkan mengelak diri daripada memikirkan soal talak agar tidak mudah mengambil keputusan ke arah itu.

Talak bukan boleh dibuat mudah. Sebab itu ia menjadi perkara terakhir dalam soal rumah tangga. Perkara halal yang mesti dijauhi oleh setiap suami isteri ialah talak.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kira Kitaran Haid & Waktu Subur

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, September 14, 2000 2 comments

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat.
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 dari hari pertama haid anda yang akan datang – bukan dari yang sebelum ini)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Cara Mengurus Kemarahan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 4 comments


Bagaimanakah perasaan anda hari ini? Adakah anda rasa marah? Gembira? Murung? Kecewa? Takut? Bersalah? Tersinggung? Hormat? Bertanggungjawab? Bolehkah anda mengenalpasti dengan tepat apa yang anda rasa? Bolehkah anda cari perkataan-perkataan lain untuk mencerminkan apa yang anda rasa? Kini manusai telah cipta lebih daripada 2000 perkataan untuk menerangkan jenis-jenis perasaan yang dialaminya. Kefahaman tentang tiap-tiap perkataan mengenai perasaan iaitu emosi manusia penting untuk mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain.


CARA MENGURUS KEMARAHAN


1. Memahami apa yang mencetusnya serta manfaat jangka pendeknya.

Kita perlu memahami dan mengenalpasti pencetus-pencetus yang boleh jadikan kita hilang akal seperti kata-kata tertentu orang, tabiat orang, tidak bertoleransi dan sebagainya. Manfaat atau kebaikan yang boleh didapati daripada pelepasan kemarahan kita ialah mungkin seperti berikut: a) Saya rasa lega
b) Orang mendengar saya
c) Rasa seperti diri sebenar lepas marah
d) Jika tidak marah saya akan menangis sahaja
e) Melaui kemarahan orang tahu pendirian mereka
f) Kemarahan menghilangkan perasaan takut
g) Jika saya tak marah orang akan fikir saya lemah

Manfaat-manfaat kemarahan ini adalah jangka pendek sahaja. Sebenarnya ia boleh dicapai melalui cara lain yang lebih asertif. Melepaskan kemarahan membawa berkat yang sementara sahaja. Pada jangka panjang ia akan menjejaskan perhubungan kita.


2. Belajar menenangkan diri dalam situasi genting.

Bila perasaan marah timbul kita boleh
a) Gantinya dengan aktiviti lain seperti memandang pada benda dan bukan orang, memikir tentang apa yang kita lakukan pada hari ini atau menerangkan suasana bilik kepada diri sendiri atau membilang sampai 10.
b) Mengelakkan melalui atau meninggalkan tempat itu atau minta diri untuk berfikir
c) Menukarkan ritma otak seperti mendengar muzik atau lakukan senaman
d) Guna teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas selama 5 saat
e) Kecut dan regangkan otot selama 5 saat
f) Urut bahagian dada dan perut
g) Ubah cara duduk dan regangkan bahu
h) Berimaginasi tentang pemandangan yang tenang atau yang neutral atau ketawa pada diri sendiri kerana situasi itu

3. Belajar cara atau strategi untuk mengelak kemarahan kelak

a) Mengenalpasti samada kemarahan kita itu sihat atau tak sihat iaitu membina atau destruktif
b) Elak daripada menggunakan dadah atau alcohol untuk melupakan sesuatu
c) Baca dan menambahkan ilmu tentang pengurusan kemarahan
d) Bincang dengan orang lain yang berjaya menguruskan kemarahan mereka
e) Ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat dan kurang stress
f) Sentiasa menahan dan mencabar setiap pemikiran yang membawa kemarahan
g) Sedari tentang kemarahan yang tersembunyi dalam sindiran atau perli
h) Belajar menjadi lebih asertif atau hadiri kursus untuk menambah kemahiran asertif
i) Meneliti segala punca kemarahan dari dahulu
j) Berbincang dengan kaunselor atau pakar psikologi
k) Menghadiri kursus mengurus kemarahan

Mengikut pakar psikologi marah adalah emosi sekunder. Di belakang emosi marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai. Sebenarnya kemarahan ini menjejaskan peluang kita untuk mencapai sesuatu keperluan itu. Bila kita dapat mengenalpasti keperluan-keperluan ini kita dapat berusaha untuk mencapainya dan dengan itu kemarahan dapat dikawal atau diurus dengan sihat. Emosi marah adalah satu fenomena rasional yang berlaku di otak kiri kita. Untuk mengurusnya kita perlu menggunakan kedua-dua bahagian otak, khasnya otak kanan dan bahagian lain otak berkenaan dengan emosi untuk mengecam dan sedar bila perasaan marah muncul. Dengan demikian kita dapat menangani kemarahan dengan cepat dan mengekalkan ketenangan kita.





“Angry people are those who are most afraid” -Robert Anthony-


“Orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya” -Imam AL Ghazali-

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Cara Pikat Hati Isteri

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, September 13, 2000 0 comments

SEORANG pembaca wanita menelefon, katanya mengapa asyik panduan untuk memikat atau menawan hati suami saja, bagaimana pula dengan layanan untuk isteri.

Sebagai suri rumah tangga, mereka juga mahu lelaki tahu bagaimana untuk menawan hati isteri. Jangan hanya mesra ketika mahu memikat dulu tetapi lelaki sepatutnya melakukan perkara sama selepas berkahwin.

Kata pembaca itu lagi, suaminya amat pendiam, susah untuk dibawa berbual, jika dia (pembaca) berbual, si suami sama ada akan mengangguk atau menjawab ya.

Dia pun tak tahu bagaimana untuk melayan suami sedemikian tetapi sudah ditakdirkan menjadi suami isteri, pahit maung terpaksa diteruskan.

Justeru di sini, diberikan beberapa panduan mudah yang boleh digunakan suami untuk menghargai isteri dan melayan mereka seperti kekasih untuk selama-lamanya.

Isteri bukan amah

Guna budi bicara ketika meminta pertolongan isteri, jangan asyik mengarah sebaliknya suami berehat dengan membaca akhbar atau menonton televisyen saja. Jika isteri bekerja, suami patut lebih bertimbang rasa kerana isteri bukan robot, mereka juga penat dan perlu berehat selepas seharian di pejabat.

Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai, apatah lagi jika insan itu isteri kita. Bayangkan bagaimana gembira hati isteri anda jika suami sentiasa mengingati tarikh perkahwinan dan hari jadi isteri.

Namun, kebanyakan lelaki hanya ingat tarikh hari jadi isteri ketika berkasih malah tidak sanggup untuk menghantar bunga walaupun tarikhnya masih jauh.

Kebanyakan isteri tidak terlalu mengharapkan hadiah yang mahal untuk kenangan malah jika anda ikhlas, sekeping kad dan sedikit catatan sudah memadai untuk menyatakan rasa sayang kepada isteri.

Bantu ringankan tugas isteri

Jika isteri sibuk dan bertungkus-lumus menguruskan rumah tangga, apa kata anda meringankan tulang dengan membantu sama ada membancuh susu untuk anak atau membasuh pinggan. Buatlah kerja dengan ikhlas, pasti isteri akan gembira.

Bawa isteri berehat

Ada suami ketika menjadi kekasih, setiap minggu membawa pasangannya ke tempat menarik malah sanggup berhutang untuk menggembirakan kekasihnya.

Tetapi, selepas berkahwin, jarang pula berbuat demikian.

Walaupun membawa isteri berehat mungkin remeh-temeh tetapi wanita akan mengingati dan menghargai perkara itu, bukan asyik terperap di rumah walaupun cuti hari minggu.

Ciuman khas untuk isteri

Bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri? Tahukah ciuman di dahi atau di bibir isteri dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan dilaluinya pada hari itu. Begitulah kuat kuasa ciuman suami.

Beri pujian kepada isteri

Anda masih ingat bagaimana taktik untuk memikat. Tentu sekali anda memuji kekasih anda cantik, malah pantang berjumpa itulah perkataan pertama yang keluar.

Tetapi selepas berkahwin, susah pula untuk mengeluarkan perkataan itu, seperti terkunci. Naluri manusia memang suka dipuji, begitu juga isteri anda.

Dengar pendapat isteri

Jika ada masalah, selesaikan dengan berbincang. Jika isteri mempunyai pendapat mengenai pendidikan anak atau kerjaya, dengar dengan penuh minat, bukan membuat kerja lain. Ada suami tidak boleh menerima pendapat isteri, jadi tanya diri sendiri, bagaimana pula jika isteri tidak dapat mendengar pendapat lelaki.

Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi tetapi sesekali apa salahnya untuk menghargai mereka selepas apa yang dilakukan untuk mengemas rumah dan menjaga anak-anak.

Mungkin suami tidak pernah memberikan isteri pakaian yang cantik walaupun isteri cuba menyindir. Jadi, apa salahnya berbuat demikian dengan menghadiahkan isteri baju kurung sempena Aidilfitri.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kelesuan Dan Tingkatan Dalam Mendidik Anak- Anak

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Akhir-akhir ini dunia pendidikan seakan-akan menangis melihat keadaan pelajar di sekolah-sekolah yang melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak mencerminkan keperibadian yang baik. Ada bilik darjah yang dibakar, ada murid yang ingin membakar rumah gurunya, ada pula pelajar yang terbabit dengan jenayah. Gejala apakah ini?

Dahulu, dalam sejarah Melayu, sekolah dianggap satu tempat yang mulia di mana pelajar bersungguh-sungguh menuntut ilmu untuk dijadikan bekalan pada masa depan. Guru adalah pengganti orang tua yang terkadang dihormati melebihi hormat seorang anak kepada ayahnya. Tetapi hari ini sekolah yang mulia itu ada yang mula dibakar oleh pelajarnya dan juga guru yang sepatutnya dihormati kini menjadi mangsa kenakalan para pelajar. Hati kecil kita mungkin terdetik persoalan kenapa terjadi perubahan yang besar di kalangan para pelajar kita pada hari ini? Lalu siapakah pula yang boleh dipertanggungjawabkan atas ketempangan masalah sosial yang melanda generasi muda kita? Adakah ibu bapa, guru atau pelajar itu sendiri?

Apa yang menghairankan, masalah sosial ini amat ketara melibatkan pelajar yang berasal daripada kaum Melayu. Di manakah puncanya? Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, elok kita cuba merenung dan mendalami bagaimana sistem pendidikan anak-anak menurut kaca mata Islam. Ini merangkumi fasa-fasa tertentu mengikut peningkatan usia seseorang manusia itu.

Sebelum kelahiran:

Dipetik dari peristiwa yang pernah dilalui oleh bapa imam Abu Hanifah:

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapanya.
"tuan, bagaimana tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?"
jawab bapa Imam Abu Hanifah: "Aku mendidik anakku 40 tahun sebelum beliau dilahirkan"

Peristiwa ini memiliki makna falsafah yang mendalam. Apa maknanya? Pakar kesihatan dan ahli jiwa berpendapat bahawa keadaan orang tuanya mempengaruhi sifat dan perilaku anak-anak yang akan lahir. Ertinya, perbuatan dan sikap orang tua sedikit sebanyak mempengaruhi perkembangan fizikal dan mental bayi yang akan lahir. Di antara pendapat pakar itu dengan peristiwa diatas sebenarnya memiliki kesesuaian dan sealiran. Ini kerana makna hakikat mendidik anak ‘40 tahun sebelum kelahirannya’ adalah dengan cara mendidik diri setiap orang tua itu sendiri terlebih dahulu dengan melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan dan meninggalkan semua bentuk maksiat.

Mungkin inilah yang dikatakan orang Arab dalam satu syair: “ Kaifama takun yakun abna’aka ” yang bermakna bagaimana kamu hari ini,begitu pulalah anak-anakmu pada masa hadapan.




Seorang ayah dan ibu kadang-kadang lupa dan leka dengan menganggap perbuatan dan sikap mereka ketika ini tidak memiliki hubung kait dengan masa depan anak-anak mereka. Padahal setiap orang tua sebenarnya bukan hanya mewariskan harta kepada anak mereka tetapi juga akan mewariskan sikap dan pandangan hidup.

Setelah kelahiran:

Rasulullah s.a.w membahagikan pendidikan anak selepas kelahiran ini kepada empat tingkatan,iaitu:

Pertama:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini,Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih yang tidak bertepi dan sayang yang tidak terbatas. Biarkan anak-anak pada masa ini bermandikan kasih sayang.

Kedua:
Umur 7 – 14 tahun. Pada masa ini Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mula menanamkan disiplin kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya apabila enggan mengerjakan solat.

Berdasarkan kajian pakar-pakar jiwa anak, sememangnyalah pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada saat ini pula seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

Ketiga:
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah menukar penanaman disiplin dengan cara yang agak keras kepada yang rasional. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

Keempat:
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini , orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa. Dalam kehidupan kita sebagai muslim,kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada tahun 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya, bahkan marah kepada ibu bapanya apabila disuruh sembahyang. Apabila seorang anak enggan melaksanakan kewajipannya yang tertinggi, iaitu solat, maka perintah siapa yang akan dia dengar dan lakukan? Padahal hakikat solat mampu mencegah seseorang untuk tidak melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Dengan kata lain, dapat disimpulkan bahawa perbuatan samseng yang dilakukan oleh pelajar muslim di sekolah mereka, sebenarnya terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan tidak berperanannya hikmah solat dalam diri mereka yang berpunca daripada cara mendidik yang salah. Sebahagian orang tua ada yang menanamkan pendidikan disiplin kepada anak secara membuta-tuli tanpa melihat umur dan perkembangan kedewasaan anak sehingga anak berasa dizalimi oleh orang tua dari segi hak-hak tertentu.

Natijah daripada sikap seperti ini akan menjadikan anak-anak jauh daripada orang tua dan menganggap rumah sebagai penjara, lalu mereka terdorong untuk mencari ketenangan diluar rumah. Dalam Islam persekitaran memiliki peranan yang penting dalam pendidikan anak sehingga wajarlah apabila kita dianjurkan untuk melihat jiran di kawasan yang akan diduduki. Sebab jiran yang baik lebih mulia daripada saudara yang jauh. Anak-anak sangat mudah dipengaruhi oleh persekitarannya. Oleh sebab itu, tinggal di suatu tempat dengan persekitaran yang baik adalah modal penting membentuk sahsiah anak untuk menjadi generasi yang baik.

Kesimpulannya, pendidikan anak mestilah dimulakan daripada pendidikan orang tua itu sendiri dan ia bermula di rumah. Kedua, kita perlulah menghayati peringkat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dalam pendidikan anak-anak dan ketiga pilihlah persekitaran yang baik untuk anak-anak. Persekitaran yang baik ini bermakna bukan hanya baik daripada keadaan fizikal tapi baik juga daripada segi mental dan kehidupan beragama.



sumber : ILUV Islam

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter