Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Maklumat Mazi Dan Mani

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, August 9, 2000

Ramai kalangan kita yang keliru berkenaan cecair yang keluar bila kita sedang berkhayal 'seronok' dimana wajarkah kita melakukan mandi wajib atau tidak. Semoga adanya sumber rencana dibawah ini dapat menjawab persoalan tersebut.

Cairan khayal

MEMANG wujud banyak kekeliruan di kalangan lelaki muda berkaitan cairan yang keluar daripada anggota sulit ketika dan sewaktu buang air kecil atau besar.

Ini menyebabkan ada lelaki yang bimbang kerana menyangka mereka sudah ‘klimaks’ walaupun ketika buang air besar atau kecil.

Sebenarnya, air mani hanya keluar secara ejakulasi ketika lelaki terbabit mencapai klimaks selepas melakukan hubungan seks atau beronani. Jika lelaki itu teruja ketika dalam khayalan seksual, dia juga boleh mengeluarkan cairan tetapi ia bukan air mani sebaliknya air mazi.

Oleh itu, ada lelaki menganggap cairan yang keluar ketika berkhayal mengenai seks sebagai air mani sedangkan ia sebaliknya.

Jadi, jangan keliru antara air mani dan air mazi. Memang segelintir lelaki menghasilkan banyak cairan ketika dalam keadaan teruja seksual atau sedang mengemut ketika selesai buang air besar atau air kecil.

Mungkin kerana banyak sangat cairan itu maka lelaki berfikiran ia air mani. Air mazi bukan saja berwarna jernih malah kelabu dan kekuningan selain berkrim.

Apabila di luar, ia berubah warna jernih atau sedikit kekuningan. Jadi, dari segi keagamaan, jika keluar air mazi tidak perlu mandi hadas besar. Ia bagaimanapun perlu dibersihkan sebelum sembahyang. Untuk maklumat juga, air mazi boleh mengandungi sedikit sperma.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter