Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Bila Perut Berbunyi

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, May 23, 2010 2 comments

Terima Kasih
LeeSya@jiwang.torrent.com


http://ymsagasama.blogspot.com

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Sambut Suami Di Muka Pintu

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh jari halusnya di dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendatangkan pahala. Namun terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami.


Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah pandai memahami mood dan kehendak suami.

Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira, dan dengan senyuman. Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami. Elakkan daripada bersikap acuh tak acuh, bermasam muka ataupun melepaskan 'peluru berpandu' bila suami terjongol di muka pintu. Sabda Rasulullah saw:
"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya. Senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan dan itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh semua suami ketika pulang, terutamanya jika ia sedang dalam keletihan. Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah swt turut murka. Kemurkaan Allah itu akan berkekalan hingga isteri itu berjaya mengembalikan semula suasana gembira dan memohon keampunan daripada suami. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan suami.

Bila suami pulang segeralah bukakan pintu. Persilakan masuk dengan penuh hormat dan dengan kata-kata yang lemah lembut. Sambutlah tangan suami dan ciumi ia sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Bukannya isteri yang hulurkan tangan untuk dikucup oleh suami sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang Barat hari ini.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua. Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan bersalaman dengan suami. Oleh itu rebutlah peluang dalam sebarang kesempatan untuk bersalaman dengan suami dan meminta maaf daripada suami. Tentunya tidak terhad hanya ketika suami pulang daripada kerja sahaja; lazimkan perbuatan
ini ketika selepas solat jemaah, ketika hendak keluar dari rumah atau pun setelah membuat sebarang kesilapan samada kecil atau besar; supaya sentiasa mendapat keampunan Allah. Andaikata mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya. Kelaziman ini akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima kasih. Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa oleh suami.

Jangan pula bertanya soalan-soalan seperti 'kenapa tidak beli barang yang dipesan?' dan seumpamanya. Soalan yang di tanya bertubi-tubi ketika suami sedang penat hanya akan membosankan suami, malahan mungkin akan menimbulkan kemarahannya.

Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu.

Wanita itu pun berkata: "Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan."

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. Sabda Nabi:
"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami.


http://ymsagasama.blogspot.com

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

6 Masalah Kulit Akibat Stress

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Terima Kasih
LeeSya@jiwang.torrent.com

http://ymsagasama.blogspot.com

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Perempuan Tidak Suka Lelaki Yang...

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments


1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-gerikekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macam mana tu?

3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana
seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

9. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupunsedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

10. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!


11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…
egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

13. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah
semacho yang disangkakan, tak guna juga!

"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka" (An-Nisa’ : 34)


http://ymsagasama.blogspot.com

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

7 Halangan Menjadi Pendengar Yang Baik

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Menjadi seorang pendengar yang efektif membuatkan anda mempelajari perkara-perkara baru dari orang lain, menerokai sesuatu yang belum pernah anda tahu selama ini, dan membuat anda mengenali diri dengan lebih mendalam lagi.


TAHUKAH anda menjadi seorang pendengar yang baik dapat membuat anda memiliki personaliti yang cemerlang dan dihormati? Terdapat beberapa kelebihan yang bakal anda peroleh apabila menjadikan budaya mendengar secara positif, yang bukan sahaja menguntungkan anda, malah pada masa yang sama menjadikan orang lain menghargai kehadiran anda di sekeliling mereka.
Menjadi seorang pendengar yang efektif membuatkan anda mempelajari perkara-perkara baru daripada orang lain, menerokai sesuatu yang belum pernah anda tahu selama ini, dan membuat anda mengenali diri dengan lebih mendalam lagi. Mendengar secara efektif membantu anda merapatkan hubungan yang sedia ada.
Ramai yang salah sangka bahawa dengan banyak berkata-kata itulah caranya untuk merapatkan hubungan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. Sebenarnya, ini andaian yang salah, sebaliknya dengan menjadi ramah dan pada masa yang sama mendengar apa yang disampaikan oleh orang lain, akan menyebabkan anda mudah diterima. Percaya atau tidak, andajuga menjadi popular disebabkan sikap suka mendengar yang menandakan anda memberi perhatian dan sokongan kepada kata-kata yang disampaikan.
Tambahan lagi, pendengar yang efektif mempunyai kesan dan pengaruh ke atas sikap serta kelakuan orang lain sehinggakan anda dihormati oleh individu-individu yang teriibat. Hal ini berlaku kerana mereka menganggap anda mempunyai perasaan dan menyediakan ruang untuk memahami mereka. Jika anda seorang pengerusi sebuah persatuan atau kelab, anda akan menjadi pemimpin yang mudah diikuti sekiranya anda memberi peluang untuk mereka memberi cadangan atau apa-apa idea untuk kebaikan persatuan tersebut.
Selain dari itu, menjadi pendengar yang baik adalah saluran hiburan yang seimbang jika tahu bagaimana hendak melakukan-nya. Mengapa sesetengah orang gemarkan muzik yang pelbagai genre di pasaran hari ini? Muzik adalah salah satu cara menjadikan pendengaran cara berhibur. Anda mungkin pernah mengingati bait-bait lagu kegemaran, malah pernah pula menyanyikannya. Hanya satu kemungkinan sahaja yang memungkinkan anda melakukan perkara sedemikian, iaitu anda mendengar dengan teliti dan meng-hayatinya.
Pendengar yang baik adalah pembantu yang baik. Sebabnya ialah anda bukan sahaja mendengar dengan sepasang telinga semata-mata, tetapi anda membawa ia terus kepada hati untuk berasa empati, anda cuba memahami dengan mendalam. Misalnya, anda merupakan seorang abang atau kakak yang prihatin akan mendengar keluhan adik yang lebih muda usianya dan cuba mem-bantunya setakat yang anda mampu untuk menggembirakannya.
Namun, kebaikan-kebaikan ini mudah terlindung dengan hala-ngan-halangan yang mengganggu anda menjadi seorang pendengar yang baik. Terdapat tujuh halangan yang perlu anda berhati-hati apabila mempraktikkan gaya pendengaran yang efektif terhadap rakan-rakan atau ahli keluarga.


01. Ambil mudah dengan orang yang sedia kenali.
Kajian mendapati mereka yang mempunyai hubungan yang akrab dalam satu jangka masa yang lama akan mempunyai tahap tumpuan yang rendah terhadap apa yang didengarinya berbanding apabila berinteraksi dengan individu yang baru dikenali. Bersikap acuh tidak acuh terhadap seseorang yang akrab seperti sahabat karib atau adik beradik terhadap apa yang cuba disampaikan bukanlah sikap yang baik meskipun anda menyangka mereka sudah memahami sikap anda. Kekalkan gaya pendengaran yang betui sebagai menghormati mereka.

02. Khayal dalam dunia sendiri.
Ketika anda sedang mendengar suara sahabat yang bercerita, pada masa yang sama anda turut mendengar satu suara lain yang bercerita hal yang berbeza. Itulah suara minda yang akan timbul apabila anda tidak menumpukan perhatian dengan apa yang cuba disam-paikannya. Keadaan ini berlaku apabila perkara yang disampaikan tidak menarik perhatian atau membosankan sehinggalah timbul cerita baru dalam minda dan berdialog dengan anda.

03. Kejutan emosi dalam perbualan.
Anda mungkin tidak menggemari sesuatu yang anda dengar sehinggakan anda cuba untuk tidak mendengarnya lagi. Kebiasaannya, kata-kata yang kasar, ayat-ayat yang tidak selari dengan sikap dan gaya hidup anda mungkin menimbulkan kejutan emosi dalam perbualan. Misalnya dalam pengalaman penulis yang berasal dari sebuah negeri yang dikatakan sikap penduduknya menggunakan perkataan secara kasar dan intonasi yang meninggi. la menimbulkan keadaan yang kurang selesa untuk mereka yang menganggapnya kurang sopan, meskipun pengamalannya melambangkan kemesraannya terhadap anda mengikut gaya tersendiri. Keadaan ini dikatakan sebagai kejutan emosi dalam perbualan yang menjejaskan pendengaran yang efektif.

04. Mengkritik individu yang berbual dengan anda.
Fizikal seseorang mudah menjadi sasaran kritikan sehingga mela-rikan tumpuan untuk mendengar apa yang cuba disampaikan. Dalam sebuah rancangan televisyen tempatan, seorang peserta dalam uji bakat penghibur untuk rancangan realiti dikritik oleh sekumpulan juri kerana gaya penampilannya yang disifatkan teruk dan tidak ses-uai. Tetapi beliau diterima kerana mempunyai suara yang merdu. Seandainya juri-juri tadi terus terganggu dengan gaya penampilan peserta tersebut, kemungkinan peserta tersebut gagal. Kejayaannya tidak lain tidak bukan ialah kerana sikap juri yang menutup matanya seketika dan mendengar sesuatu yang penting untuk mereka membuat penilaian. Begitulah juga keadaannya apabila ia melibatkan diri anda.

05. Kata-kata lebih deras dari fikiran.
Ada individu yang sukar mengawal kecepatan kata-katanya

sehinggakan menyukarkan orang lain untuk mendengar secara efektif untuk mendapatkan mesej yang sebenar. Anda boleh melakukannya jika anda merupakan peserta pasukan bahas dan pidato yang memerlukan hujah-hujah yang padat disampaikan dalam satu jangka masa tertentu. Tetapi ia tidak bermaksud anda perlu berkata-kata secepat yang mungkin. Kesannya orang lain tidak mempunyai masa untuk memikirkan apa yang didengarinya sebelum ini. Individu normal berkata-kata sebanyak 125 patah perkataan seminit, malah ada yang mencapai 600-800 patah per-kataan dalam tempoh tersebut.

06. Terlalu banyak dengan maklumat yang tidak perlu.
Pelbagai maklumat yang datang dalam bentuk audio menjengah kehidupan anda sebagai pelajar hari ini. Malaysia mempunyai pulu-han stesen radio yang kebanyakannya beroperasi 24 jam sehari. Setiap sejam anda akan mendengar berita terkini di kaca televisyen meskipun dengan mata yang terpejam. Setiap kali anda meng-hidupkan pemain MP3 mudah alih, anda berkemungkinan sedang mendengar ratusan lagu atau simpanan audio berbentuk dialog, wawancara yang dirakamkan sebelum ini. Dengar erti kata lain, anda dihujani dengan terlalu banyak maklumat. Kebanjiran sum-ber sebanyak ini akan mengganggu seseorang untuk mendengar secara efektif, apatah lagi untuk mendapatkan mesej yang diingin-inya. Maklumat yang tidak diperlukan mungkin akan menjadi perangkap kepada anda. Maka bertindak memilih maklumat yang benar-benar diingini sahaja baik untuk mendengar atau hendak menyampaikannya..

07. Gangguan sekeliling yang menarik perhatian.
Gangguan-gangguan luaran baik berbentuk bunyi atau fizikal boleh mengurangkan kepekaan seseorang untuk mendengar sesuatu. Pernahkah anda mengalami keadaan apabila suasana menjadi sangat sunyi apabila anda benar-benar menumpukan perhatian kepada pelajaran sehinggakan anda tidak mendengar bunyi kenderaan di luar yang sedang rancak bergerak dan panggilan ibu di luar bilik anda. Mungkin anda seakan-akan 'menghilangkan' suara sahabat di hadapan anda yang sedang berkata-kata apabila mata anda tiba-tiba tertarik melihat sesuatu atau kedengaran lagu kegemaran anda yang dipasang di gerai makan seberang jalan. Inilah antara gangguan-gangguan luar yang menjejaskan gaya pendengaran yang berkualiti.


http://ymsagasama.blogspot.com

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter