Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Tips Mengekalkan Kasih Sayang

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Thursday, May 13, 2010 0 comments


Berikut adalah tips untuk mengekalkan kasih sayang di antara suami isteri.

Juga boleh digunakan jika salah seorang pasangan (suami atau isteri) didapati mula rasa tawar hati sehingga kekadang menimbulkan krisis dalam rumahtangga.


* Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 3x dan setiap kali sampai pada ayat "Ar-rahmanirrahim" ulang 3x dan tiup pada muka pasangan.

* Selepas itu, sambung dengan Surah Ali Imran ayat 31 "Qul in kuntum tuhibbuu nallaha fattabi 'uuni yuhbib kumullah". Baca ayat ini 3x dan ditiup pada muka pasangan.

* Waktu membaca dan meniupnya ke muka pasangan ialah ketika pasangan sedang tidur.

* Insya-Allah kasih sayang suami isteri akan bertaut semula dan bertambah teguh.

Wallahu a'lam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Bidadari Syurga

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah SWT kepada seorang lelaki yang memasuki syurga.

Bagi seorang wanita yang solehah, maka bidadari bagi suaminya adalah di kalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah SWT dan dia (isteri solehah) merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tersebut.


Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah SWT dan ini merupakan sunnah Nabi SAW juga di kalangan sahabat-sahabat.

Al-kisahnya, Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain.

Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika Nabi SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah), kata baginda sesiapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari Syurga.

Mendengar berita itu, seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut. Tetapi dia malu nak bertanyakan kepada Nabi SAW kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap memberi nama sebagai salah seorang yang akan keluar/pergi berjihad. Sebelum Zohor, Nabi SAW akan tidur sebentar (dipanggil khailulah), maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tidur bersama-sama.

Semasa tidur, dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah dan bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian bersih lagi cantik serta muka yang berseri-seri.

Lalu dia bertanya, di manakah dia berada.

Lelaki itu menjawab, "Inilah Syurga."

Lantas dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah. Lalu ditunjuk oleh lelaki itu ke suatu arah. Maka berjalanlah dia menuju ke arah itu.

Sampai di suatu pepohon, beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia melihat kecantikan sebegitu. Juga tak pernah dilihat di dunia ini.

Lalu diberi salam dan dia bertanya, "Andakah Ainul Mardhiah?"

Wanita itu menjawab, "Ehh tidakk. Saya khadamnya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana."

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-permata perhiasan di dalam mahligai.

Lantas dia memberi salam dan bertanya lagi, "Adakah anda Ainul Mardiah?"

Lalu wanita itu menjawab, "Eh tidakkk. Saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana."

Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikannya sungguh mengkagumkan.

Lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua dan tak pernah dia lihat di dunia.

Lantas wanita itu berkata, "Akulah Ainul Mardhiah. Aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku."

Pabila lelaki itu mendekatinya, wanita itu berkata "Nantiii kamu belum syahid lagiiii......"

Pemuda itu pun tersentak lantas terjaga dari tidurnya. Lalu dia menceritakan tentang mimpinya itu kepada satu sahabat lain. Namun begitu, dia berpesan agar sahabat itu tidak menceritakannya kepada Nabi SAW melainkan sekiranya dia syahid.

Petang itu, pemuda itu bersama-sama dengan jemaah beserta Nabi SAW telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid.

Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa, maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan mendekati Nabi SAW lantas menceritakan perihal mimpi sahabat yang syahid tadi.

Sewaktu dia bercerita, Nabi SAW berkata benar, benar, benar di sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya Nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga. Subhanallah.

Wallahu a'lam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Sudikah Awak Menjadi Isteri Kedua Saya??

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin. Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.


Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya. .." Fatimah mula sebak. "Tak. Maksud saya....."

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.


Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ya sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri. "Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?"Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN" jawab Fikri.

*** "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [QS al-Taubah 9:24]

p/s: sudikah anda??

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Hati Insan Bernama Wanita

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Sensitif: Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

Cerewet: Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, tetapi mereka ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.


Halus: Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

Ikhlas: Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

Korban: WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.


Prihatin: Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

Manja: Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

Ego: WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

Cinta: CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

Seks: SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

"Termasuk tiga sumber kebahagiaan bagi laki-laki ialah wanita solehah,kediaman yang baik serta kenderaan yang baik pula" (H.R.Ahmad)

p/s: Hati orang lelaki?? Hanya diri dan Allah sahaja yang tahu ;)

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter