Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Solat Istikharah untuk Mencari Jodoh???

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, February 9, 2010 7 comments


Didalam kehidupan kita banyak yang kita ragu-ragu untuk memutuskan sesuatu perkara tidak kiralah dari benda yang kecil sehingga yang besar. Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka disunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib. Solat itu boleh saja di waktu mengerjakan sunat Rawatib atau Tahiyatul-masjid dan boleh pula di waktu malam atau pun siang, sedang bacaan sehabis Al-Fatihah dapat dipilih sekehendaknya. Solat ini adalah sebaiknya juga dilakukan sebagai amalan sunat seharian kita.


Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.

Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting.

Baginda bersabda, Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa:

Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib.

Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah Taala dalam keadaan lemah. Kelemahan yang ada pada manusia itu menyebabkan apa jua rancangan dan tindakan yang kita lakukan kadang-kadang sudah diyakini baiknya, tetapi belum tentu baik bagi Allah Taala. Begitu juga apa yang kita rancang dan kita lakukan sudah diyakini kesan buruknya, tetapi belum tentu buruk menurut penilaian Allah. Dalam hal ini kita harus mengakui bahawa daya fikir dan akal manusia sangat terbatas. Untuk itu kita dianjurkan beristikharah.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)

Sebenarnya amal ibadah yang mengandungi unsur-unsur tilikan dan bergantung kepada mimpi semata-mata bukanlah daripada ajaran Islam. Malah Nabi s.a.w. tidak pernah mengajar umatnya agar mencerap petunjuk Allah menerusi mimpi. Fenomena menilik nasib atau jodoh melalui mimpi di kalangan masyarakat kita, lebih-lebih lagi bagi sesetengah wanita perlu diperbetulkan semula. Amalan ini dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya dosa syirik kepada Allah s.w.t.

Hal ini kerana manusia bukanlah tuhan yang boleh meramal apa yang berlaku. Perbuatan meramal atau menilik mimpi adalah amalan dan budaya jahiliah yang sangat ditegah oleh Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah: 90)

Perlu dijelaskan di sini bahawa tidak semua mimpi manusia itu benar. Mimpi manusia biasa pada kebiasaannya adalah mainan tidur yang berpunca daripada pengaruh iblis dan syaitan yang datang mengganggu.

Kita tidak boleh menyamakan antara mimpi manusia biasa dengan mimpi para nabi dan rasul-rasul. Mimpi bagi nabi dan para rasul adalah wahyu dari Allah Taala. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah diperintah oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpi baginda. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Maka apabila anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah ayah akan mendapatiku daripada orang-orang yang sabar. (Al-Soffat: 102)

Kesimpulannya mimpi kita itu tidak mengandungi kebenaran mutlak. Kemungkinan kebenaran yang terlihat itu lebih berdasarkan kepada kebetulan sahaja atau unsur-unsur daripada mainan syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan manusia. Itulah sebabnya, jangan menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaliknya berfikirlah dengan lebih rasional.

Dalam kes di atas, seandainya pertimbangan akal diletakkan pada tempat yang sewajarnya, maka memadai dengan sedikit soal selidik dan mengkaji latar belakangnya sudah dapat menentukan ciri-ciri pasangan yang menepati kehendak Islam. Maka ketika itu, dia tidak perlu lagi beristikharah dan terus menerus menunggu mimpi. Atau sekiranya beliau berada dalam situasi antara dua pilihan, yang satu berakhlak mulia sedang yang kedua kurang baik agama dan akhlaknya, maka pilihannya ketika itu sewajarnya kepada yang pertama. Kaedah pertimbangan dan penilaian seperti itu tidak perlu melalui solat sunat istikharah.

Mimpi itu bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan.

Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan isyarat kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Taala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. Hal ini diperjelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah doa yang bermaksud:

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. – (Riwayat Bukhari)

Niat Solat Istikharah :



Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala


Doa Solat Istikharah :



“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Asal Wanita Dari Rusuk Lelaki?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Dalam sebuah hadis sohih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata,

“Aku berwasiat kepada kamu supaya menhaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”


Adakah ayat ini bermaksud kaum wanita secara umumnya dijadikan Allah daripada tulang rusuk kamu lelaki? Sebenarnya, di dalam al Quran Allah menyatakan dengan jelas manusia sebenarnya berasal daripada nutfah iaitu air mani yang sedikit bercampur dengan benih wanita kecuali Nabi Adam yang berasal daripada tanah. Berhubung dengan ini dalam surah al Haj ayat 5, Allah menjelaskan,

“Wahai manusia, apabila kamu meragui hari kebangkitan, (maka ingatlah) kami menciptamu daripada tanah, kemudian daripada nutfah.”

Oleh kerana kenyataan Quran berhubung kejadian manusia begitu jelas sekali, hadis tidak dapat mencanggahinya. Justeru hadis ini, yang menyatakan wanita berasal daripada tulang rusuk lelaki, tidak dapat ditafsirkan dalam bentuk yang mencanggahi Quran. Sebenarnya, fokus hadis ini bukannya berkenaan asal usul kejadian wanita sebaliknya berkenaan kepentingan menghormati dan menjaga wanita dengan baik. Justeru, di dalam kitab Riadus Salihin, Imam Nawawi meletakkan hadis ini dalam bab ‘Wasiat Untuk Menjaga Kaum Wanita Dengan Baik’.

Di dalam kitab Dilalul Falihin, diriwayatkan bahawa Imam Qurtubi berkata, “Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk,” dan bukan dicipta daripada tulang rusuk. Dalam bentuk kiasan ia bermaksud, tulang rusuk dalam keadaan bengkok adalah berbeza daripada kaum lelaki. Perbezaan ini mempunyai kepentingannya justeru tulang rusuktidak boleh dicaci kerana keadaan seperti itu kerana tanpanya manusia menghadapi masalah. Begitu juga dengan kaum wanita, tanpanya kehidupan tidak sempurna. Kaum wanita adalah cantik dalam keadaan semula jadinya walaupun dalam aspek-aspek tertentu mereka berbeza daripada kaum lelaki. Pihak lelaki perlu menerima wanita dengan sifat semula jadinya dan tidak boleh bersikap keras kepada mereka. Mereka disuruh menghormati wanita dan bekerjasama dengannya bagi mencapai matlamat yang Allah tetapkan. Wanita ada peranannya dan kadangkala peranan itu berbeza daripada kaum lelaki. Perbezaan peranan tidak melambangkan kehinaan.

Berbalik kepada isu yang berkaitan dengan kejadian kaum wanita daripada tulang rusuk lelaki, sebahagian ulama berpendapat hadis ini membicarakan berkenaan kejadian Hawa secara khusus. Mengikut pandangan mereka, Hawa berasal daripada tulang rusuk Nabi Adam. Antara ulama yang berpegang dengan pendapat ini adalah sahabat Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Mas’ud, Imam Mujahid, Ibn al Munzir, Ibn Humaid dan ramai lagi. Namun, apabila Quran dirujuk berhubung perkara ini, tidak kita menemui sebarang dalil yang menyokong pandangan ini. Sebagai contoh, berhubung dengan penciptaan Hawa, dalam surah an Nisa’ ayat 1 Allah menjelaskan yang bermaksud, “Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang menciptakan kamu daripada diri yang satu (Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa) dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak”. Dalam ayat ini dan yang seumpamanya kejadian Hawa tidak langsung dikaitkan dengan tulang rusuk Nabi Adam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Cinta Hakiki

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar.

Allah telah berfirman dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud: Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk bersama-sama keranaKu, dua orang kunjung mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong menolong keranaKu.


FirmanNya lagi dalam hadis Qudsi yang lain bermaksud: Mana dia orang yang bercinta kerana keagunganKu? Hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah nauganKu, iaitu hari yang tiada naungan selain dari naunganKu.
Rasulullah bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah.

Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah
Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta kerana Allah. Ataupun jika ia mencinta seseorang itu kerana membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya ataupun barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan dalam hal ehwal kehidupannya yang menerusinya ia dapat hidup senang lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta tabii, cinta biasa yang tiada kena mengena dengan Allah.


Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata-mata dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya, tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan.
Allah Taala telah berfirman yang bermaksud: Sahabat-sahabat pada hari itu, satu sama lain akan bermusuhan kecuali orang yang bertaqwa. ( az-Zukhruf:67) .

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

5 Cara Hendak Pulihkan Hubungan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Perhubungan secara umum adalah rumit. Perkahwinan dan percintaan adalah lebih rumit daripada biasa. Alasan untuk ini adalah jelas. Perkahwinan merupakan satu perkara yang kita mahu buat dengan sempurna. Kita mencari seseorang yang kita boleh hidup dengan untuk ''selama-lamanya''. Namun demikian, statistik menunjukkan bahawa kadar penceraian dalam masyarakat kita adalah 50% pada hari ini.


Oleh itu, setengah daripada orang yang berkahwin sebenarnya akan berakhir dengan penceraian. Sedikit perfahaman, perhatian dan sayang diperlukan untuk membolehkan Perhubungan ini diteruskan. Seseorang perlu mengambil langkah pertama untuk memulihbaikkan perhubungan ini. Walaubagaimanapun, kebanyakan masa kita tidak tahu apa yang patut dibuat, di mana untuk bermula, bagaimana untuk membuatnya...... Jangan berputus asa kerana terdapat 5 cara untuk membuat pasangan anda berasa dirinya istimewa dan diperlukan untuk memulihbaikkan perhubungan tersebut.

1. Permulaan Baru: Semua perhubungan nampaknya ''sempurna'' apabila baru bermula dan semua pasangan berasa bahawa ''pasangan mereka dicipta untuk dirinya''. Lagipun, pada mulanya, kita berasa lebih positif dan tidak menghiraukan atau menepikan tabiat buruk pasangan kita. Kita sangat sayangkan antara satu sama lain sehingga kita merasa perkara ini adalah kecil dan tidak penting. Tetapi semakin lama kita bersama, pergaduhan akan berlaku. Bilangan kali ''aku cintakanmu'' yang diluahkan akan menjadi semakin kurang. Kesyukuran dan kepujian akan menjadi rungutan dan pertengkaran; kebanyakan ini adalah kerana perkara yang tidak penting. Peringkat ini adalah amatlah penting. Pasangan perlu mengaku perhubungan mereka ada masalah. Apabila ini berlaku (bahagian yang paling susah), mereka boleh duduk dan bekerja untuk memulihbaikkan perhubungan ini. Kedua-dua pasangan bertanggungjawab untuk berbuat demikian. Ia memerlukan usaha dan persefahaman antara dua pihak.

2. Bersama-sama: Menghabiskan masa bersama-sama merupakan bahagian yang penting dalam kejayaan sesuatu perhubungan. Kita semua menjadi semakin sibuk dengan kerjaya kita, proses memajukan diri kita dan proses mengejar kemewahan sehingga kita terlupa tentang pasangan kita. Semua pasangan mesti menghabiskan masa yang cukup bersama-sama dengan membuat apa-apa yang mereka suka. Mereka boleh hanya berjalan-jalan di pantai atau menghabiskan masa yang senyap di pantai atau pergi berlayar hingga ke Bahamas. Matlamat yang penting ialah berseronok dan berehat bersama-sama.

3. Keajaiban Bersentuh: Semua doktor, doktor sakit jiwa dan pakar terapi di seluruh dunia bersetuju bahawa pelukan yang ketat, ciuman pada muka, berpegang tangan, urutan di belakang memainkan peranan yang penting dalam membina perhubungan yang mesra antara pasangan.

4. Kejutan: Siapakah yang sukakan kejutan? Kita tidak boleh memandang rendah terhadap kepentingan memberikan kejutan dari semasa ke semasa. Ini mungkin dalam bentuk hadiah, tiket ke pertunjukan yang disukai atau apa-apa sahaja yang disukai oleh pasangan anda. Tetapi kita mesti pastikan ini memang tidak diketahui oleh pasangan supaya elemen kejutan ini tidak lenyap. Kalau kejutan ini hilang, semua usaha akan menjadi kosong.

5. Komunikasi: Kita mesti memastikan kita sentiasa berkomunikasi apabila kita cuba untuk membuat perhubungan kita berjaya. Pasangan bermasalah selalu menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi. Mereka lebih suka untuk berhenti bercakap daripada bertengkar. Walaupun demikian, sekiranya anda ingin memartabatkan perhubungan anda, lebih baik anda dan pasangan anda berkomunikasi. Hanya apabila andandengar, anda dan pasangan anda akan lebih memahami di antara satu sama lain.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter