Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Berita Hangat Kabinet SK Semantan Ulu

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, February 5, 2010 8 comments


KLIK GAMBAR..KALU TAK NAMPAK!!


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Di Sebalik Debar Malam Pertama

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Malam pertama adalah malam yang paling dinantikan oleh setiap pasangan pengantin baru.Satu pengalaman yg selama ini hanya mereka dengar atau baca dari buku atau sumber lain,kini benar-benar akan mereka alami sendiri.


Pasangan muda khususnya gadis kebanyakkannya belum mengetahui apa yang harus dilakukan saat menghadapi malam pertama .Mereka biasanya takut dan membayangkan rasa sakit ketika melayari malam pertama .

Perkara sebaliknya pula dirasakan oleh si teruna,dlm debar mereka biasanya tidak sabar utk mengalami sendiri peristiwa yg akan diingati seumur hidup.Sikap terburu-terburu pada malam pertama tanpa memikirkan perasaan pasangan mampu menghilangkan nikmat yg sepatutnya dirasai bersama pada malam pertama pengantin baru berlangsung dgn penuh nikmat, beberapa perkara harus diberi perhatian.

Persiapan Fizikal
Sudah siap sediakah keadaan fizikal anda utk menghadapi malam pertama. Khususnya kaum wanita.Pengantin perempuan biasanya lebih penat memandangkan selalunya mereka tidur lewat sehari sebelum majlis perkhawinan berlangsung dan harus bangn awal utk persiapan hari perkhawinan.

Maka ada baiknya jika sang suami melihat dan bertanyakan keadaan fizikal isterinya sebelum melakukan’aktiviti’. Malam pertama tidak semestinya harus dijalani pada malam sesudah majlis perkhawinan, sekiranya pasangan kepenatan,apa salahnya menunggu keesokan harinya, Setelah keduanya sudah bersedia laluilah malam pertama.

Persiapan Mental
Bagaimana dgn persiapan mental dan psikologi anda? Apakah anda sudah benar-benar siap sedia utk malam itu? Sering kali kenikmatan malam pertama tidak dapat dirasakan dengan maksimal kerana ketidaksediaan mental dan psikologi dari pasangan pengantin baru.

Jika ada salah seorang daripada anda belum sedia secara mental dan psikologi maka seeloknya berterus terang supaya keduanya bahagia dengan malam pertama yg bakal dilalui.

Cukupkah Ilmu Di Dada?
Hubungan suami isteri bagi pengantin baru adalah bidang baru yg perlu dipelajari lebih lanjut.Ibarat anda akan ke satu destinasi. Kalau sebelum sampai,anda hanya mendengar,kali ini anda akan melihat sendiri tempat tersebut.

Jadi sebaiknya bekalkan diri anda dengan pengetahuan yg memandai tentang hal ini. Pengetahuan ini akan memberi panduan utk melakukannya dengan betul dan seterusnya mencapai kepuasan. Suami harus tahu bahawa isterinya memiliki respons yg berbeza. Lelaki jauh lebih mudah terangsang, sedangkan wanita memerlukan waktu yg lebih lama.sekiranya suami mengetahui hal ini nescaya mereka tidak akan terburu-buru.

Tahu Bahagian Tubuh Yang Sensitif
Apakah anda telah tahu tentang ‘errogenous zone’ (bahagian tubuh yg sensitive terdadap rangsangan) pada diri anda dan pasangan? Pengetahuan tentang hal ini akan memudahkan suami memahami sama ada isterinya sudah bersedia atau tidak.Namun bagi isteri utk mengetahui apakah suaminya telah bersedia atau belum tantu jauh lebih mudah,bukan?

Jangan Makan Berlebihan
Saranan ini lebih ditujukan kepada pengantin lelaki. Sebelum menikmati malam pertama sebaiknya anda jangan makan terlalu banyak (terlalu kenyang). Jika anda makan terlalu banyak maka akan terjadi adalah sebahagian besar darah akan berkumpul dibahagian perut anda utk membantu proses percernaan makanan.akibatnya anda tidak akan mencapai ‘ketegangan’ yg dikehendaki dan seterusnya yg membuatkan anda dan pasangan tidak mencapai kepuasan dalam hubungan seksual.

Tinggalkan Kenangan Yang Indah
Peristiwa di malam pertama akan meninggalkan kesan yg mendalam.Ia akan menjadi kenangan indah buat pasangan suami isteri. Untuk itu, pastikan anda melakukannya dengan penuh kelembutan dan tatatertib supaya yg ditinggalkan adalah kenangan indah semuanya .

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Tangan..Usah Dikau Terbakar Di Sana

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Indahnya 2 tangan yang mempunyai 5 jari setiap satunya.Subhanallah..inilah nikmat yang agung.Tanpa ibu jari,kita gagal utk memegang segala harta benda..kurangnya satu jari,kehidupan menjadi sukar..kurangnya 1 jari kaki,langkah kaki menjadi tidak teratur..


Maka nikmat Tuhan yang manakah lagi yang ingin kamu dustakan..

Jasad yang kepenatan,di rebahkan ke sebuah kerusi di hadapan pasaraya Guardian di shoping Kompleks..Menantikan sahabat mencari sesuatu di dalam.Alhamdulillah,kaki dan badan serta fikiran dapat di rehatkan seketika.Halwa telinga di sulami dengan lagu-lagu bingit dari gerai-gerai jualan hanphone buatan Malaysia.

Erk!!!....mengapa mereka buat begitu…??..tolong..tolong..tolong mereka..tolong mata ini…Habislah syaitan bersorak gembira.

Ya ALLAH..bantulah mereka..

Wanita..jangan jatuhkan harga dirimu yang mahal.Membiarkan tanganmu di sentuh,digengam erat penuh kasih sayang palsu bertopengkan nafsu.Dipeluk mesra oleh buaya-buaya ganas kelaparan.

Seketika..datang lagi..dan datang lagi pasangan seterusnya..Berjalan menghampiri pasangan lain,semakin menjalar pula tangan-tangan itu.Masya-ALLAH..semuanya melayu dan beragama ISLAM.Di mana ISLAM itu mereka letakkan.ISLAM is deen…Not just religion.!

Wahai anak muda ISLAM…tidakkah engkau fikirkan masa depan bakal anak-anakmu kelak?..Anak-anak yang bakal lahir dari kasih sayang berasaskan nafsu syaitan..nafsu keseronokan..bukannya dari CINTA suci Illahi?

Dan akhirnya anak-anak itulah yang akan menerima nasib dari sebuah perkahwinan yang telah di cemari dengan noda-noda hitam.

Bagaimana pula dengan tanganmu itu?Dapat terlihat dosa-dosa hitam mencurah-curah menitis dari jari –jemari yang mengengam yang bukan halal bagimu..Tangan yang ALLAH berikan sebagai amanah melakukan ibadah,engkau dustakan dengan melakukan dosa besar.

Tidakkah engkau tahu,setiap yang dilakukan walaupun sebesar zarah akan di hitung?walaupun mungkin dosa yang engkau lakukan telah lama sekali sehingga terlupa akan kejadiannya..

Setiap material di sekeliling..dinding,kerusi,meja,ayam goreng,ais krim,sudu,garfu akan menjadi saksi ALLAH,dan ALLAH akan menjadi pendakwa raya…

Aku sedar…dan yakin..anda semua tahu..wahai anak muda.Tetapi di butakan mata demi meraih cinta penuh nafsu.Jiwa Remaja yang mencari kebahagiaann.

Mungkin juga dikau ingin lari dari keadaan dosa ini..tetapi tidak mampu kerana wujudnya si pujaan hati di sisi yang sentiasa menyokong dan memeluk erat penuh ‘kasih sayang’ .Menjadi pelindung bagi wanita.Adakah mereka juga mampu melindungimu di sana kelak?

Duhai tangan…usahlah dikau terbakar di sana..

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Memo Untuk Anak Penzina..Kemuliaanmu Di Sisi Tuhan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Aduhai anak penzina,

Kau lahir kedunia.Dikeji.Tanpa dipinta,kau terpaksa

Menyusuri dunia yang zalim.Meniti hari demi hari dengan memijak

Sembilu dan duri.Tusukannya tajam menikam.

Maruahmu tercalar kerana dosa orang lain.

Hapuskanlah air matamu.Dengarkanlah bicara ini hanya untukmu.


Biarpun sejijik mana dirimu pada pandangan masyarakat,jangan sesekali kau memandang jijik pada dirimu sendiri.Kau berhak manjadi manusia terhormat.Jangan kau sendiri menghukum dirimu keji,dan jangan sesekali mencampakkan dirimu dalam kekejian..Ingatlah,sedikitpun kau tak meawarisi dosa penzina.Fitrahmu tetap suci bersih.

Ku terdengar jeritan batinmu. “Kenapa ALLAH menyeksaku begini?..Tanpa noda dan dosa,lahir dipersenda.Ahh..dunia penuh aniaya!”Kau merintih sayu saban hari.Pilu hatiku bila melihat kau terus berduka sambil mempersoalkan keadilan Yang Esa.

Lebih pilu hatiku bila kau turut memilih jalan hidup yang hina semata-mata sebagai tanda protes pada-Nya.Ramai anak penzina membawa keturunannya menjadi penzina seperti ibunya.Nauzubillah! Aku tak mahu ia turut menimpa dirimu.

Dirimu berhak berada di kedudukan terhormat,biar sehina manapun insane yang melahirkanmua.Jadilah terhormat di mata masyarakat apatah lagi terhormat pada pandangan ALLAH.Plihlah kehormatan bukan kehinaan.

KETAHUILAH DUHAI ANAK-ANAK YANG MULIA..

Bukan ALLAH yang zalim padamu.Maha suci ALLAH dari sebarang kezaliman.Segala yang datang dari-Nya pasti ada hikmah tersirat.Sebaliknya,penzina itulah yang berdosa terhadapmu dans eluruh keturunanmu.ALLAH sudah menunjukkan jalan,sudah member panduan,sudah membuka peluang,namun penzina itu tetap memilih jalan maksiat.Sungguh jijik dosa penzina!!

Damaikan hatimu duhai anak..

ALLAH Maha Penyayang.Dia mengujimu menjadi anak penzina kerana Dia tahu kau mampu menghadapinya.ALLAH mengetahui kemampuan kita lebih dari kita sendiri.Dia pasti membeli kesabaranmu dengan harga yang tinggi.Ganjaran syurga menanti di akhir setiap penderitaan hidupmu jika kau yakin pada-NYA....YAKINLAH!!.Hanya itu kesudahan terbaik yang menjadi impian setiap org beriman

Ketahuilah..ALLAH memilihmu!!

DIA ingin kau mengerti betapa pedihnya dosa penzina mengazab org lain.Utk apa kau mengerti?Supaya di dunia fana ini,kau tidak mengulangi kesilapan yang sama.Supaya dirimu tidak terjebak ke lembah kotor itu.Sejarah hidupmu akan menyebabkan kau lebih matang berhadapan kehidupan.Kematangan itu hadiah berharga dari Tuhan.

Ya..ALLAH melihatmu!

Pernahkah kau terfikir?ALLAH telah memilihmu menjadi anak penzina mungkin agar kau bangkit menyedarkan masyarakat tentang kejijikan zina.Agar kau mengoncang masyarakat yang hidup mereka jauh daripada petunjuk wahyu.Agar kau suluhkan mereka pintu menuju hidayah ALLAH.Kemudian dengan ‘asbab’itu,DIA melimpahkan ganjaran pendakwah buatmu..

Dakwah itu kerja mulia para nabi dan projek mega umat Islam.Dan akhirnya dengan ‘asbab’itu juga DIA memilihmu untuk ganjaran syurga.Senyumlah,pada janji-janji ALLAH yang menanti dirimu..

Tabahlah duhai anak!!

Lupakan duka hatimu.Jadilah penawar duka masyarakat.Atau sekurang-kurangnya jadilah penawar kepada insane yang melahirkanmu agar kembali ke pangkal jalan.Usah berdendam terhadap dirinya kerana dendam itu tidak menyumbang pada kebahagiaan.Pandanglah dirinya sebagai musafir dunia yang keliru mencari jalan pulang.Pandanglah dirinya dengan kacamata dakwah dan kasih sayang.Akuilah,dia tetap ibumu.Sampai bila kau ingin menghukum dirinya dengan keterlanjuran silam?Mungkin saat ini,dirinya sedang merindui taubat..Bantulah ia…

Duhai anak-anak yang dicintai..

Pulihkan keyakinan dirii.Penilaian dirimu terhadap dirimu sendiri jauh lebih penting daripada pandangan orang lain terhadap dirimu.

Terukanlah melangkah dengan kecekalan hati.Bangkitlah membina kemajuan diri.Celikkanlah masyarakat akan kemuliaan dirimu.Celikkanlah masyarakat akan indahnya hidup Bertuhan.Celikkanlah masyarakat akan keadilanj-NYA..

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Pesan Rasulullah - Penyakit Umat Islam Akhir Zaman

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 1 comments


Sabda Rasulullah s.a.w, "Apabila umatku telah membuat 13 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka itu:

1) Apabila kekayaan negara hanya dimiliki oleh golongan tertentu sahaja.
2) Apabila amanah dijadikan sebagai sumber untuk memperolehi keuntungan.
3) Zakat dijadikan hutang.
4) Suami yang taat pada isteri.


5) Anak menderhakai ibu bapa, sedangkan ia baik dengan teman-temannya, dan menjauhkan diri dari ibu bapanya.
6) Suara-suara ditinggikan dalam masjid.
7) Seseorang dimuliakan kerana kejahatannya.
8) Arak diminum dimana-mana sahaja tanpa kawalan.
9) Ramai lelaki memakai sutera.
10) Artis-artis disanjung tinggi.
11) Orang yang paling hina di kalangan sesuatu kaum diangkat sebagai pemimpin.
12) Banyak jenis muzik dimainkan.
13) Dan generasi umat Islam kini menyalahkan umat Islam terdahulu" - riwayat At-Tirdmizi

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter