Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Percikan Api Neraka?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, February 1, 2010 0 comments


Pernah tak demam masa kita zaman budak-budak dulu? Mesti pernah dan apa yg mak kita akan buat? Bawa kita pergi jumpa doktor atau mak sendiri jadi doktor di rumah? Ada tak mak kita ambil tuala kecil, kemudian rendamkan dalam air asam jawa, pastu mak kita pun letak atas dahi kita. Ada tak? Semestinya ada. Betul tak wahai sahabat-sahabat sekalian?


Jadi di sini saya nak kongsi sedikit tentang ilmu FIQH PERUBATAN.


APA PETUNJUK RASULULLAH S.A.W UNTUK RAWATAN DEMAM?

1. Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.


2. Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.


3. Daripada hadis Nafi' bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.


4. Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa'ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: "Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.


Last but not least, rupa-rupanya petua orang-orang tua dahulu sebenarnya sesetengahnya ada tertulis dalam hadis Nabi s.a.w. Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya: "Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati".

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Hubungan Intim Waktu Pagi. Petang atau Malam?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Bila bercakap tentang waktu untuk hubungan intim, rata-ratanya ramai memilih malam hari. Tapi sedarkah anda bahawa seks sebenarnya tidak semestinya dilakukan dl waktu bulan menjelma. Anda masih punya pilihan lain iaitu pagi dan petang. Namun menurut pengkaji sememangnya terdapat perbezaan antara hubungan intim yang dilakukan dl waktu pagi, petang dan malam.. Berikut adalah kelebihan dan kekurangannya, telitikan dan pilihannyaterserah pada anda. Waktu Tengahari Waktu siang selalunya dikatakan waktu untuk berehat sebentar setelah melakukan kerja dari pagi hingga tengah hari. Pada waktu ini biasanya orang akan merasa bebas dari beban kerja, sehingga tidak ada faktor yang akan menghalang fungsi seksual. Tapi selalunya suasana tengah hari yang terang benderang dan panas merupakan suasana yang tidak selesa dalam mem-berikan rangsangan seksual. Selain itu rasa kepenatan yang dirasai setelah ejakulasi biasanya menimbulkan rasa ngan-tuk, dan boleh menjadi gangguan untuk anda menerus-kan pekerjaan. Waktu Malam Suasana hening, redup dan tenang, teru-tama kalau anda tinggal jauh dari kota memberi-kan ketenangan sekali gus rangsangan seksual. Biasanya mereka yang sudah terlepas dari beban aktiviti harian akan mudah merasai ghairah seksual. Di samping itu orgasma dan kepuasan seksual umumnya menimbulkan sensasi dan hormon adrenaline yang membuat ngantuk setelah bersama akan membuatkan anda mampu tidur dengan nyenyak. Waktu Pagi Pada waktu pagi, tubuh dan fikiran masih segar setelah tidur nyenyak semalam. Tentu saja kesegaran ini akan mendorong anda untuk melakukan hubungan seksual yang lebih memuaskan.Di waktu pagi atau menjelang pagi, golongan lelaki khususnya sering kali masih menyimpan sisa ereksi spontan yang berlaku ketika tidur pada malam hari. Ereksi spontan itu kerap kali menjadi rangsangan yang lebih membangkitkan dorongan seksual golongan ini. Selain itu hubungan yang dilakukan pada pagi hari akan berjalan dengan lancar dan lebih mengghairahkan kerana kedua belah pihak masih dalam keadaan segar. Bagaimanapun, perkara sebaliknya juga harus difikirkan, suasana pagi selalu dikaitkan dengan persiapan kerja dan memulakan kerja. Waktu ini sering menimbulkan rasa tidak tenang dan tergesa-gesa Jningga akan menghalang fungsi seksual, malah jika berlangsung ^pun ia tidak akan memuaskan. Apatah lagi setelah orgasma, kerap kali rasa mengan-tuk dan lelah akan dirasai. Sudah tentu dengan keadaan ini menyebabkan anda tidak dapat memberi tumpuan pada kerja. Lebih buruk lagi anda mungkin terus menjadi malas untuk pergi bekerja, atau terlambat masuk kerja. Namun sebenarnya sekiranya anda mampu benar-benar berfikir tentang kebaikan melakukan seks di pagi hari, maka badan dan fikiran anda akan terasa lebih segar dari biasanya. Semuanya kerana anda telah memulai hari baru dengan sesuatu yang menyeronokkan. Namun ada juga pasangan yang merasai perkara sebaliknya. Setelah penat bekerja di waktu siang ada yang merasai keletihan di malam hari. Keletihan ini menjadi penghalang fungsi seksual anda sehingga aktiviti seks tidak berjalan lancar dan memuaskan. Bila perkara ini terjadi, anda akan berhada-pan dengan gejala psikosomatik yang antara lain menyebabkan kesukaran tidur. Kesulitan tidur akan mengganggu aktiviti fizikal dan mental anda untuk melanjutkan aktiviti keesokan hari-nya. Mana satu pilihan anda? Pagi, petang atau malam? Tapi sebelum memilih, ada baiknya anda meminta persetujuan daripada pasangan anda. Variasi melakukan hubungan seksual pada waktu yang berbeza-beza sebenarnya akan memberikan sensasi erotik yang lebih memuaskan berbanding anda melakukannya pada waktu yang sama saja.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Gosok Jangan Tak Gosok

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments
Print

Hakikat Persahabatan Lelaki Dan Wanita

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments


Firman Allah : “Dan berilah peringatan, kerana peringatan itu amat bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.”

Persahabatan Jejaka dan Wanita (“Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”)
Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya.


Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali.Mesti ada kemungkinan walaupun pada kadar yang sedikit.

Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal. Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat.

Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan “Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”. Ketika itu sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.

Berhentikan Proses Seterusnya!!! (Saling rindu-merindui...)
Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dihormati, jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah disusuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasullulah SAW).

Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. “Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak ia menjadi suamiku. Tapi semua itu aku simpan di dalam hatiku”, Kata Fatimah. “Kalau begitu engkau menyesal menikahi aku?”, tanya Ali. “Tidak kerana pemuda itu adalah engkau”, Jawab Fatimah.

Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh “menghinggapi sesiapa sahaja” termasuk orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak mungkin dihindari. Oleh itu tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui....

Sudah terlanjur digosipkan...
Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah sesuatu yang abstrak. Kita tidak mampu mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati “berdegup” hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan untuk bergaul bebas.

Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah salah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmahan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera hentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jagalah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon dan seumpamanya. (zaman teknologi kini, melalui SMS)

Jangan Terperangkap
Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan penjana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendalikan dengan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.

Sebagaimana yang berlaku pada Ibnu Abbas, ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu bersabda : “Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain.”
Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti “tazkiyatun nafs” (penyuciaan jiwa) perlu dimainkan. Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah, jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang-orang yang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman Nya: “Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang biasa lahir daripadanya...”
[QS. An-Nuur: 31-32]

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesungguhnya jika ini tidak dapat dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Bojeng Daaa

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments







Biasa la cuti hujung minggu..gunting rambut anak laa..yg nak gunting sorang aje..pi kedai satu rombongan..bg sokongan moral la tu..hehheheee


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter