Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Sebab Suami Jadi Pendiam

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, February 8, 2010


Seorang wanita mengadu kepada seorang kaunselor mengenai sikap suaminya yang menjadi pendiam dan sukar diajak berbual selepas berkahwin. Peliknya, ketika bercinta dahulu, rancak pula si suami bercakap dan pelbagai topik dibangkitkan hinggakan kadangkala si isteri tidak berpeluang bercakap.


“Apa sudah jadi dengan suami saya,” kata wanita itu sambil menunjukkan gambar suaminya kepada kaunselor berkenaan.

Kata wanita itu, suaminya seorang lelaki yang baik, malah dia tidak pernah mengabaikan keperluan rumah tangga termasuk anak-anak, cuma yang merunsingkannya ialah dia (suami) terlalu pendiam dan lebih banyak membuat hal sendiri seperti membasuh kereta, menanam bunga atau memelihara ikan.

Perkara ini bukan hanya dialami wanita berkenaan, malah isteri lain hinggakan mereka putus asa dan membiarkan suami dengan sikap pendiam asalkan rumah tangga bahagia. Namun, ada juga wanita yang mengambil kesempatan daripada sikap suami sedemikian untuk menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Masalah ini harus dilihat daripada pelbagai sudut, mungkin suami bosan dengan kerenah isteri yang asyik membebel dan bercakap tidak berhenti-henti tanpa mengira tempat dan keadaan. Justeru, si lelaki memberontak dengan mengambil sikap mendiamkan diri.

Dalam perbualan di antara lelaki dan wanita, pihak isteri paling banyak mengajukan pertanyaan. Wanita menganggap dengan bertanya ia sebagai suatu cara untuk memelihara jalan penyelesaian.

Sementara itu, si lelaki menganggapnya sebagai tindakan isteri terlalu mengambil tahu secara berlebihan atau kongkongan. Bagi lelaki, mengajukan terlalu banyak soalan dianggap masuk campur urusan orang lain.

Golongan lelaki lebih gemar mengemukakan komentar negatif berbanding wanita. Sikap begitu membuat wanita kesal dan mempengaruhi diri wanita lalu mereka mengeluh, “suamiku tidak pernah mahu mendengar kata-kataku”.

Ramai wanita menganggap komen negatif suami sebagai serangan terhadap diri mereka sedangkan lelaki beranggapan perkara itu perbualan normal dan wajar.

Wanita biasanya meluahkan masalah agar suami memberi bantuan dan semangat baru. Manakala suami cenderung mendengar isterinya meluahkan masalah dan menganggap ia sekadar meminta nasihat penyelesaian dan bukan meminta simpati.

Suami adalah ketua rumah tangga. Namun, kadangkala dia tidak lebih daripada hanya mendengar daripada bercakap. Apabila suami bercakap mengenai sesuatu hal seperti masalah di pejabat, si isteri sepatutnya cuba menyesuaikan topik itu bukannya bercakap hal lain. Ini menyebabkan suami bosan dan lebih suka berdiam diri.

Sebagai wanita, tidak rugi jika sekali-sekala anda mengalah dan mendengar apa yang dicakapkan suami daripada anda bercakap hal lain.

Jika anda tidak berminat dengan apa yang dicakapkan suami, cukup sekadar memberi isyarat dengan reaksi muka atau gerakan apa sahaja bahawa anda masih mendengar perbualan suami anda.

Tahankan keinginan untuk memberi pendapat sehingga suami anda habis bercakap. Ini untuk menunjukkan anda pendengar yang setia dan sanggup berkongsi apa sahaja untuk kebahagiaan keluarga. Isteri yang banyak menyampuk dan berlakon bijak menyebabkan suami bosan.

Sebagai isteri, anda boleh bertanyakan hal atau suasana pekerjaan suami di pejabat. Ada suami yang suka isterinya berbuat demikian daripada isteri lebih banyak bercerita apa yang dilakukan di pejabat bersama rakan-rakan.

Jangan berbual sesuatu topik yang hanya anda tahu sedangkan suami tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu. Ini membuatkan suami cepat bosan dan menganggap anda hanya mahu menunjukkan ego sebagai wanita yang berpelajaran dan berjawatan tinggi.

Jika suami lebih minat berbual mengenai kereta daripada berbual mengenai dunia sains dan teknologi, tidak mengapa anda melayan selera suami anda daripada terus berbual dan berakhir dengan kebosanan di pihak suami.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter