Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Bantu Anak Membina Kreativiti Minda

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, January 20, 2010


SIFAT ingin tahu, spontan atau mempamerkan bakat semula jadi antara ciri yang ada pada anak-anak. Selain itu, anak-anak juga cepat tertarik pada perkara baru.Ibu bapa mungkin mengetahui atau menyedari ciri-ciri itu pada anak mereka dan tidak keterlaluan jika dikatakan si anak mempunyai kreativiti secara semula jadi. Jika menyedari anak memiliki sifat sedemikian, apa salahnya mencari kaedah mendidik di samping mempertahankan kebolehan mereka. Ada di kalangan ibu bapa menjerit-jerit apabila si anak menconteng dinding atau mencalar buku kakak dan abang semata-mata menunjukkan minat melukis.


Ibu bapa harus mengembangkan atau membawa hala tuju anak-anak ke arah yang lebih positif supaya mengenal pasti minatnya yang sebenar.

Panduan berikut mungkin dapat membantu ibu bapa menangani atau mengenal pasti sifat anak-anak sehingga dapat mengembangkan bakat mereka ke peringkat maksimum.- Adakah kita menerima segala kelebihan dan kekurangan anak? Adakah kita menghargai kelebihannya dan membantu anak mengatasi kelemahannya? – Adakah kita menyedari setiap individu unik, tidak sama dan tidak akan dapat disamakan dengan anak orang lain? – Tahukah anda kreativiti mempunyai banyak dimensi dan mungkin dimensi kreatif anak anda tidak sama dengan anda? – Sudahkah anda mengenal pasti minat dan bakat anak anda satu persatu?- Adakah anda memberi dorongan apa yang dilakukan si anak atau marah kepada mereka? – Adakah anda memberikan perhatian kepada apa yang mereka buat, contohnya cuba melakukan aktiviti bersama? – Adakah anda sering memperkenalkan perkara baru kepada mereka atau rela menyembunyikannya?

Adakah anda berinteraksi dengan anak-anak sama ada cara santai atau buat-buat marah? – Adakah anda memberi ruang waktu, tempat dan kemudahan termasuk bahan-bahan supaya anak menjadi lebih kreatif? – Pernahkah anda memberikan projek khusus berkaitan minat supaya daya kreatif mereka dapat dipraktikkan?- Adakah selama ini anda berminat dengan hasil projek mereka atau sekadar minat dengan proses mereka saja? – Adakah anda menilai hasil tangan mereka dari sudut pandangan anda tanpa menggunakan perspektif penilaian anak-anak?

Adakah anda membantu menguatkan lagi kebolehan mereka?Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mempertahankan kreativiti anak-anak. Antaranya ialah:- Membangunkan keperibadian anak dengan kasih sayangBersandarkan kasih sayang, ibu bapa akan menerima anak seadanya. Jangan memaksa mereka menjadi orang lain memandangkan setiap individu unik. Contohnya, Saidina Umar dan Abu Bakar meskipun berlatar belakang agama yang kuat, mereka tetap berbeza. Bagaikan bintang, semuanya akan bergemerlapan. Terang atau tidak sesuatu bintang itu tidak akan menggelapkan cahaya bintang yang lain.

Seperti yang diperhatikan di kalangan sahabat baginda Rasulullah saw, mereka semuanya kreatif tetapi dimensinya berbeza.Salman Al-Farisi misalnya mahir dalam perang parit dan Umar Al-Khattab mahir dalam tertib lalu lintas. Abu Bakar As-Shiddiq pula mahir dalam ekonomi Islam manakala Khalid Al-Walid mahir dalam perang moden.- Memberi motivasi dan semangatSama seperti berpuasa dan solat berjemaah bersama, mengapa tidak melakukan ibadat berkenaan bersama anak-anak untuk mengembangkan lagi bakat mereka?Ibu bapa boleh membantu anak melaksanakan sistem yang dapat mengembangkan bakat dalam dirinya.

Misalnya, memberi ruang waktu mencukupi, tempat atau bilik selesa dan menyediakan bahan diperlukan untuk menampung bakat mereka.Ibu bapa juga boleh membabitkan diri secara bergilir-gilir kerana ada masanya mungkin anak mahu bersendirian membuat kerja mereka dan ada masanya mereka memerlukan anda.Suasana harmoni juga harus dipelihara supaya tidak menyekat kebolehan anak-anak.Apabila segala keperluan sudah disediakan, ibu bapa harus bersikap rasional.

Pastikan tidak menilai anak mengikut perspektif sendiri. Jangan terlalu cerewet kerana ia boleh membantutkan perkembangan anak-anak. Contohnya, apabila anak boleh mengira daripada satu hingga 10, berikan pujian padanya dan ganjaran walaupun dia mungkin mengambil masa untuk mencapai kemajuan itu.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter