Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Analisis Kerjaya Diri

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, November 29, 2009 2 comments


* Analisis Kerjaya Diri Semasa membuat pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan diri, anda perlulah terlebih dahulu mengenali diri sendiri. Jika anda tidak mengenali diri sendiri, anda mungkin akan melakukan kesilapan semasa membuat pemilihan kerjaya. Jika ini berlaku, anda tidak akan dapat mencapai kepuasan dalam apa yang anda lakukan. Salah satu cara untuk mengenali diri sendiri ialah dengan membuat penilaian diri. Anda boleh menggunakan kaedah berikut untuk membuat penilaian diri. Tandakan kotak di bawah mengikut keutamaan. Minat Tidak Minat Komen anda

1. Subjek diminati di sekolah

a. Bahasa -Bahasa Melayu -Bahasa Inggeris -Bahasa Tamil -Bahasa Mandarin -Bahasa asing

b. Sastera Sejarah Geografi Kesusasteraan Melayu Pengajian Islam

c. Sains Kimia Fizik Biologi Matematik

d. Subjek Praktikal -Lukisan -Sains Rumah tangga -Sains Pertanian -Perakaunan -Komputer -Kemahiran Hidup -lain-lain


2. Ko-kurikulum

a. Pasukan beruniform -Pasukan kadet -Pasukan pengakap -Pasukan Pandu Puteri -Pasukan Bulan Sabit Merah -Lain-lain

b. Pasukan Praktikal -Kelab Bahas/Pidato -Kelab Kembara -Kelab Komputer -Lain-lain

c. Badan Kemasyarakatan -Kelab Interaksi -Kelab Kaunseling -lain-lain


3. Hobi

a. Hobi di dalam rumah

b. Hobi di luar rumah


4. Aktiviti luar sekolah

a. Sukan

b. Kumpulan keagamaan

c. Kumpulan kemayarakatan

d. Kumpulan kebudayaan

e. Pertubuhan kebajijkan


5. Adakah anda suka bertugas

a. Di dalam pejabat?

b. Di luar pejabat?


6. Adakah anda suka bekerja

a. Sendirian

b. Berkumpulan


7. Bolehkah anda bekerja dengan orang lain di dalam satu kumpulan?

a. Ya

b. Tidak


8. Adakah anda suka kerjaya yang melibatkan orang ramai?

a. ya

b. Tidak


9. Apakah motivasi anda untuk bekerja?

a. Gaji

b. Kepuasan kerja

c. Kebajikan/Perkhidmatam


10. Mahukah anda habiskan sebahagian besar hidup anda pada satu pekerjaan sahaja?

a. Ya

b. Tidak


MENENTUKAN KERJAYA MENGIKUT MINAT ANDA Mungkin tiada sesiapa pun pernah terfikir mahu menjadi seorang aktuari, penganalisis sistem, ahli psikologi, atau pakar nuklear kerana jawatan sebegini tidak begitu didedahkan kepada kanak-kanak. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi. Antaranya termasuklah kerja sebegini tidak begitu melibatkan orang ramai, kurang permintaan terhadapnya dan diceburi oleh golongan atau kaum tertentu sahaja. Secara umumnya, kerjaya seseorang itu lebih banyak dipengaruhi oleh kecenderungan dan pencapaian akademiknya berbanding dengan faktor lain.

Anda boleh memasuki pasaran kerja melalui beberapa peringkat latihan akademik yang ada di negara kita. Antaranya ialah:


* Diploma/Ijazah Daripada Institusi Pengajian Tinggi. Mereka yang mempunyai ijazah atau diploma daripada institusi pengajian tingi selalunya menjawat jawatan tinggi dan profesional seperti doktor, akauntan, jurutera dan arkitek. Untuk menjawat jawatan seperti ii, kita perlu mengikuti latihan dan pengajian khas yang boleh diperolehi daripada institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.

* Program Politeknik, dan Vokasional. Negara kita ada menyediakan pelbagai program latihan kemahiran vokasional pada peringkat sijil dan diploma seperti teknikal dalam bidang elektronik dan mekatronik. latihan kemahiran seperti in boleh diperolehi daripada institusi vokasional/teknikal tajaan kerajaan atau pusat-pusat latihan badan berkanun dan sektor swasta.

* Program Sektor Awam Anda juga boleh mendapatkan latihan kemahiran jangka pendek dan jangka panjang yang disediakan oleh sektor awam. Antaranya ialah program-program kemahiran belia anjuran Institut kemahiran MARA dan Institut Latihan belia negara (, program-program keusahawanan dan perdagangan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan latihan kejururawatan dan pembantu perubatan anjuran Kementerian Kesihatan.

* Latihan Teknikal dan Profesional Sektor Swasta Latihan kemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan profesional daripada pelbagai institusi pengajian swasta. Ini termasuklah kelayakan profesional daripada institusi pengajian tinggi dan badan profesional luar negara yang bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi swasta dan badan profesional tempatan.

* Latihan Angkatan Tentera atau Polis Latihan angkatan tentera dan polis hanya dikendalikan oleh pihak kerajaan. Latihan polis dikendalikan oleh Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia, sementara latihan ketenteraan pula dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan.

* Belajar sendiri atau Melalui Sistem Jarak Jauh/Gaya Pos Kini, terdapat banyak sekolah dan institusi pengajian tinggi swasta yang menawarkan pelbagai kursus jarak jauh/gaya pos . Cara belajar yang sebegini sesuai untuk golongan yang bekerja atau yang tinggal jauh daripada institusi pengajian yang menawarkan kursus pilihan.


ANALISIS KERJAYA DIRI Semasa membuat pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan diri, anda perlulah terlebih dahulu mengenali diri sendiri. Jika anda tidak mengenali diri sendiri, anda mungkin akan melakukan kesilapan semasa membuat pemilihan kerjaya. Jika ini berlaku, anda tidak akan dapat mencapai kepuasan dalam apa yang anda lakukan. Salah satu cara untuk mengenali diri sendiri ialah dengan membuat penilaian diri. Anda boleh membuat senarai semak dan menandakan mengikut kategori minat/tidak berminat. Anda boleh mencuba senarai semak berikut:


1. Subjek diminati di sekolah

a. Bahasa

* Bahasa Melayu

* Bahasa Inggeris

* Bahasa Tamil

* Bahasa Mandarin

* Bahasa asing


b. Sastera

* Sejarah

* Geografi

* Kesusasteraan Melayu

* Pengajian Islam


c. Sains


* Kimia

* Fizik

* Biologi

* Matematik


d. Subjek praktikal


* Lukisan

* Sains Rumah Tangga

* Sains Pertanian

* Perakaunan

* Komputer

* Kemahiran Hidup dan sebagainya...


2. Ko-kurikulum


a. Pasukan beruniform


* Pasukan Kadet

* Pasukan Pengakap

* Pasukan Pandu Puteri

* Pasukan Bulan Sabit Merah

* Lain-lain...


b. Persatuan Praktikal


* Kelab Bahas/Pidato

* Kelab Kembara

* Kelab Komputer

* Lain-lain...


c. Badan kemasyarakatan


* Kelab Interaksi

* Kelab Kaunseling

* Lain-lain...


3. Hobi


a. Hobi di dalam rumah

b. Hobi di luar rumah


4. Aktiviti Luar Sekolah


a. Sukan

b. Kumpulan Keagamaan

c. Kumpulan Kemasyarakatan

d. Kumpulan Kebudayaan

e. Pertubuhan Kebajikan


5. Adakah anda suka bertugas


a. Di dalam pejabat?

b. Di luar pejabat?


6. Adakah anda suka bekerja


a. Sendirian?

b. Berkumpulan?


7. Bolehkah anda bekerja dengan orang lain di dalam satu kumpulan?


a. Ya

b. Tidak


8. Adakah anda suka kerjaya yang melibatkan orang ramai?


a. Ya

b. Tidak


9. Apakah motivasi anda untuk bekerja?


a. Gaji

b. Kepuasan kerja

c. Kebajikan/perkhidmatan


10. Mahukan anda habiskan sebahagian besar hidup anda pada satu pekerjaan sahaja?


a. Ya

b. Tidak


Dengan membuat analisis jadual ini, anda dapat melihat kecenderungan diri anda. Umpamanya, jika anda berminat menjadi seorang pakar kaji bumi ( anda mesti meminati mata pelajaran geografi, matematik dan sains. Anda juga mesti berminat melakukan kerja-kerja lasak di luar pejabat dan kerja penyelidikan di dalam makmal. Buatlah analisis anda sendiri secara terperinci. Fikirkan dahulu selama seminggu atau dua minggu sebelum membuat sebarang keputusan mengenai kerjaya yang ingin anda ceburi. MENINGKATKAN SIKAP MENERAJUI DIRI Dalam bahagian-bahagian yang lepas, sudah dibincangkan tentang sikap menerajui diri dan hubungan diri dengan pihak lain. Juga telah dibincangkan tentang sikap menerajui diri dalam kelompok manusia atau organisasi.

Dalam bab ini, beberapa petua penting diutarakan sebagai amalan-amalan positif untuk meningkatkan sikap dan pemikiran menerajui diri.


1. Sentiasa amalkan sikap ingin belajar Setiap peristiwa dalam hidup memberi peluang kepada kita untuk mempelajari sesuatu yang baru atau mengukuhkan perkara yang telah kita ketahui. Dalam setiap keadaan, sama ada yang menyenangkan atau kurang menyenangkan, ada sesuatu yang dapat kita pelajari. Semua ini mengayakan diri kita dengan pengalaman untuk menjalani kualiti kehidupan yang lebih baik.

2. Hadapi segala cabaran dalam hidup tanpa menyalahgunakan alkohol, dadah dan perangsang yang lain. Kecuali untuk tujuan perubatan, penggunaan `sokongan palsu' semua di atas perlu dielakkan. hadapi segala-galanya dengan minda positif dan perkuatkan diri. Selagi bahan-bahan tersebut digunakan, selagi itulah kita tidak belajar menjadi positif.

3. Sedari bahawa kapasiti mental adalah begitu besar dan di luar imaginasi kita. berhenti meletakkan halangan kepada kapasiti minda dan kapasiti diri sendiri. Tidak ada sebarang perkara pun yang mustahil selagi kita benarkan diri kita menghadapinya. beri matlamat kepada diri untuk mencapai sesuatu dan berikan tempoh perkara tersebut mahu dicapai. Tumpukan segala perhatian dan anda sendiri akan hairan dan kagum dengan keputusannya.

4. Sentiasa bercakap dengan diri sendiri secara positif. Kita seringkali sibuk bercakap dengan orang lain sehinggakan lupa bercakap dengan diri sendiri. perbualan diri bukan untuk mengeluh tentang nasib malang atau kecelakaan yang menimpa diri tetapi dijuruskan kepada perbualan positif. Ajak diri sendiri menuju kejayaan. Berilah semangat kepada diri sendiri. Anggapkan segala perkara negatif sebagai halangan sementara yang dapat diatasi untuk mengecapi kejayaan.

5. Sentiasa bersikap menerajui diri tentang kesihatan diri. Ramai yang amat teliti dengan barang-barang kepunyaan mereka dan mereka sentiasa berhati-hati menjaga supaya barang-barang tersebut digunakan dengan baik dan tidak rosak. Malangnya, perhatian yang serius tidak diberikan kepada `barang' kepunyaan yang paling berharga iaitu badan sendiri. Sayangilah diri sendiri dengan memastikan kesihatan diri sentiasa terpelihara. Lakukan aktiviti fizikal seperti senaman dan kawal pemakanan untuk memastikan kesejahteraan diri.

6. Sentiasa menimba ilmu. Ilmu ialah kuasa. seseorang yang menerajui diri mempunyai ilmu pengetahuan yang luas bukan sahaja tentang kerjayanya, malah fenomena yang berlaku di sekelilingnya. Sikap rajin membaca dan ingin tahu akan membantu kita menimba ilmu yang banyak.

7. Tuliskan perkara-perkara yang mahu dicapai dan letakkan di tempat-tempat yang strategik. Ini akan mengingatkan diri secara positif untuk mencapai perkara yang diingini itu, setiap kali membacanya. mesej daripada penglihatan akan dihantar ke otak dan pengulangan perkara ini akan terekod di dalam minda. Otak akan sendiri menjana cara untuk mencapai perkara tersebut.

8. Biasakan diri mendengar dan menonton perkara yang membawa perasaan menerajui diri. Menonton filem-filem yang ceria dan mendengar muzik yang menyeronokkan akan membantu diri berehat sambil mengukuhkan perasaan menerajui diri. Amalan menonton cerita-cerita seram dan menakutkan, cerita-ceria sedih, lagu-lagu sedih atau melankolik secara berlebihan akan membawa pemikiran ke arah membatasi diri.

9. Biasakan diri lebih memuji dan elakkan mengutuk. Sentiasa pamerkan sikap mesra dengan orang lain dan juga diri sendiri. Elakkan mengkritik orang secara negatif kerana ini menjadi amalan negatif minda. Pujilah orang lain dan berilah pandangan yang positif dengan cara yang positif. kelemahan seseorang yang diberitahu kepadanya dengan cara halus dan teliti akan membolehkan orang tersebut menerimanya dengan hati terbuka dan berterima kasih.

10. Terimalah segala pujian daripada orang lain dengan ucapan terima kasih. Elakkan daripada terlalu merendah diri keran pelakuan ini jelas kepurapuraan dan negatif. Menerima pujian dengan ucapan terima kasih merupakan satu langkah menjauhkan orang lain yang memberi pujian kepada kita secara sinis untuk tujuan negatif. Terimalah pujian secara positif dan jangan pula bersikap angkuh dan merendahkan diri orang yang memuji kita.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Manfaat dan Kebaikan Susu Ibu

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments


PUJIAN harus diberikan kepada ibu yang memberikan susu badan kepada anak. Walaupun kesedaran mengenai kepentingan memberikan susu badan semakin meningkat, ia masih belum mencapai sasaran. Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 1996 menunjukkan, kadar penyusuan badan hanya sekitar 88.6 peratus dan masih banyak usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan semua ibu di negara ini memberikan susu badan secara eksklusif selama enam bulan.

Penghasilan susu akan bertambah dengan penurunan paras hormon progesteron, iaitu dalam tempoh 30 hingga 40 jam selepas bersalin. Pada ketika ini, badan akan merembeskan prolaktin dan oksitosin (hormon yang menghasilkan susu).

Hisapan puting oleh bayi juga akan merangsang penghasilan susu. Paras prolaktin perlu tinggi untuk membolehkan susu dihasilkan. Bagaimanapun, ada kalanya pengeluaran susu terhenti jika penyusuan tidak berlaku secara sempurna dan susu yang terhasil tidak keluar dari payudara, walaupun paras prolaktin tinggi.


Biasanya bayi hanya menyusu tiga kali dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas kelahiran. Kekerapan ini akan meningkat pada hari kelima dan menurun kembali pada hari ketujuh atau kelapan.
Namun ada cara untuk menggalakkan penyusuan ibu iaitu tidak memberikan puting tiruan kepada bayi. Ia bukan saja tidak membantu, malah menyukarkan bayi untuk menyusu susu ibunya.

Seperkara yang menarik, bayi tidak akan mengalami masalah keracunan kerana susu ibu adalah makanan paling bersih dan steril, walaupun ibu menghidap penyakit. Malah, ia boleh diberi sekerap mungkin selama mana bayi memerlukannya. Beberapa faktor boleh merencatkan penghasilan susu badan iaitu apabila ibu berasa runsing, takut, sakit, malu dan bimbang.


Malah, tabiat merokok dan minum minuman keras perlu dihindarkan sama sekali, baik ketika mengandung atau selepas bersalin. Memberi susu badan bukan saja mendatangkan manfaat kepada ibu dan anak, tetapi kesannya turut dirasai masyarakat. Ibu harus faham, bayi anda berhak mendapat makanan terbaik dan anak tidak sepatutnya diberikan makanan atau minuman selain susu ibu, kecuali atas sebab tertentu.


Manfaat kepada bayi:

* Susu ibu mengandungi protein, lemak dan asid lemak omega 3 yang mudah hadam untuk membantu perkembangan mental.


* Antibodi dalam susu ibu melindungi bayi daripada jangkitan dan penyakit gangguan usus, masalah pernafasan dan jangkitan telinga.


* Susu ibu mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan kanser di kalangan kanak-kanak.


* Kanak-kanak yang diberikan susu badan terlindung daripada masalah alahan.


* Susu badan mengurangkan risiko radang usus bagi bayi pramatang.


* Susu badan juga mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan rahang.


* Memberikan susu badan mengelakkan sindrom kematian bayi secara mengejut.


* Susu badan dikatakan mampu merendahkan risiko diserang penyakit jantung apabila dewasa kelak.


* Anak yang diberikan susu badan kurang mendapat masalah cirit-birit dan ini akan mengurangkan perbelanjaan perubatan.

* Merapatkan hubungan di antara ibu dan anak.


Manfaat kepada ibu:


* Melindungi ibu daripada kanser payu dara dan rahim.

* Membantu mengurangkan berat badan secara semula jadi dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin yang dihasilkan mempercepatkan pengecutan rahim.


* Proses di atas akan mengurangkan tempoh pengeluaran darah nifas.


* Mempercepatkan pemulihan luka selepas bersalin.


* Merendahkan risiko osteoporosis dan masalah jantung.


* Menjimatkan belanja untuk membeli susu formula.


* Pemberian susu badan antara cara merancang keluarga dan dapat menjarakkan anak secara semula jadi.


* Biasanya ibu yang memberikan susu badan akan berasa lebih puas hati dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu.

Manfaat kepada masyarakat:


* Pasangan yang baru mendapat anak masih boleh meluangkan masa untuk bersama keluarga dan masyarakat.


* Mengurangkan kos rawatan, perubatan dan ujian makmal.


* Menjimatkan sumber alam sekitar kerana penggunaan tenaga dan pencemaran dikurangkan.


* Apabila anak sihat, ibu dan bapa boleh menumpukan perhatian kepada kerja dan menjadi lebih produktif.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kisah Syaitan Laknatullah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahwa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."

Lalu Allah S..W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.

Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya. Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."

Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."

Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu. "

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."

Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."

Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."

Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu , baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalam surah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Apa Yang Salah Pada Gambar Ini?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 3 comments




cuba la teka..
apa yg pelik pd gambar ini..
tu pun kalu bijak laaa
dan pantang dicabar...hehehhee

soalan senang aje ni..tak leh jawab..tak tau laa!!..hehheee

TUTUP..DAH DIJAWAB..SYABAS DAN TAHNIAH!!


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Nabi Memakai Cincin

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Adalah Nabi kita Muhammad S.A.W berminat juga memakai cincin. Tetapi cara memakainya itu tidaklah keterlaluan iaitu tidak lebih dari dua bentuk sahaja. Terkadang dipakainya satu sahaja, terkadang di tangan kanan dan ada kalanya di tangan kiri. Ini amat berlainan sekali dengan orang di zaman kita ini, di mana orang di zaman kita ini apabila berminat dengan cincin dipakainya sepuluh jari dengan sepuluh cincin. Wah jauh sekali perbezaannya ya?

Dan adalah cincin-cincin Nabi itu dipebuat daripada perak dan permatanya daripada Akik. Dan pernah sekali Nabi Muhammad S.A.W memakai cincin emas iaitu waktu sebelum diturunkan lagi ayat yang melarang orang laki-laki memakai emas. Kemudian apabila diturunkan ayat itu maka nabi pun segera menanggalkannya dan menyuruh sekalian sahabat-sahabatnya yang memakai cincin emas supaya menanggalkannnya.

Dan lagi adalah Nabi kita Muhammmad S.A.W itu memakai cincin pada jari manisnya yang kanan atau kiri, dan terkadang Nabi juga memakai pada jari kelingkingnya kanan dan kiri. Terukir pada cincinnya itu Muhammad Rasulullah iaitu Nabi mengukir namanya di atas cincin itu, dan perbuatan Nabi itu juga sebagai membolehkan ke atas umat-umatnya mengukir nama si pemakai di atas cincinnya itu, bukan nama Nabi Muhammad Rasulullah sebagai mana yang terdapat dalam hadis Nabi S.A.W:

Ertinya: Diriwayatkan daripada sahabat Nabi S.A.W yang bernama Anas bin Malik RA. Katanya, adalah ukiran atau tulisan pada cincin Nabi Muhammad S.A.W itu tiga baris pertama Muhammad, kedua Rasul dan ketiga Allah.

Dan tersebut di dalam kitab Bahrulmazi, bahawa telah ijmak sekalian umat Fekah, sesungguhnya makruh hukumnya memakai cincin di jari telunjuk atau jari tengah atau ibu jari, kerana Nabi tiada memakai cincinnya pada jari-jari tersebut. Dan makruh juga hukumnya bagi perempuan memakai cincin perak kerana cincin perak itu ketentuan bagi laki-laki.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter