Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Dengan Siapa Kamu Duduk

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, November 25, 2009 2 comments


Barangsiapa yang duduk (mendampingi atau bergaul rapat) dengan 8 macam manusia, akan ditambah Allah baginya 8 corak hidup: 1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya. 2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah. 3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan ( Pemerintah Negara),akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya. 4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya. 5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak- kanak , akan ditambah kesukaannya bermain- maun dan bersenda gurau. 6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat. 7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat' 8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya...

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Apa Yang Salah Pada Gambar Ini?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 6 comments




cuba la teka..
apa yg pelik pd gambar ini..
tu pun kalu bijak laaa
dan pantang dicabar...hehehhee



Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Dilema Cinta Suami Orang

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments


CINTA lahir tanpa diduga apabila hati mula terpikat dengan seseorang lantaran kesamaan minat, sikap ambil berat di samping kekerapan bertemu dan saling mencurahkan rasa.

Pernahkah anda berasa terlalu teruja dengan lelaki sedangkan anda tahu banyak duri yang bakal menghalang perjalanannya?

Barangkali inilah yang dikatakan takdir apabila hati terpaut pada yang sudah berpunya terutama suami orang. Sikapnya yang prihatin, bertanggungjawab, penuh perhatian dan sentiasa di sisi di saat bantuan diperlukan membuatkan hati sentiasa terkenang-kenang.

Lalu bagaimana hendak mengikis perasaan itu kerana anda merasakan bagai bertemu cinta sejati dengan lelaki milik wanita lain?

Jika anda baru belajar menyintai suami orang, renunglah rencana ini yang mungkin sedikit sebanyak membuatkan anda cuak untuk jatuh cinta dengan ‘hak milik orang’ itu.



Si dia tidak berani membuat sebarang komitmen dengan anda

Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya pasti terasa amat gembira dengan kehadiran anda apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh daripada isterinya sendiri.

Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi anda. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan anda tetapi percayalah, itu hanya kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta anda saja.



Sanggup menipu isterinya

Sikapnya yang tidak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada anda sikap sebenar si dia yang tidak jujur.

Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu.

Tambahan pula, anda menjadi punca sebenar si dia menipu isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini pada anda apabila hubungan anda berdua menghadapi masalah dalam hubungan seterusnya.



Hubungan secara sulit

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Membabitkan diri dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan anda kehilangan keyakinan diri kerana anda akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah.

Anda tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana anda akan sentiasa diselubungi perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat anda berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati anda kena serang!



Lelaki lebih beruntung

Apa yang dimaksudkan ialah dia dianggap lebih bertuah kerana pada masa sama, tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam, anda pula kerugian kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah.

Bayangkan, anda tidak boleh menemaninya ke majlis kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Anda hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja.



Mampukah anda mencintainya?

Persoalannya, apakah anda masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya?

Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan anda sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya.

Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain.



Si dia akan hilang hormat

Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada anda dan menarik minat anda, di dalam hati lelakinya dia mungkin akan pandang rendah terhadap wanita seperti anda yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya.

Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar hendak ‘mencuba’ saja. Tidak sangka pula anda benar-benar terpikat. Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.



Anda menipu diri sendiri

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada anda tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya, dan pada masa sama, masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan anda.

Masa itu emas dan jangan mensia-siakannya

Hubungan dengan lelaki yang sudah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun manakala usia anda pula semakin meningkat.

Apabila sudah tua, baru sedar yang anda terjerat dan tidak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, anda sudah tidak tahu apa yang patut dilakukan. Terasa begitu lama anda mempersiakan zaman muda dengan menjalinkan hubungan yang mungkin tidak bermakna.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Pesanan Untuk Orang Cantik

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.

Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Harga Setitis Air Mata

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Pernah menangis? Pasti pernah,bukan? Paling tidak sekali seumur hidup kita pasti menangis,iaitu saat dilahirkan.Saat itu deraian titisan air mata di sudut mata menjadi kebahagiaan orang-orang yang mengasihi kita.Lalu,apakah air mata itu berkait denagn kelemahan?Mungkin ya,tapi mungkin tidak berharga langsung.

Seseorang lelaki yang menangis kerana kekasihya telah pergi meninggalkan dirinya-boleh jadi air matanya seketika itu tidak berharga sama sekali.Demikian juga linanganair matawanita yang"mengorbankanharga dirinya" kepada si Romeo-sang pemetik cinta,Justru pada saat cinta mereka sebenarnya belum diikat dengan ikatan suci,maka pada saat itu,air mata hanyalah sia-sia.

Namun air mata juga boleh menjadi sangat berharga.Di dunia, sebagai contoh,air mata boleh menjadi tema tulisan yang laku dijualdan menjadi tema yang tidak pernah henti-hentinya mengalir ke benak kebanyakkan penulisnya.

Pernahkah anda tahu buku-buku yang yang pernah laris di Jepun?Diantara buku-buku yang terlaris adalah"Gotan Fumanzaku"-karya autobiografi Hirotada Otutake,seorang lelaki yang lahir tanpa kaki dan tangan,namun tetap bersemangat dalam hidupnya.Menamatkan studinyadi University Waseda dan pernah menjadi penyampai berita sukan di televisyen.

Buku yang lain iaitu "Pakara Anata Moikinuite "- seorang autobiografi Mitsuyo Ohera,seorang wanita yang sering jadi bahan guraauan ketika di sekolah menengah.Ohira San pernhcuba bunuh diri ketika remaja,menikah dengan seorang gangster pada usia 16 tahun.Bercerai, namun kemudian berhasil bangkit dari masa lalunya.Dan kini menjadi pengacara.Kisah-kisah tragis seperti ini dan mengalirkan air mata juga banyakdiminatai masyarakat pembaca di Jepun.

Air mata memang ibarat hujan yang jatuh dari langit padahati yang tandus,gersang dan kering kontang.Ia boleh melembutkan hati dan jiwa yang keras seperti batu.

Dalam islam air mata sangat berharga nilainya saat penyesalan,kerinduan kepada manusia-manusia yang tawahu.Menyiram kegersangan taman hati dan jiwa,serta kalbu yang gersangdenagn nistahingga perlahan pupus,bagaikan debu-debu yang hanyut terbawa arus oleh butiran-butiran doa yang diminujatkan kapada-Nya.

Mahal... ... .Amat mahal harga titisanair mata yang mengalir saat kusyuk menghadap-Nya.Bahkan salah satu dari dua titisan yang disukai Rasulullah S.A.W adalah air mata yang mengalir kerana rasa takut dan rindu kepada allah S.W.T.Bagindakekasih allah menangis menumpahkan air mata kerana penuh harap untuk berjumpa dengan-Nya.Syidina Abu Bakar r.a pun sentiasa menangais ketika menunaikan solat.

Seorang mujahid serta sekali gus mujahid yang pernah hidup di dunia ini, Hassan Al Banna juga pernah mengalirkan airmatanya kerana memikirkan umat ini.Betapa beliau menginginkan agar umatmengetahui bahawa merekan lebih dicintai daripada dirinya sendiri.Betapa bangganya beliau ketika jiwa0jiwa ini gugur sebagai penebuskehormatan mereka,atau menjadi harga bagi menegaknya kejayaan,kemuliaan dan terwujudnya cita-aita islam.Rasa cinta yang menyentuh hati menguasai perasaan bahkan mencabut rasa rasa mengantuk di pelupuk mata hingga mambuat beliau mengalirkan air matanya.Air mata yang mengalir kerana menyaksikan bencana meruntuhkan umat ini,sememtara kita hanya sanggup menyaran pada kehinaan serta pasrah pada keputusan.

Lalu bagai manakah genagn kita? Tatkala lahir kita menangis,namun orang di sekeliling kita ttertawa bahgia kerana menyambut kelahirankita.Namun orang-orang yang kitatinggalkan menangis pada saat kita menutup usia,saat itu apakah kita juga turut manangis,atau tertawa bahgia kerana akan bertamu denagn Allah S.W.T.?Adakah amal kita lebih banyakdari dosa yang kita lakukan selama hidup di dunia yang singkat ini?Adakahprestasi kita hanya lahir,hidup,mati kemudian dilupakan orang,bahkan oleh orang-orang yang terdekat kita? Lalu setelah itu pasrah,rebah bertilamkan tanah,cemas menanti pengadillan akhir yang pastitiba.

Semoga Allah S.W.T menjadikan air mata yang jatuhdi sudut mata kita adalah air mata yang gelap ini untuk mudah tembus cahaya illahi Rabbi.

Semoga air mata ini kelak tidak menjadi titisan darah kerana letihnya kita berteriak dan mengetu pintu syurga yang telah tertutup rapat setelah pengadilan itu nanti.

Sesungguhnya,titisan air mata di dunia ini adalah lebih baik bagi kita berbanding menangis di akhiratnanti-menangislah sebelum datang hari dimana kita semua akan ditangisi,kerana itu pasti terjadi.

Ya Allah yang manusia harus takuti,lindungilah kami dari lembah maksiat ,sampai kami keluar dari dunia,tidak membawa beban walau sebesar zarah.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter