Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Jangan Dipandang Remeh

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Sunday, October 4, 2009 0 comments

"Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bertanya kepada iblis, " Wahai iblis, siapakah orang yang paling kamu suka?". Jawab iblis dengan panjang lebar : " Orang yang sangat aku suka ialah lelaki atau wanita yang tidak mahu mencukur bulu ari-arinya (kemaluannya) dalam tempoh 40 hari. Aku akan duduk di situ mengecilkan diriku seperti kutu. " Aku membuat sarang di sana, dan aku juga bergantung dan berbuai-buai pada bulu ketiaknya yang tidak dicukur atau tidak dicabut dalam masa 40 hari". Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. mengingatkan : " Di antara naluri manusia ialah berkumur-kumur, membersihkan hidung dengan air, mencukur misai, bersiwak (membersihkan gigi), memotong kuku, mencabut bulu ketiak, memotong bulu kemalaun dan berkhitan". (Riwayat Imam Ahmad)."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Suami Curang

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Lelaki hanya mampu berlaku curang untuk tempoh yang singkat kerana tidak mampu hidup berpura-pura.

Sesetengah wanita suka berjanji temu dengan lelaki yang sudah beristeri kerana faktor risiko dan keseronokan. Perkara ini memang menyedihkan.

Ini tidak adil kepada si isteri dalam perkahwinan tersebut apabila wanita lain dalam diam sedang ‘mencuri’ suaminya.

Isteri berkenaan merupakan mangsa tidak bersalah dalam seluruh perhubungan terlarang yang dilakukan oleh suaminya.

Isteri itu juga tidak layak melalui bebanan kepedihan emosi yang melampau menerusi penipuan suami dan kekasih barunya itu.

Apabila seorang wanita terlibat dengan suami orang, perbuatannya itu didorong oleh niat jahat dan dia tidak peduli apa yang akan berlaku ke atas hubungan suami isteri berkenaan.

Wanita itu juga tidak peduli bahawa ‘kekasih’ dan isterinya itu sudah lama bernikah memandangkan dia adalah penyebab kerosakan rumah tangga mereka.

Wanita ini juga lazimnya cuba memperbetulkan tindakannya dengan menghancurkan perkahwinan suami dan isteri itu dengan berlaku curang.

Kebanyakan wanita yang melakukan perbuatan curang dengan lelaki yang telah berkahwin juga hanya melakukannya demi kuasa.

Kuasa untuk menjauhkan lelaki daripada isterinya. Tetapi kadang kala ia tidak berjaya. Ini berlaku dengan kerap apabila si lelaki tidak menceraikan isterinya.

Sebaliknya, lelaki tersebut akan kembali ke pangkuan isterinya dan cuba memperbaiki perkahwinan mereka. Dalam kes tertentu, terdapat wanita yang berlaku curang dengan lelaki yang dia sendiri tidak tahu sama ada sudah berkahwin atau belum.

Ini kerana ramai lelaki yang sudah berkahwin menipu mengenai status sebenar mereka.

Lama-kelamaan, perasaan bersalah akan menyelubungi sama ada lelaki atau wanita yang curang.

Salah seorang akan menghentikan perbuatan tersebut jika mereka benar-benar rasa bersalah melakukannya.

Sesetengah lelaki hanya mampu berlaku curang untuk tempoh yang singkat kerana tidak mampu hidup dalam kepura-puraan kerana perasaan bersalah akan mengganggu hidup mereka setiap hari,

Malangnya, sebahagian lelaki langsung tidak berasa bersalah dan langsung tidak ingin memperbaiki rumah tangga mereka.

Lelaki seperti ini kadang kala akan menuntut cerai dan berkahwin dengan pasangan yang melakukan perbuatan curang itu.

Isteri akan berasa marah, sedih malah rasa bersalah bahawa suami berlaku curang terhadapnya. Dia juga sering tertanya-tanya apakah kesalahan yang dilakukan sehingga menyebabkan suami sanggup bermain kayu tiga.

Kebenarannya adalah si isteri tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kecurangan berlaku kerana si suami memang ingin menipu isterinya itu dengan wanita lain.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan suami jika dia tidak memfailkan penceraian jika dia kononnya tidak bahagia dalam perkahwinannya itu, tetapi sebaliknya dia berlaku curang terhadap isterinya.

Ini merupakan bukti yang cukup menyedihkan bahawa sebahagian lelaki tidak mengambil perkahwinan sebagai sesuatu yang suci dan serius.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

"Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).


Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Sorga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju sorga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kecantikan Wanita

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan

Untuk mendapatkan mata yang indah, carlah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpa

Untuk mendapat bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan kepada mereka yang kelaparan

Untuk mendapatkan rambut yang indah,mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali dan diampuni

Jadi, jangan sesekali kucilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semua itu. Ingatlah sentiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.

Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan. Satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi menolong orang lain

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya

Kecantikan wnita terletak pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana matanyalah terletak gerbang menuju setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni terpancar pada jiwanya yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Kenali Gigi Anda

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Mungkin ada yang pandang remeh tentang kecantikan dan kebersihan gigi mereka tapi sebenarnya ia turut membantu memperelokkan penampilan seseorang. Bayangkan, wajah sikit punyalah cun. Memang tangkap lelehlah. Tiba-tiba tengok gigi, hancus! Rupanya rongak! La! Tak ke haru tu? Jadi, siapa cakap tak penting menjaga gigi? Tapi tahukah kamu bahawa gigi juga mampu merungkap rahsia peribadi diri? Wah! Ini yang menarik! Apa kata kamu baca saja artikel ni yek!

Jarang dan kecil
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang tak kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah. Beralah sajalah!

Bersaiz sederhana dan rata
Cantiknya gigi dia. Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/kekasih macam mereka ni kan?

Besar dan jarang
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!

Jongang dan kecil
Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi 'ke depan' tu tak cantik. Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi boleh bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya!

Jongang dan besar
Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!

Tidak tersusun
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya 'cantik'. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain.

Seolah masuk ke dalam
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah 'ke dalam' sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.

Kecil dan tersusun
Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter