Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, September 22, 2009 0 comments














Admin bersama ibubapa dan adik beradik serta adik2 ipar..Klik disini bagi gambar2 yg lain



Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Debaran Malam Pertama

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Benarkah apa yang dilafazkan? Walaupun tiada kerlipan bintang di langit baru, keasyikan mengecapi malam pertama begitu indah sekali sehingga tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata.

Dalam suasana kelam, pelbagai kisah menarik dapat dikongsi bersama, selain dapat mengenali isi hati pasangan yang selama ini mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.

Pengalaman meniti kemanisan malam pertama menjadikan peristiwa ini sebagai memori paling indah kali buat pasangan baru suami isteri. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya bola mata si dia mula berpaling ke arah susuk tubuh kamu?

Adakah kamu hanya diam membisu atau membiarkan sekujur tubuh keras membeku? Mungkin sudah tiba masanya kamu menyerah kalah, sebagai tuntutan malam pertama perkahwinan.

Admin ingin berkongsi panduan mengenai beberapa persediaan yang perlu kamu lakukan, sekiranya pasangan memberi isyarat sudah bersedia untuk melayari bahtera yang diidamkan oleh setiap pasangan suami dan isteri.

Menata rias wajah
Dari mata turun ke hati. Memiliki personaliti yang anggun dengan palitan mekap berwarna semula jadi seperti warna tanah pada wajah sememangnya menjadi modal untuk kamu menarik perhatian insan bernama suami, sebelum dia mengheret kamu ke kamar beradu. Keintiman yang dijalin akan memaksa pasangan melihat setiap susuk tubuh kamu menerusi penampilan berani yang cuba diketengahkan. Awas, menata rias wajah dengan solekan yang tebal tidak akan membuatkan suami berasa lebih tergoda. Sebaliknya, situasi itu akan mendorong suami berfikir tentang keburukan wajah asli sang isteri yang sebenar. Bagi mereka, ke mana sahaja isteri berada, soal kecantikan dan dandanan sememangnya perlu dititikberatkan.

Godaan langkah kaki
Memang benar apa yang dikatakan, pemakaian sepatu tinggi dapat menghuraikan setiap personaliti peribadi seseorang wanita. Selain itu, ia memperlihatkan kaki seseorang lebih ramping dan runcing, bak selebriti tersohor dunia. Namun, saat mengenakannya pada malam persandingan, jangan pula sampai kamu dilihat seperti seorang pesakit yang sedang kemurungan gara-gara pemilihan kasut yang tidak bersesuaian. Si dia mungkin berasa tidak selesa saat memerhatikan reaksi diri kamu pada malam bersejarah ini yang mungkin berjalan terjingkit-jingkit. Dia juga mungkin akan memikirkan bahawa kamu lebih rela terseksa demi memakai kasut yang kurang selesa, asalkan kelihatan cantik. Kesakitan pada kaki akibat memakai kasut yang salah boleh menjejaskan keintiman malam pertama. Namun apa yang lebih penting ialah pastikan permukaan tapak kaki disapu dengan losen atau penyegar mandian sebelum memulakan bicara malam pertama.

Semburan aroma
Pewangi adalah antara semburan yang tepat bagi menunjukkan kualiti penampilan seseorang wanita. Sekiranya kamu mendapati wangian semula jadi yang melekat pada badan kamu kurang menyegat pada malam pertama, cuba sembur pewangi beraroma sensual di titik ghairah seperti di leher. Tidak disarankan memakai wangian yang menusuk hidung sehingga membuatkan si dia berasa tidak nyaman untuk berdampingan dengan kamu pada hari yang paling ditunggutunggunya selama ini.

Kemasan kuku
Penampilan diri turut meliputi penjagaan wajah, kuku dan cara kemasan pakaian. Pada mata lelaki, penjagaan kuku yang bersih mampu menilai peribadi seseorang wanita. Bukan itu sahaja, menerusi usapan, picitan dan garuan manja pada badannya, ia mampu membangkitkan keghairahan yang tiada batasannya. Sebahagian daripada mereka juga menganggap kuku melambangkan kebersihan diri seseorang.

Renungan mata
Jika ingin membuatkan dirinya terpesona pada malam pertama, renunglah matanya sedalam-dalamnya. Siapa sangka, tatapan manja kamu terhadapnya itu akan terpatri di dalam ingatannya sepanjang hayat. Menerusi jelingan mata juga, akan membuatkan si dia lebih tidak sabar melayari impian pertama. Ini mata yang tidak fokus, akan membuatkan si dia berasa kamu tidak tertarik untuk berdampingan dengannya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Salah Faham Dalam Rumah Tangga

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Salah faham sering berlaku dalam sebuah rumahtangga. Suami isteri sering merasakan ketidakadilan dalam rumahtangga. Ada sahaja yang tidak kena terutama dalam melaksanakan rutin harian rumahtangga. Suami rasa si isteri membebankan dirinya, sebaliknya pula isteri menganggap dirinya jadi hamba dalam rumahtangga. Keadaan ini mungkin dianggap remeh tetapi jika dibiarkan ia akan menjadi nanah @ barah, malah akan menyebabkan pergaduhan, perasaan tidak puas hati dan paling teruk penceraian, seterusnya akan mempengaruhi kehidupan seharian jika tidak di atasi. Perkara yang dianggap remeh ini mempunyai kesan yang besar dalam hubungan, jika tidak percaya semaklah perkara di bawah :

۝ Isteri Tukang Cuci : Para suami ingatlah bahawa isteri bukan tukang cuci. Bagi pasangan bekerja, fahamlah apabila pulang ke rumah anda berdua pasti keletihan. Jadi bekerjasamalah menguruskan rumah. Jangan hanya melepaskan tugas kepada isteri sahaja. Sekiranya terlalu penat, biarkan sahaja jangan mendesak atau membuat pelbagai permintaan kepada isteri.

۝ Isteri Tukang Masak : Sedarlah isteri bukan tukang masak dan belum tentu pandai memasak. Sewajarnya isteri diberi peluang untuk memasak atau tidak. Suami harus berterima kasih kepada isteri yang memasak untuknya. Ringan tangan membantunya atau sekurang-kurangnya ambil tahu keperluan dapur dan jangan bergantung sepenuhnya kepada isteri. Jangan pandai mengkritik sahaja. Jika tahu sama-sama sibuk dan tidak sempat memasak, beli sahajalah.

۝ Isteri Tukang basuh punggung anak : Tugas ini perlu diketahui oleh pasangan. Jangan beri alasan geli atau tidak biasa kerana alasan itu tidak boleh diterima memandangkan anak adalah tanggungjawab anda berdua. Jadi suami harus belajar menguruskan anak lebih-lebih lagi ketika kecemasan.

۝ Isteri ke pasar : Sudah menjadi lumrah, isteri yang perlu ke pasar. Suami selalu memberi alasan malas kerana tidak selesa, kotor dan terlalu banyak barang yang nak dibeli. Tugas ke pasar adalah kerja bersama. Sekiranya isteri tidak sempat ke pasar, sepatutnya suami mengambil tugas berkenaan.

۝ Isteri lebih tahu : Setiap kali anak sakit, isteri yang selalu bertanya kepada doktor mengenai kesihatan anak, sebaliknya suami hanya berdiam diri. Kononnya isteri lebih arif mengenai anak. Sepatutnya suami dan isteri sama-sama bertemu doktor bertanya keadaan anak mereka.

۝ Isteri lipat kain : Melipat kain adalah kerja yang remeh bagi sesetengah orang. Bagi isteri yang bekerja, ada kalanya tugas ini tidak sempat dilakukan dan menyebabkan baju bertimbun tanpa dilipat. Jadi suami harus faham dan membantu isteri melakukannya tatkala isteri sedang melipat kain. Jangan pandang sahaja.

۝ Isteri – pengorbanan : Lumrah isteri sering berkorban. Adakah ini benar? Sebenarnya ikatan sebuah perkahwinan menuntut pengorbanan kedua-dua pihak dan ia sepatutnya adil. Sebagai contohnya ketika sambutan perayaan. Buatlah jadual giliran agar memuaskan hati semua.

۝ Isteri kejutkan suami : Salah satu tugas isteri adalah mengejutkan suami dari tidur. Tiada salahnya jika suami kejutkan isteri sekiranya isteri keletihan. Apa kata ringankan tulang untuk bantu isteri uruskan anak-anak di waktu pagi.

۝ Isteri perlu beralah : Isteri selalu beralah atau bertolak ansur. Sepatutnya suami dan isteri sama-sama mengalah agar tiada siapa rasa menang atau kalah. Kedua-dua harus bertimbang rasa dan bertolak ansur. Jangan kerana mempertahankan ego sebagai suami, anda meletakkan semua beban kesalahan pada isteri. Ada kalanya suami juga harus mengalah.

۝ Isteri membebel : Berleter sinonim dengan isteri. Bagaimanapun tidak semua isteri suka berleter dan kalau ya pun, ada kalanya disebabkan suami. Suami juga apa kurangnya ada yang kuat membebel. Namun hati-hati jangan sampai mengeluarkan kata-kata tidak baik kerana ia boleh menjadi racun dalam rumahtangga.

۝ Isteri kumpul pinggan mangkuk : Memang sifat semua jadi isteri suka mengumpul pinggan mangkuk. Suami sepatutnya menyokong isteri dalam hal ini kerana ia ada kebaikannya terutama ketika ada majlis di rumah. Suami mungkin tidak terfikir mengenai keperluan itu. Namun janganlah kumpul kerana ingin menunjuk-nunjuk.

۝ Isteri buat persiapan hari raya : Selalunya isteri yang sibuk membuat persiapan dan segala keperluan hari raya. Suami jarang mengambil tahu perkara itu. Seharusnya suami turut membantu atau memberi wang untuk keperluan berkenaan bukan bergantung kepada isteri sahaja.

۝ Isteri mulakan perbualan : Dalam banyak situasi, isteri sering memulakan perbualan. Suami seolah-olah hilang idea untuk berbual bersama isteri. Apalah salahnya sekiranya anda berbual seolah-olah sudah lama tidak bertemu.

۝ Isteri mohon maaf pada suami : Orang pertama yang seing menghulurkan tangan memohon maaf adalah isteri sedangkan dalam rumahtangga suami isteri sering melakukan kesilapan. Suami tidak perlulah tunggu isteri memohon maaf, anda juga perlu melakukannya agar rumahtangga lebih ceria.

۝ Isteri pembersih : Setiap orang mengimpikan sebuah rumah yang bersih dan kemas apabila berkahwin. Namun ada kalanya impian itu tidak menjadi kenyataan kerana isteri tidak suka mengemas. Jika anda tidak suka rumah bersepah, anda harus lakukan sendiri.

۝ Isteri mesti cantik : Cantik juga subjektif. Ada suami yang suka isterinya bersolek dan ada yang suka isteri tanpa solekan. Bagaimanapun suami ingin melihat isterinya kemas, kurus dan cantik. Tetapi wanita sebenarnya kurang mempunyai masa untuk melakukan itu semua kerana perlu menguruskan banyak urusan rumahtangga, Jadi kalau mahu isteri sentiasa cantik, carilah pembantu rumah. Satu lagi, suami juga jangan harap isteri sahaja perlu jaga badan, mereka juga perlu berbuat demikian.

۝ Isteri tidak boleh keluar malam : Tangkapan ini sudah tidak sesuai lagi pada zaman ini. Dulu memang tidak elok wanita keluar malam tetapi keadaan sudah berubah. Ada yang syif malam dan kini membeli belah juga lebih selesa di waktu malam. Namun isteri harus meminta izin suami.

۝ Isteri sebagai ‘orang rumah’ : Isteri selalu dilabelkan sebagai orang yang perlu duduk di rumah dan tidak boleh keluar. Pendapat ini salah kerana suami juga adalah orang rumah kerana tanggungjawab rumah tangga adalah urusan pasangan.

۝ Isteri perlu sabar : Selalunya isteri sering beralah dan bersabar dengan suami. Suami juga sering melepaskan rasa marah kepada isteri. Suami juga harus bersabar.

۝ Isteri lemah lembut : Tidak semua isteri lemah lembut tetapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh menguruskan rumah tangga dengan baik. Jangan terkejut jika isteri juga adakalanya naik angin. Suami harus faham keadaan ini.

۝ Suami sumber duit : Memang benar tetapi hari ini isteri juga bekerja dan seharusnya tanggungjawab dan urusan rumah tangga harus dipikul bersama.

۝ Suami bukan bos : Anda memang bos di tempat kerja tetapi itu tidak bermakna di rumah anda boleh member arahan kepada isteri. Sebagai ketua keluarga anda seharusnya lebih banyak bertolak ansur.

۝ Suami tukang bayar hutang dan bil : Tidak semestinya semua bil harus dibayar suami, isteri juga harus membantu menjelaskan apa-apa yang patut bagi meringankan bebanan suami.

۝ Suami mula dulu : Hasrat untuk ‘bersama’ di bilik tidur sinonim dengan lelaki. Itu dulu, sesuai dengan peredaran masa isteri juga harus memulakan sesuatu. Tiada apa yang perlu dimalukan kerana anda sudah menjadi suami isteri.

۝ Suami ada masa sendiri : Sudah menjadi kebiasaan, suami boleh keluar bertemu teman-temannya seperti minum teh tarik. Manakala isteri hanya duduk di rumah. Suami sepatutnya beri ruang kepada isteri untuk bertemua teman-temannya dan tiada salahnya sekali anda menjaga anak.

۝ Suami perlu dihormati : Tidak dinafikan suami harus dihormati tetapi isteri juga harus diperlakukan demikian. Sopanlah ketika menegur atau bercakap dengan isteri. Anda harus menjadi contoh yang baik kepada ahli keluarga di rumah.

۝ Suami harus cekap : Ada suami yang agak lurus, semua benda dimaklumkan isteri dan akhirnya timbul perkataan ‘queen control’. Kalau boleh biarlah suami lebih hebat dan cekap.

۝ Suami mesti bijak : Ramai suami merasakan diri mereka lebih tahu dan bijak dan tidak boleh dikritik dan menerima kekalahan ketika berbincang. Bagi isteri, ada sesetengah perkara dia tahu dan tidak. Pasangan perlu saling membantu dan rasa bangga dengan kebolehan sendiri tetapi jangan sampai terlalu bangga sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pada pasangan.

۝ Orang lain lebih cantik : Lumrah kita sering merasakan orang lain lebih segala-galanya sehingga tidak yakin dengan kemampuan pasangan. Ini menimbulkan perasaan kurang senang dan marah pasangan. Berilah peluang kepada pasangan untuk menjadi lebih baik daripada orang lain.

۝ Pasangan tidak faham : Bukan mudah untuk pasangan memahami di antara satu sama lain terutama kerjaya. Suami isteri saling memahami agar lebih mudah diajak berbincang terutama hal-hal yang serius.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Hati Dan Wajah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Wajah tempat jatuhnya pandangan manusia. manakala hati tempat berlabuhnya penglihatan Allah. walau wajah hodoh dan berkulit hitam namun andai hatinya seputih salju, pasti dirinya dicintai Allah. mudah sekali menerima inayah Allah untuk beribadah dan makin bertambah suci hatinya. jiwanya tenang dan bahagia miliknya.

Sebaliknya wajah yang menjadi pujaan manusia belum tentu akan memberikan ketenangan dan jiwa yang tidak tenang mana mungkin akan bahagia.

“Bahagia hanya mampu dikecapi melalui hati yang tenang dan hati yang tenang pula hanya mampu dimiliki oleh orang yang sentiasa patuh pada Allah SWT.”

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments











Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Dan Batin


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Taqwa

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Mengikut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa tiga makna: .

~ Pertama, bermakna takut, gerun atau ngeri (haybah). Antara firman Allah Taala yang tersisip kalimah takwa yang membawa makna tersebut ialah: Dan bertakwalah (takutilah) suatu hari yang kamu akan dikembalikan kepada Allah. (2 : 281)

~ Kedua, bermakna taat. Contohnya seperti yang terdapat dalam firman Allah yang maksudnya: Hai sekalian orang yang beriman, bertakwalah (taatlah) kepada Allah dengan sebanr-benar takwa (taat). (3 : 102)

~ Ketiga, mengandungi maksud, menyucikan hati daripada dosa. Contohnya dalam firman Allah yang mafhumnya: Dan sesiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itulah orang-orang yang beroleh kemenangan. (24 : 52)

Kalimah "bertakwa" dalam ayat terakhir di atas bukan lagi bermakna taat atau takut, kerana kalimah-kalimah "taat" dan "takut" telah disebutkan sebelumnya. dalam ayat di atas. Jadi "bertakwa" dalam ayat di atas bermaksud, menyucikan hati daripada dosa. Makna yang ketiga inilah merupakan takrif kepada istilah takwa. Mengikut para ulamak: "Takwa itu ialah menyucuikan hati daripada dosa, sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat".

Imam al-Ghazali membuat kesimpulan : Bahawa takwa itu ialah menjauhkan setiap apa yang ditakuti akan membawa mudharat kepada agama. Bandingannya ialah berpantang bagi orang yang mengidapi penyakit. Adapun berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kerosakan kepada agama pula ialah "bertakwa".

"Taqwa ialah ketundukan dan ketaatan terhadap perintah Allah dan menjauhi segala apa yang ditegahNya."

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter