Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Rasul Menangis Lihat Seksa Kepada Wanita Diakhirat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, September 8, 2009 0 comments

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:
"Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kpd beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat org sedang mengalami berbagai penyeksaan... maka bila teringatkan mereka aku menangis." Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yg tuan lihat?"

Beliau bersabda:
Wanita yg digantung dgn rambutnya & otak kepalanya mendidih.

Wanita yg digantung dgn lidahnya serta tangannya dipaut dr punggungnya sedangkan aspal yg mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

Wanita yg digantung dgn buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

Wanita yg digantung , diikat kedua kaki & tgnnya ke arah ubun2 kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

Wanita yg memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yg menyala-nyala dgn hebatnya.

Wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dr neraka.

Wanita yg bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

Wanita yg tuli, buta & bisu dlm peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

Wanita yg berkepala spt kepala babi & kaldai yg mendapat berjuta jenis siksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kpd ku apakah amal perbuatan wanita2 itu." Rasulullah s.a.w bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :
Wanita yg digantung dgn rambutnya krn dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.

Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti hati suaminya dgn kata Kemudian Nabi s.a.w bersabda: "Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

Adapun wanita yg digantung dgn buah dadanya krn dia menyusui anak org lain tanpa izin suaminya.
Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu krn dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dr haidh & nifas.

Adapun wanita yg memakan badannya sendiri krn suka bersolek utk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban org.

Adapun wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan org yg banyak dgn maksud supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh cinta padanya krn melihat perhisannya.

Adapun wanita yg diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking krn dia mampu mengerjakan solat & puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

Adapun wanita yg kepalanya spt kepala babi & badannya spt kaldai krn dia suka mengadu-domba(melaga-lagakan org) serta berdusta.
Adapun wanita yg berbentuk spt anjing krn dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
Dan ada diantara isteri nabi2 yg mati dlm keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu.Diantara sifat buruk mereka:
Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.

Isteri nabi Lut suka bertandang ke rumah org.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dlm mrk yg tidak diberi petunjuk oleh Allah.

Nauzubillahi min zalik.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Jenis Perempuan yang Dijauhi Lelaki

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Wajah sememangnya cantik. Badan montok. Kulit mulus. Tapi kenapa lelaki seperti menjauh dari anda. Jangan-jangan, anda termasuk jenis perempuan yang mereka hindari. Cuba lihat senarai di bawah, apakah anda termasuk dalam salah satu kategori.

1. Miss Superwoman
Perempuan superhero, yang terlalu berdikari, angkuh dan seperti tak perlukan lelaki, dihindari lelaki dalam kehidupan nyata. Selain tak rela anda yg berkuasa, lelaki tak suka berdampingan sekiranya hanya jadi pak turut..

2. Miss Matre
Perempuan yang selalu suka pada kebendaan tak akan digemari lelaki. “Saya pernah berkenalan dengan seseorang berwajah cantik. Tapi saya terus hilang mood bila dia tanya, 'awak ke sini bawa kete apa? Rumahmu di daerah mana?' Bedebah! Belum apa-apa dah tanya pasal kete. Yang bikin paling bengang, bila saya cakap pasal kete saya, dia cuma menjawab pendek ‘ooh,’” kata Shah, (keterer).

3. Miss Workoholic
Mereka tak melarang anda bekerja, tapi kurang suka ketika perempuan bekerja siang malam. Mereka akan menilai perempuan seperti ini akan rela mengorbankan keperluan dan kepentingan demi pekerjaan. Silap-silap, janji utk dinner bersama dan tengok wayang selalu gagal kerana anda sibuk di pejabat.

4. Miss Barbie
Barbie memang cantik, tapi tak boleh diajak berbual dan berbincang. Begitu pun dengan perempuan yang ada ciri-ciri barbie. “Saya pernah berjumpa dengan jenis seperti ini. Dari luar wajah dan penampilannya memang cantik dan memenuhi selera saya. Tapi sayang, bila diajak berbual, saya tak dilayan.macamlah dia sorang yang cantik. hahaha” ujar Adek (tauke Jamu).

5. Miss Obsesif
Perempuan yang terobsesi untuk secepat mungkin menjadi isteri adalah mimpi buruk bagi mereka, kerana mereka membayangkan pasti anda bakal mengejarnya untuk segera bernikah dengan anda. Apalagi jika baru kenal, anda sudah kecoh-kecoh pasal baju pengantin, bahkan menyiapkan nama untuk calon anak-anaknya walaupun masih belum menemukan calon suaminya.

6. Miss Bossy
Perempuan yang suka perintah dan mengarah juga membuat lelaki tak mahu mendekat. Perilaku bossy boleh dilihat ketika anda bekerja atau sebagainya, seperti kepada pelayan restoran atau office boy. Sekejap-sekajap memberi perintah buat ini buat itu.

7. Miss Agresif
Baru dalam proses dilihat dan dipandangi olehnya, Anda sudah meneleponnya sehari lima kali. Mengiriminya SMS bertubi-tubi. Perempuan yang terlalu agresif menakutkan mereka, karena menganggap akan melakukan segala cara untuk menjerat dirinya.

8. Miss Intelektual
Cantik, berambut panjang, baik, pandai masak, itu ciri-ciri dari kriteria yang dicari lelaki kat perempuan. “Yang kami cari hanya orang yang sesuai dan senang diajak berbual. Saya rasa tak selesa dan tak sepadan dengan perempuan yang terlalu pandai, kerana dia pasti ada ego yang tinggi sama seperti saya,” Danesh, (pegawai kerajaan).

9. Miss Mommy
Lelaki mengaku takut mendekati perempuan yang dah berusia kerana tidak ingin didesak minta segera dinikahi. Perempuan berusia matang termasuk yang dihindari oleh mereka yang masih ingin menikmati masa berhibur lebih lama.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Sayang atau Suka

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Suka adalah ingin memilikinya untuk diri sendiri
Sayang adalah ingin selalu membuatnya bahagia.

Cinta adalah melakukan apapun untuk kebahagiaannya meskipun harus berkorban. Suka adalah ketika kau bertanya, bolehkah aku mencium mu?
Sayang adalah ketika kau bertanya, bolehkah aku memelukmu?

Cinta adalah ketika kau bertanya, maukah kau genggam tanganku?
Suka adalah ketika kau menangis dia akan berkata, sudahlah jangan menangis.
Sayang adalah ketika kau menangis dia akan menangis bersamamu.

Cinta adalah ketika kau menangis dia akan berkata, sudahlah kita akan selesaikan ini bersama-sama.
Suka adalah pada saat kau melihatnya ia begitu menawan.
Sayang adalah ketika kau melihat dengan hati bukan dengan mata.

Cinta adalah ketika kau melihatnya kau akan berkata, Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah tuhan berikan padaku.
Suka adalah pada saat ia menyakitimu kau akan marah dan tidak mau bicara lagi padanya.
Sayang adalah pada saat ia menyakitimu maka kau akan menangis untuknya.

Cinta adalah pada saat ia menyakitimu maka kau akan berkata tak apa ia hanya tidak tahu apa yang telah ia lakukan.
Suka adalah memaksanya untuk menyukaimu.
Sayang adalah membiarkannya memilih.

Cinta adalah menantinya dengan setia dan tulus.
Suka adalah menemaninya saat menguntungkanmu.
Sayang adalah menemaninya saat ia memerlukanmu.

Cinta adalah selalu menemaninya disaat bagaimanapun keadaanmu.
Suka adalah hal yang menuntut.
Sayang adalah hal yang memberi dan menerima.

Cinta adalah hal yang memberi dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Fahami Cemburu Wanita

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

KEBANYAKAN lelaki tidak faham apa sebenarnya yang diinginkan wanita cemburu. Walau apapun yang dilakukan, isteri yang cemburu tetap cemburu.

Cemburu sebenarnya manifestasi hilangnya rasa selamat di hati si pencemburu. Hilangnya rasa selamat bukan hanya menimbulkan cemburu tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan.

Menurut pakar psikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila berkahwin dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber pertama adalah tingkah laku suami atau layanan suami kepadanya.

Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah laku positif.

Sumber kepuasan kedua datang daripada makna yang diberikannya terhadap tingkah laku suaminya. Perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mencipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita.

Perkara yang dilakukan suami diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa kepuasan yang sangat tinggi.

Tetapi bagaimana wanita memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas perbuatan dan tingkah laku suami?

Berikut adalah kriteria digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas setiap tingkah laku suami:

1. Bercakap dan berbual mesra dalam tempoh lama

Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita yang menjadi rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka.

Tetapi bagi wanita, perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang dan berbual mesra dengan wanita lain.

2. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa

Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya saja, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita.

3. Mencurahkan masalah peribadi

Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Justeru, apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah laku itu jatuh menjunam di mata si isteri.

Bagi si isteri, tingkah laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu bahkan menimbulkan rasa cemburu yang sangat kuat.

4. Eksklusif tanpa isteri

Lelaki melakukan pelbagai perkara dengan orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai rendah oleh isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.

5. Inklusif

Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan baik dengan isterinya atau dengan orang lain, contohnya makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya atau orang lain.

Perbuatan ini diberi nilai sederhana tingginya oleh itu isteri berasa sederhana puas apabila makan dengan suaminya. Suaminya duduk makan semeja dengan rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.

Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah laku itu turun ataupun hilang sama sekali.

Akibatnya, tingkah laku suaminya itu tidak lagi memberi kepuasan kepadanya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Pupuk Cinta Penuh Ikhlas

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan mencurah di tengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui kasih dan sayang, membelai serta memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati.

Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?

Ada bijak pandai mengatakan, perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus apabila berhadapan dengan mereka. Terutama yang yang bergelar isteri, sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.

Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah memadai.

Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami.

Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila.

Bagaimanapun, hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang banyak.

Bagi wanita yang memegang prinsip, ‘ada wang abang sayang, tidak ada duit abang melayang’, lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu wang, yang disayang itu kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman.

Ada juga yang mengatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang lalu ia berkait antara satu sama lain.

Sebenarnya wang sekadar dijadikan alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah.

Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sekiranya diutamakan nilai kasih dan sayang oleh suami atau isteri, tidaklah kita cepat melatah andai ditimpa musibah atau hidup dalam serba kekurangan.

Wanita kini lebih ramai yang sedar perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki pula, asal ada yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajai cinta walaupun mereka mampu melakukannya.

Tahukah anda bila lelaki benar-benar jatuh cinta? Apabila setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan.

Lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa saja untuk kekasihnya.

Antara tanda lelaki jatuh cinta dengan hebat termasuk:

* Bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

* Sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

* Banyak menasihati kekasihnya kerana dia sayangkan kekasihnya.

* Berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

* Sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

* Sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sering rasa curiga.

* Tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

* Mudah rasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian padanya.

* Ada kalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahukan kekasihnya melayannya lebih daripada orang lain.

* Menjadi orang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

* Pandai merajuk kerana ingin dipujuk kekasihnya.

* Menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

* Sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

* Mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

* Kerap bertanya cinta kekasihnya kerana dia berasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

* Tidak melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

* Cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

* Membanggakan kekasihnya depan orang lain.

* Jika dia ditinggalkan kekasihnya, dia berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun sentiasa mengharapkan kekasih kembali padanya.

* Apabila timbul orang kedua, dia akan hilang akal dan sanggup buat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

* Menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawa sendiri.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Usah Ungkit Kisah Silam

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 3 comments

DALAM mengemudi rumah tangga ke arah kebahagiaan hakiki, peranan penting suami dan isteri dalam mewujudkan kasih sayang serta keharmonian seharusnya menjadi keutamaan. Bukan semua rumah tangga yang didirikan tidak pernah ‘bergegar’.

Kebanyakan mereka yang bahagia mungkin pernah melalui suka duka dalam rumah tangga bahkan pernah melalui saat yang teramat sukar. Namun, kebijaksanaan menanganinya menjadikan ia bagaikan syurga buat suami dan isteri serta tempat anak-anak berlindung yang mendamaikan.

Oleh itu, berazamlah menjadi pasangan terbaik untuk pasangan anda. Jika anda mampu melakukannya, sudah pasti kebahagiaan menjadi ganjaran yang tidak ternilai harganya.

Terimalah kenyataan mengenai diri anda dan pasangan seadanya. Jangan hidup dalam kepura-puraan, hiduplah dalam dunia realistik. Jangan mengharap pasangan anda terlalu sempurna dan jangan sesekali menyamakan pasangan anda dengan orang lain semata-mata untuk mengambil hatinya.

- Berterus terang dengan pasangan

Awas! Jangan suka menilai atau membuat tanggapan sendiri mengenai diri dan perasaan pasangan anda. Sebaik-baiknya cuba selami hati dan perasaan pasangan anda.

Amalkan sikap berterus-terang antara satu sama lain dan jangan suka memendam perasaan. Sebaliknya, anda perlu menunjukkan perasaan sebenar anda untuk kebahagiaan bersama.

- Lakukan segala-galanya bersama

Menjalani kehidupan bersama pasangan pastinya lebih bermakna jika anda berdua sering menghabiskan masa gembira dan duka bersama-sama. Oleh itu bermula hari ini, cuba ubah kebiasaan hidup anda.

Pastikan anda melakukan segala aktiviti bersama pasangan untuk mengeratkan kemesraan dan menambahkan lagi kefahaman antara satu sama lain. Jika pasangan anda gemar menonton teater, jangan biarkan si dia pergi bersendirian.

Jika si dia gemar membeli-belah, jangan biarkan si dia menghabiskan masa gembiranya bersama teman-teman atau anak-anak. Sertai pasangan anda dan cuba cintai aktiviti kegemarannya atau setidak-tidaknya cuba tunjukkan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi.

- Faham memahami dan bertolak ansur

Sikap faham memahami dan bertolak-ansur amat penting dalam sesebuah ikatan suami isteri. Tanpa dua ciri penting ini, sudah pasti ikatan suami isteri mudah goyah kerana hubungan antara suami isteri sentiasa dibelenggu kemarahan, rasa tidak puas hati dan dendam yang tidak sudah.

Terimalah kelemahan dan kekurangan pasangan anda. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri sebaliknya fikirkan juga kepentingan dan kebahagiaan pasangan anda. Jika pasangan anda bahagia sudah pasti anda juga turut menerima tempias kebahagiaannya.

- Tunjukkan cinta buat si dia

Belikan minyak wangi, jam tangan, bunga atau coklat untuk si dia. Atau sesekali masak hidangan istimewa buat pasangan anda untuk menunjukkan cinta dan kasih sayang mendalam anda terhadapnya.

Anda tidak perlu menunggu hari tertentu seperti hari lahir atau ulang tahun perkahwinan untuk melakukan kejutan buat pasangan anda kerana dengan cara sebegini pasangan anda pasti akan merasa terharu dan disayangi.

- Hormat antara satu sama lain

Berhenti daripada tabiat menyindir pasangan anda. Usah memperkecilkan gaya rambut isteri anda semata-mata untuk menyakitkan hati dan perasaannya atau hanya bermaksud untuk mengusiknya.

Sebelum berkata sesuatu, tanya diri sendiri sama ada pasangan anda dapat menerima kata-kata anda dengan hati terbuka atau sebaliknya. Belajarlah menghormati pasangan anda dengan menerima segala kelemahan dan kekurangannya serta tidak menjadikannya satu bahan jenaka mahupun sindiran.

- Lupakan peristiwa lalu

Jangan suka mengungkit masa silam pasangan anda. Jangan sesekali bercerita keseronokan kisah cinta anda dengan bekas kekasih lama. Sikap anda hanya akan mengguris perasaan pasangan dan ia boleh menyebabkan kekeliruan.

Mungkin pasangan anda beranggapan anda masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih atau lebih teruk si dia menganggap anda cuba untuk menyambung kembali hubungan yang terputus.

- Buang sikap cemburu

Cemburu memang perlu dalam sesebuah perhubungan, tetapi jika keterlaluan ia akan menyusahkan pasangan dan akan menghancurkan sesebuah rumah tangga.

Kalau anda sering menyelongkar barang milik pasangan, mencuri baca diari atau pesanan ringkas telefon bimbit pasangan, anda perlu hentikan segera tabiat buruk ini. Ingatlah sikap cemburu buta boleh meracuni kebahagiaan rumah tangga anda berdua. Beri kepercayaan penuh kepada pasangan anda dan sentiasa berfikiran positif.

- Tunjukkan komitmen anda pada pasangan

Pastikan pasangan anda menjadi keutamaan dalam hidup anda. Jangan sesekali mengecewakan pasangan anda dalam apa jua situasi. Cuba tunjukkan komitmen anda terhadap pasangan dan pastikan sentiasa berada di sisinya di saat si dia berada di dalam kesusahan mahupun kesenangan.

- Jujur

Kejujuran mampu mewujudkan keharmonian dalam sesebuah rumah tangga. Bercakap benar lebih baik daripada membohongi perasaan pasangan anda semata-mata untuk menyedapkan hatinya.

Jika anda membohongi pasangan anda, keseronokan yang dirasainya hanyalah sementara sebaliknya apabila tembelang anda pecah, pasangan anda akan menderita seumur hidupnya. Anda perlu jujur pada diri anda terlebih dulu dan seterusnya anda juga perlu jujur terhadap pasangan anda.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter