Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Dicintai Untuk Mencintai

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, October 5, 2009

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki.
Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adlah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Setelah kedatangan Rasulullah SAW, wanita mendapat hak yang sewajarnya dengan berperanan melaksanakan tanggungjawab mereka dalam kehidupan.Ini antara rahmat yang diperolehi wanita mukmin.
Firman Allah SWT : " Dan Kami tidak mengutuskan kamu ( wahai Muhammad) melainkan
sebagai pembawa rahmat untuk sekalian alam."(Al-Anbiya':107)

Tidak terhenti setakat itu,Nabi SAW bersabda :" Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia." (Riwayat Ahmad,Hakim dan Baihaqi)

Ini bermakna kedatangan Rasulullah SAW, wanita mukmin mendapat pimpinan bagaimana menjadi wanita solehah, isteri yang taat dan ibu pendidik yang penyayang.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan kaum lelaki. Iaitu dengan mengikut ajaran Nabi SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertangunggjawab keatas keluarganya. Manakala anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka.

Rasulullah SAW juga memberi jaminan kemuliaan kepada kaum wanita, samada yang berkahwin dan selepas menjadi ibu yang mempunyai anak atau kematian anak. Antaranya;

* Wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga *-Daripada Umm Salamh, isteri Nabi SAW, katanya( didalam sebuah hadis yang panjang):
"Aku berkata: "Wahai Rasulullah! Adakah wanita didunia ini lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab:" Wanita didunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."Aku berkata:"Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?Baginda menjawab."Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning,,,(hingga akhir hadis)"(Riwayat al-Tabrani)

*Bakti kepada ibu lebih utama daripada jihad*

Abdullah ibnu Mas'ud berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang pekerjaan yang paling dicintai Allah. Lalu Baginda menjawab," Solat pada waktunya."Aku bertanya lagi."Kemudian apa?"Baginda menjawab, "Berbakti kepada orang tua." Aku bertanya lagi,"Kemudian apa?" Baginda menjawab "Jihad pada jalan Allah."(Riwayat Bukhari dan Muslim) Urutan pada hadis ini menunjukkan bahawa berbakti kepada orang tua itu lebih utama daripada jihad fi sabilillah.
Muawiyah Ibn Jahimah pernah datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Ya Rasulullah SAW d, aku ingin pergi berjihad! Aku telah datang padamu untuk mendapatkan nasihatmu." Rasulullah bertanya kepadanya: "Adakah ibumu masih hidup?" "Ya!" jawabnya. Rasulullah kemudian berkata."Jagalah dia kerana syurga itu dibawah tapak kakinya" (Riwayat an-Nasai')

Oleh itu, atas beberapa contoh pembelaan dan kemuliaan kaum wanita yang dibawa dengan kedatangan Rasulullah SAW maka sudah sewajarnya wanita mukmin menghargainya. Penghargaan dibuat dengan merasakan semua itu adalah bukti diri kita dicintai oleh Nabi SAW. Jadi, mudahlah selepas itu untuk MENCINTAI baginda SAW, kerana memahami falsafah cinta: "Dicintai untuk mencintai."

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter