Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Punca Anak Derhaka

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, August 22, 2000

Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu
kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok
dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun
tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak
asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun
kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai
pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak
kakinya… bukan muka, punggung, telinga dan
ditempat-tempat yang sensitif… itu salah…

“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan
sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau
peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur
mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi
selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan
hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”. Yang
penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah
bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan
sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.
“Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada
rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat
letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak
rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan
rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di
rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi
sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan
tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh
cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah
tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani
tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya
sentiasa hidup.” Jangan kita tunjuk sikap kita yang
panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka,
jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh,
kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang
merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan
mereka derhaka kepada kita…

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu
mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan
orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur
di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak
tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu
juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak
kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur
memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.
Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang
tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur
pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa
tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat
mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa,
tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa
padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan
bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah
meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan
melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur
emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya.
Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran
yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah
ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah
meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha
dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas
rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat
kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala
turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku
setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat
dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita
buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan
Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua,
bagaimana pula hubungan dengan ibu? “Pastikan hubungan
dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka
bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.”

HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk
perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan
dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam
konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh
utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali
kepada bapa.” Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih
sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak
berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun
kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan
di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua
mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil
kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan
menghormati golongan tua.”

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang
tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti
tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa
tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya
tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan
terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang
anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana
taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua
rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan
bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham,
kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang
wajar. “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah,
kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga
bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.
“Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak
ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim
dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim
ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada
di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya.
Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati.
Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh
suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki
tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu
adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol
kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada
kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi
Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak
mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat
dan menantunya melayan dengan bersopan santun
walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim
tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan
alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan
ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis
iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi
anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak
anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika
diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai
winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan
antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan
diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara
losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips:

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan
yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan
menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.
(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah
digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan
mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang
jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin
diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat
kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah
ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap
kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang
itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara
berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang
berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin
mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan
keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan
anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan
tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak,
janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan
anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan
dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu
giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak
anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka
memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk
menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak
menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi
yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan
membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg
daripada persekitaran yang menghargai akan belajar
menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan
pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan
kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,
peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan
dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan
kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri
mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka
juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang
kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang
kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah
kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa
ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa
yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi
ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke
rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat
selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka
tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari
sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah
mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar
tangisan anak mereka sendiri.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter