Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Mengapakah Haid Dikenali Sebagai ‘Darah Kotor’?

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, August 3, 2001 0 comments

Haid sebenarnya bukan penyakit. Ia adalah satu proses normal yang menunjukkan wanita itu mempunyai kesihatan yang baik dan yang lebih penting lagi ia subur serta boleh hamil. Memang kita menganggap haid sebagai ‘darah kotor’.

Apabila darah haid ini mengalir keluar dari rahim ia membawa bersama sel dan tisu dari selaput “endometrium”. Ketika ia melalui saluran faraj ia membawa bersama kuman yang terdapat dalam saluran faraj. Darah kotor adalah campuran darah, tisu endometrium yang telah berkecai dan kuman-kuman.

Bagi wanita yang tidak datang haid, mungkinkah ia akan bertimbun dalam rahim dan menyebabkan keracunan?

Perkara ini tidak benar kerana keluaran haid dikawal oleh system hormon yang rumit. Jika ia tidak keluar ia mungkin disebabkan oleh perimbangan hormon yang mungkin terganggu akibat dari proses kehamilan, penyusuan bayi, pengambilan pil hormon, tekanan mental dan emosi atau penyakit pada kilang pituitary, rahim atau ovary.

Tetapi keadaan tersebut tidak menyebabkan timbunan darah kotor dalam badan. Darah hanya menjadi kotor apabila ia keluar sebagai darah haid. Apabila suatu penyakit atau keadaan luar biasa berlaku, aliran darah seolah-olah memintasi kawasan endometrium. Oleh itu tiada darah kotor dibentuk.

Berapa lamakah haid seseorang wanita itu keluar?

Pada kebiasaannya haid keluar selama tiga hingga tujuh hari. Ada juga setengah wanita haidnya hanya sehari sehaja, manakala ada setengah wanita yang mengalami keluaran haid berpanjangan dan berterusan selama 15 hari.

Setengah wanita mengalami keluaran lendir bercampur sedikit darah untuk beberapa hari sebelum keluar haid (Premenstrual staining) manakala ada setengah pula yang mengalami darah haid ‘berekor-ekor’ (Post-menstrual staining). Kedua keadaan tersebut munkin menandakan suatu keadaan hormon yang tidak seimbang atau mungkin terdapat penyakit dalam rahim.

Perkara yang penting diketahui oleh setiap wanita ialah untuk menentukan apakah yang menjadi kebiasaannya. Jika jangka waktu haid menjadi lebih pendek atau lebih panjang dari kebiasaannya, ini adalah dianggap sebagai satu keadaan luar biasa atau penyakit. Katakan seseorang wanita itu keluar haid selama tujuh hari, tetapi secara tiba-tiba haidnya keluar selama 10 hari. Maka tiga hari yang terakhir ini bukanlah darah haid, tetapi darah penyakit.

Ada yang berpendapat keluaran darah haid selama 15 hari masih dianggap normal. Ini penting diketahui kerana seseorang wanita yang keluar darah, selain daripada haid, wajib bersembahyang dan menunaikan ibadat.

Bagi wanita yang menggunakan kaedah pencegah hamil, mungkin terdapat sedikit perubahan dalam pusingan haidnya. Wanita yang menggunakan pil jangka waktu haidnya menjadi pendek dan aliran darah haid sangat berkurangan. Bagi mereka yang menggunakan alat dalam rahim IUD pula, haidnya menjadi lebih panjang dan aliran haidnya lebih banyak daripada biasa.

Berapa banyak darah pula yang keluar yang dikatakan normal?

Ini berbeza antara seseorang wanita dengan yang lain. Pada kebiasaannya pada hari pertama haid tidak keluar begitu banyak, haid bertambah pada hari kedua dan ketiga. Pada hari keempat mula berkurangan dan pada hari kelima hampir kering, pada hari keenam darah kering langsung.

Keluaran lendir bercampur sedikit darah berwarna coklat mungkin berlarutan selama beberapa hari. Haid dianggap berhenti jika tidak ada lagi kesan darah merah yang keluar dari rahim. Purata darah yang keluar dalam jangka masa ini ialah dua hingga tiga auns (100mls). Penggunaan tuala yang tidak melebihi satu kotak boleh dianggap sebagai normal.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Renungan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, August 1, 2001 0 comments

Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya…..

“ Imam Shafie”


Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca, waktu, kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa, kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir, kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu ialah ibu daripada segala ketenangan jiwa.


Jika kelmarin tersungkur,
Tapi hari ini….
Bangunlah dari lena kealpaan,
Tegak di atas tugu perjuangan,
Melangkah di atas landasan pertimbangan,
Mara di atas dasar kesedaran,
Berlari di atas sinar keyakinan.


Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur.
“Umar Al-Khatab”

Orang yang berilmu itu menyedari bahawa:
1) Timbulnya keinsafan dari kemahuan
2) Timbulnya kemahuan dari keinginan
3) Timbulnya keinginan dari kepercayaan
4) Timbulnya kemajuan dari perubahan
5) Timbulnya kepandaian dari kerajinan
6) Timbulnya kesihatan dari kebersihan
7) Timbulnya cinta dari mata
8) Timbulnya dengki dari iri hati
9) Timbulnya kekuatan dari persatuan


Mengata diri anda lemah sebelum benar-benar terbukti anda lemah adalah kelemahan anda yang paling lemah.


Tiap sesuatu itu ada penyakitnya:-
Penyakit bicara adalah bohong
Penyakit ilmu adalah lupa
Penyakit ibadah adalah riak
Penyakit budi pekerti adalah memuji diri
Penyakit berani adalah takut
Penyakit pemurah adalah menyebut pemberian
Penyakit cantik adalah sombong
Penyakit bangsawan adalah membangga diri
Penyakit malu adalah lemah
Penyakit mulia adalah kedekut
Penyakit agama adalah hawa nafsu

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter