Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Membina Perhubungan Melalui Bicara

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, June 2, 2010 0 comments

http://ymsagasama.blogspot.com/

Salah satu perkara penting dalam mengembangkan dan menilai konsep kendiri adalah dengan melihat reaksi dan tindak balas orang lain terhadap pendedahan kendiri. Pendedahan kendiri berlaku apabila anda dengan sengaja mendedahkan maklumat peribadi anda terhadap orang lain yang tidak akan diketahui melainkan jika diberitahu.


Kita boleh mengagak umur, ketinggian dan berat dengan sekadar melihat. Tetapi mustahil untuk menjangka secara tepat melainkan anda diberitahu. Pendedahan kendiri bukan sahaja membantu orang lain memahami anda, ia juga menandakan tahap kepercayaan dan penerimaan orang lain terhadap anda.

Hubungan yang lebih baik dalam persahabatan mahupun kekeluargaan tidak akan mencapai peringkat yang lebih erat tanpa pendedahan kendiri, sebaliknya ia sekadar perhubungan palsu atau secara terpaksa kerana sebab-sebab tertentu. Anda boleh menilai konsep kendiri orang lain dan diri anda sendiri hanya apabila kedua-dua pihak bersedia mendedahkan diri antara satu sama lain.

Tahukah anda mengapa salah seorang rakan yang anda kenali di anggap sebagai rakan karib? Hatta diri penulis juga mempunyai rakan karib. Tanpa ragu-ragu, salah satu karateristik yang menjadikan seseorang itu sebagai rakan paling akrab dengan diri anda ialah kesediaan kedua-dua pihak berkongsi maklumat peribadi.

Apabila anda bersama dengannya, anda bersedia untuk berkongsi rahsia diri, buruk atau baik berbanding rakan-rakan lain yang mengenali anda secara luaran. Dua orang penyelidik, Irwin Altman dan Dalmas Taylor telah memperkenalkan model ‘penembusan sosial’ (social penetration). Cuba anda bayangkan sebiji kek berbentuk bulat. Ia mewakili semua maklumat berkenaan diri anda yang berkemungkinan didedahkan kepada orang lain.

Kek tersebut dipotong dan dibahagi-bahagikan mengikut saiz yang sama. Setiap bahagian mewakili sebahagian daripada diri anda. Contohnya, beberapa bahagian kek tersebut mewakili diri anda yang berkaitan dengan aktiviti, kepercayaan dan agama, keluarga, sekolah, ketakutan, pengalaman hidup atau apa sahaja yang berkaitan.

Di bahagian tengah kek diibaratkan sebahagian maklumat yang bersifat sangat peribadi semakin lama seseorang itu memakan kek tersebut, semakin banyak maklumat yang akan dimiliki olehnya. Sebanyak mana bahagian kek kehidupan yang ingin anda kongsi, terpulang kepada anda.

Untuk mendedahkan maklumat diri anda kepada orang lain, pertama sekali anda perlu menyedari tentang diri anda terlebih dahulu. Kesedaran kendiri, ialah kefahaman terhadap diri secara sedar. Dengan memikirkan tentang diri, bertanyakan kepada orang lain dan mendengar apa yang disampaikan berkenaan diri anda adalah proses kesedaran kendiri.

Salah satu kaedah yang boleh dilakukan untuk memahami diri anda adalah dengan menggunakan model Tetingkap Johari (Johari Windows) yang diperkenalkan oleh Joe (Joseph Luft) dan Harry (Harry Ingham). Lontarkan pandangan anda melihat sebuah tingkap yang mempunyai kerangka 4 segi yang dibahagikan kepada empat bahagian. Kita wakili setiap bahagian sebagai kuadran pertama hingga ke empat yang mempunyai karakteristik seperti berikut;

Kuadran pertama

Ia dipanggil sebagai ‘kawasan terbuka’. Mengandungi maklumat diri yang diketahui oleh anda dan orang lain. Apabila anda bersifat lebih terbuka terhadap orang lain maka kuadran ini akan terus membesar. Umur atau pekerjaan adalah antara maklumat yang anda letakan ke dalam kuadaran ini.

Kuadran kedua

Ia dikenali sebagi sebagai ‘kawasan buta’. Mengandungi maklumat diri yang diketahui oleh orang lain terhadap diri anda, tetapi anda sendiri tidak mengetahuinya. Penulis masih ingat salah satu jenaka yang selalu dilakukan di sekolah ialah melekatkan kerta yang bertulis ‘Pukul Saya’ di belakang pelajar lain. Begitulah sifat kuadran kedua. Anda mungkin merasakan diri anda seorang yang suka membantu, tetapi rakan-rakan lain melihat anda seperti ingin mengambil hati orang lain untuk kepentingan diri.

Kuadran ketiga

Ia dipanggi sebagai ‘kawasan tersembunyi’. Mengandungi maklumat diri yang diketahui diri anda sendiri tanpa diketahui umum. Ia mungkin melibtakan perasaan anda terhadap orang lain, perkara-perkara memalukan yang pernah berlaku terhadap diri. Kawasan tersembunyi ini tidak sewajarnya didedahkan kepada orang lain, ia boleh digunakan sebagai cermin untuk memperbaiki diri.

Kuadran ke empat.

Ia dikenali sebagai ‘kawasan tidak ketahui’. Baik anda mahupun orang lain tidak mengetahui maklumat tentang diri. Ia bergantung sama ada anda masih belum mengenali diri anda sepenuhnya atau tindak balas anda terhadap sesuatu yang belum berlaku atau perkara-perkara diketahui oleh Tuhan.

Selepas ini anda bebas untuk memilih dan melakar sama ada kek kehidupan atau tetingkap diri untuk lebih mengenali diri sebelum bersedia mendedahkan rahsia diri terhadap orang lain

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Baik Buruk Cinta Sepejabat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

Terima Kasih
LeeSya@jiwang.torrent.com

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Tips Untuk Semangant dan Bermotivasi Setiap Pagi

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Perkara terbaik (9 perkara ) yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bangun dari tidur dengan mengingati dan bersyukur kepada ALLAH
Bermohon doa kepada ALLAH agar ALLAH bantu kita mendekatkan diri padanya. Semoga ALLAH beri ketenangan dan
kekuatan serta semangat untuk kita terus bersemangat melayari hidup hari ini.


2. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan
yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

3. Tekad Bermotivasi. Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya kerana ALLAH dan dengan izin ALLAH.
Ambil masa untuk berzikir kepada ALLAH dan baca beberapa ayat al-quran atau hadis serta artikel-artikel motivasi pendek
dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi
mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang
hari.

4. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri
sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda
menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

5. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda
lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja. Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di
kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat
keberkatan dari ALLAH. Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya,
anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang, insyaAllah.

6. Set Target Kemajuan Diri Sendiri.
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita
nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik
rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1
bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap anda.
Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab
yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada
lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak
dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.Andai anda seorang
pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang
pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

7. Lihat Warna Cerah Warna boleh mempengaruhi mood.
Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti
kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna
cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

8. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan Lepaskan segala yang dulu-dulu.
Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati,
geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia
menghalang motivasi.

Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya
nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. Beranikan diri anda untuk berubah untuk kecemerlangan hidup anda.

9. Amalkan membaca zikir al-Ma’thurat
Al- Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling
mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut.
Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah
memilih dan menyusun al- Ma’thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan
syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma’thurat ini pada setiap
pagi dan petang, siang dan malam.
All the best!!!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Konvo Sijil Pendidikan Khas (Speciallist PJ)

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments

tahniah kepada diri sendiri....

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Lenyap Kasih Sayang Punca Krisis Generasi

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


RASULULLAH SAW apabila ditanya oleh seorang sahabat mengenai siapa lagi yang harus dipatuhi selepas Allah dan Rasul menyebutkan, Ibumu! Ibumu! dan Ibumu!

Tiga kali ulangan terhadap ibu membayangkan ibu adalah watak penting dalam kehidupan manusia dan keluarga. Tentu ada kekuatan pada ibu yang menyebabkan Rasulullah SAW berkata demikian.


Rasulullah dalam hadisnya menyebutkan juga bahawa, ‘syurga adalah di bawah tapak kaki ibu.’ Ia terkandung maksud yang amat besar kepada anak bagi kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Pada diri ibu ada unsur penting dalam proses didik, asuhan, kasih sayang, kesabaran dan memiliki kasih sejati terhadap anak. Mana tidaknya, ibulah yang mengandung anak dengan susah payah selama lebih sembilan bulan. Ibulah yang melahirkan anak dalam kesakitan dan kepedihan. Ibu jugalah yang bangun pada tengah malam menyusukan anak dan menyalin lampin anaknya.

Ibu sebagai pelengkap kepada watak bapa menjadi faktor penting dalam proses pembangunan zuriat, anak dan generasi. Kualiti keibuan sifatnya unik kerana kelembutan dan kasih sayang ibu mendekati anak memiliki upaya didik menyuburkan watak dan peribadi.

Ibu yang berilmu dan berketrampilan dalam memahami proses pertumbuhan dan pembesaran anak baik dari sudut minda, psikologi, emosi dan tabiat, memiliki cara dan kaedah berkesan bagaimana anak harus diremaja dan didewasakan.

Apakah ibu pada masa kini dalam ruang peranan baru hadir di pejabat, kesibukan melakukan kerja pengurusan dan profesional sepanjang hari, mempunyai masa berkualiti dengan anak.

Memadaikah dengan peranan ’bibik’ atau pembantu untuk memindahkan jiwa keibuan dan budaya keluarga kepada anak. Apabila masa berkualiti ditumpukan di pejabat atau di luar rumah, adakah masa yang berbaki untuk anak.

Keluarga yang melihat hari depan yang baik ialah keluarga yang berasakan anak adalah aset. Anak adalah harta bernilai dan tidak boleh ditukar ganti dengan wang. Apabila kita meninggal nanti, anak yang salih menjadi faktor penting menghubungkan yang pergi dan masih tinggal.

Anak yang diberi makan-pakai yang cukup tidak bermakna sudah sempurna tanggungjawab dilakukan oleh ibu. Makan-pakai adalah perkara asas bagi meneruskan kehidupan, tetapi kasih sayang dan kemanjaan penting untuk membentuk watak dan perangai.

Anak yang tidak mendapat kasih sayang serta kemanjaan daripada ibu akan mencari sumber lain untuk meluahkan perasaan sunyi dan bosan bagi mendapatkan perhatian. Naluri ingin tahu yang tinggi dan sikap aktif anak akan tertumpah kepada rakan sebaya dan juga kepada sumber yang tidak fitrah. Akhirnya, anak tidak belajar daripada ibunya, tetapi belajar daripada orang atau sumber lain.

Bayangkan jika ibu asyik mengejar harta, mengumpul kekayaan saja dan mengabaikan tanggungjawab untuk mendidik serta mengasuh anak. Memadaikah ratusan ribu ringgit yang terkumpul untuk menebus ‘kehilangan’ diri anak yang terjebak dengan salah guna dadah, berada di pusat serenti, terbabit kegiatan ‘mat rempit’ atau terimbau dengan penyakit Aids/HIV.

Harga memberikan kasih sayang, belaian, pemerhatian dan bimbingan terhadap anak amat tinggi nilainya. Lebih-lebih lagi dalam tempoh kritikal sejak lahir hingga ke akil baligh, anak memerlukan tapak tabiat, perangai dan peribadi yang teguh dan kukuh supaya memiliki kekebalan bagi menghadapi cabaran negatif dalam perjalanan hidupnya.

Asas inilah disebutkan Rasulullah SAW bahawa anak lahir dalam keadaan fitrah. Kedua ibu bapalah yang bakal menentukan arah tuju kehidupan anak.

Anak hari ini secara fizikalnya amat aktif. Secara mindanya anak mempunyai naluri ingin bertanya yang tinggi. Anak memerlukan pujian dan apresiasi bila melakukan sesuatu yang membawa kepada kemajuan dan kejayaan.

Anak juga memerlukan contoh supaya hidupnya terbimbing. Apakah ibu memiliki kualiti ini dan sesuai pula dengan zaman. Pada hari ini anak terdedah dengan benda dan perkara mencabar dari dunia cetak dan elektronik.

Rasa selesa dilalui kebanyakan keluarga menyebabkan anak muda mempunyai kecenderungan berfoya-foya. Rasa kesempitan ditanggung sesetengah keluarga menyebabkan anak terbiar dan terjebak dalam amalan salah guna dadah dan pergaulan bebas membawa kepada kerosakan akhlak.

Minat anak muda dengan agenda hiburan dan suasana yang memberi ruang kepada pergaulan lepas bebas memang kuat. Contoh artis dan penyanyi di media elektronik dan cetak tidak mewakili watak yang santun, gerak geri tertib dan indah.

Sebaliknya ‘idola’ yang menjadi pujaan ialah memiliki rambut tegak tidak terurus, pakaian mendedah menampakkan susuk dan pusat, pekikan suara yang sudah kehilangan harmoni dan kebingitan bunyi muzik memekakkan telinga.

Keadaan seperti itu tidak membantu untuk melahirkan anak yang santun, tertib serta memiliki disiplin dan akhlak tinggi. Ia tidak menyumbang kepada pembinaan sahsiah contoh.

Pemikiran anak seperti ini tidak akan berkembang. Mentaliti perbualan hanya kepada hal remeh sekitar gosip, kahwin cerai artis dan selebriti SMS. Anak dimatikan hatinya daripada memperlihatkan rasa malu, hormat, patuh kepada ibu bapa dan orang tua. Anak dirangsang minda dan nafsunya untuk menyunsung slogan ‘hidup muda remaja hanya sekali’.

Dewasa ini, kita menghadapi krisis generasi. Ramai remaja yang sedang kehilangan arah dalam kehidupan dan mengalami kecelaruan membuat keputusan. Ada ramai di kalangan generasi muda tidak lagi merujuk kepada ibu untuk mendapatkan nasihat dan beralih kepada rakan sebaya untuk mendapat pedoman.

Ramai di kalangan remaja yang tidak lagi mendengar cakap dan pedoman ibu dan tidak menjadikan ibu sebagai pemberi nasihat, penunjuk jalan atau pun tempat berkongsi masalah.

Justeru, ibu perlu kembali kepada peranan asal sebagai pendidik awal kepada anak. Meniupkan obor kasih dan cinta sayang yang tak kunjung padam. Menjadi tempat rujukan anak di saat perlu.

Sumber teladan terbaik membangun diri. Tempat meluahkan perasaan dan mencari suluh pedoman bila jiwa anak tertekan. Mampu membahagikan masa berkualiti untuk anak.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter