Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Mengembalikan Romantis

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, May 31, 2010 2 comments


1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia
sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat
kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan
sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa
yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu
itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena
gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula
naik ke muka. Bukankah naya namanya.


2. Kenyit-kenyit.
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada
yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan
mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok
mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu
menggemberikan hati anda.

3. Ops, maaf terpegang.
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang
kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan
ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, 'ops,
maaf terpegang, tak sengaja'. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si
dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu,
pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan
ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda
melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka
sedikittetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia
melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan
lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam
anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada 'ummphhh!'.

5. Tersentuh tangan.
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan,
kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak
sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan
anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika
menonton televisyen atau semasa berbual-bual.

7. Usik melalui telefon.
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan
menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang.
Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia,
biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia
memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda. Tentu
menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu
boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.

8. Suapkan makanan.
Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak
juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika
bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah
mesra.

9. Betul-betulkan rambut.
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri
pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau
rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah
rambut tu. Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan
ciuman. Wah, romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang.
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa
kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit
melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear...ops, terpegang tangan.
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk
diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia.
Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan
adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di
dalam kereta.

12. Ops... tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas
mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh
semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda.
Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah
kepada anda....

13. Jeling-jeling
Kalu tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama,
mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang
sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja
padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar
contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya
tentulah beralih pula pada anda.

14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel
dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi
bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara
ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya...

15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau
sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain
pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi
perang. Tak ke kes naya jadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga.
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika
duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya.
Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari
ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti
pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahi
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya.
Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat,
tidak perlu tunggu-tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga.
Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara
ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti
tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling
sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing
terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan
kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan
tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah
boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar
si dia.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Bermuamalah Dengan Baik Antara Suami Isteri

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Seorang suami tidak boleh membenci isterinya atau sampai menceraikannya hanya kerana satu kelakuan isterinya tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan perilaku lain yang menyenangkan dari isterinya.


Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya orang perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk. Ia tidak akan boleh lurus pada satu jalan. Jika kamu mencari kepuasan dengannya, nescaya kamu dapat kepuasan darinya, padahal ia tetap bengkok. Dan jika kamu hendak meluruskannya, bererti kamu cuba mematahkan sedangkan mematahkan (bererti) menceraikannya." (Riwayat Muslim)

Hadis itu menggambarkan tingkah laku perempuan yang sejak lahir memang telah dibekali dan dipengaruhi oleh sifat pembawaan asli. Betapa rumit dan sukarnya mendidik wanita. Jika ia dididik dengan kasar, maka ia akan patah. Kalau dibiarkan, maka semakin parah tingkah lakunya. Oleh sebab itu, bagi para suami dalam mempergauli isteri harus berlaku bijaksana, tahu situasi dan kondisinya. Jangan terlalu kasar dan jangan pula terlalu lembut.

Sabda Rasulullah: "Jika seorang perempuan telah sembahyang lima waktunya, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti ia masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya." (Riwayat Ibnu Hibban)

Tugas seorang isteri disamping harus taat kepada Allah, juga harus taat kepada suaminya. Jika kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya. Ia dipersilakan masuk syurga melalui mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.

Aisyah berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah, "Siapakah yang lebih besar haknya bagi seorang perempuan (isteri)?" Baginda pun bersabda: "Suaminya." Saya bertanya lagi: "Siapakah yang lebih besar haknya bagi orang lelaki?" Baginda pun bersabda: "Ibunya." (Riwayat Bazaar dan Hakim)

Orang perempuan mempunyai satu kewajipan yang besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suamilah harus didahulukan. Lelaki mempunyai kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh kemampuannya, ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: "Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam di muka suaminya, jesteru itu ia ada dalam kemurkaan Allah Ta'ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, jesteru itu malaikat melaknatnya hingga ia pulang." (Riwayat Al Bazzar)

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Mencari Harta Karun Ala-Ala OKU

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments

membaca klu yang diberi...mencari harta karun sambil diselitkan apa yang hendak diajar pada hari ni...
ADA LAGI BAWAH NI!!!


>
model kain tudung la tu...hahahhaha

habis kerusi digeladahnya...pah satu-satu ditunggengnya..hahhaa..nak cari klu la tu...

dengar taklimat dr admin..sebelum aktiviti dijalankan..

kena dera la tu..tak pun..dibuli oleh guru..hahhaha..admin pun kaki buli daaa..hahhaha

nak cari 3 biji gula-gula aje...seluruh muka dah jadi putih...semangat gula-gula la kata kan..hahha

ko cubit aku..aku cubit ko..aduss...sakit la..slow2 udah le...hahahha

antara aktiviti..penuhkan satu gelas dgn air dengan menggunakan tangan aje...

mangsa buli...hahhaha

antara mangsa dera yang disuruh makan secara gelojoh..hahhaaa

yg ni..admin tak tau nak kata apa..aktiviti apa ni..hahhaha..semacam aje...

looo..ada lagi yg sertai aktiviti ni..semacam aje admin tgk..hahhaha..suci fikiran..hahaaaa

sapa raba sapa ni...hahhha...

tak senonoh betul cara makan jenis ni...gelojoh sgt..hahhahha

suka sgt la tu...ni la antara aktiviti yg admin buat..main sambil belajar...byk yg tersirat dan tersurat di dalam aktiviti ni...hehhehe

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Mesti Bijak Tangani Kekusutan Emosi

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


KEHILANGAN atau kematian seorang ahli keluarga yang tersayang lazimnya menyebabkan seisi keluarga sedih dan pilu. Jika suami meninggal dunia, selalunya isteri akan bersedih, jika ayah meninggal, anaknya pula akan mengalami perubahan emosi sama.


Perubahan emosi seperti ini dikatakan normal kerana setiap ahli keluarga mempunyai perasaan kasih sayang antara satu sama lain. Dalam keadaan sedemikian, orang terbabit kerap terkenang-kenang dengan orang yang meninggal.

Malah, untuk sementara waktu, dia juga akan mengalami gangguan tidur dan selera makan. Individu berkenaan juga tidak suka bermesra dengan orang lain, lebih gemar bersendirian dan kurang minat bergaul seperti sebelum kejadian.

Perubahan emosi seperti ini selalunya akan beransur-ansur menjadi normal dalam jangkamasa dua bulan hingga enam bulan.

Untuk mempercepatkan proses pemulihan, individu terbabit digalakkan bercakap dan berbual mengenai orang yang meninggal supaya apa-apa perasaan yang disimpan di hati dapat diluahkan dengan sempurna.

Pendekatan seperti ini memberi peluang kepada mereka mencurahkan perasaan dan lama kelamaan mereka dapat menerima hakikat yang pergi tetap pergi dan tidak akan kembali lagi. Kepada orang Islam, kita reda dengan apa yang terjadi dan berserah kepada Tuhan yang maha kuasa untuk mencucuri rahmat ke atas roh orang yang kembali ke alam barzakh.

Biasanya, selepas kesedihan ini reda, mereka boleh secara beransur-ansur berfungsi seperti sediakala dan mampu menjalankan tanggung jawab masing-masing.

Namun, ada juga individu menunjukkan reaksi emosi yang jauh berbeza. Contohnya perasaan sedih dan pilu menjadi amat sangat hingga boleh menjejaskan tugas dan tanggung jawab mereka.

Mereka tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan memerlukan bantuan dan rawatan. Kekusutan emosi yang dialami boleh mengganggu tidur dan selera makan, hingga badan menjadi susut. Mereka tidak bermaya, perasaan bersalah menyelubungi jiwa dan berasa mereka tidak lagi berguna.

Ada kalanya kekusutan emosi yang mereka alami berpanjangan hingga melebihi enam bulan. Apabila perubahan emosi ini berpanjangan, ia dikatakan terkeluar daripada paras normal, oleh itu golongan ini memerlukan bantuan dan rawatan.

Ada dua keadaan perubahan emosi susulan daripada berlakunya kematian dalam keluarga. Pertama ialah perubahan emosi yang memang diduga akan berlaku, ia tidak begitu teruk dan orang yang terbabit masih mampu mengawal diri sendiri.

Mereka tidak perlu ubat-ubatan, mereka hanya perlu sokongan sosial dan moral. Lazimnya, mereka akan pulih kembali dan boleh menjalankan tanggung jawab dengan sempurna.

Keadaan kedua membabitkan individu yang menunjukkan kekusutan emosi yang keterlaluan hingga mereka tidak boleh berfungsi dengan sempurna. Mereka memerlukan bantuan dan rawatan sewajarnya supaya gangguan emosi yang dialami dapat diatasi secepat dan sebaik mungkin.

Faktor yang membezakan antara reaksi emosi yang normal daripada reaksi emosi tidak normal, dalam keadaan seperti ini ialah pertama: aspek kualiti kekusutan emosi, dan kedua: selama mana gangguan berkenaan berlaku.

Sebagai contoh, dihuraikan dua kes di mana kekusutan emosi terjadi akibat kematian ahli keluarga.

Pertama seorang isteri berumur 40 tahun mengalami gangguan kemurungan yang amat serius selepas suaminya berumur 45 tahun meninggal dunia akibat serangan strok.

Kematian suami terjadi secara mengejut dan tidak disangka-sangka, oleh itu isteri ini mendapati sukar untuk menerima hakikat mengenai apa yang berlaku. Lama kelamaan disebabkan gangguan pada emosi dan pemikirannya, dia menjadi agresif dan perlu rawatan sebagai pesakit.

Selepas diberi ubat-ubatan antidepresan yang bersesuaian, akhirnya dia mampu kembali kepada keluarganya yang tersayang untuk mendidik anaknya.

Soalannya, kenapa balu ini menunjukkan reaksi emosi yang keterlaluan? Tidakkah boleh beliau menerima hakikat sebenar?

Jawapannya ialah emosi seseorang insan sangat kompleks dan dipengaruhi pelbagai faktor. Ini termasuk perwatakan seseorang, jaringan rakan yang ada, sokongan moral daripada sanak saudara, hubungan antara balu dengan arwah suaminya, situasi yang menyebabkan kematian, kehilangan sumber pendapatan dan sejarah kesihatan mental balu (jika ada).

Justeru, dalam proses memberi bantuan kepada balu ini, perkara berkenaan perlu diambil kira bagi menentukan pendekatan terbaik untuk mempercepatkan status mentalnya menjadi stabil semula.

Keduanya adalah seorang remaja yang kehilangan ayahnya. Remaja berkenaan mendapati sukar untuk menjalankan tugas harian tanpa ayahnya. Oleh itu, dia mudah mengalami tekanan jiwa. Dalam keadaan demikian, adakala dia hilang kewarasan dan membuat sesuatu di luar dugaan.

Dalam keadaan seperti ini, ia agak serius dan perlu kepada rawatan intensif. Apabila dia pulih daripada permasalahan dialaminya, dia boleh terus bekerja seperti biasa.

Kes ini menunjukkan hubungan rapat remaja dengan arwah ayahnya.

Kehilangan ayah tersayang memberi kesan mendalam kepadanya kerana di peringkat remaja, ia sangat memerlukan bimbingan dan mencari-cari model terbaik untuknya.

Apabila berlaku kematian ayahnya, dia hilang sumber ilham dan ini membuatkan jiwanya menjadi kosong.

Yang dihuraikan adalah kekusutan emosi yang mungkin berlaku susulan daripada pemergian orang tersayang. Ada golongan mampu mengatasi tekanan ini dan ada juga kumpulan yang memerlukan bantuan.

Bagi umat Islam, semua yang datang daripada Allah, akan kembali kepada-Nya juga. Sebagai insan biasa, kita diberi akal untuk berfikir dan berikhtiar bagi menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran.

Dengan berkat kesabaran dan pendekatan yang bersesuaian, mereka mampu mencari jalan penyelesaian kepada masalah dihadapi.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Untuk Lelaki Yang Bergelar Suami/Bakal Suami

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments


Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.


TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu, dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...

KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek "Ada duitkah suamiku?"

TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau "Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan
TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss!!

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam

TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?"

Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...


INI YANG BEST NI
Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia dorang musti tahu punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain. Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..


JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!


Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan.

Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...???

Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit.....

Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia??????

Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri....

Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada....

Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....

FIKIR-FIKIRKANLAH.................

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter