Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Sambutan Hari Guru 2010

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, May 18, 2010 6 comments

akhirnya..berjaya jugak menghabiskan aktiviti sambutan Hari Guru selepas terbantut semalam dek kerana hujan hingga menyebabkan warga sekolah hampir-hampir nak berkhemah di sekolah..hehehhe...ni aktiviti membuat pakaian drpd suratkabooo...macam-macam daaa....


haaaa...ni la admin..tempat ketiga dalam acara bola beracun daaa...kira ok la tu..ada hadiah la jugak...tak kira lagi hadiah dr budak2...hahhahaha..kena paksa rela..hhahahha...
yg sebelah kanan tu...GPK 1 kat sekolah admin laaa....

ikrar akan mengajar dgn sebaik mungkin..demi anak bangsa...agar mendapat keredhaan Ilahi...

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Masuk Akhbar Sinar Daaaa!!!

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments

ADA LAGI BAWAH NI....

SIAP MASUK AKHBAR SINAR HARIAN NI...KENA BELI NI..RUGI JIKA TAK BELI DAA...HAHAHAHA...NI TAK ADIL..ADMIN YANG HANTAR..TAPI GAMBAR ADMIN LAK YG TAK ADA....HAHAHA..ADA NAMA..KIRA OK LA TU...HAHAHAHA

SINAR HARIAN - 18 MEI 2010 DALAM KENANGAN....


Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Banjir

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments

deretan kereta guru dipandu keluar oleh tuan empunya kereta masing-masing..mana tau..kan kereta tak leh keluar kan...jalan dinaiki air...yg ni pun dah kat lutut...harap2 tak la sapa jumaat ni..kalu tak..admin tak boleh balik trengganu laaa...waaaaaaa!!!!!!

ADA LAGI BAWAH NI!!!

waaahhhh dussss!!! siap beli selipar jepun baru ni...hahhaha..maklum laa..banjir punya pasal..hahha..kereta dah selamat kat atas jambatan...

suasana air sungai yang naik..kat hulu hujan lebat...ditambah lagi hujan kat semantan ulu semalam..mmg lebat...tu la pasal hari ni banjir...

mari mari mari..kereta murah2 ni..kereta biru ni..murah aje..RM1000 aje..mai pakat beli kereta dimasuki air ni..hahhahahha..macam banjir kat kota tinggi aje..hehhehe...selamat kereta guru2 ni..kalu tak..redah air la jawabnya...

aik..tak kat air setakat tu dah gayat kot..hahhaha..nak ambik kesempatan la tu..hahhaha

antara rumah penduduk yang dinaiki air...anaknya jgak sekolah kat admin...banjir..kesian..semoga cepat surut airnya...merenung jauh nampak nya tu...merenung nasib diri dan rumah...pohon ke hadrat Ilahi agar diselamatkan semuanya...
kereta bos boleh la lalu jalan mcm ni...kalu keta admin lalu kat sini..jawabnya..masuk hospital la keta admin...hahhahaha..apa2 pun...tabik sama bos...nasib baik ari ni bawa pajero...leh la tumpang sebagai teksi....kalu bawa moto..entah lee...hehheheh

guru-guru rela menangguhkan program sambutan Hari Guru peringkat sekolah..demi kebajikan anak didik...tengah2 nak bersiap nak buat sambutan Hari Guru..orang kampung bagitau..alih keta..air sungai naik...terus berjuang alihkan keta dan budak2 sekali...kan tak pasal2 berkampung dan berkhemah kat sekolah..hhehhehehe...Terima Kasih Guru!!!! Jasa mu tetap dikenang!!!!

ni sapa lak ni..murid tua ke??? hahahahhaha...

haaaa!!!! main air tu..jgn tak main...belajar mengenai alam sekitar la pulak ari ni...P&P di luar bilik darjah la ni...hhehehhehehe

ramai jgk budak2 sekolah admin ni...kata SKM...kalu banjir...ramai lak nampak..ke nak terima bantuan banjir kat atas jambatan..hahhahahhaa..paras air hampir2 kat lutut...kalu hujan tak berhenti..mlm ni..naik lagi..maknanya esok tak sekolah laaa....yahooooooo....hahhahhaa

kesian murid paling tua ni...kuatnya study..tgk la begnya tu..sapa 2 beg sekaligus dibawa ke sekolah..pelajar pintar ni...hahhahaa...ulat buku la ni..jgn jadi ulat bulu naik daun udah lee...hahahahahah..sorry bos..kutuk skit...hahahahhaa..ni la GPK 1 sekolah admin...

ni bodek ke apa ni..hahhahaha...tu la pasal..admin dah cakap...kena tukarkan admin ke terengganu..hahhaha...baru admin tak kena banjir...hahhahaha..apa kaitan ntah..hahhahaha

deretan mangsa banjir..membawa diri sehelai sepinggang la tu..hahhahaha..nak pi ambik bantuan banjir kat atas jambatan la kot..hahhaha

seronoknya..dapat main air...ni la anak cikgu Ismawati...maknya tu nak main jgk sebenarnya..cover depan kamera la tu..konon..hahhahaa

ahli keluarga siap sedia menyambut kedatangan pelajar2...ada yg sedih..ada yg gembira...apa2 pun..jgn main air..bahaya...

kira murid dahulu..mana la tau..takut tersesat dihayut oleh air..terima kasih guru!!!!!

wak muka sedih la tu..konon..padahal suka la tu..tak sekolah...hahahhaha..macam la admin tak tau..hahhahaaha

alamak..ni bincang jenis apa ni..sebatu duduknya..hahhahaha...ni la bos admin..yg tgh tu...yg dua org lagi tu..wakil PPD raub..nak bg bantuan banjir la tu..tak pun..nak tukar admin ke terengganu la tu..hahhahahahahahahahaaa

helo..helo..hellloooooooo!!!!... maaf!!!...nombor yg anda dial..tak dapat dihubungi..kerana banjir..hahhahahaha....

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Ilmu Memagar diri dan Rumah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments


Di sini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman sihir dan pencuri yang diamalkan sejak dahulu oleh para anbiya’.

Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekhusyukan.


Waktunya..

Waktu selepas Solat Maghrib, seeloknya pada hari Selasa bagi memagar diri dan hari Jumaat bagi memagar rumah.

Caranya:

1) Duduk bertimpuh seperti Tahiyat Awal dan mengadap ke KIBLAT.

2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala. (Jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekaligus. Buat berasingan).

3) Pejam mata, tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat Kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja.

Dan semasa membaca ayat Kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan kita ada satu tembok yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat Kursi hembuskan semula nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi langkah yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembok itu berada di belakang, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah.

Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.

5) Untuk permulaan, amalkan sebulan sekali. Tetapi untuk lebih afdhal, amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja dalam seminggu.

Janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselamatan kita semua. Jadikannya amalan dan yang lainnya berserahlah pada Allah Yang Esa.

Untuk memagar rumah pula, caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman pencuri; dan semasa membaca ayat Kursi, bayangkan pula tembok itu berada di hadapan rumah kita dan diikuti langkah seterusnya untuk di sekelilingnya pula.

Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri, ada syaratnya pula.

Dari pengalaman orang yang mengamalkan ilmu memagar rumah ini, pernah terjadi pencuri yang memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar.

Jika ini terjadi, maka disyaratkan tuan punya rumah tidak boleh sama sekali memukul pencuri itu.

Cukup dengan mengambil kembali barang yang telah diambil serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibu bapa pula, ilmu memagar diri ini boleh dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil.

Cuma semasa kita melakukan, niatkan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan (dengan izin Allah SWT).

Memagar Rumah Dari Pencuri

Satu lagi cara yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat Kursi di sekeliling dalam rumah.

Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada di dinding rumah. Baca ayat Kursi berulangkali di keliling setiap bilik dalam rumah kecuali tandas.

Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi. Jangan cover seluruh pintu utama.

Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri.

Kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama.

Jadi, pintu utama sahaja kita perlu perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut-takut pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak!!!

Wallahu 'alam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Nilai Sekeping Hati

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi Allah SWT melihat kepada hati dan amalmu." [Riwayat Muslim]


Hati menurut ilmu perubatan adalah darah hitam yang beku, mempunyai bentuk tersendiri yang letaknya di sebelah kiri dada.

Bagaimanapun Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa hati menurut pandangan ilmu tasawuf adalah unsur halus yang bersifat metafizik yang berada dalam bentuk hati yang bersifat jasmani.

Katanya, "Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh, sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan daripada kekotoran batin dan maksiat, padahal Allah SWT hanya memandang hati mereka seperti firman-Nya dalam Surah Asy-Syams, ayat 7 hingga 10."

Hati diibaratkan sebagai tuan dan jasad adalah hambanya atau sebagai pemimpin yang mengatur rakyatnya. Maka hati adalah asas atau pusat yang mengatur dan menggerakkan semua kegiatan.

Jika hati baik, maka akan baiklah kelakuan seseorang itu. Jika sebaliknya, maka buruklah peribadi seseorang itu.

Sesungguhnya hati adalah nilaian Allah SWT yang paling utama dalam setiap amalan yang kita lakukan.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter