Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Berpakaian Sopan???

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, May 17, 2010 2 comments

apa nak jadi ni...pakai tudung tu ok laa...mmg tabik daa...tp wat la pi pakai seluar sekerat lak tu...tau la betis tu tak ada jerawat...tp kan elok kalu pakai mcm member kat sebelah tu...

zaman sekarang..setakat mana sgt guru-guru leh bagi nasihat..kalu lebih-lebih..nnt kena berdepan dengan mak ayah..lebih-lebih lagi...see u dalam mahkamah...

zaman sekarang..bukan mcm zaman dulu...dulu mak ayah bagi rotan ke guru..suruh rotan anaknya kalu kurang ajar..zaman sekarang..nnt guru plak kena 'ajar'...dah nasib badan...sabar aje leee...apa2 halangan yg datang pun...ilmu tetap disampaikan...nasihat tetap diberi...agar anak bangsa tidak merepat di bumi sendiri....Terima Kasih Cikgu!!!!!!.....

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Adab Berpindah Rumah Dalam Islam

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 6 comments


Berpindah ke rumah baru merupakan pengalaman yang amat indah, lebih-lebih lagi selepas berhempas pulas mengumpul wang untuk memiliki rumah idaman dan kemudian menghiasnya mengikut cita rasa yang sesuai dengan diri kita. Tempat di mana kita melarikan diri dari kesibukan kerja di pejabat serta yang boleh kita gelar 'mahligai'.


Sebagai Islam, kita perlu menyesuaikan setiap yang dilakukan agar berlandaskan ajaran Islam dan tentunya ramai di antara kita yang mungkin tidak mengetahui apakah yang baik untuk dilakukan tatkala pertama kali memasuki rumah tersebut.

Berbagai-bagai cara dilakukan. Ada yang mengadakan kenduri Doa Selamat dan ada pula yang mengadakan Khatam Quran dan sebagainya.

Berikut adalah beberapa perkara yang sepatutnya diamalkan serta sesuai dengan ajaran Islam serta sunnah Rasulullah SAW ketika melangkah memasuki rumah baru :-

1] AZAN

Para ulama berpendapat bahawa adalah baik bagi kita untuk melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah baru. Selain itu, adalah baik juga untuk kita melaungkan azan sekiranya berpindah masuk ke rumah yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa lebih daripada satu jangkamasa tertentu. Contohnya, lebih daripada 40 hari.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah rumah itu terlalu lama dikosongkan (tidak berpenghuni), ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali dengan Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Ketika azan dilaungkan, syaitan akan melarikan diri..."


2] MEMBACA SURAH AL-BAQARAH

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah".

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah SAW juga menggalakkan agar memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran".

Selain itu, adalah digalakkan agar azan dilaungkan pada setiap waktu solat serta mengadakan solat secara berjemaah.

Wallahu a'lam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Surah-Surah Penyembuhan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 4 comments


SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.


SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barangsiapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap, insya-Allah akan hilang gagapnya itu.

SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barangsiapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, ke atas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barangsiapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras, nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barangsiapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya.

Barangsiapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas solat Subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

SURAH AL-QASHASH (Cerita)
Barangsiapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat.

Barangsiapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.

SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagiaan sejati.

SURAH AL-ANFAL (Rampasan)
Barangsiapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

SURAH AL-HUD (Hud)
Barangsiapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa.

Barangsiapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap solat, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

SURAH AL-ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barangsiapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah SWT.

SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barangsiapa membaca ayat 35 dari surah ini pada hari Jumaat sebelum solat Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

SURAH AN-NAML (Semut)
Barangsiapa membacanya, nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

Wallahu a'lam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Makna Sebuah Hadiah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Islam menganjurkan umatnya agar saling mendekatkan hati, saling bersaudara dan mencintai satu sama lain. Antara cara yang disarankan ke arah keakraban itu adalah dengan memberi hadiah.


Amalan ini dikatakan mempu menghilangkan kabut hati, memadamkan api permusuhan, menenangkan kemarahan dan melenyapkan rasa iri hati dan dengki.

Hadiah akan membawa kesan perdamaian, rasa cinta dan penghargaan daripada si pemberi kepada si penerima. Disebabkan itu juga, Rasulullah SAW menganjurkan amalan memberi dan menerima hadiah kerana amalan ini ada pengaruh tersendiri.

"Saling memberi hadiahlah kalian, nescaya kalian akan saling mencintai." [Riwayat Bukhari]

"Penuhilah undangan orang yang mengundang, janganlah menolak hadiah..." [Riwayat Ahmad dan Bukhari]

Dalam suatu riwayat ada diceritakan bahawa salah satu hadiah yang tidak pernah ditolak Rasulullah SAW adalah wangi-wangian.

"Siapa sahaja yang dihadiahi 'raihan' (wangi-wangian), maka janganlah menolaknya sebab ia ringan dibawa, namun sedap baunya." [Riwayat Muslim]

Pemberian hadiah hendaklah didahulukan kepada kaum keluarga terdekat seperti ibu bapa, adik beradik dan suami isteri. Selain itu, boleh juga mendahulukan orang yang dekat di hati kita.

Imam Bukhari ketika mengulas mengenai siapa yang lebih dahulu harus diberi hadiah, telah mengetengahkan dua hadis.

Yang pertama, beliau menyarankan kepada si penanya agar mendahulukan pemberian kepada pakcik dari sebelah ibu, dan yang kedua ketika ditanya padanya, mana antara dua jiran yang patut didahulukan, beliau menjawab, "Yang paling dekat pintunya dengan kamu."

Wallahu a'lam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Balas Budi Melalui Doa

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Dalam kehidupan bermasyarakat, kita tidak terlepas daripada tuntutan untuk berbudi dan menerima budi daripada orang lain.

Sama ada di rumah, pejabat atau kejiranan, kita saling bergantung di antara satu sama lain dan mahu tidak mahu harus belajar untuk menabur budi, menerima budi dan menghargai budi yang diberikan oleh orang lain.


Berbudi tidak semestinya dengan wang ringgit dan harta benda. Tetapi budi juga boleh diberikan dalam bentuk tunjuk ajar, nasihat, pengajaran, sokongan dan amalan baik.

Membalas budi pula tidak semestinya dengan menabur kebaikan yang sama. Tetapi memadai juga jika membalas kebaikan yang diterima dengan mendoakan kebaikan untuk si budiman tersebut.

Demikianlah yang dikatakan, "Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa."

"Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu, maka hendaklah kamu membalasnya. Kalau kamu tidak terdaya membalasnya, maka berdoalah selalu baginya sehingga kamu mengetahui bahawa kamu telah berterima kasih kepadanya kerana Allah sentiasa membalas kebaikan (orang yang berbuat baik) lagi mengasihi orang yang bersyukur." [Riwayat Tabrani]

Wallahu a'lam.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter