Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Eye Test

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Monday, February 8, 2010 3 comments



Jom uji tahap kehebatan mata kita..cuba baca ni..kalu boleh..pahtu tulis jawapannya kat komen..hehhehe



Note: Cuba ditarik matanya kanan dan kiri, tahan ….beberapa saat, …pasti boleh baca …, kalau ada huruf2
yang tidak boleh baca .... tarik la kuat2 lagi..jgn sapa tercabut matanya udah lee..hahaha

Selamat Mencoba….

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Mengapa Cinta Menjadi Tragedi

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 5 comments


Cinta adalah suatu janji atau hutang bagi orang yang telah menjanjikan keindahan cinta kepada kekasih yang dicintai jadi janganlah kau berjanji atas nama cinta jika belum tentu kau akan melunasinya kerana itu suatu hutang cinta untukmu..

Cinta itu adalah kata hati jika ianya ada peranan dalam hidup. Cinta itu selalu indah untuk dilihat dirasa dan dilaksanakan. Untuk itu jagalah cinta agar tetap ada dan harum selalu.

Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang layang bila dikejar ia lari bila ditunggu ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin walaupun ia tidak berbohong namun sukar untuk dipercayai.Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.


Andai kita menyinta jangan dipuja cinta itu seperti bunga kerana bunga akan layu bila akhir musimnya. Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir kerana ianya akan mengalir buat selamanya.


Cinta seringkali akan lari bila kita mencari tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri. Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang.


Dalam kitaran cinta ada yang berjaya hingga ke jinjang pelamin.Tidak kurang juga ada yang gagal.Dalam hal ini kita perlu menilai semula diri sendiri. Cinta tidak akan datang sekiranya kita gagal mencintai Allah SWT.


Cinta itu takkan datang kalau tak dicari dan takkan dapat kalau tak memberi seandainya kita diberi peluang untuk menyintai seseorang lakukanlah dengan sesungguhnya dan sepenuh hati..


Hargai bila berdua sayangi bila bersama maafkan bila terluka rindui bila berjauhan fahami bila keliru nasihati bila terleka ingati bila sunyi..inilah perasaan…


Cinta tidak mungkin menemukan kebahagiaan jika hanya seorang sahaja kekasih yang setia dan seorang lagi curang..Andai dikau jodohku yang tertulis di loh mahfuz..Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih sayang dalam hatiku jua hatimu…

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

4 Orang Yang Dirindukan Syurga

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments



Kita yakin… siapapun kita, pada strata sosial manapun kita, apapun prosfesi kita, dibumi manapun kita berpijak pasti mau menjadi orang yang dirindukan oleh syurganya Allah SWT. Tempat yang di idam-idamkan oleh seluruh makhluk Allah, tempat yang tidak terdengar di dalamnya perkataan yang tak berguna, sia- sia dan dusta, didalamnya ada mata air yang mengalir, takhta-takhta yang ditinggikan, gelas-gelas berisi minuman yang terletak dekat, bantal-bantal sandaran yang tersusun, permadani-permadani yang terhampar, kebun-kebun dan buah anggur, gadis-gadis remaja yang sebaya. Kebayang enggak indahnya syurga ?….


Rasulullah SAW, mengatakan :” Syurga merindukan empat orang:

Pertama, orang yang senantiasa membaca Al-Qur’an. Nampaknya wajar jikalau syurga merindukan ahli qur’an ini karena sejak didunia saja mereka sudah diservis oleh Allah dengan ketenangan bathin, kasih sayang-Nya, kecintaannya, kemuliaan dan selalu di ingat oleh-Nya.

Kedua, penjaga lidah.
Memang lidah tak bertulang tapi ia lebih tajam dari sebilah pedang, dampaknya akan mengakibatkan peperangan antar suami isteri, antar kelompok, bahkan antar dua bangsa. Efek negatifnya akan membuat orang menjadi sengsara, akan melenyapkan pahala kebaikan yang kita buat seperti api memakan kayu bakar, akan membuat puasa jadi hampa dan sia-sia. Namun bila kita menjaganya, subhanallah… begitu banyak kenikmatan akan kita raih, dengan lisan kita berdakwah, dengan lisan kita bertilawah, dengan lisan kita berdo’a.

Ketiga, pemberi makan orang yang kelaparan.
Sungguh, Allah Yang Maha berterimakasih (Syakuur) akan membalas sekecil apapun kebaikan kita kepada orang lain. Bila kita memberi minum kepada saudara kita yang kehausan maka Allah akan memberi kita minum pada hari kiamat nanti disaat orang-orang sedang dilanda dahaga, Bila kita memberi makan kepada saudara kita yang sedang kelaparan, niscaya Allah akan memberi kita makan di saat orang-orang kelaparan pada hari akhir nanti, Bila kita memberi pakaian kepada saudara kita didunia ini, niscaya Allah akan memberi kita pakaian yang indah disaat orang-orang telanjang pada hari perhitungan nanti, bila kita memudahkan urusan saudara kita yang sedang kesulitan dan dihimpit permasalahan, yakinlah bahwa Allah akan memudahkan urusan kita sejak didunia ini. Pertolongan Allah akan datang kepada seorang hamba manakala sang hamba menolong saudaranya.

Keempat, Orang-orang yang berpuasa di bulan ramadhan.
Di bulan yang mulia yang penuh berkah, rahmat, ampunan ini Allah menjanjikan kepada kita akan pembebasan dari panasnya api neraka, pedihnya azab neraka dan kejamnya siksa neraka bila kita berpuasa, dan menghidupkan malamnya dengan shalat, qiro’at dan kholwat serta ibadah apapun dengan hanya mengharap ridho-Nya.
Bila empat amal ini kita lakukan, nampaknya wajarlah bila syurga merindukan kehadiran kita…Amien

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Sebab Suami Jadi Pendiam

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Seorang wanita mengadu kepada seorang kaunselor mengenai sikap suaminya yang menjadi pendiam dan sukar diajak berbual selepas berkahwin. Peliknya, ketika bercinta dahulu, rancak pula si suami bercakap dan pelbagai topik dibangkitkan hinggakan kadangkala si isteri tidak berpeluang bercakap.


“Apa sudah jadi dengan suami saya,” kata wanita itu sambil menunjukkan gambar suaminya kepada kaunselor berkenaan.

Kata wanita itu, suaminya seorang lelaki yang baik, malah dia tidak pernah mengabaikan keperluan rumah tangga termasuk anak-anak, cuma yang merunsingkannya ialah dia (suami) terlalu pendiam dan lebih banyak membuat hal sendiri seperti membasuh kereta, menanam bunga atau memelihara ikan.

Perkara ini bukan hanya dialami wanita berkenaan, malah isteri lain hinggakan mereka putus asa dan membiarkan suami dengan sikap pendiam asalkan rumah tangga bahagia. Namun, ada juga wanita yang mengambil kesempatan daripada sikap suami sedemikian untuk menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Masalah ini harus dilihat daripada pelbagai sudut, mungkin suami bosan dengan kerenah isteri yang asyik membebel dan bercakap tidak berhenti-henti tanpa mengira tempat dan keadaan. Justeru, si lelaki memberontak dengan mengambil sikap mendiamkan diri.

Dalam perbualan di antara lelaki dan wanita, pihak isteri paling banyak mengajukan pertanyaan. Wanita menganggap dengan bertanya ia sebagai suatu cara untuk memelihara jalan penyelesaian.

Sementara itu, si lelaki menganggapnya sebagai tindakan isteri terlalu mengambil tahu secara berlebihan atau kongkongan. Bagi lelaki, mengajukan terlalu banyak soalan dianggap masuk campur urusan orang lain.

Golongan lelaki lebih gemar mengemukakan komentar negatif berbanding wanita. Sikap begitu membuat wanita kesal dan mempengaruhi diri wanita lalu mereka mengeluh, “suamiku tidak pernah mahu mendengar kata-kataku”.

Ramai wanita menganggap komen negatif suami sebagai serangan terhadap diri mereka sedangkan lelaki beranggapan perkara itu perbualan normal dan wajar.

Wanita biasanya meluahkan masalah agar suami memberi bantuan dan semangat baru. Manakala suami cenderung mendengar isterinya meluahkan masalah dan menganggap ia sekadar meminta nasihat penyelesaian dan bukan meminta simpati.

Suami adalah ketua rumah tangga. Namun, kadangkala dia tidak lebih daripada hanya mendengar daripada bercakap. Apabila suami bercakap mengenai sesuatu hal seperti masalah di pejabat, si isteri sepatutnya cuba menyesuaikan topik itu bukannya bercakap hal lain. Ini menyebabkan suami bosan dan lebih suka berdiam diri.

Sebagai wanita, tidak rugi jika sekali-sekala anda mengalah dan mendengar apa yang dicakapkan suami daripada anda bercakap hal lain.

Jika anda tidak berminat dengan apa yang dicakapkan suami, cukup sekadar memberi isyarat dengan reaksi muka atau gerakan apa sahaja bahawa anda masih mendengar perbualan suami anda.

Tahankan keinginan untuk memberi pendapat sehingga suami anda habis bercakap. Ini untuk menunjukkan anda pendengar yang setia dan sanggup berkongsi apa sahaja untuk kebahagiaan keluarga. Isteri yang banyak menyampuk dan berlakon bijak menyebabkan suami bosan.

Sebagai isteri, anda boleh bertanyakan hal atau suasana pekerjaan suami di pejabat. Ada suami yang suka isterinya berbuat demikian daripada isteri lebih banyak bercerita apa yang dilakukan di pejabat bersama rakan-rakan.

Jangan berbual sesuatu topik yang hanya anda tahu sedangkan suami tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu. Ini membuatkan suami cepat bosan dan menganggap anda hanya mahu menunjukkan ego sebagai wanita yang berpelajaran dan berjawatan tinggi.

Jika suami lebih minat berbual mengenai kereta daripada berbual mengenai dunia sains dan teknologi, tidak mengapa anda melayan selera suami anda daripada terus berbual dan berakhir dengan kebosanan di pihak suami.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Perkahwinan Adalah Fitrah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Jalan Mencapai Perkahwinan yang Diredhai Sebagai seorang insan, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah bekalkan pelbagai keinginan di dalam diri manusia. Ia merupakan keinginan semulajadi, yang datang tidak diundang dan keinginannya tiada siapa yang mendorong. Di antara banyak keinginan semulajadi manusia itu ialah ingin berkahwin. Tiada makhluk di muka bumi ini menidakkan kenyataan ini. Haiwan yang membuas di hutan belantara dan yang hidup melata di muka bumi ini pun berkahwin apatah lagi manusia yang dibekalkan oleh Subhanahu wa Ta’ala nafsu dan perasaan, sesungguhnya itu ia amat berkeinginan. Tetapi apabila ada orang yang mengatakan dia lebih seronok membujang atau ‘mendara’, hakikatnya dia telah menentang fitrah hatinya. Orang yang bersifat demikian jiwanya akan tertekan. Kadang-kadang situasi ini akan membuatkan dia mengambil keputusan yang sukar dipertimbang malahan ia mudah sekali melakukan dosa dan kejahatan. Oleh kerana jalan itu adalah bahaya dan kesannya amat dipandang hina maka manusia berusaha untuk mencari pasangan hidupnya untuk dinikahi. Buktinya orang lelaki akan berusaha untuk dapatkan pangkat dan kekayaan dengan tujuan agar mudah dapat calon isteri. Di bangku sekolah lagi keinginan untuk kahwin sudah kelihatan. Iaitu bila yang lelaki sudah pandai berkenalan dengan murid perempuan. Berutu-utus surat, kononnya untuk bertukar fikiran dalam pelajaran. Tetapi niat sebenarnya ialah kerana ada kecenderungan hati pada wanita. Minat pada wanita sudah bangkit dalam jiwanya. Walhal kalau hendak bertukar-tukar fikiran dengan kawan lelaki pun boleh. Tetapi lebih suka cari yang perempuan. ‘Perkenalan Lelaki & Perempuan yang Membelakangkan Syariat’ Begitu juga di pihak perempuan. Masuk belasan tahun mulalah pasang badan. Mula pandai berhias-hias dengan make-up dan baju cantik dan suka diri dipandang cantik. Dengan harapan adalah lelaki yang terpikat. Kerana minat pada kaum yang berlainan jenis telah bercambah. Bermulalah api cinta. Perkenalan lelaki perempuan yang membelakangan syariat akan menuju kepada kehancuran dan dosa. Akan mudahlah berlaku perkara yang menyebabkan maruah ternoda gara-gara cinta nafsu muda. Kerana apabila berdua-duaan antara lelaki dan perempuan maka syaitan akan jadi orang ketiga yang akan mencetuskan api berahi hinggakan berlakulah zina mata, zina tangan, zina badan dan hingga membawa kepada zina sebenarnya. Perkahwinanlah jalan keluar untuk menyelamatkan manusia daripada godaan nafsu syahwat. Imam Al-Ghazali menyatakan tujuan perkahwinan ialah untuk memberitahu manusia akan nikmat di akhirat. Dengan merasakan nikmat yang sedikit manusia sepatutnya lebih berhajat kepada nikmat yang lebih besar di akhirat, yakni syurga dengan melakukan ketaatan kepada Allah sehingga ia layak sampai ke sana. ‘Bila Kahwin Tidak Berkat, Mudahlah Hati Pecah & Retak…’ Janganlah disebabkan tidak cukup belanja maka perkahwinan jadi terhalang. Walhal nafsu syahwat sudah tidak terkendalikan dan bila-bila masa sahaja boleh mendorong tuannya kepada maksiat. Mengenakan hantaran atau belanja beribu-ribu ringgit sehingga membantut atau melambatkan saat perkahwinan adalah hal yang sangat tidak patut. Kerana sikap yang begini boleh menyebabkan ada yang nanti sanggup hidup bersekedudukan lelaki perempuan tanpa nikah. Selalunya ibu bapalah yang sibuk mengenakan hantaran belanja yang tinggi, untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain yang bakal menantunya orang kaya, berjawatan tinggi, bolehlah dia berbangga-bangga. Itulah ciri-ciri orang yang sombong akan menjerumuskan tuannya ke neraka. Salah siapa kalau anak kahwin lari? Sudah dipinang tidak dapat, dibawalah lari. Ibu bapa juga yang putih mata. Ramai ibu bapa yang suka pilih menantu yang bergaji besar, pangkat besar tetapi tidak peduli sama ada bakal menantu punya iman besar atau tidak. Kadangkala ibu bapa menolak lamaran lelaki yang bergaji rendah walaupun akhlak yang baik, kerana bimbang masa depan anaknya gelap bersuamikan lelaki miskin. Mereka tidak bergantung kepada rezeki dari Allah. Sikap ibu bapa yang suka mengenakan hantaran tinggi mestilah diubah. Agar perkara itu tidak menjadi penghalang perkahwinan dan punca maksiat. Yang penting dalam perkahwinan adalah akad nikah dan mas kahwin. Mas kahwin yang ditetapkan oleh pihak yang bertanggungjawab insya-Allah mampu dibayar oleh pihak lelaki. Walaupun begitu sekiranya pihak perempuan sanggup menerima mas kahwin dalam bentuk yang lain dari itu pun dibolehkan misalnya, mas kahwin yang berupa sebentuk cincin, ayat Al-Quran dan sebagainya. Oleh sebabnya sulit berkahwin, kini terdapat lelaki yang memuaskan nafsu dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Perbuatan kaum Lut dahulu dipopularkan kembali. Walhal kaum Lut dahulu telah menerima bala’ dari perbuatan mereka. Allah terbalikkan bumi kerana murkanya Allah dengan perbuatan itu. Kita bimbang kalau amalan ini dibiarkan berlaku terus menerus maka Allah akan balakan semua orang yang ada dalam masyarakat itu, kerana membiarkan maksiat didepan mereka sedangkan perbuatan itu termasuk dalam dosa-dosa besar, dan jalan ke arah yang halal disusahkan. Berkahwin boleh mengatasi masalah itu. Sebelum berkahwin pilihlah pasangan yang mempunyai pendidikan agama, yakni bukan setakat memiliki ilmu agama bahkan ilmu itu boleh lahir dalam akhlak dan perbuatannya. Wanita-wanita yang beragama sahaja yang boleh sabar dengan ujian hidup berumah tangga. Mampu hidup susah, sanggup menjaga maruah diri dan suami. Akan meletakkan suami orang yang mulia dalam rumah tangga. Sebagaimana sabda Rasulullah Salallahu Allaihi wa Sallam: “Perolehilah olehmu wanita yang memiliki agama, nescaya engkau berbahagia.” Ada lelaki yang dirinya tidak baik, kaki zina, kaki arak dan kaki perempuan atau kaki maksiat, tetapi bila hendak berkahwin ia mau cari anak gadis yang baik dan beriman. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bermaksud: “Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik.” [An-Nur:3] Ertinya, lelaki fasik yang padan baginya ialah perempuan fasik. Lelaki alim akan mencari gadis alim. Tidak peliklah kalau gadis alim juga akan menunggu pinangan orang alim. Lantaran itu bila datang pinangan lelaki fasik walau berjawatan tinggi dan berpangkat besar mereka akan menolak walaupun keluarga berkeras mahu menerimanya. Sebaliknya keluarga yang cinta dunia, bila datang lelaki alim dan tidak punya jawatan tinggi meminang, ditolak. Menderitalah si gadis berdepan dengan keluarga yang begitu. Tidak sanggup dipaksa kahwin dengan lelaki fasik yang mana dia tahu kalau berlaku juga perkahwinan itu imannya akan tergadai. Justeru itu ada yang sanggup lari meninggalkan keluarga untuk selamatkan iman. Perkahwinan juga dikira sebagai ibadah dan amal soleh yakni berpahala sekiranya aturan perkahwinan dapat dibuat mengikut syariat islam. Sebaliknya akan mendatangkan dosa sekiranya dibuat mengikut adat dan membelakangkan syariat. Hari ini berapa ramai orang yang berkahwin, yang membuatkan syaitan tergelak besar dengan perkahwinan itu. Sepatutnya syaitan sedih dan menangis tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Syaitan gembira kerana bila buat majlis perkahwinan, bercampur aduk lelaki perempuan. Ada muzik, ada majlis persandingan yang ditonton oleh ribuan mata. Pakaian penganti yan mendedah aurat dan mahal serta membazir. Buat majlis yang besar sehingga ada yang memakan masa berhari-hari untuk meraikan sesuatu majlis perkahwinan sampai tertinggal solat fardhu, lalai dengan Allah. Maka perkahwinan ini bukannya mendapat berkat sebaliknya mendapat lakhnat dari penduduk langit. Janganlah kerana berlebihan duit buat majlis kahwin besar-besaran. Sehingga melalaikan orang. Yang lebih lalai ialah pengantin. Macam mana hendak solat kalau kat tangan sudah penuh inai dan kuitex. Senantiasa bermake-up, bersanggul, pakai baju cantik. Rosaklah make-up, rambut yang sudah diset kalau mengerjakan solat. Begitulah perkahwinan yang melalaikan manusia pada tuhan. Tiada berkat malah tiada pahala disisi Allah. Tidak peliklah kalau usia perkahwinan tidak panjang. Indahnya perkahwinan hanya semasa berbulan madu. Lepas itu mulalah nampak belang pasangan masing-masing. Bila kahwin tidak berkat mudahlah hati pecah dan retak. Perkara kecil boleh dipertengkarkan hingga jadi besar. Bila sudah selalu sangat bergeser, maka suami pun mula luntur kasihnya pada isteri. Mulalah suami nampak perempuan lain lebih cantik dan lebih baik dari isterinya. Apabila bila perut isteri sudah memboyot ada suami yang pikat gadis lain berpinggang ramping. Di pihak isteri pun begitu juga. Mula rasa suami tidak hebat. Lelaki di tempat kerja lebih baik dan bergaya dari suami. Bila masing-masing tidak bersefahaman maka jalan keluar yang paling cepat ialah berpisah. Inilah gara-gara perkahwinan yang tidak berkat. Ada campur tangan syaitan yang menyebabkan rumah tangga sering berada dalam kegoncangan dan kepanasan. Sepatutnya setiap perkahwinan di antara dua insan, syaitan akan menangis, akan kalahlah syaitan, tetapi sebaliknya syaitan yang menang dan gembira akibat kita membelakangkan syariat dan ketetapan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Panorama Sekolah

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments


KLIK GAMBAR..KALU TAK LEH BACA




Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter