Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Kelebihan Solat Berjemaah Di Masjid

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, January 19, 2010 0 comments


SURAU dan masjid tidak meriah dengan jemaah pada sembahyang fardu lima waktu, kecuali Maghrib dan Isyak. Yang hadir untuk sembahyang berjemaah hanya orang tua. Orang muda, walaupun ada yang datang ke surau dan masjid untuk sembahyang berjemaah, tetapi bilangan mereka boleh dibilang dengan jari.


Mereka datang ke masjid hanya pada Jumaat untuk sembahyang Jumaat dan pada hari raya untuk sembahyang sunat Aidilfitri. Mereka tidak rajin sembahyang di surau dan masjid mungkin tidak tahu kelebihan sembahyang berjemaah.

Surau dan masjid adalah rumah Allah yang sewajarnya kita semarakkan dengan sembahyang berjemaah dan aktiviti keagamaan seperti mengadakan kelas tajwid, kelas bahasa Arab, kelas fardu ain, kelas membaca al-Quran dan sebagainya. Semua aktiviti itu untuk memantapkan pengetahuan dan ilmu jemaah (lelaki dan wanita) kepada Islam dan pada waktu sama meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan jemaah kepada Allah s.w.t.

Sembahyang berjemaah di surau dan masjid boleh mengeratkan persaudaraan dan silaturahim sesama Islam dalam sesuatu kawasan. Sesetengah ulama berpendapat sembahyang berjemaah adalah lambang perpaduan, kemesraan dan kekuatan umat Islam. Umat Islam bersatu, melupakan fahaman politik, melupakan warna kulit, melupakan kedudukan dan pangkat dalam masyarakat, merendah diri dengan tulus ikhlas bersama-sama menghadap Allah.

Sembahyang berjemaah dalam jumlah yang ramai adalah lebih afdal dan utama daripada jumlah yang sedikit. Sehubungan ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Daripada Ubai bin Kaab katanya, telah bersabda Rasulullah: “Sembahyang seorang lelaki berserta seorang lelaki lebih baik daripada ia sembahyang seorang diri dan sembahyang seorang lelaki berserta dua orang lelaki lebih banyak ganjarannya daripada ia bersama-sama dengan seorang lelaki sahaja. Dan jemaah yang lebih banyak, jemaah itu lebih dikasihi Allah.” (Riwayat Abu Daud).

Sesungguhnya sembahyang berjemaah itu sunat muakkad yang sangat diberatkan. Dan sembahyang berjemaah bagi orang lelaki pada sembahyang fardu hukumnya fardu kifayah. Fardu kifayah ertinya jika telah dilakukan sekumpulan dalam sesuatu tempat atau kawasan, maka gugurlah dosa penduduk yang lain di tempat atau kawasan berkenaan. Tetapi jika tidak ada yang melakukannya berdosalah seluruh penduduk dalam kawasan itu.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Daripada Abu Darda’ r.a bahawasanya Nabi bersabda: Tiada tiga orang di dalam sebuah kampung atau dusun yang tidak diadakan di sana sembahyang jemaah, melainkan nyatalah bahawa mereka telah dikuasai oleh syaitan. Sebab itu, usahakanlah mengadakan sembahyang berjemaah. Sesungguhnya kambing yang terpencil daripada kawannya sahajalah yang dapat dimakan oleh serigala.” (Riwayat Abu Daud dan An-Nasai).

Walaupun Allah tidak mewajibkan hamba-Nya sembahyang berjemaah setiap sembahyang fardu, banyak hadis menerangkan mengenai ancaman atau balasan yang akan diterima mereka yang meringan-ringankan sembahyang jemaah. Salah satu hadis itu, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang meninggalkan sembahyang berjemaah itu adalah terkutuk di dalam kitab Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran. Orang yang meninggalkan sembahyang berjemaah itu berjalan di muka bumi, bumi mengutuknya, orang yang meninggalkan sembahyang berjemaah itu dimurkai Allah, malaikat dan segala makhluk Allah yang bernyawa dan dimurkai pula oleh malaikat yang berada di antara langit dan bumi serta semua ikan yang berada di laut.”

Sebagaimana diterangkan bahawa banyak kelebihan dan keistimewaan sembahyang berjemaah. Antaranya ialah orang yang sembahyang berjemaah mendapat dua puluh tujuh darjat daripada orang sembahyang bersendirian. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Rasulullah bersabda: Sembahyang berjemaah itu lebih utama pahalanya daripada sembahyang sendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Selain itu, orang yang sembahyang berjemaah diangkat darjat daripada mendapat rahmat, diampunkan dosa serta didoakan malaikat. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah bersabda: Sembahyang seseorang dengan berjemaah itu melebihi sembahyangnya di rumah atau di pasar sebanyak dua puluh lima kali ganda. Sebabnya ialah apabila dia berwuduk, dilakukannya dengan baik lalu pergi ke masjid sedang pemergiannya itu tidak lain daripada hendak sembahyang semata-mata, maka setiap langkah yang dilangkahnya, diangkatlah kedudukannya satu darjat dan dihapuskan satu dosanya. Dan jika dia sedang sembahyang, maka malaikat memohonkan untuknya rahmat selama dia masih berada di tempat sembahyang itu selagi dia belum berhadas, kata mereka, “Ya Allah! Berilah orang ini rahmat, ya Allah! Belas kasihanilah dia. Dan orang ini dianggap sedang bersembahyang, sejak dia mulai menantikannya.”

Daripada kitab Durratun Nasihin, Rasulullah memberitahu melalui hadisnya yang bermaksud: “Barang siapa sembahyang lima waktu berjemaah, maka baginya lima perkara (hadiah). Pertama, dia tidak ditimpa kefakiran di dunia. Kedua, Allah membebaskan dia daripada seksa kubur. Ketiga, dia akan menerima kitab catatan amal dengan tangan kanannya. Keempat, dia melalui jambatan (siratulmustakim) sebagai kilat yang menyambar dan kelima, Allah memasukkannya ke syurga tanpa hisab dan seksa.”

Mengambil kira kelebihan dan hikmah yang diperoleh orang yang sembahyang berjemaah di surau atau masjid, rugilah bagi mereka yang mempunyai kesempatan dan kelapangan tetapi tidak berbuat demikian. Oleh kerana pahala dan ganjaran Allah tidak nampak, kita pun meringan-ringankan sembahyang berjemaah ini.

Oleh yang demikian, marilah kita ke surau dan masjid menunaikan sembahyang fardu berjemaah setiap waktu. Tidak perlu menunggu Jumaat dan Aidilfitri atau di malam tertentu Ramadan kita ke surau dan masjid untuk sembahyang berjemaah. Jangan kita dilalaikan oleh aktiviti duniawi yang merugikan hidup di dunia dan akhirat.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Keputihan Perlu Dirawat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Keputihan ialah masalah yang biasa berlaku pada wanita yang masih dalam peringkat usia reproduktif. Ia berpunca daripada sistem reproduktif yang sentiasa aktif setiap bulan selain berlaku perubahan hormon.
Masalah Penyakit Keputihan


Walaupun vagina mempunyai sistem perlindungan semula jadi yang efektif tetapi pada masa sama, ia juga mempunyai jutaan bakteria dan virus selain kulat yang sentiasa menunggu peluang untuk membiak dan menimbulkan masalah.

Secara semula jadinya, tahap keasidan atau pH yang tinggi dalam vagina berupaya mencegah jutaan organisma daripada membiak.

Kadangkala perlakuan kita setiap hari 'mencuci' sampai ke dalam lubang vagina adalah satu perlakuan yang tidak betul. Cucian yang menggunakan bahan kimia boleh merosakkan benteng pertahanan vagina sehinggakan keasidan itu berkurangan. Ini menyebabkan organisma tadi menggunakan 'peluang' itu untuk hidup dan membiak.

Keputihan yang berbau, banyak dan bercampur dengan darah adalah relevan. Kebiasaannya keputihan ini selalunya putih, tidak gatal, berbau dan berlaku seminggu sebelum haid. Daripada pengalaman saya, kebiasaannya masalah begini berlaku kerana jangkitan bakteria pada pangkal rahim atau istilah perubatannya - 'cervicitis'. Masalah 'cervicitis' adalah keputihan yang banyak dan selalu bercampur kekuningan kerana jangkitan kuman dan jika serius, ia boleh menyebabkan perdarahan.

Bakteria penyebab yang biasa 'menyerang' seperti Neisseria gonorrhoea, Gardnerella vaginalis dan Trichomonas vaginalis. Setiap bakteria ini berkeupayaan menghasilkan ciri-ciri keputihan tersendiri. Majoriti bakteria, virus dan kulat ini diperoleh melalui hubungan seksual dengan pasangan yang mempunyai organisma tadi.

Jangkitan kulat seperti Candidiasis adalah yang paling biasa dan menyebabkan keputihan yang amat gatal, pendarahan dan kesakitan ketika hubungan seksual. Pengambilan antibiotik secara berleluasa, hamil, diabetes dan sistem imun yang rendah memburukkan lagi jangkitan candida ini.

Oleh itu berjumpalah doktor pakar untuk rawatan sebenar. Beberapa ujian perlu dilakukan dan yang terpenting - mengambil contoh keputihan ini untuk dikaji di makmal dan seterusnya mendapatkan keputusannya.

Sukar bagi memastikan punca sebenar tanpa mengambil sampel keputihan ini. Rawatan sebenarnya bergantung kepada keputusan makmal. Pasangan juga perlu diberi rawatan yang sama jika tidak penyakit ini akan berulang, juga akan melakukan ujian lumuran pap bagi memastikan ia bukanlah simptom barah pangkal rahim.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Rawatan Refleksi

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ni adalah ia ’selamat dan mudah’, sebab tak perlu makan sebarang ubat, boleh dilakukan tak kira orang tua, muda mahupun bayi, cuma rasa sakit sikit la semasa diurut. Tapi sebenarnya rasa sakit itu tandanya ada yang tak kena dengan kesihatan tubuh badan anda


Maksud Titik Refleksi

Maksudnya adalah ‘titik pusat urat saraf’. Setiap titik ada kaitan dengan organ tubuh tertentu, jadi dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Kenapa boleh jadi macam tu ye, ianya sukar dijawab kerana selalunya kaedah perubatan tradisional sukar dihuraikan secara ilmiah, walaupun ia terbukti berkesan merawat sesuatu penyakit.


Pentingnya Perjalanan Darah yang Lancar

Untuk membolehkan badan kita berfungsi secara normal, setiap organ memerlukan darah kerana darahlah yang membawa zat makanan yang diperlukan oleh badan seperti oksigen, hormon, antibodi serta membawa keluar bahan buangan kotor(toksin) dalam badan. Lancarnya perjalanan darah maka makin sihatlah badan kita. Jika salah satu organ badan sakit, maka ia memerlukan perjalanan darah yang lancar untuk membantu menyembuhkan penyakit itu.

Tanda-tanda sakit semasa diurut.

Seperti yang disebutkan tadi, jika perjalanan darah tak lancar, organ tubuh akan terhalang dari mendapat zat makanan, manakala bahan buangan yang patut dikeluarkan tertahan-tahan maka kotoran/toksin tu mendap dalam saluran darah. Maka fungsi bahagian badan anda akan terganggu sebab tak cukup darah dan zat makanan, lalu timbullah penyakit.


Biasanya orang yang dah tahap sifu dalam bidang ni boleh tahu seseorang tu sakit apa, dengan hanya meraba/picit tapak kaki orang tu. Sebabnya titik refleksi yang sakit akan rasa macam berpasir, maksudnya ada mendapan toksin dalam saluran darah. Jika rasa sakit semasa diurut, itu tandanya bahagian badan berkenaan ada penyakit. Jadi itulah perlunya ia diurut untuk melancarkan perjalanan darah supaya darah terus membawa zat makanan manakala mendapan toksin dapat dikeluarkan.

Info yang perlu diketahui

-Sebenarnya apa yang saya kongsikan tadi hanya asas sahaja, bagi yang lebih ‘advance’, urutan refleksi bukan sekadar di tapak kaki, tapi juga di bahagian atas tapak kaki, pergelangan kaki, sekitar buku lali dan sekitar betis. Tapi saya bukan pakar dalam bidang ni untuk menceritakan tahap ‘advance’ tersebut.

-Berbagai jenis penyakit boleh disembuhkan dengan kaedah ini. Dari yang tak serius mahupun serius seperti batu karang, buah pinggang, lemah syahwat, darah tinggi, kencing manis, barah (peringkat awal), sakit jantung, paru-paru dan juga sakit hati…oopps tidak…sakit hati tak boleh diubati dengan kaedah ini.

-Penyakit yang tak boleh disembuhkan: urat saraf dah mati (akibat kemalangan atau serangan stroke), terlalu banyak makan ubat hingga urat sarafnya menjadi kebal, dan juga penyakit barah yang sudah terlambat.

-Digalakkan minum banyak air masak selepas sesi urutan agar toksin lebih mudah dibuang dari badan.

# Panduan:

gambar tapak kaki diatas menunjukan dimana urat saraf yang berkaitan ditempatkan misalnya... sekiranya anda sakit tulang belakang urutlah ditepi kaki sebelah dalam begitulah selanjutnya.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Alam Mashyar

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya sepertitanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecualiIzrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabutnyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirmanmafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yangmenjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “KepunyaanAllah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran &keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidakmati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnyameniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semuladi atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yangrata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "AjbuzZanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusiaumpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang danhina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangattakut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapikelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruhyang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagiyang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akanlupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskancahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, laluturunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruhmakhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yangmenakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari ataskepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi sepertikeadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasandan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbulatau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaanmereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( Huh ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernamaAl-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orangmukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yangmenjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolamini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau airkolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu danrasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalirdari syurga.

?

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak denganberkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orangramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir airmatanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semuamanusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudianmereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Makamereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusiaini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana NabiAdam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan AllahTa’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikansebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullahsaw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahunperjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat AllahTa’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hinggamenakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orangmalaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tibadibumi.

15. ‘Arasy ( Huh ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikuloleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah iaseumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaanmalaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanyayang sangat kuat.

16. Kursi ( Huh? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasyyang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebihkecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudahia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Laludimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalanmasing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpasilap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib& ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yangzalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukumyang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikatakan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambildengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jikaorang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu NeracaTimbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyailidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yanggelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetapakan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orangramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedangdibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannyamenyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar denganmempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin olehTuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka iniberjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurgamelintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah sepertisehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggangbinatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinyadisebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuhke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiapmakhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorangsahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalamneraka.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter