Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Sebab Hati Tidak Bahagia

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Friday, July 30, 2010


a)Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang
seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa
mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun
seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang
pendendam mudah kena sakit jantung.


c) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana
walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana
kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang
banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum
tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta
atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu
disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ).
Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih
besar.

g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang
yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua
orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon- lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula
menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada
harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta
dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang
buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya
dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan
kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi
mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita
tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-
samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia
buruklahh padahnya.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter