Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Lelaki Yang Hebat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Wednesday, February 3, 2010


Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil
dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.


Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan
bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang
setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.


Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri
meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna,
disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan
kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.
Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh
meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana
kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah
berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah
kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak
disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling
bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku
bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita
bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku
dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna.
Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang
dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah
hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya
pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan
tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya
redha kepadanya, maka redhailah dia."
Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan
bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya
kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku
atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya
ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam
keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan
keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini.
Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap
suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

Terima kasih

Print

4 comments

  1. Anonymous Says:
  2. salam.. masyaallah..alangkah bgus nyer dapat lelaki hebat mcm dlm ceritu tuu.. ( gadis tak cun )

     
  3. salam to gadis tak cun : yap..setiap wanita dambakan suami yg mcm tu..doa lah agar dpt seperti yg diidamkan..mudah2an.

     
  4. Anonymous Says:
  5. salam..ermm rs nk menitis air mata bc nie..mmg seorg lelaki yg hebat dan amat bertuah..hope dpt jadi lelaki hebat mc 2..
    bahagian yg best: Wahai Allah, Aku sesungguhnya
    redha kepadanya, maka redhailah dia."..

    -cuba menjadi hebat-

     
  6. salam to anonymous : perlu kerjasama antara satu sama lain..

     

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter