Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Keputihan Perlu Dirawat

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Tuesday, January 19, 2010


Keputihan ialah masalah yang biasa berlaku pada wanita yang masih dalam peringkat usia reproduktif. Ia berpunca daripada sistem reproduktif yang sentiasa aktif setiap bulan selain berlaku perubahan hormon.
Masalah Penyakit Keputihan


Walaupun vagina mempunyai sistem perlindungan semula jadi yang efektif tetapi pada masa sama, ia juga mempunyai jutaan bakteria dan virus selain kulat yang sentiasa menunggu peluang untuk membiak dan menimbulkan masalah.

Secara semula jadinya, tahap keasidan atau pH yang tinggi dalam vagina berupaya mencegah jutaan organisma daripada membiak.

Kadangkala perlakuan kita setiap hari 'mencuci' sampai ke dalam lubang vagina adalah satu perlakuan yang tidak betul. Cucian yang menggunakan bahan kimia boleh merosakkan benteng pertahanan vagina sehinggakan keasidan itu berkurangan. Ini menyebabkan organisma tadi menggunakan 'peluang' itu untuk hidup dan membiak.

Keputihan yang berbau, banyak dan bercampur dengan darah adalah relevan. Kebiasaannya keputihan ini selalunya putih, tidak gatal, berbau dan berlaku seminggu sebelum haid. Daripada pengalaman saya, kebiasaannya masalah begini berlaku kerana jangkitan bakteria pada pangkal rahim atau istilah perubatannya - 'cervicitis'. Masalah 'cervicitis' adalah keputihan yang banyak dan selalu bercampur kekuningan kerana jangkitan kuman dan jika serius, ia boleh menyebabkan perdarahan.

Bakteria penyebab yang biasa 'menyerang' seperti Neisseria gonorrhoea, Gardnerella vaginalis dan Trichomonas vaginalis. Setiap bakteria ini berkeupayaan menghasilkan ciri-ciri keputihan tersendiri. Majoriti bakteria, virus dan kulat ini diperoleh melalui hubungan seksual dengan pasangan yang mempunyai organisma tadi.

Jangkitan kulat seperti Candidiasis adalah yang paling biasa dan menyebabkan keputihan yang amat gatal, pendarahan dan kesakitan ketika hubungan seksual. Pengambilan antibiotik secara berleluasa, hamil, diabetes dan sistem imun yang rendah memburukkan lagi jangkitan candida ini.

Oleh itu berjumpalah doktor pakar untuk rawatan sebenar. Beberapa ujian perlu dilakukan dan yang terpenting - mengambil contoh keputihan ini untuk dikaji di makmal dan seterusnya mendapatkan keputusannya.

Sukar bagi memastikan punca sebenar tanpa mengambil sampel keputihan ini. Rawatan sebenarnya bergantung kepada keputusan makmal. Pasangan juga perlu diberi rawatan yang sama jika tidak penyakit ini akan berulang, juga akan melakukan ujian lumuran pap bagi memastikan ia bukanlah simptom barah pangkal rahim.

Print

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter