Kategori

Isi Kandungan

Followers

Promosi Blog Anda

Daftarkan Blog Anda Disini...Percuma

Apa Ada Pada Air Mani Anda

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus Saturday, December 26, 2009 0 comments


Air mani. Ianya sejenis cecair ajaib yang merupakan hasil penat lelah kita selepas masturbasi. Penghasilan air mani menandakan bermulanya akil baligh pada budak lelaki, ketika badan mula menyaksikan pertumbuhan dan perkembangan yg mendadak - terutamanya di organ seksual. Ejakulasi (orgasme yang diikuti dgn pancutan air mani) biasanya bermula seawal umur 12 ke 13 tahun. Apakah yg terkandung di dalam cecair putih yg kita panggil air mani ini?


Sebahagian daripada kita mentafsirkan air mani mengandungi sperma sahaja, anda salah... sperma hanya mewakili 10% daripada hasil ejakulasi kita. 10% itu mewakili 200 juta hingga 500 juta sel sperma (mgkin lebih tinggi pada lelaki yg lebih muda) yang terhasil daripada produksi matang hormon androgen seperti testosteron, yg akan menambahkan pertumbuhan bulu badan dan penggarauan suara. Hanya satu sel sperma ini sudah cukup utk bersenyawa dgn sebiji telur dan menghasilkan bayi.

Selebih 90% merujuk kepada plasma seminal. (Plasma ialah cecair yang membawa pepejal terampai, sama seperti darah membawa sel darah dan semen membawa sperma). Komposisi plasma seminal bergantung kepada individu. Ia mengandungi sehingga 30 bahan, sebahagiannya dihasilkan oleh bahagian2 berlainan dalam badan dan sebahagian lagi ialah hasil sampingan daripada fungsi badan. Ini termasuklah:

• asid askorbik (vitamin C)
• antigen kumpulan darah (sistem immune)
• kalsium (mineral)
• klorin (agen pengoksidaan)
• kolestrol
• choline (sebahagian drpd vitamin B complex)
• asid sitrik
• kreatin
• deoxyribonucleic acid (DNA)
• fruktosa
• glutathione (peptide amino acid)
• hyaluronidase (enzyme)
• inositol
• asid laktik
• magnesium (mineral)
• nitrogen
• phosporus
• potassium
• purine
• pyrimidine
• pyruvic acid
• sodium
• sorbitol
• spermidine
• spermine
• urea
• uric acid
• vitamin B12
• zinc

Jumlah penghasilan bahan di atas mungkin banyak atau sedikit bergantung kepada beberapa faktor. Contohnya, jumlah asid laktik mungkin meningkat banyak selepas bersenam, kerana ia merupakan hasil sampingan daripada aktiviti muskular. (Asid laktik ialah penyebab kepada kepenatan pada otot ketika bersenam). Makanan juga akan mempengaruhi komposisi kimia dan rasa air mani. Namun begitu, HIV tidak terkandung dalam spermatozoa, tetapi pada plasma seminal.

Plasma seminal ialah sebahagiannya terdiri daripada cecair kaya fruktosa - terhasil oleh vesikel seminal yang menyediakan makanan buat sel sperma. Vesikel seminal juga menghasilkan prostaglandins, asid lemak tak tepu untuk tindakan hormonal. Kantung prostat menghasilkan cecair yg cair, bersusu dan beralkali yg membolehkan sperma hidup apabila terdedah pada kawasan berasid pada dinding **** dan uterus. Kantung buborethral berbentuk kacang pis (kantung Cowper) pada dasar pelir menghasilkan cecair yg diberi nama "air mazi" atau "pre-cum". Air ini berperanan utk melincirkan uretra (tiub yang terdapat dalam pelir) supaya air mani dapat mengalir dgn lebih lancar - namun begitu sebahagian lelaki tidak dapat menghasilkan cecair ini dalam kuantiti yg banyak.

Kuantiti air mani sebenar berbeza mengikut individu dan mungkin berbeza dalam individu yg sama pada masa tertentu dalam hidupnya. Genetik memainkan peranan penting dalam menentukan berapa banyak anda dapat pancut. Kebanyakan lelaki berejakulasi sebanyak lebih kurang sesudu air mani. Sesetengah ubat boleh mempengaruhi air mani yg terhasil. Anda boleh rasakan yang lebih lama masa yg anda ambil antara orgasm, maka lebih banyak air mani yg anda hasilkan. Anda mungkin dapat melihat yg sekiranya anda melancap lebih sekali sehari, maka pada kali yg kedua, ketiga dan seterusnya pada hari tersebut, anda akan dapat kurang air mani. Oleh itu, tunggulah satu malam dan perhatikan berapa banyak air mani yg anda hasilkan. "Foreplay" - sentuhan diri anda dgn cara yg istimewa pada tempat yg istimewa, kadang2 akan merangsang badan anda utk menghasilkan lebih air mani, kerana kantung reproduktif badan anda (seperti prostat) bekerja lebih keras ketika anda terangsang.

Air mani daripada lelaki yang matang biasanya bersusu atau berwarna putih. Adalah tidak normal utk melihat permukaan kuning pada air mani setelah anda berejakulasi. Air mani dengan coretan merah menunjukkan kehadiran darah. Sekiranya anda sering terlihat darah, tidak perlulah utk rasa panik, tetapi sekiranya ia dalam kuantiti yg banyak, anda harus berjumpa doktor. Perubahan warna yg drastik menandakan kehadiran penyakit dalam badan anda.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Rahsia Wanita Tanah, Api, Angin dan Air

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments


Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.


Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Pisang & Hati

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.


Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci…!

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

Fisiologi Seks Wanita

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 2 comments


Usia 1 hari - 1 tahun

Jantina bayi boleh dikenal pasti selepas bayi dilahirkan.
Jika sudah pasti perempuan, bersyukurlah.
Pada amalan Syariat Islam, seseorang kanak-kanak perempuan mesti di SUNNATKAN bukan diWAJIBKAN untuk melakukan upacara bersunat dengan melalui buloh kecil berulang kali keatas kelintit (clotoris) TANPA membuang atau menghiris kelintit.


Jangan menzalim anak-anak perempuan dengan membaung terus kelintit, kerana ini akan menyebabkan hilang nafsu seks diwaktu dewasa dan ini adalah satu KEZALIMAN yang anda lakukan terhadap anak gadis anda.

Usir 1 hingga 10 tahun

kanak-kanak perempuan cepat membesar dari lelaki, pada peringkat ini sedikit demi sedikit kelihatan kegadisannya menonjol seperti lagak jalanan, suara, jenis permainan, buah dada, punggong.

Usir 11 hingga 19 tahun

Alam remaja, haid datang buat pertama kali. Alat kelamin mula membesar dan menonjol.
Usia 15-16, 17 anak-anak remaja perempuan mula pandai berbohong dan pandai jumpa boy friend. Mula meminati lelaki dan cakap soal lelaki.

Mula mencari jalan untuk jumpa dengan boy friend.
Berkhayal untuk bermesra dengan lelaki.
Jika melakukan seks diwaktu ini, ia boleh menghamilkan seseorang perempuan. Awas !
Jangan terlalu bebas diwaktu ini, amat merungsingkan bagi ibu bapa.

20 hingga 28 tahun

Sudah pandai seks dan alam rumah tangga.
Mengurus rumah tangga.
Waktu ini harus banyak bersabar, kerana banyak hal-hal berlaku dalam rumah tangga diluar dugaan.

29- 40 tahun

Sibuk dengan anak-anak dan rumah tangga. Kadang-kadang layanan seks untuk suami tidak dihiraukan.
Sebab mudah, diwaktu suami mengajak untuk melakukan hubungan badan, anak menangis meminta susu ibu.
Ibu terpaksa melayan anak, suami menjadi kesepian.
Bila hal ini berlalu terlampau kerap, si bapa akan keluar rumah 'mencari sesuatu yang hilang' dirumah untuk menghiburkan kesepian.

Nafsu seks perempuan mula menurun sebab sibuk dengan urusan anak-anak dan rumah tangga. Badan tidak dijaga lagi, suami tidak terurus.

Ini adalah sifat semulajadi - fitrah alam yang harus anda tempuhi.
sayang-sayanglah suami anda, sayang-sayanglah rumah tangga anda.

Untuk membinanya anda memerlukan 15 tahun dan lebih tetapi untuk memusnahkan, memadai hanya 3 patah perkataan 'aku cerai kamu' !

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print

5 Kesilapan Kewangan

Posted by Blog Rasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus 0 comments


Hampir semua orang pernah melakukan kesilapan berhubung isu wang. Ketahuilah beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa ketika mendidik anak tentang kewangan dan cara membetulkannya. Berikut adalah antara kesilapan yang kerap dilakukan ibu bapa.


1. Menjadi mesin pengeluar wang versi manusia

Menguruskan segala urusan jual beli anak membuatkan anda kelihatan seperti menjadi mesin pengeluar wang versi manusia. Sepatutnya, berikan anak elaun dan ingatkan mereka untuk membuat pembayaran bagi apa-apa yang ingin mereka miliki. Sama ada untuk membeli buku dari kedai atau mendapatkan barangan permainan kegemaran, anak seharusnya bijak membuat pembayaran sendiri. Tindakan itu boleh mengurangkan mereka daripada merungut sekali gus membolehkan mereka mengasah kemahiran mengira atau matematik. Menerusi cara itu juga, anak-anak boleh belajar daripada kesilapan mereka. Dengan membuat pembayaran sendiri, anak-anak akan lebih menghargai barangan yang diperoleh atau dibeli.

2. Terlepas pandang pengajaran harian

Jangan lepaskan peluang untuk berbincang dengan anak tentang isu-isu berkenaan ekonomi yang ringkas dalam persekitaran berbeza setiap hari. Sewaktu membeli-belah, ibu bapa boleh menerangkan mengapa tindakan memilih bungkusan produk berkos lebih rendah lebih baik. Terangkan juga mengapa menambah stok barangan dapur ketika musim jualan murah merupakan satu tindakan yang baik. Berikan penjelasan kepada anak bahawa dengan menjimatkan RM10 setiap minggu, jumlah yang dijimat dalam tempoh sebulan boleh mencecah RM40 atau sekitar RM480 setahun. ANDAINYA terdapat duit kecil, masukkan wang tersebut ke dalam bank dan tunjukkan kepada anak bagaimana duit itu bertambah.

3. Tidak melibatkan anak dalam matlamat jangka masa panjang

Pengurusan wang yang kukuh melibatkan dua perkara penting. Pertama, membuat perancangan awal dan kedua, membuat pilihan. Jika anda merancang sebuah percutian, beritahu anak tentang isu bajet yang melibatkan kos tiket penerbangan, hiburan dan penginapan. Andainya terdapat duit kecil, masukkan wang tersebut ke dalam bank dan tunjukkan kepada anak bagaimana duit itu bertambah.

4. Terlepas peluang untuk memberi anak motivasi tentang tabiat menabung

Jika ada peluang, tunjukkan kepada anak bagaimana sesuatu pelan kewangan berfungsi dan mengapa sumbangan atau tabungan wang yang sedikit adalah penting dalam jangka masa panjang.

5. Tidak menerangkan bagaimana kad kredit berfungsi

Seorang pelajar firma pinjaman wang, Nellie Mae pernah menganggarkan, purata hutang yang ditanggung oleh seseorang pelajar universiti ialah sekitar RM5,000. Jumlah tersebut berkemungkinan besar berganda apabila mereka tamat pengajian di menara gading. Dari situlah bermulanya satu masalah sebenar. Anak remaja yang gagal memahami atau menguruskan hutang kad kredit seawal usia 18 tahun, lebih cenderung berdepan dengan masalah besar di kemudian hari. Benarkan anak berlatih menggunakan kad pra-bayar atau kad debit terlebih dahulu. Kad-kad seperti itu menawarkan kemudahan bagi menetapkan had tunai mingguan yang terhad. Ibu bapa juga boleh mendapatkan status penggunaan wang itu menerusi e-mel dan menentukan sama ada perlu atau tidak perbincangan lanjutan untuk mendidik anak agar mereka lebih berhemah ketika berbelanja.

Baca Lagi..dan Jangan Lupa Share Kat Member..
Print
Related Posts with Thumbnails

Sekapur Sirih


Salam...Selamat Datang Ke Blog Sagasama ...Ini Merupakan Sambungan Daripada Blog Yang Lama ( blogsagasama.blogspot.com ) Kerana Blog Yang Lama Sudah Terdelete Secara Tidak Sengaja...Semoga Sahabat Sekelian Mendapat Manfaat Dari Blog Ini...

Email dan YM Admin : sagasue@yahoo.com

ADMIN : TIDAK ON LINE





free counter